الأحد، 24 فبراير 2013

'Bukankah Memimpin Itu Menyeronokkan'

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebaik sahaja ucapan pengerusi selesai, aku tertunduk memandang lantai, memejam mata seketika.. Rupanya sudah setahun amanah ini digalas, ya Allah terimalah dariku ini sebagai amal soleh.. Seinfiniti syukur ku ucap pada Yang Esa lantaran sudi memilih diri ini untuk berada di tempat itu walau untuk seketika.

Itulah amanah yang satu ketika dulu aku pernah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menerimanya sama sekali..dan kini, ia telah pun berlalu.. Dalam tempoh itu, tidak sekali hati merasa ingin berhenti melangkah, tidak sanggup menanggung perasaan berat tatkala ujian mendatang, namun setiap kali itulah terasa diri dipujuk Allah apabila datang bantuan2 yang memudahkan.

Kalau dulu di sekolah, kita selalu mendengar 'Hablu minallah wa hablu minannas..' yang menasihatkan diri agar tidak hanya menjaga hubungan dengan Allah sehingga mengabaikan hak2 insan sekeliling.. Namun apabila berada di persada politik kampus, mungkin situasinya tidak sama kerana yang sering berlaku ialah kita langsung mengetepikan hubungan dengan Allah demi menjaga hubungan baik dengan insan.


Kita terlalu sibuk dengan urusan pimpinan, menguruskan program itu dan ini, menghadiri majlis di sana sini sehingga masa untuk Allah kita abaikan. Akhirnya, kepenatan menjadi alasan untuk kita malas bangun di pertiga malam, Al-Quran ditinggalkan berhari2 lamanya, puasa sunat tidak lagi menjadi amalan mingguan..Ya Allah jauhnya kita dengan amalan Rasullullah walau di luar kita bercakap hebat tentang sirah perjuangan..

Jika berbicara dari segi pengalaman, sungguh terlalu banyak yang aku pelajari sepanjang sesi ini, yang sebelum ini aku langsung tidak mempunyai idea tentangnya. Namun sejujurnya, yang paling aku hargai selama berada dalam barisan ini ialah belajar menilai keikhlasan hati.

Apabila bertemu dan mengadakan mesyuarat dengan pimpinan2 dari seluruh muhafazah di Mesir, berbincang dan melihat perkembangan idea yang diutarakan, masyaAllah diri terasa kerdil sekali di celah barisan itu.. Betapa mereka orang2 yang hebat yang sentiasa membicarakan tentang perjuangan Islam. Bahkan ketika berjalan beriringan untuk menuju ke tempat mesyuarat, sambil makan santai juga tidak henti2 isu ummah dibicarakan.


Itu apabila bersama dengan pimpinan2 yang sememangnya menjadi orang besar dalam muhafazah masing2. Namun dalam persatuan besar ini, pasti ia tidak akan mampu digerakkan sepenuhnya tanpa bantuan tangan2 kecil yang bekerja di belakang tabir.. Dua hari lepas, bila aku berkunjung ke Teratak Iskandar bagi membantu mengemas tempat ini, sekali lagi hati terharu bila melihat rupa2nya ramai lagi insan yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memasang tingkap dan kerja2 teknikal lain.

Allah syeikh, mereka berada di situ sepanjang hari dari pagi hingga maghrib, berterusan melakukan kerja2 bertukang sedangkan aku sendiri pun sampai bila waktu sudah dekat asar. Nak kata terima upah, jauh sekali bahkan makanan dan minuman pun mereka sendiri yang sediakan. Kala itu, kami seronok bercanda dan menyakat namun di hati ini hanya tuhan yang tahu betapa aku mengagumi ketulusan hati yang dipamerkan tanpa mereka sendiri menyedarinya..

Juga, kadang kala ada kata2 sahabat yang mengguris hati kita, baginya itu adalah kata2 biasa sebagai seorang sahabat, namun di hati kita sebagai seorang pimpinan persatuan, hanya Allah yang tahu betapa kita terasa dengannya. Sesungguhnya menjadi pemimpin itu sentiasa mengajar kita bagaimana untuk mengikhlaskan hati memaafkan orang lain..

***************


Aku melihat dia mengambil wudhuk di sinki, meratakan air tiga kali di wajahnya, membasuh tangan dan seterusnya rambut.. Eh kenapa aku jadi ralit tengok dia ambil wudhuk.. Tengok jam, belum masuk zohor, match bola pula nak mula kejap lagi, dia nak solat apa ni.. 'Min, kenapa ambil wudhuk?'

'Kan kita nak lawan sat lagi, main dalam keadaan berwudhuk la, baru berkat..' Jawabnya sambil tersenyum.. Gulp! 

Aku mengenalinya sehari yang lalu kerana kami bermain untuk satu team yang sama. Sungguh, wajahnya sentiasa dalam keadaan tenang tidak kira team kami menang atau kalah..dan sekarang tahulah aku apa rahsianya..

Terfikir, kalau nak main bola pun dia berwudhuk, bagaimana pula dalam keadaan lain? Belajar, memasak, berjalan kaki ke kelas dan melakukan perkara2 lain yang pada adatnya lebih tenang dan lebih mudah untuk mengingat Allah, pasti wudhuknya lebih terjaga.. Sebelum ini aku juga pernah bertemu dengan seorang sahabat yang senantiasa dalam keadaan berwudhuk.

Ops kata2 kat dalam poster ni gurauan sahaja ya, mana mungkin insan sesoleh ini bermain cinta monyet..student kisas tu.. ^_^ 

Suatu hari ketika ingin pergi solat zohor bersamanya, dia menyatakan ingin ke tandas mengambil wudhuk. Lantas ku terus bertanya kepadanya kerana kebiasaannya dia memang sentiasa berwudhuk. 'Tadi aku ambil wudhuk untuk study...' Oh maknanya kena ambil wudhuk lain la untuk solat? Bukan ke kalau kita ambil wudhuk memang niat satu je iaitu untuk mengangkat hadas kecil?

Menjadilah ia satu persoalan yang sehingga sekarang aku lupa untuk bertanya pada ustaz2 yang lebih pakar. Kamu yang membaca tulisan ini ada jawapannya?

(Minggu lepas tidak terupdate blog lantaran diri berada di Cairo selama 3 hari, lalu tertundalah beberapa kerja yang akhirnya memeningkan diri sendiri.. Takpelah apa2 pun cuba selesaikan satu persatu sambil mohon bantuan Allah, imtihan pun dah dekat sangat dah ni..dan kpd sahabat2 yang menghantar mesej padaku, mohon maaf ya kiranya ada yg tidak terjawab, mungkin aku punya alasan sendiri tidak membalasnya- ayat utk membela diri sendiri.. Wallahua'lam ^_^ )

الأربعاء، 13 فبراير 2013

'Ku Isytihar Perang Padamu Wahai Valentine'

Bismillahirrahmanirrahim...

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am : 116)

"VALENTINE" adalah nama seorang paderi. Namanya Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi ini umumkan atau isytiharkan hari tersebut sebagai hari 'kasih sayang' kerana pada nya Islam adalah ZALIM!!!  Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine” – Zulkifli Nordin (peguam di Malaysia)

Beberapa hari lagi Hari Kekasih akan kunjung tiba, hari yang sangat ditakuti bakal mengorbankan pemudi pemudi Islam di jalan yang dimurkai olehNya. Mungkin bagi mereka, itu hari untuk meluahkan perasaan, menzahirkan cinta serta membuktikan kebenaran cinta yang hakikatnya hanyalah palsu di indahkan oleh sang syaitan semata-mata.





Mana mungkin tuhan tidak mengerti perasaan dan nafsu sang Adam dan Hawa, yg kerana itulah syurga dicipta..Biarlah hanya Dia yg tahu bahawa itu satu pengorbanan dan perjuangan perasaan..


Lalu ramailah anak dara yang menyerahkan segenap kepunyaan mereka kepada kekasih hati yang disangka akan menikahinya pada masa depan. Ya Allah sungguh aku jadi kasihan pada wanita itu, kerana dia telah tertipu dengan tipuan yang sejelas-jelasnya. Tidakkah dia tahu berapa ramai gadis yang telah terkorban dengan pujuk rayu yang sama oleh lelaki-lelaki buaya darat, benar mereka mungkin bukan laki-laki sama namun niat mereka hanyalah satu iaitu untuk merasa kenikmatan sementara.
Tolong ingatkan dia bahawa laki-laki adalah makhluk Allah yang sukakan cabaran. Mana mungkin mereka sanggup menerima wanita yang mudah diperoleh menjadi ibu kepada anak-anaknya. Dan kepada laki-laki pula, jangan rosakkan mana-mana wanita di atas muka bumi ini kalau engkau tidak mahu kakak, ibu atau anak perempuanmu dirosakkan oleh laki-laki jahat seperti engkau!
Kenapa tidak cinta itu dipelihara, dijaga sungguh2 hanya untuk yang halal, bukankah itu lebih membahagiakan? 

Katakan tidak pada Valentine's Day..Angel Pakai Guchi siap pesan lagi : Valentine's Day? Its too mainstream. Really. Go for Nikah's Day instead. Its cooler, and halal too!

Tidak disangkal, kadang2 hati mahukan cinta itu. Pabila melihat pasangan kekasih berasmara indah di hadapan mata, pasti hati juga terdetik menginginkan seperti itu. Lalu sang syaitan datang mengindahkan lagi situasi itu, memberi gambaran2 romantik yang bisa dilakukan andai diri sendiri berada di tempat itu. Saat itu, katakanlah kepada sang hati bahawa dirimu sedang bermujahadah memelihara kesucian cinta hanya untuk yang telah halal..
Kepada kamu yang saat ini merasa ragu dalam percintaan, berhentilah dan kembalilah mencari jalan pulang menuju Yang Esa. Ramai yang telah aku jumpa mereka yang berjaya meninggalkan sepenuhnya godaan cinta palsu. Benar mereka merasakan kesulitan di awalnya, tidak sedikit yang hari-harinya ditemani air mata, bahkan ada yang sudah memberi harapan kepada keluarga pasangan masing2, namun apabila tekad sudah membulat, matlamat sudah jelas, tiada yang mustahil, mereka hadapinya dengan penuh ketabahan walau hati perit menanggung derita.
Hasilnya, hanya mereka yang mengerti betapa nikmatnya berada dalam jagaan Allah di saat insan yang disayangi sedang membenci..


Lebih baik sang Adam dan Hawa masing2 merenung kekurangan diri, membaiki serta berdoa kpd Tuhan akan urusan jodohnya. Itu pun namanya usaha. Bukannya tuhan tidak tahu dan tidak faham, malah lebih faham dari kita sendiri. Kenapa masih mahu tarik tali pasal soal jodoh, kenapa hati masih mahu gelisah akan cinta monyet? Yakinlah kepada cinta halal yang didahulukan dengan akad nikah di hadapan wali, kerana hanya itulah bukti cinta yang akan membawa ke syurga..

(Tulisan di atas adalah gabungan beberapa pelajar tahun 4 Universiti Iskandariah, yg menulis hanya kerana satu alasan iaitu tidak mahu lagi melihat pemuda pemudi Islam tewas dalam cinta nafsu..kerana setiap dari kita adalah pejuang Allah..dan kerana kita adalah aset emas agama untuk menegakkan khilafah Islam.. Ayuh katakan tidak pada Valentine! Wallahua'lam ^_^ )



الاثنين، 11 فبراير 2013

Meniti Landasan Aturan Allah

Bismillahirrahmanirrahim...

Yakinlah dengan perancangan Yang Esa, nescaya ada bantuanNya di situ.. Dalam menjalani kehidupan, jika dinilai semua yang berlaku pada diri sendiri, kita pasti tidak boleh menipu sememangnya banyak tangan2 ghaib yang menggerakkan kita dalam memilih keputusan2 besar dalam kehidupan..

Malam ini, hati terasa ingin membangkit kembali kenangan masa silam yang telah ditinggalkan, bukan untuk dikesali tapi untuk memikirkan keajaiban perjalanan hidup yang Allah aturkan.

Dulu, aku selalu keliru antara profession seorang guru atau doktor sehinggakan selepas mendapat result spm pun hati ini masih ragu antara dua. Lalu itulah, tiba masa yang ditetapkan, Allah mendatangkan dalam mimpi seorang ustaz yang meminta aku memilih Mesir sebagai destinasi seterusnya.


Dan kini, ketika aku berasa gelisah menghadapi kerenah arab mesir, kadang2 mimpi itulah yang menjadi penguatku sebagai peransang untuk meneruskan langkah. Dalam mimpi, ustaz tidak meminta supaya aku memilih menjadi doktor, kerana sememangnya ada lagi tawaran lain yang menawarkan kedoktoran iaitu Universiti Malaya.

Aku tidak pasti bagaimana diriku sekarang sekiranya 4 tahun lepas aku menjadikan UM sebagai pilihan pertama. Mungkin Allah lebih mengetahui bahawa aku mudah menerima culture shock bila berada di sana, sentiasa keluar malam mencari wayang untuk menghabiskan masa lapang. Atau setiap hari keluar bermain futsal sehingga mengabaikan tanggungjawab belajar yg akhirnya menyebabkan pembelajaran terkandas. (Nasib baik kat sini court futsal tidak seindah Malaysia)

Jika diimbas pula kenangan sebelum result spm keluar, masih jelas di ingatan betapa tidak keruannya diri ini melihat satu persatu sahabat pergi lebih awal melangkah ke menara gading, masing2 menggunakan result trial dan trek pantas. Masa tu rasa kesunyian dekat rumah, jadi takut pun ada, yelah sahabat2 seangkatan ramai yg dah pergi.


Lalu, mungkin disebabkan tidak sabarnya diri, aku meminta kepada Allah supaya aku juga menerima tawaran itu, walhal diri kurang berminat pun untuk ambil engineer..tapi tu lah, fikir asal dapat masuk universiti awal pun cukuplah. Bersungguh2 minta dengan Allah, izinkanlah aku menerima tawaran ke UTM....

Boleh dikatakan dalam setiap sujud aku meminta Allah memperkenankan hasrat itu, semangat naa.. Tunggu punya tunggu sampai ke akhir tak dapat, walhal ada lagi kawan yang resultnya setara menerima tawaran itu. Kecewa memang kecewa namun tidaklah sampai membelakangkan Allah.. Hinggalah lepas keluar result SPM, mohon kedoktoran, alhamdulillah patutlah Dia tahan keinginanku sementara waktu, rupa2nya Dia sediakan aku untuk trek yang lain.

Mengingatkan semua yang berlaku, rasa mahu sujud lama2 pada Allah, sungguh diri tak mampu untuk menzahirkan betapa bersyukurnya menjalani perjalanan yang telah diaturNya. Itu kisah 4,5 tahun lepas, sekarang bukan macam dulu dah bila berdoa, di akhirnya perlu tambah '...berilah jalan keluar terbaik bagiku...' Kadang2 rasa takjub pada kekuatan perancangan Allah, seumpama sedang menonton sebuah drama kehidupan.



'Bila mana seseorang itu berubah, jangan diungkit kisah silamnya kerana kita tidak pernah tahu betapa peritnya dia meninggalkan kisah itu..'

Ramai yang pernah merasakan ini kan, bersusah payah melawan perasaan sendiri agar tidak lagi berada di landasan hidup yang dirasakan salah. Adakalanya beberapa hati terluka disebabkan itu, sahabat2 lama menjauhkan diri, yang bercinta merasakan peritnya melepaskan kekasih hati, namun semua itu masih dilakukan hanya kerana tidak ingin diri dimurkai Allah..

Hebatkan insan ciptaan Allah, di bahagian mana pun dia andai hati ingin kembali pada Yang Esa, mungkin dialah insan yang lebih baik dari manusia2 lantaran istighfar dan taubat berterusan yang dilakukan..kerana dia tahu dia punya Allah yang maha pengampun..kerana dia sedar dia pernah tersalah langkah..

(Ada sahabat terasa dgn perbuatanku..mungkin selaput dosa yg menutup hati ini kian menebal, lalu terbias melalui akhlak yang salah..susah ya bila melakukan kesalahan pd insan, tdk tahu sejauh mana kita telah dimaafkan, atau mungkin sekali kesalahan itu masih tersimpan kemas di hatinya.. Wallahua'lam)

الاثنين، 4 فبراير 2013

Perjalanan Jauh Selalu Mengajar Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu lepas berulang kali aku bermusafir ke Kaherah atas urusan persatuan dan mengikut program yang dianjurkan. Penat menguasai namun nikmat terasa bila dapat mengisi ruang2 cuti bukan dengan perkara lagha. Sebenarnya ada juga terdetik di sudut hati untuk melancong ke luar negara seperti yang dilakukan ramai sahabat di sini, namun setakat ini biarlah dulu, lagipun kenangan ke Turki dua tahun lepas masih tersimpan kemas.. ^_^

Aku suka musafir ke Kaherah walau ada segelintir mahasiswa di sini yang rimas katanya berada di sana, ada sahaja yang tidak menyenangkan. Pendapat peribadiku, Kaherah sangat istimewa kerana di sanalah kita bisa melihat Mesir yang sebenar, yang dikatakan penuh mehnah dan tribulasi. Orang2 arab di sana yang tidak bertamadun, jalan raya penuh sesak, berhabuk dan segala macam yg dikatakan berkenaan Mesir, semuanya terdapat di bumi Kaherah yang tidak semua ada di Iskandariah..


Kamu perasan kan tatkala bermusafir, bila diuji dengan perkara2 yang tidak kita ingini, hati jadi mudah marah dan mudah pula melatah. Mungkin jika berada di rumah kitalah insan yang paling tabah dan paling ceria mempamerkan segaris senyuman. Namun di perantauan, keluhan mudah sahaja keluar terutama bila kepenatan menguasai diri.

Bila ada berselisih pandangan dengan sahabat, kita nak pergi ke tempat ini sedang dia pula mahu ke tempat lain, mood mudah berubah lalu masing2 jadi bermasam muka..

Patutlah Saidina Umar pernah berpesan kepada seorang laki2, jika kamu tidak pernah melihat seseorang berinteraksi menggunakan dinar dirham, tidak pernah berjiran dengannya dan tidak mengetahui saat dia keluar masuk, tidak pernah menemaninya ketika BERMUSAFIR, maka kamu tidak pernah mengenalinya dengan erti kata yang sebenarnya..


Tatkala musafir, terserlah kealpaan kita yang lalai menjaga solat dan tersingkap segala kelemahan diri yang jahil dalam ilmu agama.. Mentang-mentang diberi rukhsah untuk jama' dan qasar, lalu kita sewenangnya meringankan ibadah wajib itu. Solat berjemaah tidak diutamakan, waktu subuh juga sering dilewatkan sehingga ke penghabisan waktu..

(Bahkan aku pernah bertemu dengan lelaki yang qadha sebanyak lima waktu solat fardhu, sehari semalam kerana asyik dalam nikmatnya tidur..dan ia berlaku ketika musafir..)

Itu belum lagi bertanya perihal tahajjud, mathurat dan membaca Al-Quran, pasti ramai antara kita tersungkur tewas. Seandainya kita berada dalam barisan pejuang Salehuddin al-Ayubi, ku kira hanya 0.2 peratus yang mampu terpilih untuk berada di barisan hadapan. Kita langsung tidak berdisiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah!

Malam Amal Palestin, Syria dan Rohingya di Kaherah..kami bersatu atas nama Islam!


Teringat satu kenangan silam yang pernah terjadi dalam hidup ini. Ketika itu aku masih di menengah rendah. Aku mengikut satu keluarga iaitu saudara jauh yang jarang2 berjumpa, pergi bercuti di Langkawi. Kemewahan terasa bila bersama mereka, banyak kemahuanku di sponsor oleh ayahnya.

Mereka memang keluarga berada lantaran bisnes yang semakin meningkat saban tahun. Namun itulah, ada kekurangan besar dalam keluarga tersebut iaitu ketandusan iman dalam jiwa setiap orang. Solat diabaikan begitu sahaja, waktu solat langsung tidak dimasukkan dalam jadual perjalanan harian. Alhamdulillah Allah sudi memelihara diri ini untuk menjaga solat walau kadang2 terasa susahnya pabila bermusafir bersama orang yang tidak mementingkan solat fardhu..

Akhirnya selepas percutian itu selesai, ayahnya memanggilku dan minta untuk ajar dua anaknya yang sebaya denganku tentang solat. Memang kedua anaknya itu suka berkawan denganku, huhu mungkin waktu itu aku terlalu berlakon baik di hadapan mereka. Dia meminta untuk aku tinggal bersamanya demi memastikan perkara itu berlaku..

tersentuh bila tengah study, ada sahabat hantar image ni, ingatkan diri utk bersolat..

Aku tanpa berfikir panjang terus menolak tawarannya, yelah mestilah sayang nak tinggal sekolah dan kawan2. Masa tu manalah nak fikir tentang dakwah, tarbiyah dan perjuangan. Kini, selepas bertahun2, aku menerima berita bahawa anaknya itu telah menikah akhir tahun lalu. Semoga dia mampu untuk menempuh kehidupan berumah tangga dengan penuh amanah serta membimbing keluarga ke arah keluarga sakinah yang diredhai...

(Rancanglah kehidupan ini sebaiknya, semoga perancangan itu sama dengan perancangan Yang Esa..Kurang dua minggu lagi aku akan turun dari satu amanah, maka perancangan setahun harus mula dibina..dan kini, di fikiran mula terlukis gambaran2 yang tidak dapat dilakukan tahun lepas..semoga petunjuk Allah sentiasa mengiringi dalam perjalanan iman yg panjang dan penuh onak duri.. Wallahua'lam )