الثلاثاء، 31 يناير 2012

Kala Persahabatan Diuji

Alhamdulillah, selesai satu ujian praktikal..Susah sekali rasanya, banyak jawapan yang keliru..Ditambah lagi dengan sistem ujian yg begini, perkataan 'shift' agak menyentap perasaan..Namun itulah, teringat kata2 seorg sahabat dari Nigeria masa first year dulu..'Inilah masanya utk kita manfaatkan sistem ini, latih diri utk menguasai perasaan di kala cemas..Saat itu kita masih mampu berfikir dgn rasional, bukan terburu2..melatih diri menjadi seorang doktor..'
***

Kala imtihan begini, rata2 boleh tengok sana sini, semua orang berubah..ada yang jadi baik, ada yang jd pendiam, tapi yang lebih ramai ialah yg memilih menjadi emosional..Sepanjang tiga tahun di bumi Mesir, terlalu banyak yg Allah ajarkan..Melihat sendiri bagaimana peribadi seseorang boleh berubah dalam masa yang singkat, kalau sebelum ini orangnya jenis yang selalu senyum dan ceria, namun bila datang sahaja time exam, habis hilang segala kemanisan..

Mungkin benar kata2 seorang sahabat 'Musim exam ni la kita dapat tengok perangai sebenar orang tu, abis semua keluar..' Allah, takut juga..mungkin kita tak sedar tindakan kita, yang dapat menilai adalah orang sekeliling..Kita rasa kita dah buat macam biasa dah, dah senyum macam biasa dah, tp bagi housemate kita, diorang fikir 'Muka masam macam anak rimau!'

'Andaikan Rasullullah SAW berada di tempat kita sekarang...'

Allah..takut...

Pasti..tidak ada yang akan terluka dengan kata2 sindiran pedas..tidak ada yang akan bermasam muka tatkala bertemu..tidak akan ada yang malas masak, dan tiada yang hanya memasak sekadar utk mencukupkan syarat..Andai baginda di tempat ini, pasti semuanya indah..setiap org di sekeliling pasti menumpang ketenangan dan kebahagiaan..

Akhlak sehebat itu..andai mampu diterjemah ke dalam diri setiap insan atau mahasiswa dlm konteks yg lebih kecil, tak terbayang dunia saat itu..Ya aku mengimpikan dunia seperti itu..

Alangkah indahnya, kadang2 kita balik rumah, singgah dulu ke kedai, beli sesuatu utk dimakan bersama housemate..tak mahal pun, cukup la seringgit dua..Kadang2 kita mampu bersedekah setiap hari kpd fakir miskin, tapi kita tak pernah berbelanja utk housemate..Ya mereka sudah kaya, banyak duit, tapi apa salahnya kita lakukan itu kerana Allah utk mengeratkan ukhwah..


“Memberi sedekah kepada orang miskin dikira: satu sedekah, dan memberi sedekah kepada mahram dikira dua iaitu: sedekah dan mengeratkan hubungan.”
(Sunan ad-Darimi)

nak jadi macam kucing ni, nampak hebat sekali
ukhwah yg dibina..

Jika hendak goreng ayam, atau apa saja, apa salahnya masak lebih sedikit, bagi housemate..Sebab kadang2, bila kita tengah tension belajar, dan tiba2 datang kawan bawak makanan dgn wajah tersenyum, pasti terdetik dalam hati perasaan terharu..cuma kadang2 tak terluah dengan perkataan..Biasalah lelaki, susah utk meluahkan tapi dalam hati perasaan terharu itu ada..

Dan kawan pun, bila tengok muka housemate tengah tension habis, tak perlulah balas balik 'ketensionnan' itu..Janganlah lawan bermasam muka 'Huh ingat dia sorang je boleh wat muka camtu'

Astaghfirullah..check balik bagaimana akhlak Rasullullah SAW..Sememangnya tiada yang lebih manis wajahnya, dan tiada yang lebih laju daripada baginda dalam memberi salam..Benar dalam hati ada runsing, tapi biarlah hanya kita yang simpan..dan luahkan utk Allah semata..Mengadulah padaNya sepuas hati, menangislah seinsaf mungkin..kerana Dialah pemegang segala hati..

'Kita takkan disoal tentang tindakan kawan2 kat diri kita, 
tapi tindakan kita kat kawan2  memang akan disoal'
-quoted-

(Kami dalam fatrah imtihan, tolong doakan kami..Kami harap kami mampu jadi doktor yang berguna utk ummah..Kami taknak belajar kerana exam, tapi disebabkan nak jadi doktor perlukan exam, maka kami lakukannya..Tolong doakan kpd Allah, agar kami mampu menjaga hati, agar kami sentiasa ikhlas dan ingat kepadaNya..Kami taknak riyak, ujub, dan takbur, namun syaitan sangat pandai kan..dia cuba jugak bisikkan itu dalam hati kami..Tolong, doakan kami...)

الثلاثاء، 24 يناير 2012

'Rupa-rupanya Banyak Lagi Perlu Diperbetulkan'

Selesai tafaqquh, ada dua mesyuarat yg perlu dihadiri..Kena cepat, kang dua2 tak dapat hadir..Hampir jam 10 malam baru sampai di asrama MARA..Nasib baiklah dua2 meeting buat kat sini, kalau tak tak tau la..

Selesai meeting tengok jam sudah hampir pukul 12 malam..'Memang sah2 la kena musyrif ni', takpe ikhlaskan hati, semoga tak sia2 tiap saat yang berlalu..Selesai hantar akhwat, baru teringat malam ni ada qiamullail utk ihwah yang dianjurkan persatuan..Jalan malam yang sunyi dan sejuk, macam2 cerita buruk bermain dalam fikiran, terutama berkaitan arab yg suka mengganggu..'Isk laki2 kena kuat!'

Tahan teksi, pergi Teratak Iskandar seorang diri..Bila sampai tengok semua orang sudah tidur.. 'Alhamdulillah boleh tahan, ramai jugak yang hadir..' Alamak, baru teringat lecture hari ni tak study lagi, al kahfi pun tak baca lagi..Takpe tidur dululah, esokkan jumaat..


Nak tidur, cari tempat kosong kat tengah2 org..Wah ada yang bawak selimut tebal, seronoknya..tapi nak tumpang tak boleh, tuan dah tidur lena tak sampai hati nak kejut..Menyesal pun ada tak bawak selimut..

Baru lelapkan mata, tersedar balik..Mat Jay di sebelah menukar arah badan..Allah, sekarang rasa sejuk sangat2..Cuba lelapkan mata..Baru beberapa minit, terjaga lagi..kali ni kawan sebelah sini pulak berdengkur..Begitulah, setiap pergerakan org lain dlm bilik itu pasti mengejutkan tidurku..Tahap kesejukan yang luar biasa, aku pun tak tau nak pusing badan macam mana lagi, dah habis mengerekot dah..Tak terkira berapa belas kali aku terbangun terduduk malam itu, mungkin tak sempat lena pun..Allah, sejuk pun satu azab rupanya..

Tepat jam 3, kedengaran alarm lagu Maher Zain berkumandang memecah sunyi..Isk mana tuan punya hp ni, tak nak tutup alarm pulak..

*****

Selesai solat subuh yg diimamkan Faiz Salleh, pagi jumaat hari itu diteruskan lagi dengan bacaan al ma'thurat secara berjemaah..Di akhir kalam, doa rabitah dialunkan..

Sesungguhnya Engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
Berhimpun dalam naungan cintaMu
Bertemu dalam ketaatan
Bersatu dalam perjuangan
Menegakkan syariat dalam kehidupan..

Setiap yang hadir pagi itu merasakan ketenangan yang luar biasa, seolah2 telah lenyap segala masalah..Subhanallah, masing2 memuji Allah dalam hati..

Akhirnya tibalah saat yang ditunggu2 'Sembang Byte Muslim'..Agenda yang memang ditunggu khas dan menjadi antara sebab menghadirkan diri hari ini, haha semua orang nak kahwin kan..Suasana ceramah yang ceria diselangkali dengan usikan2 nakal hadirin yang hadir..Tiba2 ada soalan dari salah seorang hadirin 'Bagaimanakah dengan org yg merancang utk berubah setelah kahwin..maksudnya lepas kahwin baru nak jadi baik..?'

Sambil tersenyum ketiga2 ahli panel merungkai persoalan itu dengan tepat..Jawapan yg sangat berguna, terutama kepada pemuda2 yg belum kahwin..


'Setiap org akan kembali menjadi dirinya yg sebenar selepas berkahwin..Ya mungkin dia mampu 'menjadi baik' utk beberapa bulan pertama, namun percayalah ia tidak akan kekal..Kalau sekarang dia suka pandang perempuan, dan lepas kahwin baru nk berubah..maka tengoklah nanti, dia akan tengok perempuan jugak..Lelaki, biasalah...'

Oh terasanya..baru nak belajar kejar takbiratul ula lepas kahwin, sekarang asyik masbuk je..Selalu terfikir lepas kahwin senang sikit kot nak bangun tahajjud, ada orang tlg kejutkan..Tapi jawapan pagi itu menafikan segala-galanya..

Jangan jadikan perkahwinan sebagai batu loncatan utk berubah, kerana selepas anda mendapat itu anda akan kembali menjadi yang asal..Sebaliknya berubahlah kerana Allah dan kerana anda sendiri yg ingin berubah.. Jika sekarang bilik anda bersepah, jangan harap ia akan menjadi bersih selepas kahwin (kalau isteri tak kemas la..)

'Letakkan matlamat jangka masa panjang dalan perkahwinan..Jika tidak, mungkin sedikit perselisihan kecil boleh menyebabkan perceraian..Kalau kahwin hanya utk nafsu semata-mata, bila dah dapat apa yg kita nak, maka kita tak rasa bertanggung jawab lagi utk meneruskan perkahwinan itu..'

Wallahua'lam

الجمعة، 20 يناير 2012

Jihad Sang Nafsu

Benar-benar terasa dengan kata-kata Sheikh Ibrahim Zidan dalam kelas tafsirnya..Kadang-kadang kita terlupa adanya nafsu dalam diri..dan kita terlupa kekasih agung penah berpesan 'Jihad Melawan Nafsu'

Ketika keseorangan, datanglah sang nafsu membisikkan kata-kata indah, mengingatkan kepada seseorang yang masih belum halal..Benar ianya fitrah namun alangkah jujurnya andai saat itu kita berkata 'Cukuplah kamu, diriku masih milik Allah, dan selamanya aku milik Allah..Cukuplah aku menjadi kekasihNya, sehingga DIA sendiri menyerahkan hatiku kepada si dia yang DIA tahu terbaik untukku..'

Ketika di jalanan, melintasi kedai-kedai, pasti mata tak lekang melihat 'hiasan-hiasan duniawi' yang begitu mempesona..Apatah lagi di akhir zaman ini, title lelaki soleh itu makin menjauh..Baru selesai istighfar dan solat sunat, keluar sahaja masjid pasti terlihat di kiri kanan..'Diuji lagi mata aku ni'..Lelaki mana yang tidak tertarik pada sang wanita..Lalu syaitan pun apalagi, mulalah berbisik 'Tengoklah wanita itu, sopan sungguh.. sesuai untukmu si soleh..'


Astaghfirullah..Hati oh hati..


Kata-kata seorang sahabat 'Mungkin senang untuk menjaga pandangan di jalanan..namun tidak mustahil dia akan tertewas dalam menjaga mata di alam maya..'


Allah, baru sedar banyak sangat dah dosa ni..Seolah-olah ambil ringan je selama ni Allah tegur..Nak kata ada keperluan tengok, bukan sebab nak belajar pun, nak muamalat, jual beli, pun tak..Allah.....

 'Takutlah kamu akan perbuatan dosa di saat sendirian, 
Di saat inilah saksimu adalah juga hakimmu..' 
-Saidina Ali-

Ada seseorang pernah bertanya 'Ada ke orang camtu, kalau tengok movie pun dia tundukkan pandangan..macam mana nak tunduk, tapi nak tengok citer..lagi satu boleh ke tahan, ha camne kalau Lisa Surihani berlakon, kuat ke untuk tunduk..'

Allah..susah sungguh soalan ini..Bukan tidak tahu jawapan, tapi rasanya soalan ini lebih memerlukan muhasabah dan keinsafan...

******************************************************************************

Malam tadi berjalan kaki dalam hujan, pergi SC(smart circle)..Ingatkan takde dah adik2 usrah akan datang, dah la cuaca sejuk membeku camni, exam lagi..Mulut berasap, huhu best gak..rasa cam dok Europe pulak..Mungkin inilah yang dirasakan oleh tahanan Palestine tempoh hari sebelum dibebaskan, dibiarkan berhari2 kesejukan tanpa perlindungan..Allah, rasa simpati menyerap ke dalam jiwa...namun akidah yang benar mengatasi segala2nya, alhamdulillah..Tapi terkejut, sampai2 kat rumah Kudin, rupa2nya semua dah sampai..Allah malunya, naqib yang teruk aku ni..Dimulakan dengan membaca Al-Quran, mentadabbur ayat2 Allah, alhamdulillah..suasana sc yang berlangsung dengan tenang dan tenteram..Sejuk dibasahi dengan hujan rahmatNya, semoga malaikat menjadi saksi pertemuan kami ini..

الخميس، 12 يناير 2012

Peristiwa Di Masjid Muhammadi

Pemandangan di Masjid Muhammadi, Kota Bharu hening seperti biasa,sentiasa dipenuhi jemaah yg datang memenuhi rumah Allah..Sejuk mata melihat betapa ramainya mereka yg berehat dan beriktikaf sambil menunggu waktu solat..Sungguh, inilah org-org beruntung yg dijanjikan di dalam Al-Quran akan nikmatnya..

Masjid Muhammadi, sudah tua usianya, dibina pada tahun 1867..Namun setiap kali menghadirkan diri ke masjid tersebut, kadang kala singgah dalam perjalanan ke KB Mall, akan terasa ketenangan dan kedamaian yang tersendiri..Bila mengenangkan sudah berpuluh-puluh ulama mengajar di situ..Bahkan Tok Kenali sendiri pernah menjadi tenaga pengajar disitu..Fungsinya yang meluas, membuatkan Masjid Muhammadi tidak lekang dari jemaah samaada yang datang bertalaqqi atau menuntut ilmu..

Aku singgah sebentar di situ, niat ingin membeli jubah baru sebelum berangkat ke Mesir..Semangat berkobar-kobar sebelum bergelar mahasiswa, semoga menjadi mahasiswa Islam yang ikhlas..Walau dalam hati, mengakui onak duri yang bakal ditempuh sebagai seorang mahasiswa perubatan..Sedang membelek jubah, masuklah seorang pelanggan yang agak berumur ke kedai itu..

Suasana di dalam Masjid Muhammadi..Sungguh, masjid besar ini sentiasa dipenuhi
dengan jemaah yang datang berehat dan iktikaf..

Bersama-sama pak cik itu, dia membantu mengenakan jubah pada badanku..Boleh tahan pak cik ni, kejap je dah ramah..Sambil berborak-borak denganku, tiba-tiba dia bertanya,’Kamu kenal Nik Nur Madihah, budak 20A ?’

'Oh kenal sangatlah, memang semua orang kenal dia..' Jawabku jujur..

Sebenarnya pak cik menumpang kejayaan dia je, pak cik ketua kampung dia..Tak lama lagi pak cik akan buat umrah dengan Tok Guru Nik Aziz, kerajaan negeri sponsor..’ 

Aku terdiam, tersenyum kagum..Hebat sungguh Madihah, semua orang di sekeliling turut mendapat tempias hasil kejayaannya..Walaupun umurku dengannya mungkin sama, namun dari segi ilmu aku kalah..Bahkan dari segi agama, memandangkan dia belajar  di Maahad Muhammadi Perempuan, sedangkan aku hanya pelajar sains yang cetek ilmu agama..

Duit dibayar, jubah putih menjadi pilihan..Perkenalan ringkas petang itu berakhir di situ..Selesai bersalaman, masing-masing membawa haluan ke destinasi tersendiri..Sebetulnya kediamanku dekat sahaja dengan rumah Madihah, berdekatan dengan airport dan pantai sabak..Tempat yang selalu menjadi kunjunganku dan teman-teman waktu kecil dahulu, berbasikal sambil membawa pancing di tangan, lagaknya seperti budak-budak nakal..



Dalam perjalanan pulang ke rumah, masih terfikir..hebatnya Allah mengangkat darjat orang berilmu..Apalah yang dibandingkan dengan kekayaan namun kikir ilmunya..Apalah gunanya ketampanan namun ilmu di dada menyesatkan diri..Saudari Madihah telah membuktikan segalanya, kemiskinan bukan penghalang kejayaan..dan secara tidak langsung beliau sekali lagi mengulangi sejarah imam besar kita, Imam as-Syafie..Seakan-akan terbayang di mata bila mana Imam Syafie terpaksa mengumpul batu-batu, belulang, pelepah tamar dan tulang untuk ditulis diatasnya..MasyaAllah hebat sekali imam kita!

Mata dipejam..Gambaran seorang mahasiswa perubatan semakin jelas..Ya langkahku semakin hampir ke arah itu.. Allah tidak memerlukan aku, namun aku akan rugi serugi-ruginya jika meninggalkan DIA..Diri akan diwakafkan untuk Allah.. Ummah kini yang kian tenat akibat menjauh dari Islam, akhlak pemuda pemudi yang semakin jauh menyimpang dari peribadi Rasullullah..Semua ini harus diperbetulkan..'InsyaAllah, aku akan....'

الجمعة، 6 يناير 2012

Bisikan Malaikat

Allah, sejuknya….’ Tiba-tiba tersedar dari tidur, pintu beranda terbuka sendiri..Tengok jam, pukul 3 pagi.. Kuat sungguh angin..Isk beku bilik aku pasni..

Dengan perasaan berat dalam kesejukan yang amat sangat, bangun pelan-pelan tutup pintu..’Patutlah, hujan rupanya kat luar’

Teringat kata-kata Syeikh Rohimuddin tempoh hari, ‘Mungkinkah ini bisikan malaikat, mengejut untuk bangun tahajjud’

Tapi tak tahanlah, sejuk sangat ni..saratoga pulak nampak macam bidadari yang melambai-lambai memanggil..Akhirnya, tertewas..
***


Ada yang bertanya kepada Syeikh Rohimuddin dalam kelas tafaqquh di Iskandariah, ‘Bagaimanakah utk membezakan bisikan syaitan dan bisikan nafsu’

Maka jawab tuan syeikh, bisikan syaitan ialah bisikan yang bersifat sementara dan akan sirna(hilang) apabila kita mujahadah melawannya..Contohnya, syaitan suruh kita sentuh perempuan, tapi bila kita cakap ‘Tak nak, ia haram’ maka syaitan akan beralih kepada yang lain, ‘Kalau gitu buatlah perkara yang makruh’

Pastu kita cakap ‘Taknak’ kemudian syaitan akan beralih lagi kepada perkara yang lebih ringan, ‘Tinggalkanlah solat sunat, alah sunat je pun’ Begitulah seterusnya, sehingga akhirnya bila dia dah tak mampu lagi, ketika itulah dia akan minta bantuan nafsu dan bergabung dengannya..

Manakala bisikan nafsu ialah bisikan berterusan ke arah kejahatan..Contohnya kalau nafsu minta perut kita dikenyangkan dengan makanan-makanan mewah dan banyak..Dan walau kita lawan sekalipun, cakap aku takde duitlah, nak simpan utk kahwin..Perasaan itu tetap akan datang selagi ia tidak dipenuhi..


Soalan lain ialah bagaimana nak lawan bisikan syaitan. Lalu Syeikh Rohimuddin memberikan satu analogy, tentang daging dan anjing..Kalau dalam kawasan kita ada daging, dan ada seekor anjing selalu datang nak makannya..Tak kiralah kita halau macam manapun, anjing tu akan datang balik..Kita halau dengan marah, ia pergi sekejap, kemudian datang balik..Kita halau dengan kayu, pergi lama sikit, kemudian datang balik..Maka cara yang terbaik ialah buang daging itu dari situ, pasti anjing itu tidak ada alasan lagi untuk datang..

Samalah, sepertinya anjing itu ialah syaitan, manakala daging itu ialah nafsu..’Tundukkan dulu nafsu, insyaAllah syaitan tidak akan mempunyai jalan lagi menghampiri kita’

***
*Bisikan ke arah kebaikan ialah bisikan dari Allah dan malaikat..

Bisikan Allah..Ini ialah bisikan hidayah yang mana kalau Allah telah berbisik kepada seseorang itu, tidak ada yang dapat menahan hatinya lagi..Lihatlah orang kafir yang diberiNya hidayah memeluk Islam, tak akan sekali-kali kembali kpd kekufuran..Sebab itulah bila kita tengok orang yang baru masuk Islam, walau hanya sekali mengucap syahadah, dan mungkin sekali tidak pernah mempunyai apa2 pengetahuan tentang Islam, namun jika dipaksa dengan apa-apa paksaan sekalipun, dia tidak akan kembali lagi..Bisikan ini ialah bisikan yang paling indah dan hebat, sungguh bertuah sesiapa yg menerima kelebihan ini..

Bisikan malaikat..Ini ialah bisikan ke arah kebaikan..Menurut syeikh, hanya orang Islam akan menerima bisikan ini, kerana malaikat tidak akan pernah berbisik kepada orang-orang musyrik..Contoh  yang paling biasa ialah apabila kita tiba-tiba terjaga di tengah malam dan terlintas utk bangun tahajjud, itulah bisikan malaikat..Namun yang ramai orang buat ialah masuk balik dalam selimut, tidur balik..Sambung syeikh lagi, bisikan ini tidak datang selalu dan jika kita tidak penuhi ajakan itu, malaikat akan ‘merajuk’..makanya lambat lagilah ia akan datang berbisik lagi..