Hari ni kelas start pukul 2, sampai 4 petang..Allah berat rasa kaki nak melangkah ke universiti, dah la kelas dua jam je, jalan kaki dah berapa minit dah..Nak masuk kelas pagi, tapi mesti ramai dah masuk, nanti terambil hak orang lain pulak..Takpe2, kuatkan hati, ustaz cakap dalam keadaan berat macam ni lah kalau kita berjaya lawan, lagi besar pahalanya..
'Allah macam mana boleh terjadi sebegitu rupa...'
******
'Allah macam mana boleh terjadi sebegitu rupa...'
'Subhanallah takkan mende sekompleks ni tak pernah berlaku kesilapan sepanjang 60 tahun kita hidup..'
Saban hari, inilah kata2 yang sering bermain dalam hati setiap dari kami dalam dewan kuliah.. Mengkaji tentang tubuh badan manusia, terlalu banyak perkara ajaib..Kadang2 tersenyum sendiri ketika lecture, bersyukur betapa beruntungnya Allah pilih untuk menyembahNya..alhamdulillah..
Selalu juga perasaan takut menjengah..bagaimana utk menghadapi kehidupan sebagai seorang doktor, mampukah menjadi doktor yang berguna utk ummah, kuatkah diri utk merawat jasmani dan rohani pesakit..
Kalau dulu mungkin ada di hati kami terselit niat2 yang tidak diredhai Allah..Kalau dulu mungkin ada antara kami yang didesak oleh keluarga utk memilih bidang ini, sehingga berlaku perselisihan..tapi sekarang setelah tiga tahun berada di dalamnya, fahamlah kami kenapa Allah meletakkan kami di dalam bidang ini..

Masalah kerosakan akhlak remaja, mat rempit dan penagih dadah, anak luar nikah yang kian bercambah, seolah2 memanggil kami agar segera pulang..Saban hari kami diperdengarkan kisah2 yg menyayat hati, betapa lemahnya pelapis generasi akan datang..Kami takut, cara hidup Islam yang semakin menjauh dari masyarakat kala ini bakal merebak dan terus merebak..Kerana kami khuatir, kerana kami juga dari situ, anak2 kami juga akan datang dari situ..
Maka saat ini kami mohon doa dari semua, agar Allah kuatkan kami..Walau mungkin kami sering terduduk diasak ujian, mohonlah pd Allah agar hati kami tetap tidak berpaling..Ustaz2 dari al-Azhar selalu berpesan kpd kami, jangan merasa puas dengan ilmu perubatan sahaja, sebaliknya carilah permata2 ilmu sementara masih di Mesir..
Kerana adatnya, mat rempit itu lebih dekat kepada sang doktor berbanding ustaz..Maka gunalah peluang dakwah itu sebaiknya..Hampiri mereka, lunakkan hati mereka dengan akhlak Islam yang sebenar..
Kami berada di tengah2 revolusi, kini seluruh dunia memerhatikan Mesir..Dan sekarang mereka cuba bangkit, bermula dari bawah, bermula dari kosong..Jika tengok kondisi Mesir sekarang, yang menjadi buruan puak2 pelampau ialah wakil2 rakyat yang bertanding..Ditahan kereta ditengah jalan, dipukul dan diugut..Rasa simpati kepada mereka..Tapi jangan kita lupa, pahala yang maha besar menanti perjuangan mereka..kelak di akhirat mereka akan tersenyum kerana mereka telah berjaya..sedangkan kita..?
Tolong kami, jangan larikan hati kami..Kami sedar kami juga manusia, senang terpengaruh..apatah lagi di saat iman hanya senipis helaian tisu..Oleh itu kami perlukan bantuan kalian, jangan sekali2 menarik kami dari hakikat kami yang sekarang..Kami sedang mujahadah, memang pedih rasanya..Kadang2 tak tertahan, namun keranaNya kami akan terus mencuba..Biarlah kami menangis kerana mengadu padaNya, asalkan bukan air mata yang mengalir kerana makhlukNya..
Selamat berjuang dan bermujahadah buat kalian mahasiswa perubatan
ردحذفSemoga dapat menjadi Doktor yang sarat di jiwanya dengan Islam, insyaALLAH