Bismillahirrahmanirrahim...
Ada seorang sahabat yang mulia, beliau selalu mendengar Rasullullah menceritakan perihal kepimpinan sehingga timbul rasa keindahan di hatinya. Hatinya seolah2 ditarik tatkala Rasullullah mengkhabarkan di akhirat nanti ada 7 golongan yang akan berada dalam lindungan arasy Allah..
MasyaAllah, dia terbayang suasana hari yang penuh kekalutan sehingga Allah menggambarkan dalam Al-Quran 'hari yang besar'. Hanya amal soleh yang bakal menentukan sejauh mana huru hara yg akan dirasakan, adakah mentari itu akan dirasakan sejengkal di atas kepala, adakah peluh yang berciciran akan melemaskan diri seseorang dan berbagai lagi keadaan yang menegangkan..
Ah ini jalan pintas! Ada antara 7 golongan itu ialah pemimpin yang adil..Lalu dengan penuh tawadhuk dia meminta kepada Rasullullah 'Wahai Rasullullah tidakkah engkau menjadikanku pemimpin?' Rasullullah sangat mengenali setiap dari sahabatnya, segala baik buruk mereka ada dalam perhatian baginda..
'Wahai Abu Dzar sesungguhnya engkau adalah seorang yang lemah sementara kepimpinan adalah amanah. Dan nanti pada hari kiamat ia akan menjadi kehinaan dan penyesalan kecuali orang yang mengambil dengan haknya dan menunaikan apa yang seharusnya ia tunaikan dalam kepimpinan tersebut..'
Berat naa menjadi pemimpin..
Aku terkesan dengan kata2 Mori tempoh hari ; 'Bagaimana kalau balik Malaysia nanti kita dicalonkan jadi wakil rakyat, bertanggungjawab terhadap sebahagian besar manusia...' Allah jangan begitu syeikh, aku sendiri tidak pasti bagaimana jika diberi amanah untuk memerintah Malaysia, mampukah diri menjadi khulafa' ar rasyidin yang keenam setelah Khalifah Umar Abdul Aziz, atau menjadi lebih teruk dari Husni Mubarak..(Jauh sekali kan berangan, huhu ada hati mau jadi perdana menteri ~ )
***********
Sekiranya kita lihat teman kita disukai ramai orang,
Padahal dia biasa-biasa saja jika dibandingkan dengan diri kita..
Janganlah kita merasa dengki sebaliknya pelajari
serta telitilah apa yang dimiliki oleh teman kita itu sehingga dia menjadi popular...
Sering kali kita terlupa sunnatullah alam, orang yang berhati busuk itulah yang menarik orang untuk membencinya, itulah yang dikatakan sixth sense atau deria keenam. Ada apa pada sebuah kedengkian, yang dirasa hanyalah sakit hati dan kecewa. Kenapa di cemburu pada kebaikan orang lain? Siksakah kita apabila melihat orang lain kuat study, sakitkah kita apabila melihat dia mampu bercakap hebat di atas pentas?
Alangkah indah saat itu, andai kita terus mendoakan agar makin bertambah kerajinannya, siapa tahu Allah akan mengirimkan anugerah itu untuk kita juga.. Ini tidak, kita merasa gembira apabila dia tidur lama, tidak mahu kejutkan dia apabila kita bangun lebih awal, astaghfirullah ini benar2 dengki yang membinasakan..
Ambil masa sejenak, cuba ingat balik apa yang Rasullullah ajarkan kepada kita ; 'Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan lalu dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya serta mengajarkannya kepada orang lain' (hadis riwayat muslim)
Ada satu kisah tentang seorang pimpinan Ikhwan Muslimin. Beliau dipanggil untuk memberi ceramah di sebuah program. Ketika pengerusi majlis membacakan biodata serta memuji kelebihan yang ada padanya, dia lantas berbisik pada penganjur 'Jika diteruskan begini aku akan pergi dari sini..'
Allah syeikh, pastinya pujian itu adalah sesuatu yang indah dan mendatangkan kegembiraan namun bagi mereka yang dalam hatinya ada Allah, pujian tidak lain tidak bukan hanya akan menambahkan mudharat pada akhiratnya..
Kelak apabila kamu berada di atas, jangan terlalu mendabik dada dan meninggi diri. Lazimilah lidah dengan kalimah istighfar kerana ia mampu menundukkan hati yang sedang melakukan kebaikan dari sifat riyak. Kita risau sekali kan, apabila di akhirat nanti segala perjuangan hebat yang kita lakukan di dunia hanya menjadi debu berterbangan..
Bukan apa, takut2 pak cik syaitan datang berbisik membuatkan kita menjadi haus kepada pujian. Apabila ingin bersedekah, lihat dahulu ada tak manusia yang pandang..jika ada, sambil bersedekah disertakan sekali senyuman konon2 dirinya seorang yang murah senyuman.. Astaghfirullah licik sekali pak cik syaitan ni..
'Pujian umpama pisau cukur di leher manusia..'
aduh tak tahan la dgn kucing ni, macho sangat! |

jzkk kepada yang membuat ni.. |
Bukan apa, takut2 pak cik syaitan datang berbisik membuatkan kita menjadi haus kepada pujian. Apabila ingin bersedekah, lihat dahulu ada tak manusia yang pandang..jika ada, sambil bersedekah disertakan sekali senyuman konon2 dirinya seorang yang murah senyuman.. Astaghfirullah licik sekali pak cik syaitan ni..
'Pujian umpama pisau cukur di leher manusia..'
Aku punya seorang sahabat yang sangat ku kagumi akan kebersihan hatinya.. Mungkin dia tidak begitu dikenali kerana seorang yang agak low profile. Namun dalam pada itu, dia seorang yang selalu bangun solat malam, selalu menjadi ajk kecil yang membuat kerja2 berat sehingga orang lain tidak sedar pun kewujudannya..
Demi Allah, aku merasa lebih tenang apabila bersama dengannya daripada bersama dengan orang yang selalu menghadiri kelas agama namun memilih kelas tertentu sahaja..kerana aku pernah bercakap dengan orang itu, sanggup ke kelas agama yang jauh di sana dari kelas agama berhampiran rumah kerana di sana ramai wanita bertudung labuh..astaghfirullah..Semoga kita menjadi orang yang selalu beristighfar dan menjaga hati dari dikotori penyakit2 hati yang merosakkan..
'Saat itu, apalah gunanya diminati serta dipandang indah oleh manusia sekeliling sedang hakikat sebenar diri dibenci oleh Sang Pencipta..apalah guna diminati ramai orang sedang kita hanya akan menjadi milik seorang sahaja..'
(Orang kata pengorbanan itu bisa membuahkan kemanisan akhirnya..Namun bila diteliti semula, ternyata hati masih berat untuk menanggung kepedihan pengorbanan..atau, Allah sedang merencanakan sesuatu sehingga Dia memberatkan hati ini sebegitu rupa? Biarlah, just follow the flow, sambil mengharapkan petunjuk dan keajaiban dariNya.. Wallahua'lam)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق