الأحد، 26 أغسطس 2012

Perginya Kekasihku Ramadhan

Saat ramadhan sudah tiba ke kemuncaknya, betapa ramai mata-mata yang menangisi pemergian itu. Oh kekasih, takut rasanya mengenangkan peristiwa yang bakal terjadi, benarkah hakikat itu? Saat hati baru sahaja menguntum bahagia meraikan hadirmu, kini engkau nyatakan perpisahan akan terjadi lagi, Oh kekasih, andai engkau mengetahui betapa hati ini bergolak setiap kali mengenangkan detik kesedihan yang berlaku.

Kini adakah lagi bahagian untukku wahai sang kekasih. Bimbang, takut, gugup engkau tidak akan kembali lagi padaku. Tidak, engkau akan kembali, dan pasti kembali. Namun adakah aku masih ada untuk menyambutmu saat itu. Allah tolong aku ya Allah, aku pasti merinduinya.

Saksikanlah oleh mu wahai kekasih, kerosakan pemuda pemudi Islam yang sangat membimbangkan. Pernah aku bertanya pada seorang sahabat 'Apalagi yang bisa kita lakukan untuk memulihkan segala2nya..di saat pemerintah sekarang yang semakin hari semakin menjauhkan masyarakat dari agama..'

Tahukah kamu kekasihku, ada satu peristiwa yang berlaku dalam ramadhan ini, yang kedengarannya seperti lucu namun sebenarnya satu bahana kepada masyarakat. Dan semua ini berlaku atas satu alasan iaitu KEJAHILAN.


Ianya berlaku pada waktu Zohor, masa tu ada beberapa orang tua dan pemuda. Selesai iqamah, makmum saling memandang antara satu sama lain, tidak tahu siapakah yg harus ke depan. Yang muda berharap orang tualah yang lebih mengimamkan solat jemaah, manakala mereka menolak2 orang muda.

Di situ ada seorang pemuda yang berumur lebih kurang 20an, dan orang tempatan yang mengenali meminta dia menjadi imam. Kemudian seorang yang tua berkata 'Takkan dia nak jadi imam, dia tak pakai kain pelikat..pakai seluar je tu..'

Aku yang kebetulan berada di situ, huhu tercuit hati seketika. Terfikir2 sampai sekarang apakah salahnya memakai seluar?

'Boleh ke pegang Quran masa solat terawih? Tak batal ke..'
'Kau mana boleh pakai jubah, tak pernah pergi Makkah..Dia takpe la, dah banyak kali buat umrah..'

Oh kekasihku masyarakat sekarang sudah tidak pandai membezakan yang manakah rukun dan sunat, ibadah dan adat. Andai perkara asas pun masih terkial2, patutlah anak2 kecil makin jahil agama. Ermm sekali lagi, terfikir..susah juga jadi bapa ye..

Agak-agak faham tak maksud ayat kat atas???

Belum lagi mengucapkan selamat tinggal kepada ramadhan, terlebih dahulu terpaksa mengucapkannya kepada imam muda Masjid Chekok yang pernah ku ceritakan sebelum ini, perihal kehebatan perjuangan pemuda itu. Dalam diam hati ini mengaguminya, dan saat diumumkan dia akan berangkat pulang ke Indonesia keesokan harinya, entah kenapa hati seolah-olah tak mengizinkan ia berlaku.

Bagiku dia terlalu hebat, keikhlasannya terpamer di setiap baris kata-kata yang disusun elok dan penuh pengajaran. Suara emas yang digunakan untuk mengalunkan kalamullah, masyaAllah sangat mengetuk hati-hati lalu menangis di hadapan Allah di saat insan lain sedang beradu lena.

'Setiap duit yang didermakan padanya, kesemuanya disedekahkan kepada maahad tahfiz di sana..tidak diambil walau satu rupiah untuk kegunaan dia dan isteri..'

Bukan hanya aku, bahkan ayah dan abang turut merasakan pemergian pejuang agama itu. Ayah berulang kali mengingatkan untuk bangun qiamullail, kerana mungkin itulah qiamullail terakhir kami bersama dengan Syeikh Ibnu Khaldun. Mungkin juga tidak keterlaluan aku katakan itulah kali pertama aku berasa begitu tersentuh saat melepaskan seorang imam terawih di masjid kampung ini.

*********

Pemandangan paling indah di dunia hanyalah di sini..dan perasaan paling indah ialah
saat mengucup hajar aswad, terasa hilang segala kesesakan dunia..

Tahukah kalian apa itu bomoh? Pernahkah kalian mendatangi bomoh? Sungguh, perkara syirik itu masih berleluasa dalam masyarakat kini. Aku didatangi seorang pak cik bersama isterinya, membawa dua botol air. 'Dik, tolong buat solat hajat untuk anak pak cik, dua orang menagih dadah..' Allah, bahana itu lagi..Ya insyaAllah sy akan buat tapi kenapa bawa air sekali, sy bukan bomoh, tak pandai nak buat air tawar.

'Sebelum ni dah banyak kali jumpa bomoh, di Ganu la banyak, Kelantan ada jugak. Bomoh cakap ada jin dalam badan isteri pak cik ni, hari tu dia nampak taring bila tengok gambar isteri pak cik..' Allah hati ini mula berburuk sangka kepada bomoh itu. Teringat sabda kekasih agung Saidina Muhammad “Barang siapa yang mendatangi Al-’Arraf (dukun), lalu dia bertanya kepadanya tentang sesuatu, lalu kemudian dia membenarkannya, maka tidak akan diterima solat orang tersebut selama 40 hari” 

Demi mendengarkan kisah hidup pak cik itu, mana-mana hati nan waras pasti basah, betapa getir hidup sepasang insan tua. Mungkin anak itu selayaknya digelar anak derhaka. Bertahun-tahun lamanya mereka hidup dalam ketakutan, takut kepada anak kandung sendiri! Mana tidaknya, setiap hari hanya makian yang diterima, meminta wang malah segala harta telah dijual. Motor dan kereta telah digadai, tiada lagi yang tinggal dalam rumah melainkan barang2 yang tidak laku.


Allahuakbar, hati ini bergetar 'Dia pernah terajang mak dia sebab minta rantai yang sedang dipakai, pernah mengeluarkan pisau..' Cukup pak cik, kalau diteruskan lagi mungkin lebih banyak mata yang akan menangis. Mungkin inilah sebabnya, penderitaan dahsyat yang dialaminya telah menjadikan segala pendiriannya berubah, membuatkan dia senang percaya kepada cakap orang.

Sebetulnya aku kenal pak cik itu sejak kecil. Dahulu cakapnya berlapikkan agama, kata2 nasihat selalu meniti di bibir tua itu. Namun kini, aku memohon kepada Allah, semoga Allah ampunkan khilafnya. Sahabat2, aku tidak kenal rapat pak cik itu, namun aku kasih kepadanya, setiap kali keseorangan pasti aku mendoakan anak2 dan keluarganya. Tolonglah dia, tolong sama2 berdoa kepada Allah. Mana tahu Allah kasihkan kalian, lalu menerima doa itu. Jazakumullah khairan kathira.

(Berapa lama blog tidak ter'update' lantaran kelalaian sendiri yang meninggalkan laptop nun jauh dari rumah. Hati ingin menulis, ya menulis apa sahaja. Tempoh ini mengajarku sesuatu, yang tidak ku sedari sebelum ini, aku suka menulis. Walaupun tidak pandai tapi biarlah, ada kepuasan di hujungnya, semoga Allah menerima ini sebagai amal soleh. Kita tidak tahukan amal mana yang Allah akan terima dari kita...Wallahua'lam)

الأحد، 12 أغسطس 2012

Apabila Walimatul Urus Memanggil

Sebetulnya kami seperti tidak percaya dengan peristiwa sebentar tadi. Ya, segala-galanya berlaku terlalu pantas. Dapat bertemu dan berbincang dengan Tok Guru Nik Aziz secara berdepan merupakan satu kesempatan dan rahmat dari Allah, tanpa gangguan sedikitpun dari orang ramai dan tanpa pengawal peribadi.

Pagi itu usai solat subuh, aku membawa kawan2 yg datang dari Kuala Lumpur bersiar2 di sekitar Kota Bharu. Kemudian tiba2 hati terasa ingin menziarahi Masjid Tok Guru di Pulau Melaka. Suasana tenang yang menyelubungi pagi hari, dipenuhi dengan pelajar2 tahfiz sedang menghafaz Al Quran.

'Tok Guru ada kat dalam..' 

Kami gementar, berdebar pun ada. 

'Dik, takpe ke kami jumpa Tok Guru sekarang, ke Tok Guru tengah berehat?'

Kami datang merendah diri menyalami Tok Guru, Allah segan rasanya bertemu empat mata dengan ulama yang kuat perjuangannya. 'Kami belajar di Iskandariah, tahun tiga medic..' Pertemuan berlangsung hampir 10 minit, sambil menadah telinga memohon nasihat yang mengesankan hati.

Kalian lihatkah suasana qiam pagi itu? Sungguh aku merasa kerdil..bukan kerana ramainya orang yang datang tapi kerana aku dikelilingi PEMUDA-PEMUDA yg berserban dan berjubah putih..Allahuakbar!

Keluar dari masjid, melihat rumah Tok Guru di belakang masjid, 'Sungguh zuhud menteri besar ini..walau sudah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, namun banglo sahabatku di Ketereh mungkin lebih besar dan cantik dari kediaman ini..'

Melihat pula suasana di luar masjid, di dalam kawasan maahad ada sekumpulan remaja sedang bermain futsal. 'Wah hebatnya, walaupun puasa tapi mereka tidak diajar untuk tidur selepas subuh.' Tak macam kita kan, setiap kali cuti mesti aktiviti pagi akan dikosongkan demi melayan karenah mata yang ingin beradu. Tapi tidak untuk pelajar2 di maahad tok guru, mungkin inilah antara sebab lahirnya permata2 agama dari bumi serambi mekah ini.


***********

Tirai ramadhan semakin hampir melabuhkan tirainya. Allah, sehingga kini masih belum terasa nikmat ramadhan yang sebenar-benarnya, lantaran iman yang kian melemah.

'Amat rugi bagi mereka yang hanya beribadat pada malam ganjil..kerana ganjil atau tidak satu2 malam itu, ianya bergantung pada ilmu Allah..Cuba kita fikir, dengan logik akal pun sudah cukup menjelaskan ayat itu. Di Mesir puasanya bermula awal sehari berbanding Malaysia, maka saat Mesir mencapai malam yang ke 27, di Malaysia baru malam ke 26..'


************

Apakah perasaan itu? Bagaimanakah agaknya rasa apabila membahagi-bahagikan kad jemputan walimatul urus kepada sahabat handai, lalu menerima usikan2 nakal yang pastinya mengundang gelak tawa yang membahagiakan. Demi Allah aku melihat seribu cahaya di wajahnya pagi itu, lantaran kegembiraan yang memenuhi relung hati sehingga terpancar di wajah nan suci. 

Allahuakbar! Hening pagi menyaksikan tangan ini menyambut sekeping kad undangan perkahwinan, yang pertama kali aku terimanya dalam hidup ini. Kalau sebelum ini, tak rasa apa pun bila tengok kad jemputan berlonggok di atas meja di rumah. Tapi sekarang bila dapat kad tersebut dari seorang sahabat, masyaAllah hati sendiri pun rasa berbunga-bunga menumpang kebahagiaan tersebut.

Seolah-olah ingin mengucapkan sesuatu yang paling indah, bukan sekadar ucapan tahniah bahkan lebih lagi! Kewangian kad itu sudah cukup bagi menggambarkan keharuman taman syurga yang sedang mekar dalam hati mereka kala ini. 

Dan apabila sekumpulan lelaki membicarakan tentang taqdim dan perkahwinan, keluarlah pendapat2 yang matang lagi berkesan. Apabila cinta sudah bersarang, mana2 hati pun pasti tidak mahu melihat cintanya dibawa pergi begitu sahaja. Ditelan mati emak, diluah mati ayah. Di saat diri terasa belum bersedia, dalam hati pula ada cinta, perlukah langkah pertama dimulakan?


'Potensi untuk terlepas sangat tinggi, huhu ramai lelaki baik suka dia..susah nak cari yang kuat perjuangan macam dia..'

Entahlah sahabat, aku takut untuk mengeluarkan pendapat sendiri, bimbang kalau2 tersalah langkah engkau pula yang jadi mangsanya. Janganlah memalaskan dirimu untuk beristikharah, meminta pendapat Yang Esa..namun jangan pula terlalu melebih2kan istikharah, menunggu mimpi2 indah untuk bertamu..

Walau apa terjadi, perjuangan harus diteruskan. Jangan terlalu melayan perasaan cinta sehingga terbuai2 ke alam tinggi, bimbang kalau2 terlepas engkau tersungkur jatuh kesakitan. Tanam tekad dalam hati sekuat2nya, perjuangan memartabatkan Islam dan memulihkan ummah memerlukan pengorbanan yang tidak sedikit, mudah-mudahan Allah mengirimkan engkau bidadari yang mampu memimpin tanganmu saat engkau lelah dalam perjuangan itu.
Wallahua'lam

الاثنين، 6 أغسطس 2012

'Wahai Media Pengampu'

Menjalani hari2 dalam ramadhan, alhamdulillah rahsiaNya itu tersingkap dalam setiap kejadian di muka bumi. Namun amat rugi bagi hati2 yang hanya membiarkan setiap yang berlaku tanpa mengambil pengajaran darinya.

'Semalam salah seorang jemaah kita meninggal dunia..Di sini, di masjid ini..meninggal ketika bersolat terawih dalam rakaat ke 16..'

Allahuakbar! Subuh pagi itu menjadi saksi betapa sekalian makmum yang hadir tertunduk sebaik pengumuman itu diucapkan oleh sang bilal. Aku tidak mengenali siapa si mati, namun hati ini terselit kekaguman yang tinggi kepadanya. Apakah amalan yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya sehingga Allah memilih untuk bertemuNya dalam keadaan bersolat?

Apakah rahsia itu? Meninggal di tempat yang paling baik dan masa yang paling baik iaitu bulan ramadhan..dan, ketika bersolat!

Allah...matikanlah kami dalam husnul khatimah...

*******


Saban hari meniti hari2 di Malaysia, hati seakan meronta-ronta melihat keadaan sekeliling. Sungguh, penangan media palsu yang mendustakan sangat menggusarkan hatiku. Bagaimana mungkin Iran dianggap hero oleh orang tua di sini, konon2nya keberanian negara syiah itu menggerunkan Amerika Syarikat!

Allahuakbar fakta dunia sebenar yang disembunyikan oleh media2 pengampu yang merosakkan ummah! Sudah lebih seminggu aku di Kota Bharu, namun sehingga kini hati tawar dan langsung tidak berminat untuk menonton rancangan atau berita2 di televisyen.

Bayangkan, hati mukmin mana yang tidak pedih melihat saudara seagama yang sedang berjuang di Syria dipanggil pemberontak? Mereka yang bekerja di stesen tv itu muslimkah.....satu pertanyaan yang ku kira tidak wajar diutarakan, kerana sudah terang lagi bersuluh majoritinya menganut ajaran Islam yang satu.

Namun yang membezakan ialah kefahaman dan iman di hati masing2. Tergamak mereka melabel mujahidin2 jihad ialah pemberontak, haihh demi Allah hati langsung menjadi panas ketika itu, rasa seperti sedang dibakar2.

'Syria kan sekarang tengah berlaku perang saudara, antara pembangkang dan kerajaan..macam kita jugalah, antara PAS dan UMNO..tapi diorang teruk, sanggup bunuh2..'

Tengok, kamu tengoklah sendiri! Demi Allah aku mendengar kalimah ini sendiri dari mulut penduduk kampungku. Wahai media pengampu, kamu harus bertanggung jawab atas fakta songsang kamu itu! Sehingga begitu karut sekali mindset yang berada dalam hati rakyat Malaysia angkara perbuatan kamu, sehingga mereka memandang pejuang Islam sebagai pembelot, pengkhianat negara!


Dan kalian lihatkah bagaimana cerita dan sinetron yang ditayangkan pada siang harinya? Cukup aku katakan, cerita itu sangat menggoyah iman lantaran pelakon2 yang tidak menutup aurat malah menjolok mata. Wahai pekerja stesen tv, kami berpuasa! Lalu bagaimana engkau setegar itu menjamu mata kami sedemikian rupa, tidakkah engkau takut akan Allah?!

Aku hanya mampu bertahan beberapa minit, kemudian terus menutup tv dan masuk ke bilik.. 'Baik aku tidur!' 

Sudah lelah menunduk pandangan, namun bagaimana mahu melihat jalan cerita sehingga habis jika heroin utamanya adalah perempuan yang free hair? Mungkin mereka tidak pernah mendengar hadis Rasullullah yang mengingatkan bahawa puasa zahir tanpa diiringi puasa batin iaitu menjaga mata, lidah dan telinga adalah puasa yang sia2!

Begitu juga di bazar2 ramadhan. Cukuplah iman seorang lelaki teruji di situ, melihat perempuan2 yang kini sudah hilang perhiasan malunya. Mahkota yang sepatutnya dipelihara mengapa dipamerkan semurah itu kepada kami, kamu ingat kami ini malaikatkah, tidak berkeinginan? Sekali lagi, kami sedang berpuasa, kami takut sebenarnya Allah tidak lagi mengira puasa kami pada hari itu sebagai amal soleh.

Kadang2, terasa indahnya berada di Makkah dan Madinah. Di sana ujian iman yang berbeza, bukannya ujian wanita2 berpakaian ketat yang merosakkan hati. Oh wanita akhir zaman, bantulah kami..dalam hati kami menyimpan hasrat ingin menjadi lelaki soleh.

(Saat jiwa terasa lemas dihimpit oleh himpitan yang menyesakkan, saat itu masih adakah lagi jalan keluar..Saat diri terasa terkurung di kamar gelap yang membutakan penglihatan, saat itu perlukah aku mengetuk2 dinding, lantas memecahkannya demi menyelamatkan diri lalu meninggalkan segala2nya jauh di belakang..Allahuakbar, ujian itu kadang2 terlalu tajam tikamannya sehingga menusuk ke sukma yang paling dalam..)