الثلاثاء، 29 يناير 2013

Seminar Hebat Yang Mendidik Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Keluar dari Cairo Airport, mata melilau-lilau mencari teksi untuk ke rumah sahabat di Abou Risy. Seawal 630 pagi, aku bimbang kiranya tiada transport dan lebih membimbangkan lagi kalau2 sahabatku di sana masih tidur, alamatnya aku akan berkelana seorang diri kerana ini kali pertama aku menumpang di rumahnya..

Setelah bertanya kepada beberapa pemandu teksi, akhirnya aku memilih seorang pak cik arab yang memakai kopiah. Dalam perjalanan, berkali2 aku menghubungi sahabat itu, alhamdulillah akhirnya berjawab. Pemandu arab tidak mengetahui dengan tepat di mana kawasan tempat tinggal sahabatku, lalu dia mula marah2 dan minta bayar mahal.

'Tadi kamu cakap mustasyfa Abu Risy, lepas tu Hospital 57, Medan Zainal Abidin, yang sebetulnya kat mana?!' Dia meninggikan suara..

'Kan sy cakap awal2 tadi Medan Zainal Abidin di Abou Risy, pak cik cakap tau...' Aku membela diri..

'Dah aku tak kira, sekarang aku nak kau bayar 80 geneh!' 


Pak cik ni kenapa, tiba2 minta lebih, tadi dah setuju dengan harga lain.. Dah la hari jumaat, takpe sabar2 jangan rosakkan pagi yang penuh barakah..

Aku teringat sesuatu : 'Dalam syariat Islam, ada satu perkara dalam fiqh jual beli dan sewa.. Pak cik dah setuju dengan akad kita tadi, harga sekian sekian sebelum sy naik teksi.. Sekarang pak cik paksa sy bayar lebih, sangat tak adil macam tu..akad tu tidak sah..' Sengaja aku tinggikan suara di akhir..dia diam lalu aku menyambung lagi..

'Pak cik orang Islam, sy nampak pak cik orang baik dengan pakai kopiah, tapi kenapa tunjuk akhlak macam ni, sekarang sy dah kurang percaya dengan pak cik.. Macam mana kalau pak cik buat macam ni kat orang bukan Islam, bukan ke diorang akan makin bersangka buruk dengan agama Islam..'

Dia terdiam.. Aku memandang wajah tua itu, semoga aku tidak berkasar dengannya..Umurnya mungkin tua sedikit berbanding orang tuaku, mengingatkan aku kepada ayah di kampung yang juga selalu memakai kopiah putih apabila ke masjid..


Suasana yang baru hendak tegang bertukar menjadi tenang. Mungkin benar apa yang tertulis dalam novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman el Shirazy, bahawa orang Mesir sememangnya mudah tersentuh apabila mendengar bukti dan dalil agama. Hati mereka menjadi lembut walau ketika itu api marak sedang membakar hati..

Aku membuang pandangan ke luar tingkap, di bibir terlukis segaris senyuman. Sehingga tiba ke tempat destinasi, dia sanggup menghantar ke depan rumah sahabatku walau jalan itu agak pusing.. Pada awalnya aku ingin mengambil teksi lain lantaran tersalah kawasan, tapi dia berkeras untuk menghantarku. Allah, rasa bersalah pula. Dia tidak minta bayar lebih.

Apabila aku menghulur tambang padanya, sengaja aku bagi lebih. 'Uhibbak fillah...' Ku ucapkan kata2 itu sambil tersenyum, senyuman yang bukan dibuat2 namun ikhlas datang dari hati yang mula merasa getarnya persaudaraan kerana Allah..

************

Mohammad Syamil Muhaimin, anak saudaraku yang lahir temph hari.. (psst, namanya itu aku yg pilih ^_^ ) 

Tiga hari berkampung di Kaherah untuk menghadiri seminar perubatan yang dianjurkan oleh persatuan pelajar di sini. MasyaAllah sangkaanku jauh meleset setelah berada dalam seminar ini, kerana sejujurnya inilah seminar yang paling banyak mengajarku setelah lebih 3 kali aku menghadiri  seminar seperti ini di bumi Mesir..

'Kita menjadi doktor adalah semata-mata untuk memudahkan perjalanan mengejar tujuan hidup kita yang satu iaitu mencapai redha Allah..'

Dr Syed Khaliq, seorang paediatric yang didatangkan dari Malaysia memperkenalkan satu kalimah 'Medical Jihad'. MasyaAllah hati ini begitu tersentuh apabila beliau menceritakan kisah2 benar yang berlaku di hospital Malaysia, yang sangat2 berhajatkan penglibatan doktor dalam membanteras segala kemungkaran itu.


'Sy pernah jumpa seorang pak cik yang datang ke hospital, seorang jurulatih PLKN..Dia mempunyai seorang anak gadis yang dijaga bagai menatang minyak yang penuh, didikannya penuh disiplin.. Sebagai seorang jurulatih PLKN, ramai kawan2nya yang buat (zina) dengan pelatih2 muda namun dia tidak pernah melakukan itu..dan sekarang, apa yang dia harus lakukan bila anak gadisnya sendiri lari meninggalkannya mengikut teman lelaki...'


Doktor-doktor dari Malaysia bersama peserta2 seminar dari Iskandariah..

'Touching the heart of men when they are most vulnerable...' Benar sekali kan, bila diri sendiri atau keluarga kita ditimpa ujian penyakit, masa itulah kata2 agama dari seorang insan bisa mengembalikan kekuatan yang hilang. Kerana hati insan pada saat itu lebih mudah tersentuh berbanding ketika dirinya sihat dan mampu melakukan apa2 tanpa bantuan orang lain.

'Pak cik, sakit ni Allah yang beri, dan Dia jugalah yang akan menghilangkannya..pak cik doa banyak2 ya, minta pada Dia..mari kita solat sama2, kita minta Allah sembuhkan pak cik...'

Wahai semua mahasiswa mahasiswi Islam, marilah kita berjihad menjatuhkan jahiliyah moden menggunakan segenap peluang yang terhidang di hadapan mata. Gunakan posisimu sebagai seorang guru untuk melahirkan generasi al Fateh kedua, gunakan posisimu sebagai seorang arkitek untuk melakar bangunan sehebat binaan Islam pada zaman silam, dan gunakanlah posisimu sebagai seorang doktor untuk menyentuh hati2 insan dengan akhlak mulia agar semuanya kembali pada Allah dalam keadaan mengingat Allah...


Jika dilihat di hospital Malaysia, masih banyak polisi kesihatan yang tidak menitik beratkan Islam. Apa salahnya jika semua katil di hospital menghadap kiblat, pasti lebih memudahkan pesakit untuk bersolat. Juga disediakan pasir2 halus dalam kotak kecil untuk memudahkan tayammum. Pihak atasan boleh menetapkan semua staff wajib menutup aurat dengan sempurna, apabila tiba waktu solat semua pekerja lelaki mesti bersolat dulu dan macam2 lagi perkara yang jika management itu diserahkan kepada orang yang mempunyai fikrah agama, insyaAllah bibit Islam pasti akan mulai mekar di situ..

Maka siapa lagi yang akan mengambil tanggung jawab itu? Mau harapkan orang lain? Tidak, jangan jadi mereka yang menunggu sebaliknya kitalah orang yang akan mengisi tempat itu..ayuh!

(Mesir ketika ini sedikit bergolak, sedikit sahaja..lantaran golongan2 perosak yg mahu menjatuhkan pimpinan Dr Mursi..tapi orang2 di Malaysia tak perlu risau kerana tempat berlakunya penentangan jauh dari tempat tinggal kami.. Kami hidup makin senang adalah, makin mewah pergi shopping ^_^ ... Wallahua'lam)

الثلاثاء، 22 يناير 2013

Cinta Sang Bahagia

Bismillahirrahmanirrahim...

Demi menyaksikan dia bersolat sendirian, tanpa sedar ada air mata yang menitik. Ya Allah besar sungguh ujian ini padanya, namun kemampuan dia menghadapi semua ini dengan penuh tenang membuktikan Engkau lebih mengenali hamba-hambaNya. Saat-saat musim imtihan menjengah mahasiswa perubatan di Iskandariah, ada yang diduga dengan ujian kesihatan.

Dia tidak pernah ponteng kuliah jika tiada hal yang menghalang, sangat komited dalam menjalankan tanggung jawab dan amanah, namun ujian yang baru ini memaksa diri untuk terperuk di rumah berhari-hari. Dia mendapat virus infection, satu penyakit yang dimulai prodromal stage iaitu simptom tidak specific seperti demam dan headache yang membuatkan dia tidak menghadiri dua hari terakhir kuliah.

Badannya lemah, dia terpaksa solat fardhu di rumah. Selepas 3 hari, wajah mula menampakkan kesan sebenar jangkitan itu, bibir membengkak dengan sangat teruk. Bila berjumpa doktor, barulah tahu dia dijangkiti Herpes Simplex Virus 1. Allah syeikh, sekarang exam makin dekat dan dia hanya berehat sepanjang masa dalam saratoga lantaran tubuhnya letih dan kesejukan.


Diri yang menyaksikan, terbit satu pertanyaan halus dari dalam, adakah aku sekuat itu andai berada di tempatnya? Ujian sebegitu andai didatangkan kepada jiwa yang imannya senipis bawang, pasti keluhan demi keluhan akan meniti di bibir..

Dia terpaksa menghantar surat kepada profesor kerana tidak akan mengambil exam osce, namun dalam masa yang sama kebimbangan tetap menguasai kerana dia akan mengambil exam itu pada module yang akan datang. Bagaimana ya mahu menjawab dua ujian sekaligus kerana sememangnya exam perubatan sangat susah... Untuk mcq exam, walau sebenarnya sangat tidak bersedia namun digagahkan juga untuk menghadiri kerana jika ditunda, kemungkinan besar result pasti lebih teruk..

Benar2 ini merupakan satu tamparan kepada mahasiswa2 yang selalu ponteng kuliyah, sekadar berada di rumah menggoyang kaki, tidur dalam kenikmatan saratoga.. Kita datang dari jauh menggunakan wang yang tidak sedikit, meninggalkan bonda tercinta yang sangat menantikan kepulangan kita, semua itu semata2 untuk kita kembali dengan segulung ijazah. Allah, tidak terbayang betapa kecewanya mereka andai kita gagal menunaikan amanah itu lantaran diri sendiri yang malas belajar...


Sahabat ini Allah hadirkan di hadapan mata, untuk mengingatkan diri bahawa iman dalam dirimu sangatlah nipis. Aduhai malu dengan Allah lantaran sering mengeluh tatkala diri diuji, bagaimana ni mahu jadi pejuang agama Allah.. Itulah insan, ketika diuji terasa kitalah yang paling berat ujiannya, langsung tak terfikir bahawa ujian itu jika dibandingkan dengan orang lain, hanyalah ibarat setitits air yang jatuh di dedaun keladi...muhasabah #

Bila bersendirian, cuba renung seketika apakah ujian yang Allah berikan pada kita..sebesar apakah ujian itu? Internet slow, ada kawan bermasam muka, pak cik teksi minta bayar lebih, baju kotor tapi nak basuh hujan selalu turun.. Jika dengan perkara2 sebegini pun sudah membuat kita mengeluh, nampaknya jauh lagilah kita untuk merasa secebis dari ujian para rasul..

Duhai insan, milikilah jiwa besar yang takkan mudah lesu pada perkara remeh. Pandanglah setiap perkara itu dengan pandangan penuh hikmah, yang akan tetap membuat kita tersenyum dalam apa jua keadaan.. Benar kita insan lemah, tidak mampu untuk berhadapan dengan dunia seorang diri, namun dunia yang besar itu apabila diri dibantu Allah, kamu pasti melihat keajaiban demi keajaiban menjelma di hadapan mata..

Usah berdoa di facebook, takut2 hati itu tidak sepenuhnya mengharap pada Allah.. Di luar kita berjiwa besar bagi menumpaskan segala jahiliyah moden, namun di sebalik itu jangan lupa untuk menilai hati supaya sentiasa tunduk pada Sang Pencipta...

**************


Maulidur rasul datang lagi, kini tengok banyak di facebook orang mengingatkan tentang kerinduan pada kekasih sempurna Saidina Muhammad SAW. Alhamdulillah, ternyata dalam diri pemuda-pemuda Islam masih tidak melupakan insan agung ini dari nurani yang paling dalam. Dan semoga kita tidak pernah berhenti berazam untuk memiliki akhlak semulia baginda..

Bicara tentang cinta rasul, bolehkah kamu khabarkan padaku tentang insan lain yang lebih mencintai Rasullulllah SAW melebihi cinta Saidina Abu Bakar? Bahkan jika kita sendiri pun hidup pada zaman Rasullullah, pasti kita tidak mampu untuk menandingi cinta sebesar itu.

Ada satu kisah benar yang diajarkan kepada kita tentang erti cinta oleh Saidina Abu Bakar, dan sekiranya mampu, bandingkanlah cinta itu dengan cinta kita.. Tatkala Saidina Abu Bakar membawa ayahandanya yang masih belum Islam bertemu dengan Rasullullah bagi melafazkan dua kalimah syahadah, apabila berada di hadapan nabi, tiba2 Abu Bakar menangis..

'Mengapa engkau menangis wahai Abu Bakar?' tanya Rasullullah..

Maka dengarkanlah jawapan yang sangat menggetarkan hati, keluar dari hati suci yang benar2 cinta..

'Ya Rasullullah, seandainya tangan bapa saudaramu (Abu Talib) berada di tangan bapaku sekarang, sehingga engkau pun gembira atas pengislamannya, lebihlah aku suka berbanding bapaku sendiri memeluk Islam...'

Saja nak share, karya pertamaku dalam hidup ini.. ^_^ 

MasyaAllah.. Ada lagi ke manifestasi cinta manusia yang lebih hebat dari ini.. Abu Bakar tahu Rasullullah tidak gembira dengan beberapa perkara dalam hidup baginda, dan salah satunya ialah Abu Talib meninggal dalam keadaan tidak Islam..

Cuba refleks diri sendiri, andai bersendirian dalam bilik kemudian tiba2 terdengar pintu rumah diketuk. Apabila dibuka ternyata Rasullullah sedang tersenyum pada kita. Kita persilakan baginda masuk, saat itu adakah kita pasti Rasullullah masih lagi akan tersenyum selepas melihat keadaan rumah kita, yang dindingnya dipenuhi dengan gambar dan hiasan yang langsung tidak membangkitkan kerinduan pada baginda, bahkan lebih mengagungkan kehebatan diri sendiri seperti gambar menerima anugerah dan melancong ke merata tempat..

Masuk pula ke dalam bilik, adakah kita berani untuk berfacebook seperti biasa, sambil diperhatikan oleh baginda Rasullullah SAW.. Mungkin sekali air mata baginda yang mulia bisa menitis melihat umatnya begitu leka dalam kesenangan dunia, langsung tidak memikirkan bagaimana untuk meninggikan syiar Islam.. Itulah sunnah yang kian dilupakan...

(Dalam hidup ini, kita tidak akan mampu memuaskan hati semua orang, kerana hati setiap insan itu berbeza.. Cukuplah kita puaskan kehendak Allah serta mendengar pada bisikan hati.. Kerana nabi ada sebut hati itu tenang pada perkara yang baik dan gelisah pada maksiat.. Allah pemegang hati manusia, semoga Dia menukarkan hati semua orang agar mengasihi dan meredhai segala perbuatan kita.. Wallahua'lam ^_^ )

الاثنين، 14 يناير 2013

Maksiat Itu Satu Keaiban

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam yang sejuk memaksa aku membungkus diri. Di dalam saratoga, muhasabah perjalanan harian di ward ophthalmology (mata), dan kini round ini sudah hampir tiba ke penghujungnya. Banyak kekuasaan tuhan yang terdapat pada diri manusia, bahkan jika benar2 dikaji pada setiap inci kawasan mata, pasti tiada lagi orang kafir di dunia ini.

Oh aku teringat cerita itu, filem lama yang berpuluh2 tahun dimainkan di Malaysia. Search kejap di youtube...Alhamdulillah ada.. Huhu kalau bonda di Malaysia tahu aku menonton lagi filem ini, pasti aku diketawakan. Takpe ma, sy tengok ni untuk belajar, hehe sebab cerita ini ada kaitan dengan mata..

Tengok 20 minit terakhir cukuplah, kan tak dapat bangun awal esok. 

'Barangkali anak sy pun sebesar ini juga..'

'Sebenarnya sy lebih senang hidup begini. Jika sy dapat melihat kembali pun, tidak ada ertinya bagi sy..kerana manusia yang sy puja sudah tidak ada lagi dalam dunia ini..'

Haha kamu dapat teka filem ni? Aku pernah menontonnya satu ketika dulu bersama bonda, dan kini aku mengulanginya seorang diri namun perasaannya tidak sama dengan yang kali pertama. Jalan cerita yang sama, pelakon yang sama, namun kini setelah belajar tentang agama, ada part dan dialog yang ku kira tidak wajar dituturkan.


'Kesalahan itu telah dapat ku tebus dengan memberi kembali penglihatanmu..aku rasa itu sangat adil..'

'Ku hairan, mengapakah kau diciptakan oleh Allah sebagai manusia..kan lebih baik kau menjadi haiwan..'

Kamu perasan kan ayat mana yang aku maksudkan? Siapa kita untuk berkata kita yang memberi manfaat atau keburukan kepada seseorang, dan siapa kita untuk mempersoalkan keadilan Allah mencipta apa yang dikehendaki. Mana boleh kita anggap ubat yang menyembuhkan penyakit, kerana akidah mengajar hanya Allah yang maha menyembuh, ubat hanya ikhtiar dan usaha. 

Mungkin itulah dugaannya bagi seorang doktor, apabila berkali2 rawatannya berkesan sehingga sering dipuji manusia, bimbang kalau2 terbit dalam hatinya 'Kerana akulah patient itu sembuh..' Astaghfirullah..bahaya naa.. Sungguh banyak pengajaran yang bisa dikutip dari filem itu (keesokan harinya, aku tonton lagi - Ibu Mertuaku ^_^ )

****************


Handphone berdering memecah kesunyian malam, aduh beratnya mata mau angkat. Rasanya baru sahaja lelapkan mata. 'Hello assalamualaikum... ******** Ok aku pergi sekarang tunggu kat depan tram naa..' Telefon dimatikan, tengok jam sudah tengah malam rupanya. Terpaksa melawan arus kesejukan yang sangat menggigit, saratoga ketika ini umpama perisai yang mampu menahan dari ancaman sang pembunuh.

Berjalan kaki seorang diri, tengah2 malam macam ni keadaan agak bahaya sebenarnya, tapi Dia tidak pernah tidur kan utk menjaga kita (ayat utk tenangkan hati sendiri).. Bertemu 3 lagi sahabat di stesen tram kemudian berjalan ke destinasi yang dirancang. Dari jauh kelihatan 2 orang arab berbual2, kami menghampiri...

'Dah dua bulan dah, tiap2 malam lelaki tu datang ke rumah perempuan kemudian pagi esok baru balik.. Kami dah tangkap hari tu lepas tu laki nangis minta dilepaskan..'

Kami mendengar dengan teliti. Sudah banyak kali peristiwa sebegini sampai ke telingaku semenjak 4 tahun berada di Iskandariah. Perihal salah laku mahasiswa mahasiswi melayu kadang kala menjadi buah mulut orang arab di sini. Kami bukanlah orang yang diamanahkan oleh persatuan untuk menjaga hal2 sebegini, namun sekadar merasa bertanggungjawab terhadap muslim yg datang dari geografi yg sama.
bersama ajk2 Rainbow Festival

Selepas melihat gambar lelaki melayu itu yang ditunjukkan, ada sahabat yang mengenali. 'Junior lagi ni...' Mungkin mereka tidak mengetahui budaya arab yang tidak suka melihat laki2 datang ke rumah anak dara.

Lagi satu yang ku bimbang sekiranya apa2 terjadi pada pemuda melayu itu. Aku pernah melihat seorang pencuri kecil yang ditangkap lalu dibelasah beramai2, ya Allah aku tidak sampai hati melihat peristiwa itu. Arab sentiasa bersatu dalam bab membanteras kemungkaran. Nasib baiklah pemuda yang kami jumpa itu baik orangnya, janggut yang kemas menunjukkan dia antara pencinta sunnah Rasullullah.

Sebab itulah pemuda itu meminta kami datang supaya dapat bercakap baik2 dengan pemuda melayu itu, jangan teruskan lagi. Kami bukan dari majlis agama atau di sini dikenali sebagai Jaksi, tidak kami bukan ingin mengambil rekod apa2, kami sekadar ingin menerangkan sebagai seorang sahabat dan senior sebelum peristiwa lebih buruk berlaku.


Malam itu pemuda itu tidak datang. Alhamdulillah semoga dia sudah insaf. Sang arab berjanji akan menghubungi lagi sekiranya pemuda itu datang.

Islam mengajar kita supaya menyembunyikan aib orang dan segala maksiat yang dilakukan, semoga akhirnya dia bertaubat pada Allah. Lihat sahajalah peristiwa nabi mengajar kita bagaimana untuk react apabila datang seorang wanita (Ghamidiyah) mengaku berzina di hadapan Rasulullah. Baginda berpaling darinya dan ada sesetengah riwayat mengatakan baginda buat2 tidak dengar, sehingga wanita itu bersungguh2 mengaku bahawa dia benar2 telah berzina dan minta dijatuhkan hukum hudud.

'Adakah engkau pegang2 sahaja?'
'Aku berzina ya Rasullullah..'
              
'Boleh jadi engkau bercium dan berpelukan sahaja..'
'Tidak wahai Rasullullah, aku telah berzina..'

MasyaAllah terserlah keindahan Islam yang menjadi rahmat kepada sekalian alam. Kini, dalam bulan kelahiran sang bahagia, membangkitkan keinginan untuk menziarahi baginda lagi.. Ya tuhan sampaikan kerinduan kami ini pada kekasihMu Saidina Muhammad SAW...

(Ada yang salah sangka dengan tulisanku sebelum ini, katanya ada apa2 ke yg sedang berlaku ke atas diri ini..huhu yang sebenarnya tiada apa pun, sekadar mengikut musim yang menyinggah..tambah2 bila ada sahabat2 'kemaruk' yang gatal tangan post cinta dekat wall, hai diri sendiri yang mau sebenarnya tapi sengaja dipost pada wall orang lain..kan? Wallahua'lam ^_^ )

الاثنين، 7 يناير 2013

Wahai Diri Buatlah Yang Terbaik

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam ini ku rasakan begitu sunyi, berbeza dari malam2 yang lain. Walhal housemate semua ada di rumah tiada yg keluar, rumah pun bising dengan usik mengusik seperti biasa. Tapi kenapa ya, aku masih merasa asing, seolah2 diri sedang berada di alam lain. Atau Sang Pencipta sedang memenjarakan perasaanku lantaran dosa yang menimbun..ya tuhan ampuni daku..

Kala ini, aku ingin kembali ke sana lagi, tempat yang paling indah di atas muka bumi, Dua Tanah Haram, Haramain. Tiga bulan lalu, ada sahabat mengajak untuk menunaikan umrah pada ramadhan tahun ini, awalnya aku bersetuju. Namun setelah mendapat tarikh final exam, aduhai kenapa lewat sangat naa, tiga hari sebelum raya baru imtihan selesai.

Mungkinkah tahun ini aku akan beraya di Mesir, atau pulang ke Malaysia pada hari raya pertama, wah itu bisa jadi kejutan yang membahagiakan! Sejujurnya inilah tahun yang membuatkan aku tersangat ingin pulang ke Malaysia, rasa teruja ingin bersama keluarga seterusnya membina usrah yang paling indah atas muka bumi.


Ya, aku jadi teringat kisah cuti tempoh 3 bulan lalu apabila kadang kala mengadakan solat hajat berjemaah di rumah, semua orang pulang bercuti, mendengar tazkirah dan berbincang tentang azab akhirat, persoalan tentang kaifiat solat jama' qasar, jauh dari ingat dunia, ah saat itu terlalu indah!

Berjauhan dengan keluarga sedikit mematangkan diri, mendidik bagaimana untuk membentuk keluarga sakinah. Apabila mendengar nasihat seorang sahabat ; 'Kita sendirilah yang membentuk keluarga sendiri menjadi bagaimana yang dikehendaki..jika bosan cara kita, maka bosanlah keluarga itu.. Jika sekarang kita tidak membiasakan aktiviti tazkirah bersama housemate, mungkin agak susah untuk kita memulakannya apabila sudah berkeluarga nanti..'

Sudah resam kehidupan, kita sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk datang dalam hidup, namun mengapa tidak diri sendiri menjadi yg terbaik? Kita mengharap apabila berkahwin nanti sang isteri mengejut untuk bangun qiamullail, huhu sedang yang sepatutnya berlaku ialah suami yang membangunkan keluarganya..

Mengapa ya, kita tidak 'memaksa' diri sendiri untuk melakukannya terlebih dahulu.. Dalam bab qiam, kalau tidak dibuat berjemaah maka jawabnya tiadalah qiam kita. Memang benar itu bisa jadi penguat namun ia bukanlah pergantungan sepenuhnya.


Kini musim sejuk mula menjelma, menyerang fizikal dan mendera iman. Teringat perbualan dengan sahabat dalam perjalanan pulang dari Mat'am Hosny ; 'Kalau kau sanggup terjun ke dalam laut sekarang utk seminit, nah kad bank aku and no pin jadi milik kau...haha' Amboi tawaran yg lumayan namun bila memandang ke luar tingkap, laut yang bergelora, waktu tengah malam diiringi pula hujan yang sedang menitik, huhu takpe la aku simpan tawaran kau ni untuk musim panas tahun depan..

Aku sering terfikir sendirian, bagaimana agaknya jika Allah menukarkan Malaysia menjadi negara 4 musim seperti ni, yang tergambar di fikiranku pastinya tiada lagi saf jemaah yang panjang pada waktu subuh di musim sejuk. Kerana jika dijadikan mahasiswa2 di sini sebagai pengukur, jelas dapat melihat perbezaan ketara antara solat subuh pada musim sejuk dan musim panas.

Dalam bab ini orang arab mengatasi kita, malu pada orang2 tua yang datang ke masjid dalam keadaan bertongkat, bahkan aku pernah melihat seorang buta datang ke masjid pada waktu subuh. MasyaAllah memberi tamparan hebat kepada syabab2 yang berjuang!


Minggu lepas ketika sedang mengambil history taking seorang patient perempuan yang berumur, Allah mengajarkan sesuatu. Kedua2 matanya sudah sangat kabur, ditambah lagi dia seorang yang pekak, maka susah bangat mau ambil data darinya. Suamilah yang menerangkan segalanya, medication yang diambil semua dalam ingatannya, ubat sebelum dan selepas pembedahan, menunjukkan bahawa selama ini dialah yang menguruskan serba serbi tentang isterinya.

Allah, mungkin itulah bukti cinta sejati, segala kekurangan ternyata tidak mencacatkan cinta mereka. Walau bertahun2 susah dalam komunikasi, nak cakap kena kuat, seolah2 kena jerkah dekat telinga, mata pun tak nampak, sang suami masih tidak jemu menjaga malah tidak malu untuk berpegang tangan tatkala berjalan beriringan, sweet sekali!

Nah kepada kamu yg sudah berpunya dan belum berkahwin, jika setelah 10 tahun menikah dia menjadi pekak, buta atau sebagainya masihkah kamu menerima dia seadanya? Saat itu mampukah kamu berjanji tidak akan tinggalkan dia dan mencari yang lain?

Ingat, jangan cari kelebihan yg ada padanya sebagai sebab perkahwinan kerana setelah nikah kamu hanya akan nampak keburukannya - Ustaz Hasrizal 

Minggu depan kami imtihan, tolong doakan kami ya..kami harap kami mampu menjadi doktor terbaik yg menyumbang kepada ummah. Kami bukan belajar kerana exam, tapi Rasullullah ada sebut kan ; 'Sesungguhnya Allah mencintai seseorang di antara kalian yang apabila dia melakukan sesuatu, ia menyempurnakannya..'

Sebab itu janganlah sindir orang yang rajin belajar, takut2 kita sedang memperkecilkan orang yang sedang mempraktikkan pesanan nabiNya... 

(Orang yang memendam perasaan seringkali terjebak oleh hatinya sendiri. Sibuk merangkai semua kejadian di sekitarnya untuk membenarkan hatinya berharap. Sibuk menghubungkan banyak hal agar hatinya senang menimbun mimpi. Sehingga suatu ketika dia tidak tahu lagi mana simpul yang nyata dan mana simpul yang dusta - quoted ^_^ ...Wallahua'lam)