الاثنين، 28 نوفمبر 2011

Syaitan Menjadikannya Terasa Indah

Sejuknya hari ni, ditambah dengan hujan renyai-renyai diluar sana..seolah-olah memberitahu semua rakyat betapa barakahnya hari ini, 28 November 2011..Balik saja dari kelas, ambil buku modul dan revise..Tak sempat bertahan lama, cuaca sejuk memaksa diri utk mengambil perlindungan, mengambil sesuatu utk membungkus badan..

Hari ini adalah hari ketiga bulan Muharam tahun 1433..Sudah tiga hari rupanya menjejakkan kaki ke tahun baru..Patutlah tengok status facebook masing-masing penuh dengan kata2 hikmah dan nasihat..Alhamdulillah sekurang-kurangnya kalendar hijrah masih belum pupus sepenuhnya dari ingatan anak-anak muda Islam..

Teringat tahun lepas, seorang sahabat memberi tazkirah dalam dewan kuliyah sebelum lecture bermula..'Daripada kita berazam untuk tambah amalan, lebih baik berazam meninggalkan keburukan..' Benar sekali kata-katanya, apalah gunanya kita tambah amalan sunat banyak2, sedang maksiat turut seiring..


Sedih juga tengok kawan2 yang diuji, terutama ujian cinta..Macam-macam jenis cinta, dari yang benar2 lagha sehinggalah kapel islamik..Dan pasangan islamik ni biasanya terdiri dari mereka2 yang faham agama..Pada luarannya nampak bagus, pasangan tolong ingatkan setiap kali masuk waktu solat, kejut tahajjud, ingatkan jangan lupa solat dhuha..masyaAllah nampak bahagia sangat..

Tapi kita jangan lupa, syaitan sangat pandai meniupkan angin2 kebinasaan kepada manusia..(Dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk) (An-Naml, 24)


Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua dari tipu daya syaitan yang maha menyesatkan..Bagi mereka yang belum diuji, berdoalah kepada Allah, mohon bantuanNya bagi berdepan dengan fitnah cinta ini..Dan bagi mereka yang sedang diuji, kuatkanlah diri untuk mujahadah melawan nafsu..Jadikanlah tahun baru ini sebagai pemangkin kepada kehidupan yang lebih baik..



 Pesan syeikh usamah,
DAHULUKANLAH menyucikan hatimu dari kotoran-kotoran hati SEBELUM mengisi hatimu dengan cahaya-cahaya mahabbah dan seumpamanya, kerana kotoran-kotoran hati itu akan menolak cahaya amalan tersebut. Apabila hatimu mulai jernih, cahaya Allah akan meresap ke dalam hatimu, terus kepada aqalmu, lantas terjemalah akhlaq-akhlaq mahmudah yang menjadi punca hidayah Allah kepada manusia yang memandangmu. Inilah cara membina manusia yang rabbani, yang menjadi sebab diutuskan Rasul dan diturunkan Al-Quran kepadamu.



ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق