الاثنين، 4 فبراير 2013

Perjalanan Jauh Selalu Mengajar Kita

Bismillahirrahmanirrahim...

Minggu lepas berulang kali aku bermusafir ke Kaherah atas urusan persatuan dan mengikut program yang dianjurkan. Penat menguasai namun nikmat terasa bila dapat mengisi ruang2 cuti bukan dengan perkara lagha. Sebenarnya ada juga terdetik di sudut hati untuk melancong ke luar negara seperti yang dilakukan ramai sahabat di sini, namun setakat ini biarlah dulu, lagipun kenangan ke Turki dua tahun lepas masih tersimpan kemas.. ^_^

Aku suka musafir ke Kaherah walau ada segelintir mahasiswa di sini yang rimas katanya berada di sana, ada sahaja yang tidak menyenangkan. Pendapat peribadiku, Kaherah sangat istimewa kerana di sanalah kita bisa melihat Mesir yang sebenar, yang dikatakan penuh mehnah dan tribulasi. Orang2 arab di sana yang tidak bertamadun, jalan raya penuh sesak, berhabuk dan segala macam yg dikatakan berkenaan Mesir, semuanya terdapat di bumi Kaherah yang tidak semua ada di Iskandariah..


Kamu perasan kan tatkala bermusafir, bila diuji dengan perkara2 yang tidak kita ingini, hati jadi mudah marah dan mudah pula melatah. Mungkin jika berada di rumah kitalah insan yang paling tabah dan paling ceria mempamerkan segaris senyuman. Namun di perantauan, keluhan mudah sahaja keluar terutama bila kepenatan menguasai diri.

Bila ada berselisih pandangan dengan sahabat, kita nak pergi ke tempat ini sedang dia pula mahu ke tempat lain, mood mudah berubah lalu masing2 jadi bermasam muka..

Patutlah Saidina Umar pernah berpesan kepada seorang laki2, jika kamu tidak pernah melihat seseorang berinteraksi menggunakan dinar dirham, tidak pernah berjiran dengannya dan tidak mengetahui saat dia keluar masuk, tidak pernah menemaninya ketika BERMUSAFIR, maka kamu tidak pernah mengenalinya dengan erti kata yang sebenarnya..


Tatkala musafir, terserlah kealpaan kita yang lalai menjaga solat dan tersingkap segala kelemahan diri yang jahil dalam ilmu agama.. Mentang-mentang diberi rukhsah untuk jama' dan qasar, lalu kita sewenangnya meringankan ibadah wajib itu. Solat berjemaah tidak diutamakan, waktu subuh juga sering dilewatkan sehingga ke penghabisan waktu..

(Bahkan aku pernah bertemu dengan lelaki yang qadha sebanyak lima waktu solat fardhu, sehari semalam kerana asyik dalam nikmatnya tidur..dan ia berlaku ketika musafir..)

Itu belum lagi bertanya perihal tahajjud, mathurat dan membaca Al-Quran, pasti ramai antara kita tersungkur tewas. Seandainya kita berada dalam barisan pejuang Salehuddin al-Ayubi, ku kira hanya 0.2 peratus yang mampu terpilih untuk berada di barisan hadapan. Kita langsung tidak berdisiplin dalam menjaga hubungan dengan Allah!

Malam Amal Palestin, Syria dan Rohingya di Kaherah..kami bersatu atas nama Islam!


Teringat satu kenangan silam yang pernah terjadi dalam hidup ini. Ketika itu aku masih di menengah rendah. Aku mengikut satu keluarga iaitu saudara jauh yang jarang2 berjumpa, pergi bercuti di Langkawi. Kemewahan terasa bila bersama mereka, banyak kemahuanku di sponsor oleh ayahnya.

Mereka memang keluarga berada lantaran bisnes yang semakin meningkat saban tahun. Namun itulah, ada kekurangan besar dalam keluarga tersebut iaitu ketandusan iman dalam jiwa setiap orang. Solat diabaikan begitu sahaja, waktu solat langsung tidak dimasukkan dalam jadual perjalanan harian. Alhamdulillah Allah sudi memelihara diri ini untuk menjaga solat walau kadang2 terasa susahnya pabila bermusafir bersama orang yang tidak mementingkan solat fardhu..

Akhirnya selepas percutian itu selesai, ayahnya memanggilku dan minta untuk ajar dua anaknya yang sebaya denganku tentang solat. Memang kedua anaknya itu suka berkawan denganku, huhu mungkin waktu itu aku terlalu berlakon baik di hadapan mereka. Dia meminta untuk aku tinggal bersamanya demi memastikan perkara itu berlaku..

tersentuh bila tengah study, ada sahabat hantar image ni, ingatkan diri utk bersolat..

Aku tanpa berfikir panjang terus menolak tawarannya, yelah mestilah sayang nak tinggal sekolah dan kawan2. Masa tu manalah nak fikir tentang dakwah, tarbiyah dan perjuangan. Kini, selepas bertahun2, aku menerima berita bahawa anaknya itu telah menikah akhir tahun lalu. Semoga dia mampu untuk menempuh kehidupan berumah tangga dengan penuh amanah serta membimbing keluarga ke arah keluarga sakinah yang diredhai...

(Rancanglah kehidupan ini sebaiknya, semoga perancangan itu sama dengan perancangan Yang Esa..Kurang dua minggu lagi aku akan turun dari satu amanah, maka perancangan setahun harus mula dibina..dan kini, di fikiran mula terlukis gambaran2 yang tidak dapat dilakukan tahun lepas..semoga petunjuk Allah sentiasa mengiringi dalam perjalanan iman yg panjang dan penuh onak duri.. Wallahua'lam )

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق