الثلاثاء، 13 سبتمبر 2011

Pergolakan di Syria

Semalam lepas habis kelas Ustaz Akli, sempat berbual dengan Ustaz Khairul dan beberapa sahabat lagi.. Isu yang dibincangkan ialah tentang isu panas yg sedang melanda dunia Islam ketika ini namun keberadaannya seolah2 didiamkan oleh sesetengah pihak...Ia adalah isu revolusi Syria..Ya, revolusi negara ini jauh lebih hebat kekejamannya dan lebih tragis berbanding negara2 Arab lain seperti Mesir, Libya dan Yaman..

Entah kenapa tragedi berdarah di Syria ini seakan-akan tidak pernah berlaku, dan tidak pernah diambil tahu oleh masyarakat dunia..langsung tidak mendapat liputan meluas ..Adakah ada tangan-tangan kotor yg menghalang berita ini daripada tersebar..Adakah disebabkan Syria bukanlah musuh politik Amerika sepertimana Libya..maka rakyat Syria tidak dibantu seperti Amerika membantu rakyat Libya dalam menggulingkan kerajaan..

Benar, di Libya juga berlaku perang saudara antara pihak kerajaan dan rakyat..Peperangan yg berlarutan agak lama sehingga memakan korban yg tidak sedikit..Namun seperti yg disebutkan Ustaz Akli, pertempuran itu masih adil, senjata bertemu senjata..kerana rakyat dibekalkan dengan senjata dari negara2 luar..


Berbeza dengan Syria, rakyat hanya bersenjatakan doa..Tiada senapang, tiada meriam dan tiada bantuan dari negara luar..Sungguh peperangan itu tidak adil, habis rakyat2 yang tidak bersalah dibantai di tengah jalan..Darah bersimbahan di sana sini..Golongan pemuda dan kaum lelakilah yg menjadi buruan golongan berhati batu itu..Penyembelihan berlaku begitu sahaja di jalanan tanpa belas kasihan..

Tidak cukup setakat itu, kawasan masjid juga diserang..Mengikut Ustaz Akli, antara masjid yg menjadi sasaran ialah masjid yg dikatakan dalam hadis akan turunnya Imam Mahadi di situ (sy lupa nama masjid tersebut..) Sahabat sekalian carilah sendiri sumber2 yg sahih, lihatlah dan renungilah sendiri..

Apabila pemerintah syiah yg tidak bersefahaman dengan rakyat yg majoritinya sunni, lihatlah perpecahan yg berlaku, lihatlah pembunuhan yg berleluasa.. Bahkan ketika zaman pemerintahan ayah beliau lagi, pernah berlaku pembantaian terhadap golongan2 sunni..Kini anaknya pula, Presiden Bashar al-Assad membuat angkara..Aduhai, tidak habis2 rakyat Syria menerima dugaan..

Pres Ahmadinejad bersama Pres Bashar Assad
Sabarlah wahai saudara seakidahku, bukan kali ini sahaja sejarah mencatatkan kisah2 mereka yg diuji.. Namun semua ini tidak akan lama, pertolongan Allah pasti datang kepada mereka yg benar dan teraniaya..Kalau tidak di dunia, tunggulah di sana nanti..Setiap titisan darah merah yg mengalir, setiap tangisan kepiluan, akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah..Sungguh tidak sia-sia perjuanganmu kini..

(Satu lagi perkara yg agak dikesalkan ialah kelewatan kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar2 Malaysia yg berada di Syria..Sudah jelas keadaan di Syria jauh lebih merbahaya dan lebih mengancam nyawa, tambahan pula rata2 pelajar kita ialah sunni yg mana memang mnjd buruan puak2 syiah kat sana..Semoga Allah memenangkan yg hak dan semoga Allah tetapkan hati mereka atas perjuangan ini)



ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق