الاثنين، 31 ديسمبر 2012

Ikhlaskah Dikau Wahai Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada seorang sahabat yang mulia, beliau selalu mendengar Rasullullah menceritakan perihal kepimpinan sehingga timbul rasa keindahan di hatinya. Hatinya seolah2 ditarik tatkala Rasullullah mengkhabarkan di akhirat nanti ada 7 golongan yang akan berada dalam lindungan arasy Allah..

MasyaAllah, dia terbayang suasana hari yang penuh kekalutan sehingga Allah menggambarkan dalam Al-Quran 'hari yang besar'. Hanya amal soleh yang bakal menentukan sejauh mana huru hara yg akan dirasakan, adakah mentari itu akan dirasakan sejengkal di atas kepala, adakah peluh yang berciciran akan melemaskan diri seseorang dan berbagai lagi keadaan yang menegangkan..

Ah ini jalan pintas! Ada antara 7 golongan itu ialah pemimpin yang adil..Lalu dengan penuh tawadhuk dia meminta kepada Rasullullah 'Wahai Rasullullah tidakkah engkau menjadikanku pemimpin?' Rasullullah sangat mengenali setiap dari sahabatnya, segala baik buruk mereka ada dalam perhatian baginda..

'Wahai Abu Dzar sesungguhnya engkau adalah seorang yang lemah sementara kepimpinan adalah amanah. Dan nanti pada hari kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepimpinan tersebut..'


Berat naa menjadi pemimpin..

Aku terkesan dengan kata2 Mori tempoh hari ; 'Bagaimana kalau balik Malaysia nanti kita dicalonkan jadi wakil rakyat, bertanggungjawab terhadap sebahagian besar manusia...' Allah jangan begitu syeikh, aku sendiri tidak pasti bagaimana jika diberi amanah untuk memerintah Malaysia, mampukah diri menjadi khulafa' ar rasyidin yang keenam setelah Khalifah Umar Abdul Aziz, atau menjadi lebih teruk dari Husni Mubarak..(Jauh sekali kan berangan, huhu ada hati mau jadi perdana menteri ~ ) 


***********

Sekiranya kita lihat teman kita disukai ramai orang,
 Padahal dia biasa-biasa saja jika dibandingkan dengan diri kita..
Janganlah kita merasa dengki sebaliknya pelajari
serta telitilah apa yang dimiliki oleh teman kita itu sehingga dia menjadi popular...

Mungkin sikapnya, tingkah lakunya, tutur katanya cantik dan memikat or maybe he/she has a very beautiful mind and very beautiful emotion...

Sering kali kita terlupa sunnatullah alam, orang yang berhati busuk itulah yang menarik orang untuk membencinya, itulah yang dikatakan sixth sense atau deria keenam. Ada apa pada sebuah kedengkian, yang dirasa hanyalah sakit hati dan kecewa. Kenapa di cemburu pada kebaikan orang lain? Siksakah kita apabila melihat orang lain kuat study, sakitkah kita apabila melihat dia mampu bercakap hebat di atas pentas?

aduh tak tahan la dgn kucing ni, macho sangat!

Alangkah indah saat itu, andai kita terus mendoakan agar makin bertambah kerajinannya, siapa tahu Allah akan mengirimkan anugerah itu untuk kita juga.. Ini tidak, kita merasa gembira apabila dia tidur lama, tidak mahu kejutkan dia apabila kita bangun lebih awal, astaghfirullah ini benar2 dengki yang membinasakan..

Ambil masa sejenak, cuba ingat balik apa yang Rasullullah ajarkan kepada kita ; 'Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya serta mengajarkannya kepada orang lain' (hadis riwayat muslim)

Ada satu kisah tentang seorang pimpinan Ikhwan Muslimin. Beliau dipanggil untuk memberi ceramah di sebuah program. Ketika pengerusi majlis membacakan biodata serta memuji kelebihan yang ada padanya, dia lantas berbisik pada penganjur 'Jika diteruskan begini aku akan pergi dari sini..' 

Allah syeikh, pastinya pujian itu adalah sesuatu yang indah dan mendatangkan kegembiraan namun bagi mereka yang dalam hatinya ada Allah, pujian tidak lain tidak bukan hanya akan menambahkan mudharat pada akhiratnya..

Kelak apabila kamu berada di atas, jangan terlalu mendabik dada dan meninggi diri. Lazimilah lidah dengan kalimah istighfar kerana ia mampu menundukkan hati yang sedang melakukan kebaikan dari sifat riyak. Kita risau sekali kan, apabila di akhirat nanti segala perjuangan hebat yang kita lakukan di dunia hanya menjadi debu berterbangan..

jzkk kepada yang membuat ni..

Bukan apa, takut2 pak cik syaitan datang berbisik membuatkan kita menjadi haus kepada pujian. Apabila ingin bersedekah, lihat dahulu ada tak manusia yang pandang..jika ada, sambil bersedekah disertakan sekali senyuman konon2 dirinya seorang yang murah senyuman.. Astaghfirullah licik sekali pak cik syaitan ni.. 

'Pujian umpama pisau cukur di leher manusia..'

Aku punya seorang sahabat yang sangat ku kagumi akan kebersihan hatinya.. Mungkin dia tidak begitu dikenali kerana seorang yang agak low profile. Namun dalam pada itu, dia seorang yang selalu bangun solat malam, selalu menjadi ajk kecil yang membuat kerja2 berat sehingga orang lain tidak sedar pun kewujudannya..

Demi Allah, aku merasa lebih tenang apabila bersama dengannya daripada bersama dengan orang yang selalu menghadiri kelas agama namun memilih kelas tertentu sahaja..kerana aku pernah bercakap dengan orang itu, sanggup ke kelas agama yang jauh di sana dari kelas agama berhampiran rumah kerana di sana ramai wanita bertudung labuh..astaghfirullah..Semoga kita menjadi orang yang selalu beristighfar dan menjaga hati dari dikotori penyakit2 hati yang merosakkan..

'Saat itu, apalah gunanya diminati serta dipandang indah oleh manusia sekeliling sedang hakikat sebenar diri dibenci oleh Sang Pencipta..apalah guna diminati ramai orang sedang kita hanya akan menjadi milik seorang sahaja..'

(Orang kata pengorbanan itu bisa membuahkan kemanisan akhirnya..Namun bila diteliti semula, ternyata hati masih berat untuk menanggung kepedihan pengorbanan..atau, Allah sedang merencanakan sesuatu sehingga Dia memberatkan hati ini sebegitu rupa? Biarlah, just follow the flow, sambil mengharapkan petunjuk dan keajaiban dariNya.. Wallahua'lam)

الاثنين، 24 ديسمبر 2012

Andai Kamu Tidak Disatukan

Bismillahirrahmanirrahim...

Ada seorang lelaki, mungkin dia merasa jodohnya telah sampai lalu dia melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan sebagai kekasih. Masa berlalu, akhirnya si wanita menerima. Namun apakan daya, sesoleh mana pun lelaki itu, dia masih lagi seorang insan biasa, ternyata Sang Pencipta turut mempunyai perancangan buatnya.

Wanita tersebut meminta putus atas beberapa bulan selepas itu. Mungkin di hati keduanya merasa tidak sanggup namun atas beberapa alasan, ia berlaku jua. Berapa purnama berlalu, setelah meminta izin dari orang tuanya, sang lelaki melamar lagi seorang perempuan. Hatinya ikhlas ingin mencari seorang isteri.

Sang lelaki mengkhabarkan kepada wanita yang pernah dilamarnya dahulu tentang situasinya yang terbaru, dengan harapan si wanita mengerti dan tidak mengharap lagi padanya. Namun yang diharap tidak berlaku, ujian pula mendatang. Rupa2nya, si wanita masih menyimpan perasaan padanya, lalu perasaan serba salah menguasai hati sang lelaki.Tatkala mereka berselisih dalam perjalanan ke kuliah, terpancar kesedihan dari wajah si wanita.. 

jazakumullah khair utk yang buat ni...

Hati sang lelaki terusik, bukan niat di hatinya untuk memungkiri janji, kerana sememangnya dia tidak pernah berjanji. Bahkan hatinya sendiri menangis sewaktu wanita itu meminta hubungan mereka berhenti setakat itu sahaja.

Alhamdulillah, luka walau separah mana pun, akhirnya kan terhenti jua. Sehingga kini, kelihatannya wanita tersebut semakin redha dan dapat menerima apa yang berlaku. Mungkin wujud perasaan kesal di hatinya kerana terburu2 melepaskan cinta sang lelaki. Mungkin juga Allah ingin ajarkan sesuatu, jangan terlalu mudah untuk melepaskan sesuatu yang dalam genggaman..takut2, ia tidak kembali lagi..(terima kasih kepada sahabat kerana sudi berkongsi kisah benar ini)

Cinta itu tidak semestinya memiliki. Lihatlah kisah cinta Salman al Farisi, hatinya merelakan cinta untuk sahabat karib sendiri, Abu Darda. Jangan pula melupakan kisah Thalhah, sahabat agung Rasulullah SAW yang jatuh cinta pada isteri Rasullullah, Saidatina Aishah namun akhirnya turun ayat yang melarang menikahi bekas isteri nabi.


Dia sahabat nabi yang mulia, mana mungkin sanggup melanggar perintah Allah Yang Esa. Kelak, tetap dengan penuh cinta dinamainya puteri kecil yang disayangi dengan nama Aishah..Aishah Binti Thalhah..

Itu sahabat yang tinggi martabat di sisi Allah, namun Allah tidak mengizinkan cinta hati mereka bersatu di dunia. Tiada air mata untuk mengenang kegagalan cinta, yang ada hanyalah air mata dalam doa2 mereka..Inikan pula kita yang setiap saat melakukan dosa, patutkah kita mempersoalkan apabila Allah tidak mengizinkan cinta kita bersatu?

Kepada lelaki yang melamar, jangan berduka saat cintamu ditolak, kerana Saidina Umar juga pernah ditolak lamarannya. Dan kepada perempuan yang dilamar, jangan takut untuk menolak andai hatimu ragu, kerana setelah berkahwin talak bukan lagi terletak di tanganmu.

Aku lihat, ramainya mereka yang mengikat tali pertunangan dalam jangka masa yang panjang, atau bercinta ketika hati belum bersedia untuk menikah. Natijahnya, tidak sedikit yang berpisah di tengah jalan. Bermacam alasan diberikan, kononnya baru dapat kesedaran bercinta itu tidak baik, namun tidak lama selepas itu pandai pula bercinta dengan wanita lain.


Ada yang beralasan kejarlah cita-cita dahulu, kelak bila tiba masanya aku kan kembali menuntut cintamu. Alahai ayat sang lelaki sentiasa manis kala bertutur. Sedangkan alasan sebenar hanyalah satu iaitu JEMU.

Oh aku salah… Bukan sahaja lelaki yang mudah jemu, kerana beberapa minggu lepas aku mendengar kisah dari sahabat lama, tentang si perempuan yang melepaskan ikatan pertunangan meraka lantaran tewas dengan rayuan cinta lelaki lain.

Sayang sekali, setelah 5 tahun bersama mengikat janji, kemudian ditakdirkan berjauhan, akhirnya kerana seorang lelaki yang baru dikenali, segala kenangan tercipta menjadi sia2. Biarlah semua itu, kerana aku sedang melihat hikmah yang berlaku, bahawa lelaki itu nampaknya semakin kembali mencari cinta hakiki, mula mengenal cinta Yang Esa.

Hidayah itu, bisa ditemukan bila2 masa sahaja apabila diizinkan oleh Yang Esa, di mana2 tempat di bumi atau angkasa raya. Namun dalam pada itu, kesedihanlah yg selalu membawa insan kembali padaNya. Kedukaan sering menundukkan hati insan yang selama ini angkuh dengan apa yg ada padanya, lalu akhirnya tunduk menyatakan lemahnya diri...dan di situlah tersembunyi ketenangan yang paling indah...

**************

  
Ketika menulis ni, sedang dalam perjalanan pulang dari Kaherah, pulang dari menziarahi sahabat rapat yang kuat berjuang. Aku jadi segan melihat semangat itu, ya Allah aku tahu Engkau sedang menegurku.. Walaupun dia mengambil medic, biliknya mengalahkan seorang ustaz, dipenuhi dengan kitab2 arab yang tebal.

Hebat sekali bahasa arabnya sehingga mampu membaca dan mencari dalil apabila aku mengajukan jawapan. Masa hariannya dipenuhi dengan menghadiri kelas agama seawal selepas solat subuh, selepas kelas dan juga pada waktu malam. Di samping memegang jawatan penting dalam persatuan, pastinya meeting yang perlu dihadiri tidak sedikit.

Lagi satu keistimewaan sahabat ini ialah dalam dadanya tersemat kemas 30 juzuk hafazan Al-Quran. Biarlah aku membuat pengakuan di sini bahawa aku tersangat cemburu pada mereka yang menghafaz kalamullah yang maha agung..pastinya kehidupan sang huffaz berbeza dengan orang biasa, mata mereka lebih menunduk lidah lebih terjaga..Ya Allah izinkan kami semua pemuda Islam mampu melakukannya, semoga kami mampu mendaftarkan diri ke dalam skuad Al-Qassam!

(Kadang, terasa diri tidak mampu berdiri lagi, rasa nak duduk rehat sekadar perhatikan segalanya..Namun apa yg akan ku dapat dengan berbuat begitu, pasti aku tidak layak berada bersama mereka saat Islam mencapai kemenangan..Semoga Allah memelihara diri dari memandang indah perbuatan buruk yang dilakukan..serta memelihara diri drpd menjadi duri dalam daging kpd perjuangan Islam.. Wallahua'lam)

الثلاثاء، 18 ديسمبر 2012

Semoga Dia Mampu Berada Di Tempat Itu

Bismillahirrahmanirrahim...

Bukanlah aku ingin berbangga dengan sahabat ini, namun rasa kagum menjentik naluriku untuk menulis sesuatu tentang dirinya, iaitu tentang akhlak insan yang begitu mencintai sunnah Rasullulah SAW. Kalau kamu masih ingat, aku pernah menulis sedikit tentang insan ini yang diberi nama Fittry, atau nama manjanya Mori pada sambutan hari jadinya yang lalu..

Kini, aku kembali menulis lagi untuk dia, namun bukan untuk sambutan apa2 hari istimewa melainkan kerana hatiku tersangat ingin melihat dia berada di tempat itu sebagai AJKT PERUBATAN Cawangan Iskandariah..

Tarikh 21 Disember 2012 akan menjadi saksi pertarungan hebat calon2 yang bertanding dalam pilihanraya kampus, yang mana bakal menampilkan persaingan sengit yang mendebarkan. Dialah insan itu, yang aku pertaruhkan segenap kepunyaanku bahawa insan ini harus berada di tampuk pemerintahan tertinggi.


1) Pelindung kepada wanita

Dua tahun lalu ketika Mesir mengalami revolusi besar, saat semua orang berada dalam ketakutan, ketika semua orang asing ingin keluar meninggalkan Mesir termasuk mahasiwa mahasiswi melayu, berlaku satu peristiwa antara aku dan Mori, dan Tuhan Yang Esa menjadi saksi akan apa yg akan aku katakan ini.

Seawal 630 pagi, seramai 5 orang perempuan meminta kami untuk menjadi musyrif bagi menghantar mereka ke Mau'af Gadid (Stesen Baru) Ketika sampai di sana, mencari2 tramco dan bas malangnya tiada satu pun yang kosong.. Agak lama kami berkelana di situ, masing2 dilanda kebimbangan kerana tiket flight sudah menunjukkan mereka sangat terlambat..

Kemudian, datang beberapa pemuda arab berbincang dengan aku dan Mori. Katanya, mereka juga ingin ke Cairo Airport..Namun aku jadi sangsi kerana mereka tidak membawa apa2 bagasi.. Mungkinkah mereka berniat jahat kerana kami tersilap menyatakan bahawa semua yg akan ke Cairo adalah perempuan...


Mungkin sebab sudah kesuntukan masa, kawan2 perempuan bersetuju bergerak bersama pemuda2 arab itu. Kemudian Mori berbisik padaku 'Aku tak percaya kat arab ni, takpe kau balik dululah..biar aku ikut diorang...'

Nasib baik ada bas selepas itu yang datang menyebabkan tidak jadi berkongsi tramco bersama pemuda arab.. Ketika itu, aku jadi teringat kisah Khalifah Mu'tasim ketika menghantar bala tentera utk menyelamatkan seorang muslimah yang dipenjarakan di sebuah negeri bukan Islam.. Itulah Mori si penyelamat wanita zaman moden..Tidak memikirkan keselamatan diri sebaliknya lebih mengutamakan kaum hawa yang lebih memerlukan...

Erm itu baru dengan sahabat perempuan, terfikir...bagaimana pula ya dengan bakal isterinya sendiri...huhu pasti dia menjadi suami yang sangat menjaga... Siapa ya wanita bertuah itu yang bakal menghuni tempat di hati lelaki hebat ini.. (Sehingga kini, setahu aku hatinya masih belum berpunya, huhu sori Mori terbocor rahsia..)


2) Beragama serta berilmu - muslim doktor yang diperlukan ummah zaman ini

Tiba2, Dr Fathi mengumumkan akan mengadakan ujian bagi melihat keberkesanan kelas fiqh yang telah diadakan selama setahun lebih. Hati tiba2 berdebar, aduhai dah la selama ni pergi dengar kelas macam tu je, tak salin apa2 nota. Lagipun tak pernah dengar sebelum ni boleh ada exam dalam kelas syeikh macam tu.

Tiba hari ujian, terdapat beberapa lagi pelajar melayu yang mengikuti kelas itu, lelaki dan perempuan. Apabila keputusan diumumkan, ternyata Mori mendapat keputusan kedua tertinggi dengan hanya hilang satu markah. MasyaAllah aku jadi kagum padanya, kerana kelas itu sebenarnya sudah bermula sudah hampir dua tahun, masakan dia boleh mengingat dengan baik apa yang dipelajari.

Namun setelah muhasabah kembali, memang selayaknya dia mendapat keputusan setinggi itu lantaran peribadinya yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Tidak kira halangan yang mendatang, hujan atau kesejukan melampau, program2 lain bertembung, pasti dia mengatakan tidak pada semua itu kerana baginya kelas fardhu ain itu tiada gantinya dengan apa sahaja.


Pernah satu hari, kami bersama2 ingin menghadiri kelas Ustaz Akli di Mandarah. Jauh tempatnya, tapi disebabkan dah lama tak jumpa ustaz, kami teruskan. Mori seorang yang tidak boleh tahan lama kalau naik tramco duduk di seat belakang, cepat pening katanya. Lalu dia mengajakku membonceng motor bersamanya.

'Kau biar betul, jalan jammed teruk petang2 macam ni..lagipun kau bukan biasa bawak motor jauh2..' Namun dia berkeras..Pergilah kami berdua, sesat seketika, kononnya nak ikut jalan pintas, sekali masuk jalan mana entah.

Itulah Mori, cintanya pada ilmu agama kadang2 membangkitkan cemburu di hati ini, kerana seolah2 dia begitu sempurna seimbangkan antara ilmu medik dan agama, aku berazam menjadi sepertinya..insyaAllah, doa2kan..

Sejujurnya, aku melihat satu potensi yang ada dalam dirinya iaitu kekuatan untuk mengubah segala bentuk jahiliyah moden yang terdapat di hospital Malaysia. Ku lihat dia berupaya untuk melangkah lebih jauh, dengan semangat seorang pemuda yang begitu bencikan kezaliman, seolah2 aku dapat melihat satu persatu jahiliyah moden tumpas di tangannya...

(Aku sudah merancang dan berusaha, terbukti Dia menyediakan trek lain untukku..Sehingga kini, ku lihat banyak yang sedang berubah dari perancangan asal.. Takpelah, keyakinan kepada perancangan Allah adalah akidah yang sangat menenangkan hati.. Ya Allah, jangan engkau serahkan diriku ini padaku, aku tidak mampu menguruskannya..dan jangan Engkau serahkan diriku ini pada manusia lain, mereka akan mensia2kan aku..
Wallahua'lam)

الاثنين، 10 ديسمبر 2012

Aku Dambakan Pemimpin Segagah Al Khattab

Bismillahirrahmanirrahim...

Kini, musim pilihanraya kampus menjelang lagi. (Sengaja guna istilah kampus walaupun di sini lebih dikenali sebagai muhafazah). Kelihatannya calon2 yang bertanding semuanya dari kenalanku yang rapat. Alhamdulillah mereka sanggup untuk meneruskan perjuangan memartabatkan Islam walau dalam hati masing2 mungkin terasa berat.

Aku pernah berada di tempat mereka tahun lepas, aku mengerti sekali apa yang sedang mereka rasakan saat ini. Jawatan itu bukan untuk dipinta, kerana amanah yang bakal digalas tak tertanggung nantinya. Namun jika telah diamanahkan, dan jika melepaskannya akan menyebabkan tempat itu diisi oleh orang yang tidak sepatutnya, maka saat itu terimalah demi Islam..

Kalau dulu di sekolah, banyak sekali jawatan yang dipegang dalam satu2 masa. Cuba ambil sebanyak yang boleh kerana merasakan diri mampu. Aduhai jiwa remaja itu sering menipu.. Kini apabila menjejak kaki ke dunia universiti, hati nan waras mula berfikir, bahawa amanah itu bukan sekadar minat memimpin malah satu ujian yang bisa meruntuhkan.

  
Berlarilah ke mana pun, andai perancanganNya telah menetapkan, maka kamu tetap akan dipilih. Teringat masa first year dulu, dah tekad dalam hati kat sini tak mahu pegang apa2 jawatan, mahu belajar cukuplah, jadi doktor cemerlang kononnya. Namun itulah, Dia lebih mengenali hambaNya lalu selangkah demi selangkah mula bergerak dalam persatuan.

Dan sehingga kini, semua itu tak pernah dikesali, malah bersyukur sangat2 kerana Allah izin dapat menimba pengalaman. Refleks akhlak diri sebagai seorang hamba, kadang2 mood yang tidak elok harus disembunyikan oleh senyuman di wajah, kadang2 menerima beberapa taklifan dalam satu2 masa. Maka ketika itu, Allah ajar lagi bagaimana untuk merancang kehidupan, agar semuanya berjalan seiring dan tidak hanya mementingkan sesetengah perkara sahaja terutama tidak tertinggal bahagian akademik.

Terkesima dengan peribadi Amirul Mukminin Umar al Khattab tatkala berdepan dengan Raja Hurmuzan. Raja Parsi yang sering membunuh utusan Islam malah pernah membunuh seorang sahabat nabi yang mustajab doanya (aku lupa namanya tapi beliau adalah sepupu kepada Anas bin Malik) 



Namun apabila ditawan oleh tentera Islam dan dibawa berjumpa dengan Saidina Umar, kamu lihatlah kebesaran jiwa sahabat besar itu dalam mempamerkan akhlak mulia. Sebelum dihukum pancung, Hurmuzan meminta segelas air untuk diminum lalu Saidina Umar membenarkan. Hurmuzan meminta lagi 'Aku meminta jaminan keselamatan sehinggalah aku selesai menghabiskan minuman ini..'

Sekali lagi Saidina Umar membenarkan.. Tiba2 Hurmuzan menjatuhkan gelas itu tanpa meminum airnya. Rupa2nya itu satu muslihat. Dia tidak minum air tersebut maka selagi itu Saidina Umar juga tidak membunuhnya. Setelah mendengar pendapat Anas bin Malik dan pengislaman Hurmuzan, Saidina Umar tidak membunuh raja jahat itu.

Walaupun ada ahli sejarah mengatakan Hurmuzanlah yang mengupah Abu Lukluk untuk membunuh Umar, namun yang ingin dikatakan di sini lihatlah bagaimana akhlak seorang pemimpin Islam yang digeruni seluruh dunia dalam menepati janji.

Tapi dewasa ini, aku bingung melihat pemimpin2 negara Islam yang seolah2 tidak mengerti halal haram. Disangkanya kerajaan itu miliknya, maka segala harta negara adalah milik mutlak baginya, milik kroni2nya dan milik semua orang yang menyokongnya. Dilantik ustaz2 muda bagi menghentam orang2 yang menentangnya, tapi untuk segala kelakuan maksiat yang mereka anjurkan, shhh...jangan cakap apa2 naa...


Maka ramailah anak2 muda yang dilanda kerosakan akhlak yang maha teruk. Cuba perhatikan, berapa lama negara kita dijajah? Lebih kurang 500 tahun kan..maka dalam tempoh itu, berapakah bilangan orang Islam yang dilaporkan murtad? Sangat sedikit, atau hampir tidak kedengaran. 

Namun selepas merdeka, selepas undang2 sekular diperkenalkan, selepas hiburan2 yang melalaikan dibawa masuk dari barat, dalam tempoh 50 tahun, tahukah kamu berapa bilangan umat Islam yang dilaporkan murtad di Malaysia? Yang pastinya, bilangan itu tidak kurang dari ratusan ribu..

Atas alasan itu, wajiblah pemuda2 kini menggalas tugas memulihkan kembali segala2nya, memikul amanah dalam memartabatkan Islam ke tempat yang paling atas. Ini tidak, di kalangan pemuda2 yang faham Islam pun masih bertelagah untuk satu2 isu, masih tidak mahu bersatu. Diuar-uarkan bahawa tarbiyahnya hebat, ukhwahnya mantap namun ukuran hebat itu dari segi apa? 

Tidak menghormati orang lain malah diserangnya jemaah Islam lain dengan tuduhan yang tidak berasas, menghalang ahli jemaah dari mengetahui peristiwa sebenar, menyembunyikan dalil2 yang 'memukul' kepala sendiri, maka sempurnakah tarbiyah seperti itu?

*****************




Kadangkala hatiku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya...
-quoted-

الأحد، 2 ديسمبر 2012

Ketika Perpisahan Harus Terjadi

Azan isyak berkumandang, turun dari rumah melangkah kaki ke rumah seorang sahabat, tujuan asal untuk sama-sama study memandangkan imtihan yang kian hampir. 'Aku turun sekarang tau, nanti solat kat masjid dekat rumah kau, ok jumpa kat masjid..Assalamualaikum..' Suhu yang mulai rendah memaksa diri untuk mengambil sweater di dalam almari.

Selesai solat, sama2 berjalan ke rumahnya. Alhamdulillah waktu bersama sahabat itu sering kali menenangkan, apabila meluahkan segala masalah2 persatuan, masalah rumah, dan juga masalah hati. Biasalah, perkara seperti ini bukan boleh diberitahu kepada semua orang kan..

Malam itu kami belajar bersama, walau masing2 menghadap buku sendiri kerana department yang berbeza jadi tidak ada perbincangan akademik. 'Jom tidur sekarang, nanti sama2 bangun qiamullail nak..' Aku tersentuh dengan ajakan itu, jadi teringat kepada sebuah hadis ;

 "Bersahabat dengan orang yang soleh dan dengan orang yang jahat persis seperti berkawan dengan pengedar minyak wangi dan tukang besi (yang menghembus bara api). Pengedar minyak wangi sama ada ia memberi anda sebahagian atau anda membeli bau-bauan daripadanya atau sekurang-kurangnya anda mendapat juga baunya. Manakala tukang besi pula samada ia menyebabkan baju anda terbakar atau anda mendapat bau yang hapak." (Riwayat Abu Daud)


Tepat jam 4 pagi, alarm berbungi memecah kesunyian. Masing2 tidak mahu melangkah ke tandas : 'Kau pergilah ambil wudhuk dulu..sejuk ni ha..' 'Tak payah ngada, kau pergi dulu..aku tetamu je..' Kemudian, terlihat seorang sahabat membuka laptop lalu log in facebook.. Melihatkan itu, seorang lagi menegur ; 'Tak elok macam tu..bangun2 tidur terus cari facebook, dalam fikiran terus melayang kepada dunia..macam mana Allah tak cemburu..'

Gulp! Tersentap... 'Betapa kotornya hati itu, entah Allah sudah diletakkan ranking ke berapa dalam hati..' Sepatutnya biarlah dunia datang selepas segala urusan ukhrawi selesai dilakukan. Selepas qiamullail, solat subuh berjemaah dan mathurat, selepas itu jika mahu fikir dunia silakan.. Namun untuk sebelum itu, tahan dan banyakkan istighfar.

Jika datang juga, tepis jauh2..Luahkan dulu kepada Allah, tidak syak lagi Dia akan selesaikan segala masalah kita. Cukuplah dengan berserah, selepas itu usaha dan yakinlah dengan keajaiban tawakal.

***************


Tiba2 terasa hati terasa berat melihat kertas yang tertampal di dinding. Aduhai kenapa ia harus dirombak semula... Setelah lebih setahun membina ikatan hati, kini segala2nya harus bertukar selepas Mentor Council mengumumkan pembubaran Smart Circle dan melancarkan nama2 ahli SC yg baru.

Allah syeikh, bagaimana mahu gambarkan, dalam hati kami sudah terlalu sayang antara satu sama lain. Seolah2 hati kami menjadi satu setiap kali bertemu, bait2 perkataan yang diluahkan mampu menyentuh hati yang lain, lalu suasana sekeliling menjadi saksi betapa indahnya ukhwah kerana Allah..

Aku sangkakan, hanya aku yang merasai kepedihan ini, ternyata sangkaanku salah...bahkan adik2 turut berkongsi kegusaran itu. Oh tuhan mungkinkah segala2 yang sedang berlaku ini diubah semula, mungkinkah rombakan ini hanya berlaku di dunia khayalan...kerana, kami tidak sanggup..menghadapi pedihnya perpisahan...



Dalam usrah kecil inilah melatih diri untuk menyusun kehidupan menjadi lebih teratur, terutama apabila menyedari dia menyertai lebih dari satu usrah, mempunyai amanah lain dalam persatuan dan dalam masa yang sama bergelar pula seorang mahasiswa perubatan yang dikelilingi buku2 tebal.

'Akademik adalah nombor satu..namun persatuan dan usrah bukanlah di tempat kedua dan ketiga..semuanya harus bergerak seiring..'

Saat ini, barulah terkinja2 mencari dan membelek kembali sesuatu yang pernah dipelajari dahulu kala iaitu fiqh aulawiyat (keutamaan). Sering kali program persatuan bertembung dengan masa usrah. Lalu di sini, ambil masa seketika dan perhatikan yang mana lebih awla. Tidak sekali diri terpaksa ponteng program kerana menghadiri usrah selepas diperhatikan yang mana lebih besar manfaat dan lebih kecil mudharatnya.


Terkadang, kita terlalu berkejaran menganjurkan program, lalu kepenatan menguasai diri selepas itu. Kita terlupa bahawa jiwa juga memerlukan 'program' sendiri iaitu pengisian rohani. Apabila membaca dan mentadabbur ayat2 Allah di dalam usrah, berbincang isu semasa dan sesekali ada yang meluah perasaan di hati, maka di situ ada ketenangan tersendiri.

Di sini, ingin berpesan kepada semua sahabat, adik2, diri sendiri terutamanya, kemanisan berusrah itu datangnya dari Allah, kerana Dia yang memberi rasa kasih sayang dalam hati masing2. Namun dalam pada itu, kita sendiri yang harus menggerak dan mencorakkan bagaimana kita ingin usrah itu berjalan.

Ada yang terlalu mengharap kepada orang lain dan dia sekadar menunggu, maka usrah itu menjadi hambar dan tidak berjalan. Jangan seperti itu. Seperti juga perkahwinan, jika kita hanya menunggu respons dari pasangan untuk membahagiakan kita, tak ke manalah rumah tangga itu, akhirnya masing2 bermasam muka.

*************


Kebelakangan ini, kerap kali timbul kontroversi panas dengan pandangan ustaz dan kerajaan yang mengecewakan ummah. Sang ustaz dengan fatwanya bahawa tiada jihad di Palestin dan kerajaan Malaysia dengan sokongannya terhadap kerajaan Basyar Laknatullah di Syria malah tidak membenarkan sebarang kutipan derma untuk mujahidin yang sedang berjuang.

'Seandainya kelak negara kita ditakdirkan berperang (naudzubillah), mungkin orang2 seperti inilah terlebih dahulu lari meninggalkan medan perang..'

Semoga Allah memelihara kita daripada menjadi parasit kepada perjuangan Islam. Kita rasa dah selesa dah dengan perjuangan kita, konon2nya selalu membawa kebaikan kepada orang lain. Namun yang berlaku sebaliknya, ternyata kitalah yang melambatkan proses kemenangan Islam...

(Kini, kesibukan kembali mengejar..Ingatkan dah tiba ke hujung tahun makin boleh berehat, namun Dia tahu masa lapang boleh memperlahankan langkah kaki ini..lalu Dia beri lagi amanah walau dari unsur berbeza.. Sekurang2nya, ia mampu melarikan seketika fikiran ini.. Alhamdulillah syukran ya atas doa dari semua, kakak dan babynya beransur pulih..besar sungguh rahmat tuhan kali ni, alhamdulillah... ^_^ )