الاثنين، 26 سبتمبر 2011

'Lailatul Qadr di Masjidil Haram'

Menurut seorang ustaz, malam 27 sememangnya menjadi pilihan org arab sebagai Lailatul Qadr..Benarlah kata2 itu, dan sy dapat melihat sendiri bagaimana org arab menyambutnya..Pada malam 27, sy sengaja datang awal ke Masjidil Haram, niat di hati nak masuk ke dalam masjid, takut2 penuh dan terpaksa solat kat luar..

Sampai sahaja di Masjidil Haram, sy tengok ramai polis2 yg berkawal (kalau kat mesir lebih kurang macam tsaurah hari tu) Ramai sangat org, jemaah dah penuh, dah melimpah kat luar dan kat luar pun dah penuh..Sehinggakan polis berkawal di luar kawasan masjid..Sy cuba jugak menyelinap masuk ke dalam masjid dan naik tingkat paling atas..Sy mmg suka solat kat tingkat ini kerana perempuan dilarang naik ke sini, jadi takdelah risau sangat tentang wudhuk..

Pemandangan waktu fajar di Masjid Nabawi
Sahabat yg datang agak lewat memberitahu, tidak lama lepas tu para jemaah bertindak agresif dengan merempuh kawalan polis..Semua berebut nak masuk ke dalam..Erm susah sungguh nak bersolat di Masjidil Haram pd mlm 27,berbeza dgn malam2 lain..

Ada satu kisah pada satu malam, tapi berlaku pada malam genap dan bukannya malam ganjil..Kami dpt melihat beberapa kejadian pelik..Ketika itu sedang solat tahajjud, berimamkan Sheikh Abdul Rahman as Sudais..Sedang solat, tiba2 sy dapat merasakan angin sejuk datang menyapa tubuh..Agak pelik kerana skrg musim panas, dan memang susah dpt rasa angin sejuk sebegini..Solat diteruskan..Selesai witir, sy dan sahabat di sebelah agak tergamam seketika melihat keadaan sekeliling..berkabus tebal, dalam dan luar Masjidil Haram..

Selesai sahur, kami bergegas turun utk niat miqat di Masjid Taneem..Malam itu Menara Jam yg terletak bersebelahan masjid mengeluarkan cahaya yg cantik seperti pd mlm aidilfitri, seolah2 memberitahu org ramai ada sesuatu yg istimewa mlm itu..Sangat cantik, cahaya terang dan diselaputi kabus tebal..Lepas niat di miqat, kami naik tramco utk balik semula ke Masjidil Haram..

Ketika awal-awal sampai di Madinah, kepala masing2
masih 'berisi' lagi..
Pak cik tramco pagi itu sgt berhati mulia, dia sanggup menghantar semua jemaah umrah dengan percuma..Biasanya tambang sehala lebih kurang 5 riyal..Dan sy pernah kena 10 dan 20 riyal..Pagi itu tramco kami dilanggar dari belah tepi, betul2 dgn side sy..Kalau arab lain biasanya dah sejam gaduh kalau kena langgar camtu..Tapi pak cik itu keluar tengok tramco dengan tenang, pastu teruskan perjalanan tanpa sepatah perkataan pun walau memang terang2 salah kereta yg melanggar tu..

Tidak cukup setakat itu, kebaikan pak cik itu terserlah lagi apabila dia membelanja semua penumpangnya air utk bersahur..Kata pak cik itu, 'Malam ini malam barakah' Sampai di Masjidil Haram, semua penumpang bersalam dengan pak cik itu, dan sebenarnya itulah kali pertama sy bersalam dgn driver tramco sebelum turun..Dapat sy lihat genangan air matanya saat diucapkan, 'Uhibbak fillah'

Dan pagi itu, selesai bertahallul, semasa dalam perjalanan pulang dapat sy lihat langit yang redup..Subhanallah, kabus masih belum hilang..


'Malam ganjil atau genap, semua itu adalah pada ilmu Allah'-kalam seorang ustaz. Lalu sy mintak ustaz tersebut terangkan lagi tentang makna di sebalik ayat itu. Cuba kita fikir, hari pertama ramadhan sendiri sudah berbeza mengikut tempat2 di dunia ni..ada yang hari ni sudah mula puasa, kalau kat tempat lain mungkin esok baru start puasa. Jadi logiklah kalau kat sini malam 28, tapi kat tempat lain ialah 27..

'Amat rugilah bagi mereka yg hanya beribadat pd mlm ganjil...'-sambung ustaz tersebut.. Sy tidak berani mengatakan dengan yakin Lailatul Qadr jatuh pd mlm tersebut, hanya ingin berkongsi pengalaman tentang apa yang berlaku pada mlm tersebut di Masjidil Haram..Wallahualam

الاثنين، 19 سبتمبر 2011

Persinggahan di Cairo


Sekarang berada di Cairo, tolong2 sikit Muktamar Kelantan..hampir seminggu rasanya berkampung di sini, alhamdulillah dapat tengok tempat orang, boleh tambah kenalan yg majoritinya ustaz..Sambil-sambil tolong kawan jadi ajk buletin TASMIM, sy dapat tugas utk typing dan edit. First time sebenarnya terlibat dalam kerja-kerja menulis camni, biarlah boleh isi masa cuti..

Malam taaruf calon pada 18.9.2011..Sy dah banyak kali join majlis manifesto, sejak sekolah dulu lagi, kat alex pun dah pernah tengok..Tapi sungguh, majlis taaruf calon/manifesto kat sini sangat lain,sgt berbeza!

Semua calon yang bertanding, ikhwah dan akhawat menunjukkan sifat dan akhlak yang indah dan memukau setiap yg hadir..Kesemua mereka begitu merendah diri, bahkan dlm setiap ucapan mengandungi nasihat dan hadis2 yg mendidik jiwa..Sehinggakan kami yang berada kat bawah ni, merasa seolah2 berada dalam satu majlis ilmu yg membicarakan tentang kepimpinan, bukan lagi majlis manifesto..


Bila berkata tentang jawatan,
Bukanlah ia satu kebanggaan,
Bagi mereka yang punya fahaman,
Ianya satu bebanan..

Bukanlah ia satu permintaan,
Kerana ia satu penderitaan,
Namun ia satu perjuangan,
Pabila ia satu kurniaan..


Namun di saat-saat akhir majlis, tiba-tiba suasana berubah menjadi sayu..Bakal YDP baru, Ustaz Jamal Najmudin mengalirkan air mata keinsafan, membuat para hadirin turut tersentak. ‘Kita sebenarnya kuli Allah jah..’ Cukup! Ya kenyataan itu sudah cukup menjelaskan penyebab air matanya malam itu..

Ya Allah teringin rasanya melihat semua pemimpin dunia Islam berperibadi sedemikian, persis akhlak baginda Rasullullah S.A.W. Alangkah indah dunia Islam, andai roh perjuangan baginda diterjemah dalam diri setiap syabab..

الثلاثاء، 13 سبتمبر 2011

Pergolakan di Syria

Semalam lepas habis kelas Ustaz Akli, sempat berbual dengan Ustaz Khairul dan beberapa sahabat lagi.. Isu yang dibincangkan ialah tentang isu panas yg sedang melanda dunia Islam ketika ini namun keberadaannya seolah2 didiamkan oleh sesetengah pihak...Ia adalah isu revolusi Syria..Ya, revolusi negara ini jauh lebih hebat kekejamannya dan lebih tragis berbanding negara2 Arab lain seperti Mesir, Libya dan Yaman..

Entah kenapa tragedi berdarah di Syria ini seakan-akan tidak pernah berlaku, dan tidak pernah diambil tahu oleh masyarakat dunia..langsung tidak mendapat liputan meluas ..Adakah ada tangan-tangan kotor yg menghalang berita ini daripada tersebar..Adakah disebabkan Syria bukanlah musuh politik Amerika sepertimana Libya..maka rakyat Syria tidak dibantu seperti Amerika membantu rakyat Libya dalam menggulingkan kerajaan..

Benar, di Libya juga berlaku perang saudara antara pihak kerajaan dan rakyat..Peperangan yg berlarutan agak lama sehingga memakan korban yg tidak sedikit..Namun seperti yg disebutkan Ustaz Akli, pertempuran itu masih adil, senjata bertemu senjata..kerana rakyat dibekalkan dengan senjata dari negara2 luar..


Berbeza dengan Syria, rakyat hanya bersenjatakan doa..Tiada senapang, tiada meriam dan tiada bantuan dari negara luar..Sungguh peperangan itu tidak adil, habis rakyat2 yang tidak bersalah dibantai di tengah jalan..Darah bersimbahan di sana sini..Golongan pemuda dan kaum lelakilah yg menjadi buruan golongan berhati batu itu..Penyembelihan berlaku begitu sahaja di jalanan tanpa belas kasihan..

Tidak cukup setakat itu, kawasan masjid juga diserang..Mengikut Ustaz Akli, antara masjid yg menjadi sasaran ialah masjid yg dikatakan dalam hadis akan turunnya Imam Mahadi di situ (sy lupa nama masjid tersebut..) Sahabat sekalian carilah sendiri sumber2 yg sahih, lihatlah dan renungilah sendiri..

Apabila pemerintah syiah yg tidak bersefahaman dengan rakyat yg majoritinya sunni, lihatlah perpecahan yg berlaku, lihatlah pembunuhan yg berleluasa.. Bahkan ketika zaman pemerintahan ayah beliau lagi, pernah berlaku pembantaian terhadap golongan2 sunni..Kini anaknya pula, Presiden Bashar al-Assad membuat angkara..Aduhai, tidak habis2 rakyat Syria menerima dugaan..

Pres Ahmadinejad bersama Pres Bashar Assad
Sabarlah wahai saudara seakidahku, bukan kali ini sahaja sejarah mencatatkan kisah2 mereka yg diuji.. Namun semua ini tidak akan lama, pertolongan Allah pasti datang kepada mereka yg benar dan teraniaya..Kalau tidak di dunia, tunggulah di sana nanti..Setiap titisan darah merah yg mengalir, setiap tangisan kepiluan, akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah..Sungguh tidak sia-sia perjuanganmu kini..

(Satu lagi perkara yg agak dikesalkan ialah kelewatan kerajaan Malaysia membawa pulang pelajar2 Malaysia yg berada di Syria..Sudah jelas keadaan di Syria jauh lebih merbahaya dan lebih mengancam nyawa, tambahan pula rata2 pelajar kita ialah sunni yg mana memang mnjd buruan puak2 syiah kat sana..Semoga Allah memenangkan yg hak dan semoga Allah tetapkan hati mereka atas perjuangan ini)



الثلاثاء، 6 سبتمبر 2011

Aidilfitri di Makkah al Mukarramah

Inilah kali pertama beraya kat tempat asing, jauh dari keluarga, kuih raya bahkan baju melayu pun takde.. Sehari sebelum raya, telefon org tua di kampung, luahkan segala2 yg tersimpan.. Nasib baiklah orang tak ramai sangat masa tu kat Masjidil Haram..Segan jugak kalau org tengok..

Dan ini pun pertama kali dalam hidup, pergi solat subuh pada hari raya, dah siap2 pakai baju raya..Rupa2nya kat sini, lepas solat subuh terus diadakan takbir raya sehinggalah solat sunat Aidilfitri, takde masa dah nak balik dulu, makan2 pastu baru datang solat raya..Boleh je nak buat camtu, tapi alamatnya kena solat subuh kat luarlah, atas jalan..

Dari pandangan inilah sy ternampak beberapa ekor burung putih terbang
di atas Kaabah dan para makmum hanya utk beberapa saat..Ketika itu sedang solat qiam..

Selesai solat, ramai2 jalan kaki pergi ziarah perkuburan Ma'la..Ziarah makam isteri Rasullullah, sahabat baginda yg mulia dan wali2 Allah..Kagum sungguh mendengar kisah2 para sahabat, yg mana cinta mereka kepada Islam merupakan cinta teragung sepanjang zaman..Orang2 hebat seperti Asma' binti Abu Bakar dan Abdullah ibnu Zubair, mereka semua telah berjaya dalam hidup. Ya, mereka telah memuliakan diri mereka dengan menyerahkan hidup semata2 kerana Allah, kejayaan terbesar bagi umat manusia..

Ternyata setiap jemaah yg hadir tidak dapat menahan air mata tatkala sampai ke makam Saidatina Khadijah..Beliaulah isteri paling hebat pernah dilahirkan dalam sejarah manusia..Menjadi kesayangan Rasullullah dengan akhlak peribadinya yg menakjubkan, sehinggakan isteri2 baginda yg lain cemburu melihat Rasulullah sering menyebut nama Saidatina Khadijah walau setelah kewafatan baginda..


Kami datang kepadamu wahai Khadijah,
Sungguh kami bangga menziarahimu, 
Seandainya engkau melihat kami sekarang,
Pasti engkau tersenyum puas..
Melihat kemenangan yg dicapai suamimu,
Betapa ramai umat baginda..
Betapa suamimu dicintai seluruh penduduk langit dan bumi..

Walau di saat kewafatanmu,
Engkau tidak melihat semua ini...

(Hari ini result sem keluar..Ambil handphone, call mak 'Alhamdulillah, jangan lupa sujud syukur dan sedekah' Itulah azimat bonda yg selalu meniti di bibir setiap kali sy mengkhabarkan result..InsyaAllah ma, sy takkan lupa utk belajar bersungguh2, sy tahu sy berhutang kepada seluruh rakyat Malaysia..)

الجمعة، 2 سبتمبر 2011

Wida' Yang Mengharukan

Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya ke bumi Mesir...
Selepas mengharungi perjalanan yg memenatkan, hampir sehari suntuk terkandas di Jeddah, bertemankan pak2 arab yg berkongsi kisah yg sama, FLIGHT DELAYED..

Ternyata ujian pertama yg Allah datangkan kepada kami ialah ujian kesabaran..Ingatkan bila dah sampai di Cairo bolehlah balik terus ke Alex, badan perlukan rehat..Namun takdir Allah telah menetapkan, bagasi2 kami tidak bersama kami dalam flight itu..Semua jemaah umrah dalam group kami mengalami nasib yg sama..Ya Allah mana kami nak pergi ni, bagasi itu sangat penting bagi kami..macam mana nak pulang ke Alex..


Terpaksalah kami menunggu satu persatu flight yg datang dari Jeddah..Setiap kali ada plane yg mendarat, terus kami serbu ke tempat tuntutan bagasi, manalah tahu kot2 ada terselit bagasi kami..kalau ikut pegawai yg menguruskan barang2 hilang, selepas beliau call sana sini, mungkin barang kami akan sampai keesokan hari..Alhamdulillah, Allah sudah merencanakan segala2nya kepada kami..Ketika hari sudah hampir lewat petang, Allah sampaikan jua bagasi2 kami..

Itu hanyalah ujian fizikal..Bila keluar airport, datang pula ujian keimanan..Kalau di Tanah Haram, kami mudah menjaga pandangan, perempuan2 di sana kebanyakannya berpurdah..Di sini sangat berbeza..Barulah kami sedar kami berada di dua dunia berbeza..Di sini iman benar2 teruji dengan wanita..Semoga rahmat Allah mengiringi, terasa halawatul iman mendamaikan jiwa..

*Ketika melakukan tawaf wida' yg terakhir utk tahun ini, rata2 jemaah mengalirkan air mata keinsafan..Mengingatkan kembali saat2 awal kedatangan Islam..Ya, di tempat itulah Islam bermula! Di situlah Rasullullah S.A.W. memulakan dakwah, dan di tempat yg sama jugalah musuh2 Islam bekerja keras menghalangnya..Namun itulah, setiap sesuatu yg dibantu Allah tidak akan sekali2 tewas..