Bismillahirrahmanirrahim...
Sebaik sahaja ucapan pengerusi selesai, aku tertunduk memandang lantai, memejam mata seketika.. Rupanya sudah setahun amanah ini digalas, ya Allah terimalah dariku ini sebagai amal soleh.. Seinfiniti syukur ku ucap pada Yang Esa lantaran sudi memilih diri ini untuk berada di tempat itu walau untuk seketika.
Itulah amanah yang satu ketika dulu aku pernah berjanji dengan diri sendiri untuk tidak menerimanya sama sekali..dan kini, ia telah pun berlalu.. Dalam tempoh itu, tidak sekali hati merasa ingin berhenti melangkah, tidak sanggup menanggung perasaan berat tatkala ujian mendatang, namun setiap kali itulah terasa diri dipujuk Allah apabila datang bantuan2 yang memudahkan.
Kalau dulu di sekolah, kita selalu mendengar 'Hablu minallah wa hablu minannas..' yang menasihatkan diri agar tidak hanya menjaga hubungan dengan Allah sehingga mengabaikan hak2 insan sekeliling.. Namun apabila berada di persada politik kampus, mungkin situasinya tidak sama kerana yang sering berlaku ialah kita langsung mengetepikan hubungan dengan Allah demi menjaga hubungan baik dengan insan.
Kita terlalu sibuk dengan urusan pimpinan, menguruskan program itu dan ini, menghadiri majlis di sana sini sehingga masa untuk Allah kita abaikan. Akhirnya, kepenatan menjadi alasan untuk kita malas bangun di pertiga malam, Al-Quran ditinggalkan berhari2 lamanya, puasa sunat tidak lagi menjadi amalan mingguan..Ya Allah jauhnya kita dengan amalan Rasullullah walau di luar kita bercakap hebat tentang sirah perjuangan..
Jika berbicara dari segi pengalaman, sungguh terlalu banyak yang aku pelajari sepanjang sesi ini, yang sebelum ini aku langsung tidak mempunyai idea tentangnya. Namun sejujurnya, yang paling aku hargai selama berada dalam barisan ini ialah belajar menilai keikhlasan hati.
Apabila bertemu dan mengadakan mesyuarat dengan pimpinan2 dari seluruh muhafazah di Mesir, berbincang dan melihat perkembangan idea yang diutarakan, masyaAllah diri terasa kerdil sekali di celah barisan itu.. Betapa mereka orang2 yang hebat yang sentiasa membicarakan tentang perjuangan Islam. Bahkan ketika berjalan beriringan untuk menuju ke tempat mesyuarat, sambil makan santai juga tidak henti2 isu ummah dibicarakan.
Itu apabila bersama dengan pimpinan2 yang sememangnya menjadi orang besar dalam muhafazah masing2. Namun dalam persatuan besar ini, pasti ia tidak akan mampu digerakkan sepenuhnya tanpa bantuan tangan2 kecil yang bekerja di belakang tabir.. Dua hari lepas, bila aku berkunjung ke Teratak Iskandar bagi membantu mengemas tempat ini, sekali lagi hati terharu bila melihat rupa2nya ramai lagi insan yang sanggup berkorban masa dan tenaga bagi memasang tingkap dan kerja2 teknikal lain.
Allah syeikh, mereka berada di situ sepanjang hari dari pagi hingga maghrib, berterusan melakukan kerja2 bertukang sedangkan aku sendiri pun sampai bila waktu sudah dekat asar. Nak kata terima upah, jauh sekali bahkan makanan dan minuman pun mereka sendiri yang sediakan. Kala itu, kami seronok bercanda dan menyakat namun di hati ini hanya tuhan yang tahu betapa aku mengagumi ketulusan hati yang dipamerkan tanpa mereka sendiri menyedarinya..
Juga, kadang kala ada kata2 sahabat yang mengguris hati kita, baginya itu adalah kata2 biasa sebagai seorang sahabat, namun di hati kita sebagai seorang pimpinan persatuan, hanya Allah yang tahu betapa kita terasa dengannya. Sesungguhnya menjadi pemimpin itu sentiasa mengajar kita bagaimana untuk mengikhlaskan hati memaafkan orang lain..
Aku melihat dia mengambil wudhuk di sinki, meratakan air tiga kali di wajahnya, membasuh tangan dan seterusnya rambut.. Eh kenapa aku jadi ralit tengok dia ambil wudhuk.. Tengok jam, belum masuk zohor, match bola pula nak mula kejap lagi, dia nak solat apa ni.. 'Min, kenapa ambil wudhuk?'
'Kan kita nak lawan sat lagi, main dalam keadaan berwudhuk la, baru berkat..' Jawabnya sambil tersenyum.. Gulp!
Aku mengenalinya sehari yang lalu kerana kami bermain untuk satu team yang sama. Sungguh, wajahnya sentiasa dalam keadaan tenang tidak kira team kami menang atau kalah..dan sekarang tahulah aku apa rahsianya..
Terfikir, kalau nak main bola pun dia berwudhuk, bagaimana pula dalam keadaan lain? Belajar, memasak, berjalan kaki ke kelas dan melakukan perkara2 lain yang pada adatnya lebih tenang dan lebih mudah untuk mengingat Allah, pasti wudhuknya lebih terjaga.. Sebelum ini aku juga pernah bertemu dengan seorang sahabat yang senantiasa dalam keadaan berwudhuk.
Suatu hari ketika ingin pergi solat zohor bersamanya, dia menyatakan ingin ke tandas mengambil wudhuk. Lantas ku terus bertanya kepadanya kerana kebiasaannya dia memang sentiasa berwudhuk. 'Tadi aku ambil wudhuk untuk study...' Oh maknanya kena ambil wudhuk lain la untuk solat? Bukan ke kalau kita ambil wudhuk memang niat satu je iaitu untuk mengangkat hadas kecil?
Menjadilah ia satu persoalan yang sehingga sekarang aku lupa untuk bertanya pada ustaz2 yang lebih pakar. Kamu yang membaca tulisan ini ada jawapannya?
(Minggu lepas tidak terupdate blog lantaran diri berada di Cairo selama 3 hari, lalu tertundalah beberapa kerja yang akhirnya memeningkan diri sendiri.. Takpelah apa2 pun cuba selesaikan satu persatu sambil mohon bantuan Allah, imtihan pun dah dekat sangat dah ni..dan kpd sahabat2 yang menghantar mesej padaku, mohon maaf ya kiranya ada yg tidak terjawab, mungkin aku punya alasan sendiri tidak membalasnya- ayat utk membela diri sendiri.. Wallahua'lam ^_^ )

Ops kata2 kat dalam poster ni gurauan sahaja ya, mana mungkin insan sesoleh ini bermain cinta monyet..student kisas tu.. ^_^ |
Suatu hari ketika ingin pergi solat zohor bersamanya, dia menyatakan ingin ke tandas mengambil wudhuk. Lantas ku terus bertanya kepadanya kerana kebiasaannya dia memang sentiasa berwudhuk. 'Tadi aku ambil wudhuk untuk study...' Oh maknanya kena ambil wudhuk lain la untuk solat? Bukan ke kalau kita ambil wudhuk memang niat satu je iaitu untuk mengangkat hadas kecil?
Menjadilah ia satu persoalan yang sehingga sekarang aku lupa untuk bertanya pada ustaz2 yang lebih pakar. Kamu yang membaca tulisan ini ada jawapannya?
(Minggu lepas tidak terupdate blog lantaran diri berada di Cairo selama 3 hari, lalu tertundalah beberapa kerja yang akhirnya memeningkan diri sendiri.. Takpelah apa2 pun cuba selesaikan satu persatu sambil mohon bantuan Allah, imtihan pun dah dekat sangat dah ni..dan kpd sahabat2 yang menghantar mesej padaku, mohon maaf ya kiranya ada yg tidak terjawab, mungkin aku punya alasan sendiri tidak membalasnya- ayat utk membela diri sendiri.. Wallahua'lam ^_^ )
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق