الثلاثاء، 27 مارس 2012

Tempias Cinta

Kala ini, terasa indahnya ukhwah yang hadir..Dalam kekalutan mengurus masalah mendatang, banyak kali terlepas pandang perkara2 penting..Tiba-tiba dapat call dari satu muhafazah, minta penginapan dan tambahan makanan, yg sebelum ini berbeza dari yg telah dijanjikan..

Allah bukan tak nak bagi syeikh, tapi sekarang ni masalah masa..Empat hari utk mencari rumah sewa bagi seratus peserta merupakan kesulitan besar di Alex ni..Sebab sekarang hampir semua ajk tengah sibuk menguruskan teknikal2 penting untuk hari pertandingan nanti..Tapi takpelah, kerana Allah, kami akan usahakan...

Juga ada masalah dengan padang yg telah ditempah, terpaksa dicancelkan tiga hari sahaja lagi menjelangnya Hari Sukan Perubatan..Allah kaget seketika mendengarkan berita itu..

Berurusan dengan arab sering kali mengecewakan..Dan ketika inilah didatangkan sahabat2 ini, yg ku kasihi kerana Allah..

Mungkin kata2nya tidaklah seromantis mana, ayat yang  biasa, namun begitu berbekas di hati ini..Saat jiwa terasa lemas lantaran banyak beban difikirkan, kata2 itu umpama penawar yang maha menyembuhkan..Masuk bilik, terduduk seketika..


 ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

************

Berbual panjang dengan seorang sahabat yg sedang bertunang, mendengar luahan hatinya..

'Berat rasanya sekarang..Baru tahu susah sungguh nak menjaga hati saat ini..Nak jaga perasaan si dia lagi, yang kadang2 tak terlintas pun camne dia boleh fikir camtu..'

Oh bila dengar satu2, terfikir betul jugak kata2 Dr Fadzilah Khamsah, 'Perempuan ni ciptaan yang unik, kompleks..'

Sahabat oh sahabat, sungguh engkau adalah sahabat terdekat yang ku kagumi agamamu..Maka di sini aku melihat engkau diuji tempias cinta, dan aku juga sedang melihat bagaimana peritnya mujahadah itu..Aku hanya mampu hadir ke rumahmu, mendengar bicara, dan berkongsi sedikit kata2 ikhlas.. Aku tidak mampu menyelami perasaanmu sedalam yang engkau rasakan, kerana hanya Allah berkuasa atas hatimu..

Benar kadang2 aku akui sedikit cemburu denganmu, apabila mujahadahmu ikhlas kerana Allah, maka  betapa banyak ganjaran Allah padamu, betapa dekatnya Dia denganmu lantaran sering masalah cinta kau adukan padaNya..

Juga mendengarkan setiap inci kalammu, membuatkan diri kaget, mampukah utk menghadapi apabila ujian itu datang..Takut sebenarnya, kalau2 amalan yang dilakukan bukan lagi kerana Allah tapi hanya sekadar mengharap amalan itu indah di mata si dia..


Apabila log in facebook, selalu melihat status2 indah di sana sini..Saban hari ada sahaja kata2 baru yg merungkai tentang cinta..Kadang2 terfikir, 'Memang kata2 cinta takkan pernah habis ek sampai kiamat..' Dan suatu hari, aku terbaca satu artikel, menarik!

"Anakku, cinta itu sangat biasa, kerana semua orang akan melalui perasaan cinta,
tetapi tidak semua orang akan menikmati perasaan cinta, 
dan pada ketika cinta mampu dinikmati, barulah ia menjadi istimewa."
-quoted-

Wahai sahabat yg ku kasihi kerana Allah, cinta yg sedang engkau lalui ini langsung tidak istimewa, andai tuntutan Pemilik Cinta kau abaikan..Ia hanyalah satu ilusi dalam fikiranmu, lalu diindahkan lagi oleh sang syaitan kononnya tiada maknalah hidup andai cinta padanya kau sia-siakan..Dan aku bersabar setiap hari, menunggu cerita darimu, mengharap kau tidak tergelincir dari landasan cinta sebenar..Wallahua'lam

الاثنين، 19 مارس 2012

'Tiga Tahun Berlalu'

Di sini ada satu cerita, kisah tentang seorang sahabat..Kisah benar yang berlaku lebih kurang tiga tahun lalu..Ada seorang hamba Allah, baru sahaja menjalani SPM, dan sedang menunggu resultnya..Saat semua kawan2nya riang bercuti, hatinya tidak terlalu gembira..Bilamana kawan2nya ada yang bercuti di luar negara, dia juga melancong namun hatinya tidak tenang..

Ketika sedang bergurau senda dengan rakan2nya, dan ketika teringatkan itu terus dia terdiam..Hatinya langsung gerun memikirkan natijah yang bakal dihadapi lantaran khilafnya yang lalu..

Saban malam dia dihantui gambaran itu..Bahkan dirinya sendiri tak pernah terbayang bagaimana dia ‘sebodoh’ itu dalam menjawab soalan esei Biology.. Ditanyakan kepada kawan2 yg lain, tiada seorang pun yang menjawab sepertinya......


Itulah, penyebab tidurnya terganggu hampir setiap hari..kerana markah soalan itu terlalu banyak, bahkan mungkin paling banyak! Dia takut, harapan keluarganya begitu tinggi, tak sanggup rasanya menghampakan mereka..

Ketika berjemaah di masjid, dia sering disapa orang kampung, lantaran hanya dia yang bersekolah di sekolah elit itu..Bukan setakat itu, hanya dialah remaja yang selalu melaungkan azan di masjid di kampungnya sehingga imam masjid itu sudah menganggapnya seperti cucu sendiri..

Semakin dekat tarikh result SPM diumumkan, semakin berdebar rasa di hati..Kerana dia tahu, bagaimana bakal ‘rupa’ resultnya nanti, kerana dia tahu dia bakal menangis di hari itu..


'Tuhan yang sama yang menyejukkan api di badan Nabi Ibrahim, tuhan yang sama jugalah yang membantu Nabi Isa ketika berdepan dengan Firaun..dan, tuhan yang sama jugalah yang akan membantumu dalam exam ini..Pohonlah padanya sahabatku..'


Malam itu dia menghadirkan diri ke masjid besar mukim..Entah kenapa perasaannya begitu bening kala itu, yang dia tahu hanyalah ingin mengadu pada Allah..Selepas maghrib, dia berniat iktikaf sambil menunggu waktu isya’. Kebetulan malam itu ada ustaz muda sedang mengajar dan membacakan ayat2 Allah..

Sesungguhnya Allah mampu mengubah sesuatu, sebelum sempat mata mengerdip..’


Kata2 sang ustaz terasa mendamaikan jiwa..Sungguh malam itu hatinya tenang..Tidurnya penuh lena..

Pagi2 lagi dia sudah bersiap..Sudah lama tidak bersua dengan guru, dan hari tu dia kembali lagi ke sekolah..

Bertemankan Kak Mawaddah (bukan nama sebenar), dia berangkat ke sekolah..Menunggu penuh debar, bibir tak henti2 melantunkan ungkapan doa..Saat angka gilirannya diumum, dia tampil ke hadapan, langkahnya berat..Lantas dia teringat kertas Biology yang lalu ‘Allah bantu aku ya Allah..’

Sampai di meja urusetia, dihulurkan slip result kpdnya.Dengan basmalah dia melihat perlahan2.. Lalu terkeluar dari lisannya, ‘Kak..7A 3B.........’ 


Kakaknya memandang hiba, dia tahu bukan itu yang dihajatkan si adik..


Allah…..aku dah hampakan ma ayah…Allah….Allah….’ Hatinya merintih sebak...


Di sebelah, air mata Kak Mawaddah tertumpah, dalam hati mengharapkan si adik tabah..

Tiba-tiba..

‘Sesungguhnya Allah mampu mengubah sesuatu, sebelum sempat mata mengerdip..’

Kata2 ustaz muda hinggap di fikirannya..Sekali lagi direnung slip itu.. ‘Eh kenapa nama perempuan???’ Allah nombor terbalik rupanya..

Terus diterkamnya meja urusetia, meminta angka giliran miliknya..

Sekali lagi, dihulurkan..Kali ini dia tidak menunggu panjang, terus matanya beralih kepada setiap angka yang tertulis..

Allahuakbar! Semua A!’ Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah…Hatinya basah dengan zikir memuji Allah..Alhamdulillah, terlalu besar nikmat ini...dan dunia dirasakan bagai di syurga........


*********

Saat ini, diri agak gelisah..Dua minggu menjelang Perubatan Sports Day, makin berat terasa..Setiap hari menerima panggilan dari AJKT muhafazah luar, bertanya itu ini, meminta itu dan ini..Allah bukan tak nak tunaikan, tapi banyak perkara yang kami alami di sini.. Kadang2 pening memikirkan, hati ajk perlu dijaga, dalam masa yang sama peserta2 yang datang dari jauh juga diutamakan..(Menerima panggilan dari Malaysia, di sana juga ada masalah..Tak sabarnya nak balik......)

الاثنين، 12 مارس 2012

Untuk Pemuda Islam

Jam 3.30 pagi, telefon bimbit berdering, lagu Sanakhudu berkumandang memecah sunyi..

Kami bertekad akan terus menentang mereka,
Kami akan bejuang bersama menyerang kubu mereka,
Kami akan mendapatkan kembali hak yang telah dirampas,
Dengan sepenuh kekuatan kami akan tumpaskan mereka..
-terjemahan-

Emergency! 

******

Selesai menghantar pelajar tersebut ke klinik dan balik rumah, berjalan pulang seorang diri..Melepasi Masjid Nurul Islam, pintu masjid sudah terbuka..Tengok jam, 'Lambat lagi nak subuh ni, tidur kat masjid dulu la'

Melangkah ke dalam masjid, terkejut..sudah terang benderang! 'Ramainya orang, rasanya subuh lambat lagi..' Ku lihat satu persatu, hampir setiap tiang masjid sudah ada 'penunggunya'..Rata2 sedang membaca Al-Quran, bersolat dan berzikir..

Tapi ku hampa dalam diam, kerana hampir semua yang ada di situ ialah mereka2 yang sudah berumur..mana syabab Misr???

********



'Allah pedih sungguh..malunya padaMu..'

Dalam kelas fiqh Dr Fathi, setiap bait kata-katanya menhujani kami umpama peluru2 hidup yg maha membunuh..Pedih, hati kami terasa sangat2..

'Kalau dalam perang yang sedang berkecamuk sekalipun Allah masih mengajar kita utk solat berjemaah, adakah kalian fikir perintah ini tidak mempunyai sebarang makna kepada mereka2 yang sedang bersenang-lenang di rumah??'

Masing2 menundukkan kepala, tak sanggup rasanya memandang terus ke dalam mata sang murabbi itu..Allah rasa bersalahnya padaMu..

Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isya dan solat Shubuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, niscaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak.
[HR. Bukhari dan Muslim]


Seolah2 kami ingin berlari dari situ, dah tak sanggup dah nak dengar lama2..Demi Allah, betapa celakanya 'si hipokrit' itu, betapa ruginya..Kenapa, kenapa kita boleh kuat utk solat berjemaah pada waktu2 lain, tapi utk waktu subuh kita hanya tertunduk membisu..

'Benar musim sejuk yang menggigit, namun apalah sangat jika dibandingkan ganjaran yang maha hebat dari Allah..Apalah sangat dibandingkan kesejukan itu dengan martabat solat yang diturunkan terus kpd Saidina Muhammad SAW'

Allah..persoalan demi persoalan yang diutarakan kepada sekalian yang hadir hanya mampu dijawab dengan istighfar di hati masing2..Sungguh, hati kami menjerit ketakutan, meraung sehabis mampu.. Perkataan 'hipokrit' itu benar2 meresap ke dalam jiwa kami..Allah kami bertaubat padaMu..Kala ini, saat ini Allah, terimalah kami kembali..

******


Aku akan berhenti memikirkanmu
dan ku akan benar2 melepaskan ikatan di hatiku..
Aku hanya akan merubah diriku menjadi yang terbaik hanya Karena Allah
Bukan karena menginginkanmu,
kan ku lepaskan belenggu ini
yang membuat hatiku semakin rapuh karna cinta yang penuh dengan tanda tanya..
-quoted-

Sorry Indri, ingatan ini terus terbang padamu sebaik rangkap terakhir kata2 ini ku habiskan..huhu selamat berjuang!


الأربعاء، 7 مارس 2012

'Coretan Seorang Mahasiswa Perubatan'

Hari ni kelas start pukul 2, sampai 4 petang..Allah berat rasa kaki nak melangkah ke universiti, dah la kelas dua jam je, jalan kaki dah berapa minit dah..Nak masuk kelas pagi, tapi mesti ramai dah masuk, nanti terambil hak orang lain pulak..Takpe2, kuatkan hati, ustaz cakap dalam keadaan berat macam ni lah kalau kita berjaya lawan, lagi besar pahalanya..

******


'Allah macam mana boleh terjadi sebegitu rupa...'
'Subhanallah takkan mende sekompleks ni tak pernah berlaku kesilapan sepanjang 60 tahun kita hidup..'


Saban hari, inilah kata2 yang sering bermain dalam hati setiap dari kami dalam dewan kuliah.. Mengkaji tentang tubuh badan manusia, terlalu banyak perkara ajaib..Kadang2 tersenyum sendiri ketika lecture, bersyukur betapa beruntungnya Allah pilih untuk menyembahNya..alhamdulillah..

Selalu juga perasaan takut menjengah..bagaimana utk menghadapi kehidupan sebagai seorang doktor, mampukah menjadi doktor yang berguna utk ummah, kuatkah diri utk merawat jasmani dan rohani pesakit..


Kalau dulu mungkin ada di hati kami terselit niat2 yang tidak diredhai Allah..Kalau dulu mungkin ada antara kami yang didesak oleh keluarga utk memilih bidang ini, sehingga berlaku perselisihan..tapi sekarang setelah tiga tahun berada di dalamnya, fahamlah kami kenapa Allah meletakkan kami di dalam bidang ini..

Kat sini, kami rasa lain..Seolah2 Allah hantar kami ke sini bukan sahaja utk menjadi seorang doktor, tapi sebagai medan latihan sebelum pulang berkhidmat di Malaysia nanti..Lihatlah apa yang berlaku di sekeliling kami ketika ini, dan lihatlah pula apa yang sedang berlaku di Malaysia..bandingkan..

Masalah kerosakan akhlak remaja, mat rempit dan penagih dadah, anak luar nikah yang kian bercambah, seolah2 memanggil kami agar segera pulang..Saban hari kami diperdengarkan kisah2 yg menyayat hati, betapa lemahnya pelapis generasi akan datang..Kami takut, cara hidup Islam yang semakin menjauh dari masyarakat kala ini bakal merebak dan terus merebak..Kerana kami khuatir, kerana kami juga dari situ, anak2 kami juga akan datang dari situ..



Maka saat ini kami mohon doa dari semua, agar Allah kuatkan kami..Walau mungkin kami sering terduduk diasak ujian, mohonlah pd Allah agar hati kami tetap tidak berpaling..Ustaz2 dari al-Azhar selalu berpesan kpd kami, jangan merasa puas dengan ilmu perubatan sahaja, sebaliknya carilah permata2 ilmu sementara masih di Mesir..

Kerana adatnya, mat rempit itu lebih dekat kepada sang doktor berbanding ustaz..Maka gunalah peluang dakwah itu sebaiknya..Hampiri mereka, lunakkan hati mereka dengan akhlak Islam yang sebenar..

Kami berada di tengah2 revolusi, kini seluruh dunia memerhatikan Mesir..Dan sekarang mereka cuba bangkit, bermula dari bawah, bermula dari kosong..Jika tengok kondisi Mesir sekarang, yang menjadi buruan puak2 pelampau ialah wakil2 rakyat yang bertanding..Ditahan kereta ditengah jalan, dipukul dan diugut..Rasa simpati kepada mereka..Tapi jangan kita lupa, pahala yang maha besar menanti perjuangan mereka..kelak di akhirat mereka akan tersenyum kerana mereka telah berjaya..sedangkan kita..?

Tolong kami, jangan larikan hati kami..Kami sedar kami juga manusia, senang terpengaruh..apatah lagi di saat iman hanya senipis helaian tisu..Oleh itu kami perlukan bantuan kalian, jangan sekali2 menarik kami dari hakikat kami yang sekarang..Kami sedang mujahadah, memang pedih rasanya..Kadang2 tak tertahan, namun keranaNya kami akan terus mencuba..Biarlah kami menangis kerana mengadu padaNya, asalkan bukan air mata yang mengalir kerana makhlukNya..

الجمعة، 2 مارس 2012

'Kisah Dari Malaysia'

Aku berjalan seorang diri menyelusuri lorong itu..Di wajah terpancar kegembiraan, ingin berjumpa dengan seseorang yang baru pulang dari Malaysia..Khabarnya ada kisah yang ingin diceritakan..

Sebelum kepulangannya ke Malaysia hari tu, dia mengkhabarkan ada misi yang perlu diselesaikan 'Misi hidup atau mati'.. Ah sahabat yang ku cintai kerana Allah, sebelum ini hatinya pernah kecewa, sebelum ini dia pernah tersalah langkah..

Namun itulah, apabila hidayah membuka hati, dosa2 lalu pantas ditinggalkan..Memandangkan perjalanan hidup yang beralih dari remaja kepada seorang pemuda, membuka minda supaya lebih berhati-hati dalam meniti kehidupan..Sering saja kisah lalu terungkit di fikiran, segera bibir melantunkan kalimah istighfar..

Kecik2 dah pandai romantik kucing neh!

'Andai benar sejarah lalu kita jadikan ukuran, apalah gunanya Allah ajarkan istilah taubat..'

Selesai bersalam, masing2 tersenyum ceria bertanyakan khabar..Bermacam-macam diceritakan, kisah di sini juga di sana..Lalu terkeluarlah kisah yang dinanti-nanti, perkembangan tentang ‘itu’..Ku mengharapkan ia positif, melihatkan senyuman yang tidak putus2 terukir di bibirnya..

‘Ayahnya masih berat utk membenarkan kami…’ Dia melepaskan kata2 itu bersama-sama keluhan yang berat..

********

 

Selesai lecture pertama, aku duduk bersama-sama seorang sahabat di luar dewan kuliah..Mula-mula membincangkan isu bola sepak, kemudian beralih pula kepada ‘isu’ tadi..

Namun kali ini lebih berat..Dia yang baru tiga empat hari pulang ke Mesir dari Malaysia, sambil tertunduk  menjelaskan kepulangannya kali ini tidak begitu menggembirakan..

‘Apabila orang tua sudah berkeras menetapkan jodoh utk anak mereka, maka patutkah bagi seorang anak membantahnya..’

Inilah ibaratnya kata2 ini kepada sahabat yang satu ini..Bukan sahaja tidak dibenarkan berkahwin awal, malah utk berkahwin pun tidak boleh! Sang ibu sudah memilih calon menantunya, iaitu anak kepada kawannya sendiri..Maka orang pertama yang harus terlibat dalam perjanjian itu adalah dia, sahabatku..

Lalu ku bertanya lagi, bagaimana dengan perempuan pilihannya itu, sudahkah dia tahu tentang perkara ini..
‘Dia dah tau..terus menangis…’

********

'psst..jom kahwin nak..mak I tak bagi, tapi  U punya pasal I sanggup
isytiharkan perang pd family sendiri..'

Terdiam..Cuba memahami setiap yang diceritakan..Allah kadang kala dalam hidup ini, kita harus berdepan saat2 sukar yang memeritkan..Diluah mati emak, ditelan mati ayah..maka adakah jalan di tengah2nya..Jalan yang tidak akan mengundang duka kepada semua pihak..Adakah jalan itu..adakah…….?

 ‘Biarlah ku terpaksa melupakan si dia yang ku cintai, asal saja aku tidak pernah meninggikan suara depan orang tuaku..'

Dalam hidup ini, yang dikejar pastilah redha Allah, kerana cita2 tertinggi seorang muslim ialah syurga firdausNya..Namun di sinilah akal yang waras harus berperang, nafsu durjana wajib ditundukkan..Tatkala diri ingin menyahut seruan Saidina Muhammad SAW bagi menyempurnakan separuh lagi agama, datang dugaan dari sebelah yang lain iaitu ibu bapa sendiri..

Mungkin benar, ibu bapalah yang harus memahami dalam hal ini, janganlah terlalu mengikut adat sehingga melupakan syariat..Namun atas alasan itu, masih belum cukup rasanya utk menghalalkan seorang anak menjerkah pada orang tuanya..

Pernah terbaca kata2 seorang wanita ‘Perkara pertama yang sy cari dalam diri bakal suami nanti ialah menghormati orang tuanya..Jika itu pun tidak mampu dijaganya, dan jika hanya kerana sy pun dia sudah sanggup bermasam muka dengan ibu kesayangannya, mustahil rasanya utk sy serahkan diri ini seumur hidup kepadanya..’

Wallahua'lam...