الاثنين، 11 يونيو 2012

Jawatan Itu Satu Ujian

Bila berkata tentang pimpinan,
Terasa lemah untuk menerima,
Bukanlah ia satu ungkapan,
Bukan jua satu impian,
Namun apalah daya,
Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis..

Seperti apakah jawatan itu, adakah ia satu nikmat yang harus dikejar..Seronokkah ia sehingga akan melahirkan kepuasan tersendiri..Melihat pemimpin2 di negaraku, membuat diri termenung jauh.. Sungguh, ia membuat aku bertafakur sendirian..Setiap tingkah laku, kata2 mereka kadang2 terlalu sukar ditafsir..terlalu kebudak-budakan..mungkin..

Berbeza sungguh dengan akhlak yang ditunjuk oleh sirah Rasullullah SAW dan para sahabat, kerana imanlah yg memandu peribadi mereka, bukan hawa nafsu.. Ingatkah kita kpd pidato Saidina Abu Bakar tatkala dibaiah sebagai khalifah, 'Aku diangkat menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik antara kamu..Jika aku berbuat baik bantulah aku..dan jika aku salah luruskanlah aku..Sifat jujur itu adalah amanah, sedangkan penipuan adalah khianat..'

Itu Saidina Abu Bakar, tetapi pemimpin sekarang tidak boleh ditegur, walau terang-terangan menganjurkan maksiat.. 'Perkara yang sudah jelas pengharamannya tidak perlu dikeluarkan fatwa' -Mungkin dari satu sudut kata2 ini betul tapi dalam konteks yang lebih besar, menampakkan kelemahan ahli agama itu sendiri dalam menegakkan amar makruf nahi mungkar..

Perbuatan yang seolah2 melayakkan mereka untuk digelar 'ulama pemerintah'..Keluarkan fatwa untuk menyelamatkan pemerintah..dan apabila pemerintah melakukan kemungkaran, orang ramai juga yang ditegur 'Usahlah share gambar2 yang boleh menaikkan nafsu seperti ini..' Haihh sekali lagi orang ramai yang salah..Bila agaknya ahli agama ni nak tegur pemerintah pulak, dah letih menunggu..


********



Allah, 
Sehingga tertunduk malu orang itu, 
Sehingga menggelodak menahan amarah di dalam jiwa..

Kenapa harus berlagak dengan jawatan yang ada, kenapa harus meninggi diri dengan orang bawahan, terlalu besarkah jawatan itu bagimu..

Sahabat oh sahabat,
Andai kini kau sudah berani membanding2 tarafmu, dapatkah kau menjamin akan memandang adil pada berbondong pesakit yang datang memohon rawatan.. Engkau memandang bajunya yang koyak busuk dan lama..lalu engkau merasa jijik..Demi Allah saat itu hatimu berpenyakit..


Sahabat, engkau seronok mengarah..dan marah2 bila orang bawahanmu tersalah arahan..Tahukah engkau dia sendiri telah bermandi peluh ke sana sini menjunjung amanah..Dia sendiri yang berkorban masa, wang dan tenaga demi amanah itu..Tapi engkau sewenangnya menafikan semua itu..Amarahmu engkau semburkan seenaknya..

Wahai sahabat,
Takutlah kepada Allah! Bersihkan hatimu dari sifat2 itu..engkau terlalu angkuh, sombong dan takbur!


Mungkin saat ini engkau berada di atas, lalu engkau memandang orang bawahan sebagai rakyat biasa..Tapi engkau lupa sunnatullah alam, bahawasanya hidup ini umpama roda..Apabila kelak engkau berada di bawah, rasailah kesannya betapa manusia membenci orang yang angkuh..

Belajarlah menghargai orang lain,
Cubalah menjaga hati orang lain,
Agar mereka boleh menghormatimu..


********

(Perasaan halus itu datang lagi, mendesak hati yang bermujahadah..Di lihat langit malam yang gelap gelita, bermacam2 gambaran singgah di fikiran..'Tidak, ini bukan masanya..' Perjalanan harus diteruskan..Walau mungkin sekali pengakhirannya tidak seindah yang diharapkan, pasti Allah juga sedang merencanakan sesuatu..)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق