الاثنين، 6 أغسطس 2012

'Wahai Media Pengampu'

Menjalani hari2 dalam ramadhan, alhamdulillah rahsiaNya itu tersingkap dalam setiap kejadian di muka bumi. Namun amat rugi bagi hati2 yang hanya membiarkan setiap yang berlaku tanpa mengambil pengajaran darinya.

'Semalam salah seorang jemaah kita meninggal dunia..Di sini, di masjid ini..meninggal ketika bersolat terawih dalam rakaat ke 16..'

Allahuakbar! Subuh pagi itu menjadi saksi betapa sekalian makmum yang hadir tertunduk sebaik pengumuman itu diucapkan oleh sang bilal. Aku tidak mengenali siapa si mati, namun hati ini terselit kekaguman yang tinggi kepadanya. Apakah amalan yang pernah dilakukan sepanjang hidupnya sehingga Allah memilih untuk bertemuNya dalam keadaan bersolat?

Apakah rahsia itu? Meninggal di tempat yang paling baik dan masa yang paling baik iaitu bulan ramadhan..dan, ketika bersolat!

Allah...matikanlah kami dalam husnul khatimah...

*******


Saban hari meniti hari2 di Malaysia, hati seakan meronta-ronta melihat keadaan sekeliling. Sungguh, penangan media palsu yang mendustakan sangat menggusarkan hatiku. Bagaimana mungkin Iran dianggap hero oleh orang tua di sini, konon2nya keberanian negara syiah itu menggerunkan Amerika Syarikat!

Allahuakbar fakta dunia sebenar yang disembunyikan oleh media2 pengampu yang merosakkan ummah! Sudah lebih seminggu aku di Kota Bharu, namun sehingga kini hati tawar dan langsung tidak berminat untuk menonton rancangan atau berita2 di televisyen.

Bayangkan, hati mukmin mana yang tidak pedih melihat saudara seagama yang sedang berjuang di Syria dipanggil pemberontak? Mereka yang bekerja di stesen tv itu muslimkah.....satu pertanyaan yang ku kira tidak wajar diutarakan, kerana sudah terang lagi bersuluh majoritinya menganut ajaran Islam yang satu.

Namun yang membezakan ialah kefahaman dan iman di hati masing2. Tergamak mereka melabel mujahidin2 jihad ialah pemberontak, haihh demi Allah hati langsung menjadi panas ketika itu, rasa seperti sedang dibakar2.

'Syria kan sekarang tengah berlaku perang saudara, antara pembangkang dan kerajaan..macam kita jugalah, antara PAS dan UMNO..tapi diorang teruk, sanggup bunuh2..'

Tengok, kamu tengoklah sendiri! Demi Allah aku mendengar kalimah ini sendiri dari mulut penduduk kampungku. Wahai media pengampu, kamu harus bertanggung jawab atas fakta songsang kamu itu! Sehingga begitu karut sekali mindset yang berada dalam hati rakyat Malaysia angkara perbuatan kamu, sehingga mereka memandang pejuang Islam sebagai pembelot, pengkhianat negara!


Dan kalian lihatkah bagaimana cerita dan sinetron yang ditayangkan pada siang harinya? Cukup aku katakan, cerita itu sangat menggoyah iman lantaran pelakon2 yang tidak menutup aurat malah menjolok mata. Wahai pekerja stesen tv, kami berpuasa! Lalu bagaimana engkau setegar itu menjamu mata kami sedemikian rupa, tidakkah engkau takut akan Allah?!

Aku hanya mampu bertahan beberapa minit, kemudian terus menutup tv dan masuk ke bilik.. 'Baik aku tidur!' 

Sudah lelah menunduk pandangan, namun bagaimana mahu melihat jalan cerita sehingga habis jika heroin utamanya adalah perempuan yang free hair? Mungkin mereka tidak pernah mendengar hadis Rasullullah yang mengingatkan bahawa puasa zahir tanpa diiringi puasa batin iaitu menjaga mata, lidah dan telinga adalah puasa yang sia2!

Begitu juga di bazar2 ramadhan. Cukuplah iman seorang lelaki teruji di situ, melihat perempuan2 yang kini sudah hilang perhiasan malunya. Mahkota yang sepatutnya dipelihara mengapa dipamerkan semurah itu kepada kami, kamu ingat kami ini malaikatkah, tidak berkeinginan? Sekali lagi, kami sedang berpuasa, kami takut sebenarnya Allah tidak lagi mengira puasa kami pada hari itu sebagai amal soleh.

Kadang2, terasa indahnya berada di Makkah dan Madinah. Di sana ujian iman yang berbeza, bukannya ujian wanita2 berpakaian ketat yang merosakkan hati. Oh wanita akhir zaman, bantulah kami..dalam hati kami menyimpan hasrat ingin menjadi lelaki soleh.

(Saat jiwa terasa lemas dihimpit oleh himpitan yang menyesakkan, saat itu masih adakah lagi jalan keluar..Saat diri terasa terkurung di kamar gelap yang membutakan penglihatan, saat itu perlukah aku mengetuk2 dinding, lantas memecahkannya demi menyelamatkan diri lalu meninggalkan segala2nya jauh di belakang..Allahuakbar, ujian itu kadang2 terlalu tajam tikamannya sehingga menusuk ke sukma yang paling dalam..)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق