الاثنين، 25 يونيو 2012

Kala Mereka Bersatu

Liqa' pagi itu menghadirkan kejutan yang luar biasa! Sungguh tidak pernah disangka2 percaturan Allah kali ini, terlalu surprise..Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah semoga masjid yang akan didirikan bakal melahirkan baitul muslim yang diredhai Allah seterusnya melahirkan generasi2 soleh yang menggegarkan ummah dengan akhlak terbilang..

Cinta itu aneh sekali kan..Ada yang menganggap ia terlalu istimewa sehingga setiap hari keluarlah madah2 mutiara cinta kepada sang kekasih yang dirindui..Ada pula yang sedaya upaya menyembunyikan kisah cinta di hati dan menutupnya seerat mungkin sehingga tiba waktu yang dijanjikan..

Dan ku lihat juga yang menjadikan cinta sebagai batu loncatan untuk meraih cinta Allah, konon2nya..Lalu terhasillah aksi 'nasihat menasihati' supaya banyak beribadat, tahajjud dan sebagainya.. Diminta sang kekasih untuk membaca buku2 tauladan..Benar kadang kala itu dibolehkan, kita pun janganlah terlalu syadid itu tak boleh ini tak boleh..

Tapi kalau setiap hari 3 4 kali call, cakap lama2, lepas letak hp terus pergi solat sunat..Ermm jangan  lupa di samping manusia itu ada teman setia yg sentiasa menemani, encik syaitan..Takut2 dalam menasihati tu, dia tiupkan sekali niat2 yg tak elok..Lalu menjadilah kita seperti apa yang Allah sebut dalam Quran 'Syaitan menjadikan terasa indah perbuatan buruk mereka..'


Ada lagi, antara cinta, perjuangan dan politik..Sekarang ini, banyak jemaah dan NGO yang ditubuhkan di Malaysia dan Mesir..Maka apabila berlaku pertembungan antara cinta dan jemaah, manakah yang perlu diutamakan.. Dan berbagai-bagai pendapat timbul dalam hal ini..Ada yang tidak kisah berlainan jemaah, dan lebih ramai yang menolak..

Kebanyakan alasan yang didengar, takut nanti pasangan tak faham, susah nak bergerak dan sebagainya..Mungkin inilah salah satu pengorbanan yang dituntut dalam rukun baiah, mengorbankan percintaan..Dan kata2 isteri Dr Mursi, pimpinan tertinggi kpd sayap politik Ikhwan Muslimin sangat mengesankan..

'Menantu lelaki saya bukan ahli tetapi menantu perempuan saya adalah ahli Ikhwan. Ikhwan bukan syarat sebab Hasan Albanna sebut: Kita mendidik siapa di kalangan kita dan yang bukan di kalangan kita, siapa yang bersama kita dan yang tidak bersama. Dengan makna lain, lelaki yang bukan ahli juga boleh memenuhi keperluan kita. Sebaliknya, Ikhwan atau tidak bukanlah menjadi kayu ukur kerana sabda Nabi SAW: Jika datang padamu orang yang diredai agama dan akhlaknya maka berkahwinlah. Nabi SAW tidak sebut pula mesti di kalangan jemaah.'


Nah, pedas sekali kan kata2 ini kpd mereka2 yang mewajibkan perkahwinan sesama ahli jemaah.. Biarlah, yg pastinya setiap orang ada hujah masing2..mungkin juga perkahwinan sesama jemaah itu lebih menenangkan..

Dalam banyak2 cinta, yang terbaik pastilah cinta kpd Allah Taala..Dan seandainya ada cinta2 lain yang cuba bersaing dengan cinta Allah, sudah terang lagi bersuluh bahawa itulah cinta sang munafiq..

"Ingat, anda menang bukan kerana kekuatan anda. Bukan mereka yg disekeliling anda. Bukan juga usaha pasukan anda. Tapi ia kurniaan Allah. Jika anda mentaati Allah, kami akan mentaati anda. Jika anda menderhakaNya, maka kami akan menentang anda."- Dr Sofwat Hijazi kpd Dr Mursi..


Yang terakhir ku lihat di sini ialah lelaki2 yg memendam perasaan..Ya, sedaya upaya disembunyikannya agar perasaan itu tidak diketahui terutama si perempuan itu sendiri.. Apabila ditanya tidakkah dia takut akan kehilangan cintanya itu, yelah perempuan baik2 ni biasanya menjadi rebutan oleh pemuda2 yg berhajatkan rumahtangga sakinah..

'Andai itu berlaku, saat itu mungkin hati menangis, tapi utk menyesali sehingga meratap merayu, ia tidak akan berlaku..Kerana aku tahu, inilah jalan yang aku sendiri pilih..tapi jauh di sudut hati aku harap dia menanti haha'

*********

Alhamdulillah sangat2 gembira dengan kemenangan Dr Mursi sebagai Presiden Mesir! Demi Allah aku tidak pernah segembira ini bila mengetahui kemenangan mana2 ahli politik dalam pilihanraya..Namun kali ini seluruh jasad seolah2 meraikan kemenangan bersejarah itu.. Seolah2 dapat ku dengar tangisan kegembiraan yang sedang bergema di bumi Palestin kala ini..InsyaAllah tak lama lagi di Malaysia juga akan berlaku perkara yang serupa.. Kebenaran pastinya menggantikan kezaliman walaupun ditutup serapi mungkin!

'Sejujurnya diri ini tidak mampu membayangkan perasaan Dr.Muhammad Mursi ketika ini. Ya, kita gembira meraikan kemenangannya, sedangkan dia sendiri mungkin sedang memikirkan tanggungjawab besar yang diterima. Sebagai seorang presiden kepada jutaan rakyat mesir. Sebagai seorang yang memperjuangkan Islam. Dia tidak meminta jawatan tersebut sebaliknya dicadangkan oleh majlis syura', berbeza dengan dengan sesetengah pemimpin yang gilakan kuasa semata-mata. Namun aku percaya bahawa dia yakin apa jua posisi yang Allah letakkan kepadanya, itulah yang terbaik untuk dirinya. Tahniah dan takziah ya akhi! '



الاثنين، 18 يونيو 2012

Azimat Ayahanda

Enam tahun telah berlalu, namun peristiwa itu masih segar terasa..Setiap bait kata2nya masih berbekas di hati..

Petang itu aku berada di rumah, bercuti selepas mendapat result PMR..Bangkit dari tidur, dalam keadaan mamai aku keluar bilik menuju ke tandas..Mataku memandang ke ruang tamu..Ah ada tetamu rupanya, Pak Cik Omar yg tinggal di hujung kampung sedang berbual rancak dengan ayah..

Pak Cik Omar menegur ku ramah 'Budak pandai tengah tidur ke?!' Aku hanya tersenyum, lalu meneruskan langkah ke tandas..Selesai mandi dan keluar bilik, ayah memandangku dengan wajah serius.. 'Hisyam, mari sini kejap..ayah nk cakap sikit..' Masa tu Pak Cik Omar sudah pulang..


'Ayah tahu kamu dapat cemerlang dlm PMR, lepas ni nak masuk MRSM bitara..Tapi tak patut apa yg kamu buat tadi..'


Aku diam, terfikir..aku ada buat salah ke..Cuba ingat balik..Erm tadi lepas aku bangun tidur, terus mandi..apa yg aku dah buat ni..


'Belajarlah dari resmi padi, makin berisi makin tunduk..Kalau sekarang kamu dah sombong, nanti bila dah berjaya ada kerja besar, entah bagaimana kamu akan pandang orang yang susah.. Sepatutnya kamu keluar, salam dengan dia..Memanglah dia miskin, tapi jangan pandang hina dekat dia..nampak tak beradap kamu hanya tengok dari jauh, dah la tadi dia tegur kamu..' 


Aku tahu ayahku sedang bercakap tentang Pak Cik Omar.. Waktu itu hati ingin membela diri.. Tidak ayah, sy bukan sombong tak nak jumpa pak cik Omar..tadi sy baru bangun tidur, nak mandi dulu lepas tu baru nak keluar salam.. Tapi bila memandang wajah ayah yg serius, kata2 itu hanya tersimpan dalam hati..Kerana aku tahu apabila ayah berbicara serius begitu, bermakna kesalahan yg aku buat itu besar..


********

Dan ternyata, kata2 itu menjadi azimat berharga buat diriku dalam menjalani hari2 sebagai seorang insan.. Selepas mendapat result SPM, dapat pula fly ke Mesir ambil medic..dan di sini ada pegang sikit2 jawatan dalam persatuan, kata2 itulah yang sering terngiang-ngiang di telinga 'Ikutlah resmi padi..'


'Jangan sombong dengan orang, tuhan boleh tarik nikmat yg ada tu sekelip mata je..'

Itulah satu kisah dari berjuta-juta kisah tentang ayahku..Kini bila berjauhan, azimat2 ayah terasa begitu dekat..Sungguh, perwatakan bonda dan ayahku sedikit berbeza, tapi itulah yang membahagiakan aku..sangat melengkapi antara satu sama lain..Ayah dengan wajah ketegasan, dan ibu dengan seribu kelembutan terpamer di wajah..

Kalau dengan bonda, aku selalu berkongsi masalah peribadi, cerita itu ini..Tapi ayah pula banyak mengajarku bagaimana utk hidup sebagai seorang insan berakhlak..Pernah aku ada terbuat satu kesalahan, yang ku sangka akan menimbulkan kemarahan ayah..


Tapi apa yang berlaku sebaliknya, ayah langsung tidak marah dan dengan wajah yang redup memandangku, 'Kalaulah kamu tahu betapa tinggi harapan ayah pd kamu..Ya hanya satu kata2 ringkas, namun kesannya begitu mencengkam di hati ini..Seolah2 kata2 itu masih hidup hingga ke hari ini..Setiap kali aku ingin melakukan sesuatu, datanglah kata2 itu mengingatkan..



Allah, sangat berkuasa nasihatmu ayah..Dan kini aku sangat merindui saat2 menerima teguran itu..Baru petang tadi ayah call dari Malaysia, tak dapat nak cakap lama2 sebab ada kelas arab.. Semalam ma cakap beli je lah tiket flight dari KLIA ke Kelate terus bila balik Malaysia nanti..dan tadi ayah cakap nak datang ambil dekat KL sambil makan angin..

Dalam hati aku tersenyum 'Hebat sungguh kasih seorang bapa, kita mungkin susah nak dengar perkataan SAYANG terbit dari bibir ayah, tapi pasti kita dapat merasakan kasihnya itu secara tidak sengaja..'

Sanggup ayah ambil cuti semata2 utk mengambilku, drive jauh dari Kelantan..Alhamdulillah, mungkin dalam hati ayah sama merasakan seperti hatiku ini, rindu yang teramat sangat..Kalau tahun lepas aku beraya di Masjidil Haram bersama kawan2, tahun ini ayah dah janji awal2 nak sambut raya semeriah yang mungkin, tahun lepas tak meriah tanpa kelibatku..ehem2 betul ke..

Aku sentiasa tergelak apabila bercakap dengan ayah melalui telefon, ada saje yang dibangkitkan.. Kadang2 ayah bertanyakan tentang soal jodoh,huhu topik yang selalu aku elakkan.. 'Tak kisahlah dia negeri mana, balik nanti kita pergi rumah dia ye..' haha ayat yang sering ayah ulang namun tetap mengundang tawaku..Sabarlah ayah yer, sy sendiri pun tak tau lagi siapa orangnya, mungkin tahun-tahun akan datang..

(Aku tulis ni bukan kerana ingin menyambut Hari Bapa, tapi semalam hati jadi rindu sangat2 bila tengok ramai kawan buat status tentang ayah masing2.. Tapi semalam tak boleh tulis lagi sebab hari ni exam..So bila balik rumah tadi terus tulis ni..Nak bagi ayah baca post kali ni, dan kalau sempat nak siapkan sekali warkah cinta untuk ayah yang dirindui..doa2kan, insyaAllah)

الاثنين، 11 يونيو 2012

Jawatan Itu Satu Ujian

Bila berkata tentang pimpinan,
Terasa lemah untuk menerima,
Bukanlah ia satu ungkapan,
Bukan jua satu impian,
Namun apalah daya,
Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis..

Seperti apakah jawatan itu, adakah ia satu nikmat yang harus dikejar..Seronokkah ia sehingga akan melahirkan kepuasan tersendiri..Melihat pemimpin2 di negaraku, membuat diri termenung jauh.. Sungguh, ia membuat aku bertafakur sendirian..Setiap tingkah laku, kata2 mereka kadang2 terlalu sukar ditafsir..terlalu kebudak-budakan..mungkin..

Berbeza sungguh dengan akhlak yang ditunjuk oleh sirah Rasullullah SAW dan para sahabat, kerana imanlah yg memandu peribadi mereka, bukan hawa nafsu.. Ingatkah kita kpd pidato Saidina Abu Bakar tatkala dibaiah sebagai khalifah, 'Aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik antara kamu..Jika aku berbuat baik bantulah aku..dan jika aku salah luruskanlah aku..Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan penipuan adalah khianat..'

Itu Saidina Abu Bakar, tetapi pemimpin sekarang tidak boleh ditegur, walau terang-terangan menganjurkan maksiat.. 'Perkara yang sudah jelas pengharamannya tidak perlu dikeluarkan fatwa' -Mungkin dari satu sudut kata2 ini betul tapi dalam konteks yang lebih besar, menampakkan kelemahan ahli agama itu sendiri dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar..

Perbuatan yang seolah2 melayakkan mereka untuk digelar 'ulama pemerintah'..Keluarkan fatwa untuk menyelamatkan pemerintah..dan apabila pemerintah melakukan kemungkaran, orang ramai juga yang ditegur 'Usahlah share gambar2 yang boleh menaikkan nafsu seperti ini..' Haihh sekali lagi orang ramai yang salah..Bila agaknya ahli agama ni nak tegur pemerintah pulak, dah letih menunggu..


********



Allah, 
Sehingga tertunduk malu orang itu, 
Sehingga menggelodak menahan amarah di dalam jiwa..

Kenapa harus berlagak dengan jawatan yang ada, kenapa harus meninggi diri dengan orang bawahan, terlalu besarkah jawatan itu bagimu..

Sahabat oh sahabat,
Andai kini kau sudah berani membanding2 tarafmu, dapatkah kau menjamin akan memandang adil pada berbondong pesakit yang datang memohon rawatan.. Engkau memandang bajunya yang koyak busuk dan lama..lalu engkau merasa jijik..Demi Allah saat itu hatimu berpenyakit..


Sahabat, engkau seronok mengarah..dan marah2 bila orang bawahanmu tersalah arahan..Tahukah engkau dia sendiri telah bermandi peluh ke sana sini menjunjung amanah..Dia sendiri yang berkorban masa, wang dan tenaga demi amanah itu..Tapi engkau sewenangnya menafikan semua itu..Amarahmu engkau semburkan seenaknya..

Wahai sahabat,
Takutlah kepada Allah! Bersihkan hatimu dari sifat2 itu..engkau terlalu angkuh, sombong dan takbur!


Mungkin saat ini engkau berada di atas, lalu engkau memandang orang bawahan sebagai rakyat biasa..Tapi engkau lupa sunnatullah alam, bahawasanya hidup ini umpama roda..Apabila kelak engkau berada di bawah, rasailah kesannya betapa manusia membenci orang yang angkuh..

Belajarlah menghargai orang lain,
Cubalah menjaga hati orang lain,
Agar mereka boleh menghormatimu..


********

(Perasaan halus itu datang lagi, mendesak hati yang bermujahadah..Di lihat langit malam yang gelap gelita, bermacam2 gambaran singgah di fikiran..'Tidak, ini bukan masanya..' Perjalanan harus diteruskan..Walau mungkin sekali pengakhirannya tidak seindah yang diharapkan, pasti Allah juga sedang merencanakan sesuatu..)

الاثنين، 4 يونيو 2012

Menjelang Detik Penentuan


Balik dari kelas, dalam keadaan cuaca yang panas terik, singgah beli makanan jap..Bersama dua lagi sahabat, seronok dok borak..Tiba2 terdengar perempuan menjerit, dan bila tengok, tengah tengok tv..Arab2 lain mula mengerumuninya, bukan kerumun perempuan itu tetapi tv..

'Wah ada berita menarik ke..'

Merapati orang ramai itu, dapat melihat ada siaran langsung tentang pembicaraan di mahkamah..Oh baru teringat, hari ni pembicaraan Mubarak! Kami turut naik semangat nak tengok jugak..Tak faham pun, tapi bila tengok reaksi arab marah2, tahulah kami mereka tidak gembira dengan keputusan mahkamah..

'Kami tak nak setakat penjara, kami nk dia dipancung!' Kata seorang pak cik penuh semangat..

Wah gamat sungguh suasana ketika itu..Kami meneruskan perjalanan pulang..Tapi perjalanan kali ni mengambil masa yg panjang, huhu kerana kami juga berhenti 'menumpang' tv setiap kali orang ramai jerit2..Tengok tv, lagi gamat suasana dalam mahkamah..Semua dalam mahkamah berdiri, angkat sepanduk dan bersorak kemarahan..

Wajarlah kemarahan mereka itu, kerana alasan2 pembelaan langsung tidak masuk akal..Dua anak Mubarak tidak dikenakan sebarang tindakan..Corruption is confirmed but more than 10 years ago! Lagi, 6 ketua polis yang terlibat dalam pembunuhan lebih dari 1000 pendemo ketika revolusi juga dibebaskan atas alasan tiada bukti mereka yang mengarahkan polis2 utk membunuh..

Aihh kita yang bukan egyptian pun marah bila dengar alasan budak-budak camtu..


Tapi...
Mungkin mereka lupa, orang Islam itu ada Allah..
ada doa sebagai senjata..

Kalau sebelum pembicaraan, ramai yang inginkan Shafiq sebagai Presiden..Tapi demi Allah, selepas pembicaraan itu, tiada seorang pun arab yang ku tanyakan inginkan Shafiq..

'Sebelum ni sy tak undi dua2, Shafiq mahupun Mursi..Tapi sejak pagi tadi (pembicaraan), sy akan undi Mursi..'-pemandu teksi

'Wallahi Mursi..'-pelajar perubatan arab

Tu contoh saja kecil saja, ramai lagi yang ku tanyakan, dan jawapan itu membuat ku terseyum..Alhamdulillah benarlah firman Allah..

“Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang (membalas tipu daya)” 
 Al Imran (54)


Sekitar jam 10 malam tadi, Dr.Muhammad Mursi tiba di dataran Tahrir bagi menunjukkan kebersamaannya dgn keluarga syuhada' revolusi dan rakyat yg tidak berpuas hati atas hukuman mahkamah pagi tadi. Rakyat yg mula berkumpul di Tahrir sejak petang tadi dianggarkan melebihi 10,000 orang menyambut kedatangan Mursi dgn laungan "Di atas tangan yang satu" dan "Itu dia Presiden kita" dan "Di mana media..Presiden ada di sini". Mereka menolak keinginan Mursi utk berjalan bahkan menjulang Mursi yg memegang bendera Mesir mara di tengah-tengah orang ramai. Mursi berjanji untuk membicarakan semula kes Mubarak semula jika terpilih sbg Presiden pada 16 dan 17 Jun ini.


**********


Semalam pergi Fathallah, ambil duit..Masa on the way balik, ada arab tengah gaduh2, saje la pergi tengok jugak..Masa tu dah ramai arab yang datang nak hentikan pergaduhan..Tengah ralit tengok, tiba2 sang penggaduh tu keluarkan sesuatu dari poket, pisau! Wah dah la aku dok sebelah je, terus lari cepat2..

Bila toleh ke belakang balik, makin ramai arab yang datang tolong, masyaAllah beraninya diorang.. Yang si musuh pun (org yg bergaduh dgn sang penggaduh..sori taktau nk guna istilah apa) berani jugak, langsung tak menunjukkan gaya2 nak lari, masih lagi nak bergaduh..

Dalam perjalanan pulang, masih terfikir2 akan peristiwa yang baru berlaku tu..Hebat kan orang arab, tak takut mati ke apa, patutlah tsaurah (revolusi) Mesir berjaya..Orang ramai masih lagi nak tolong hentikan pergaduhan tu, walhal pisau tengah dihayun2..Dalam bab ni orang melayu kalah..

Aku sangat bersyukur kepada Allah kerana dilahirkan sebagai melayu..Tapi aku tidak pernah berbangga dengannya sehinggakan sanggup merendah2 bangsa lain..Bab kata Mori 'Orang Cina tidak pernah minta utk jadi Cina..' 

Bagiku orang melayu Islam tidak lebih mulia berbanding orang Cina Islam, bahkan orang melayu Islam itu sendiri lebih rendah martabatnya berbanding Cina Muslim sekiranya Islam itu mereka hina dan permainkan..Cukuplah Allah dan Islam sebagai pembelaku, aku tidak memerlukan apa2 lagi.. Kerana aku percaya, apabila Allah sudah membelaku, tiada kuasa yang mampu menggugat lagi..

Bayangkan jika kita berada di tempat mereka...Ibu bapa dan keluarga syuhada' yang terbunuh dalam revolusi rakyat menunjukkan kekecewaan masing-masing di hadapan mahkamah sebaik sahaja mahkamah menjatuhkan hukuman yg tidak setimpal kepada penjenayah yg membunuh anak mereka. Dalam mahkamah, para peguam keluarga syuhada' dan pemerhati yg memenuhi galeri mahkamah melaungkan "Rakyat mahu bersihkan hakim!!" sebaik sahaja hakim menjatuhkan hukuman ke atas Mubarak 


(Tolong sahabat2, doakan kemenangan Mursi..dua hari lepas pergi ceramah tentang keadaan Palestin dari mereka2 yang pergi melihat sendiri Gaza..Melalui kisah2 yang diperdengarkan, dapat kesimpulan bahawa Mesir ketika ini masih lagi menjadi 'musuh' kepada Palestin walaupun sudah ada sedikit kelonggaran selepas tsaurah..


Lembu2 ternakan di Palestin masih lagi terpaksa dibeli dari Israel..batu bata untuk pembinaan, juga sangat susah didapati walaupun senang je sebenarnya kalau Mesir bagi kerjasama..banyak lagi sebenarnya cerita2 benar yang selama ini tak pernah dengar pun, tapi berlaku di sana..InsyaAllah, kemenangan itu dekat..)