الثلاثاء، 16 أغسطس 2011

Meniti Kalam Sesuci Baitullah

Aku bangkit di keheningan malam..mungkin kawan serumah sudah lena..Biarlah dia tidur, semoga dapat menambahkan energy utk bangun sahur.. Kehangatan malam di musim panas menyukarkan mata terlelap, memberi keizinan utk menzahirkan kalimah-kalimah yg hadir di hati..

Ku atur langkah ke beranda,
Ku tatap langit yg hitam gelap,
Sekilas pandanganku terhenti pd sang rembulan,
Ah cantik sungguh bulan malam ini, mengambang penuh,
Hampir saja aku terlupa sudah lebih separuh Ramadhan telah dijalani..

Sempurna sungguh ciptaanmu wahai sang rembulan,
Sekarang aku mengerti bila mana Nabi Ibrahim tersalah anggap akan dikau,
Ketika pengembaraan baginda dalam mencari tuhan,
Namun sempurnamu tidak kekal,
Dikau menghilang tatkala siang menjelma,
Manakan mungkin tuhan bersifat sementara!
(al-An'am: 76-79)


Ku tatap lagi pd sang rembulan,
Cahayamu hanya pinjaman dari sang mentari,
Rupanya tiada apa yang istimewa padamu...

Tidak, aku salah!

Ternyata engkau menyimpan seribu satu rahsia alam semesta,
Seolah-olah terbayang di mataku saat Rasullullah S.A.W. membelah tubuhmu,
Dengan hanya jari baginda yang mulia,
Itulah mukjizat kurniaan Allah,
Namun apalah daya,
'ainul yakin' manakan dapat menandingi 'ilmul yakin'
Kaum musyrikin masih menafikan kerasulan baginda,
Biarpun kenyataan sudah terang lagi bersuluh,
Dituduhnya pada Rasulullah bahawa itu hanyalah sihir,
(al-Qamar: 1-2)


*Ainul yakin dan ilmul yakin..kedua2 perkataan ini telah dinyatakan dalam khutbah jumaat di Masjid Nurul Islam, dikongsikan oleh seorang sahabat..Tentang pengertiannya, sahabat sekalian pasti lebih mengerti dan kalau masih tak tahu, rujuklah orang yang pakar...

"Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya, dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami, dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya"
-Saidina Ali-


(Mlm ini mlm terakhir aku di Mesir utk Ramadhan tahun ini..InshaAllah mlm esok akan berangkat ke Kaherah seterusnya ke Madinah..Sungguh Ramadhan tahun ini berbeza dengan tahun2 sblm..dan inilah kali pertama menyambut aidil fitri tidak bersama keluarga di kampung, tetapi di Makkah al-Mukarramah inshaAllah..
Doakan keberangkatan kami ke tanah haram..doakan pemergian kami, agar diberi kesihatan yang baik sepanjang menunaikan umrah..InshaAllah kami tidak akan lupa mendoakan kalian, ni pun tgh siapkan list nama sahabat2 yg mtk didoakan di sana nanti..tak nak la hampakan harapan orang yg meminta..walau bagaimanapun kita hanya memohon, dan tetap menjadi hak Dia utk menerimanya.. Wallahualam)


الجمعة، 12 أغسطس 2011

'No more ikhtilat'

Terpancar kegembiraan di wajahnya saat menceritakan kisah itu..Saya sendiri teruja mendengarnya..'Alhamdulillah, si dia menerimanya..' Ucapan syukur meniti di bibir..Cepat sungguh masa berlalu, seingat sy baru sahaja dia 'mentaqdim' perempuan itu sebelum final exam hari itu..Alih-alih hari kedua Ramadhan dah dapat jawapannya..

Jauh di sudut hati sy bersyukur dengan khabar itu yg dikhabarkan sendiri oleh tuan empunya badan ..Yelah, bukan senang utk mencari pemuda yg masih menjaga kesucian cinta di akhir zaman ni..Ingatkan dalam novel je boleh berlaku, perkahwinan tanpa didahulukan dgn cinta sms, berjanji yg berlebih-lebihan, dating dan sebagainya..Dan sekarang sahabat sy sendiri sedang melaluinya, mabruk alaik!

Dengan pengantaraan org tengah yg beragama (seeloknya yg sudah berkahwin), disusuli persoalan2 matang yg tidak menampakkan unsur-usur ikhtilat..Semua ini tidaklah semudah yg disangka..Sy sendiri yg kadang kala menjadi tempat utknya berkongsi sepanjang proses taqdim itu pun dapat merasakan betapa berdebarnya, dan betapa tidak keruannya demi menunggu jawapan dari si dia..

Tapi di sinilah akan menampakkan salah satu 'keindahan' kalau ikut cara Islam..Menurut kawan sy yg telah berkahwin, saat2 yg penuh mendebarkan inilah yg akan dirindui dan kalau boleh nak rasa balik bila dah lepas kahwin..Wallahualam, sy sendiri tak kahwin lagi..

Dan Ustaz Akli cukup simple dalam hal bercinta sebelum kahwin.. 'Bercinta lama2 sebelum kahwin takde guna jugak..Sebelum kahwin, nampak baik,semua nak tunjuk baik..penyabar la, sopan sume ada..selepas kahwin baru nampak perangai sebenar, macam2 karenah..Sebelum kahwin ni habis sume kebaikan nak ditunjuk, lepas kahwin dah takde apa yg istimewa lagi..'. Itulah lebih kurang kata2nya masa kelas Ramadhan ketika mengajarkan bab Talak..Sinis sekali kata2 Ustaz Akli, tapi kebenarannya tidak blh dinafikan..

Pagi td bukak laptop, tiba2 terbaca satu artikel..Subhanallah, seolah2 tak percaya peristiwa seumpama itu boleh berlaku di alam nyata..Sy sendiri tak terbayang camne kalau berlaku pd diri sendiri..Tapi bila ingat balik, memang tak mustahil ia berlaku andai iman di hati sekukuh gunung, seteguh karang di lautan..Marilah sama-sama membaca sendiri kisah cinta yg maha hebat yg kalau ikut pendapat sy, mungkin tidak akan berlaku lagi zaman ini..klik sini..Tapi ilmu Allah lebih menyeluruh, mungkin sahaja ia berlaku..wallahualam..

السبت، 6 أغسطس 2011

Hari Ketujuh Ramadhan di Mesir

Satu demi satu beg diangkat,semakin hari semakin sunyi rumah ini..Baru je pas tolong angkat beg housemate yg nak pulang ke Malaysia..Biarlah mereka pulang ke pangkuan keluarga, insyaAllah akan kembali lagi ke sini..Demi melihatkan beg2 besar itu,makin mendalam rasanya kerinduan di hati..Makin terasa homesick kalau istilah asrama dulu..Saat-saat ini jugaklah banyak usikan datang dari teman-teman yg dah sampai kat Malaysia.. Sambil2 hantar msg selamat menyambut ramadhan, sengaja diselitkan sekali lagu-lagu raya yg menyentuh hati..Biarlah, sedikit sebanyak menghiburkan jugak hati yg sedang gundah ini..

Semalam baru balik dari Cairo, ziarah kawan dan Ustaz Malik.. Panas sungguh cuaca kat sana, berbeza dgn suhu di Alex ni yg agak kurang bahangnya..Sempat jugak kawan bawak pergi kelas Sheikh Muhammad Nuruddin al Banjari al Makki (kalau tak salah sy mcm ni la nama beliau, agak panjang)..Walaupun lebih kurang 2 jam je sempat join kelas beliau, tp banyak sgt ilmu baru yg diperoleh..Dan memang patutlah setiap floor Rumah Kedah dekat Hayyu Sabie' tu penuh dengan mahasiswa dan mahasiswi yg datang dari seluruh negeri..

Semua kitab yg diajar dalam kelas itu adalah karangannya sendiri. Fasih sungguh bahasa arab beliau walaupun beliau bukanlah berbangsa arab..Sheikh Nuruddin ialah org melayu Indonesia yg beristerikan org Kedah (isteri kedua) dan beliau memang selalu datang ke Malaysia..Tapi sayang Sheikh Nuruddin hanya ada kat Mesir sampai 15 ramadhan ni sahaja..Semoga tuan sheikh dipanjangkan umur dan diberkati ilmu..


Hari ni hari ketujuh ramadhan.. Sepanjang tujuh hari ramadhan kat Mesir ni, benarlah org cakap byk sgt beza cara masyarakat arab dan melayu sambut ramadhan..Sebelum ni dengar cerita je, sekarang betul2 dapat tengok sendiri kesungguhan org arab bila datangnya ramadhan..Dapat tgk sendiri camne mereka teresak-esak menangis ketika berterawih..Tambah2 bila imam membacakan ayat tentang neraka, makin kuatlah esakan mereka..Kita yg ada kat sebelah ni pun tumpang sekali kekhusyukan mereka, yg secara tak langsung 'terasa' lain bila mendengar esakan itu..

Lebih kurang 4 hari lepas,Allah mempertontonkan sy satu peristiwa..Ketika itu masih awal..Ada beberapa org jemaah sedang menunggu untuk solat zohor..ada yang membaca quran, yg baru datang menunaikan solat tahiyatul masjid..Sang bilal berdiri utk melaungkan azan..'Allahuakbar Allahuakbar'..Baru sahaja kalimah itu diazankan, tiba-tiba elektrik terputus..Sang bilal berhenti azan dan sy lihat beliau cuba memanjat tempat letak kasut utk sampai ke tingkap masjid..Beliau membuka tingkap itu dan meneruskan azan di tingkap..

Rasa terpukul jugak bila melihatkan peristiwa tersebut..Kalau kat sekolah dulu, bila sampai giliran azan, mulalah cari alasan utk mengelak, sakit tekaklah suara tak sedaplah..Kalau bandingkan dgn kisah di atas rasa jauh sangat..Sang bilal, walaupun sudah berumur digagahkan jua utk azan, dipanjatnya tingkap itu dan diazan sekuat yg boleh..Beliau tahu semua yg dilakukannya itu tidak sia-sia bahkan dilihat oleh Pencipta alam..

'Perkataan yg baik dan pemberian maaf lebih baik drpd sedekah yg diiringi tindakan yg menyakiti. Dan Allah maha kaya, maha penyantun.' (al Baqarah, 263)

الثلاثاء، 2 أغسطس 2011

Kisah si budak dengan milo


Di sebuah sekolah,murid-murid sedang beratur panjang utk mendapatkan segelas Milo percuma..Hampir semua murid sekolah itu tidak mahu ketinggalan pd hari itu memandangkan betapa lemak berkrimnya Milo yg disediakan oleh syarikat Milo sendiri..

Selepas beratur panjang,akhirnya sampailah ke giliran Mamat..Mamat yg sudah lencun uniform sekolahnya dek kepanasan mentari tersenyum membayangkan kelazatan Milo tersebut.. dia menghulurkan tangan demi menyambut gelas itu..Tiba-tiba seorang guru sekolah itu menjerit,’Jangan bg pada budak tu! Dia budak nakal,selalu ponteng kelas!***


Itulah situasi yg pernah berlaku di sekolah rendah kawan sy dahulu.. Baru-baru ni teringat balik kisah tersebut bila Dr Ahmad Fathi menceritakan tentang peristiwa yg akan berlaku di Padang Mahsyar nanti.. "Sesungguhnya ramai di kalangan umatku akan datang bertemu aku di kolam Kautsar, sehingga terlalu hampir denganku, dan aku amat mengenalinya. Tetapi mereka telah dihalau jauh dari Telaga Kautsar oleh malaikat. Ya Rabbi, mengapa mereka diusir dari telagaku sedangkan mereka adalah umatku. Allah SWT menjelaskan kepadaku, memang benar mereka adalah umatmu, tetapi engkau tidak tahu apa yang telah dilakukan oleh mereka selepas engkau wafat. Mereka itu murtad daripada ajaranmu.” (riwayat Bukhari)

Bagaimanalah agaknya kita nanti kan..selamatkah kita..Siapa yg mampu menberi jaminan kita pasti akan dapat minum air dari telaga Rasullullah itu.. Kadang-kadang risau jugakkan, yela peristiwa ni akan berlaku di akhir destinasi kita, kita dah matipun masa itu..n memang dah sangat2 terlambat utk mengubahnya kalau kita yg dihalau dari telaga itu saat itu..

Adakah kita benar2 pasti Islam yg kita amal skrg sama dengan Islam yg Nabi Muhammad bawak dulu..Tok guru selalu mensepadankan pertanyaan ini dengan satu analogi.. Ada satu sungai yg mengalir dari bukit pedalaman sana ke muara sungai..Setelah melalui perjalanan panjang berbatu-batu jauhnya..ditambah lagi dengan bahan buangan orang-orang kampung ke dalamnya, dahan-dahan pokok yang gugur..masih samakah lagi composition sungai di muara dgn air di bukit itu..

Memang air itu dari sumber yg sama namun skrg composition telah banyak berubah..Dan kita sekarang, Nabi Muhammad S.A.W. telah wafat hampir seribu tahun setengah yang lalu..ditambah lagi dengan sistem yg mendidik kita sejak kecil sehingga skrg, sgt jauh dr sistem yg diajarkan Rasullullah..lalu jadilah kita seperti kita skrg (byk dipengaruhi pemikiran luar dari cara Islam itu sendiri)

Semoga Allah ampunkan kita dan memberi hidayahNya agar kita tidak tersesat dalam menuju ke destinasi terakhir.. Dalam bulan ramadhan yg penuh barakah ini, rebutlah peluang maghfirah dan mohonlah kasih sayang drpdNya..dah banyak sangat dah dosa yg kita buat, dan sekarang Allah datangkan kita satu bulan yg penuh dgn keampunan, satu bulan yg ditunggu2 oleh sekalian orang beriman.

Tahun ini first time puasa kt tanah arab dan insyaAllah raya pun kat tanah arab..Kagum jgk dgn iman pak arab ni bila tengok diorang solat terawih..walaupun bacaannya panjang tp diorang tak berganjak langsung dan menunggu sehinggalah ke akhirnya.Kalau muda takpe la jgk,ni yg tua sangat2 pun stil bersemangat,yg jln pun menggeletar..subhanallah, masing2 tidak mahu ketinggalan merebut fadhilat ramadhan..Dan kita yg masih muda dan bertenaga ni, sepatutnya lebih lagilah semangat dan amalan berbanding mereka yg fizikalnya tidak begitu mengizinkan..

"Dari Abi Hurairah radiallahu 'anhu berkata:  Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:  Barangsiapa yang bangun (menghidupkan ibadah) dibulan Ramadan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan balasan yang baik), maka diampunkan dosanya yang telah lalu"