الأحد، 28 أكتوبر 2012

Mengharap Indah Pada Pengorbanan

Ketika melintasi padang handasah, terdengar suara yang sangat merdu ; 'Labbaika Ya Aqsa (Kami menyahut seruanmu) ' Kagum mendengarnya, aku cuba mengamati lagi lirik2 yang dinyanyikan. Hebat sekali kan, aku jadi kagum pada semangat juang mereka yang tidak melupakan bumi Palestin walau sedang bergembira.

Itulah Mesir, walau buminya gersang didiami pula oleh masyarakat arab kini yang seolah2 merosakkan gelaran ardhul anbiya itu sendiri, namun dalam beberapa perkara ia sering mengagumkan kami.

Hari kedua aidil adha, beramai-ramai menuju ke Karamellah, kawasan terpencil di Alex untuk upacara penyembelihan dan melapah. Seawal 630 pagi, ikhwah2 macho mula memenuhi kawasan Sesostress sebelum bergerak ke Karamellah dengan menaiki coaster dan motor, huhu konvoi bersejarah.

Sampai di kawasan itu, melihat kawasan sekelilingnya, Allah sayu seketika dengan pemandangan itu. Sememangnya kemunduran masih menguasai kawasan itu, jauh sekali jika dibandingkan dengan pekan, bahkan ku rasa tidak keterlaluan jika dikatakan kawasan itu terlalu kampung, terkebelakang 50 tahun.

kata2 yang membuat hati ini bergetar walau berulang kali membacanya..

Isk hati tiba2 jadi bengang dengan Mubarak, walaupun telah digulingkan namun melihat kesan peninggalannya sebegini rupa membangkitkan amarah dalam diri. Takpe2, tunggu kau kat sana nanti Allah yang maha adil pasti menunjukkan balasan yang terbaik untukmu.

Alhamdulillah, tahun ni Allah izin dapat sembelih kambing dan khoruf jantan, sesuatu yang tak dapat dilakukan tahun lepas. Lepas kharuf niat nak sembelih unta pula, huhu ada hati tubuh kecik macam ni nak sembelih unta kan ; 'Ustaz, ana nak sembelih unta boleh tak?' 'Boleh, pergilah..' Dengan semangat berkobar-kobar, mencari pisau yang ku rasa paling tajam 'Alhamdulillah ada pun..'

Ok tengok demo dulu arab sembelih unta pertama, unta ada 5 kesemuanya. Tengok dari jauh, 'Gulp! Cam tak caya je dia boleh buat macam tu..' Kalian bayangkan ya, unta tengah berdiri elok2, arab tu datang sebelah, tanpa pegang leher unta terus dia bagi, snap! Sekali hayun je terus darah memancut2, dah la pisau kecik dia guna.

'Takpela ustad, ana tak jadi la..hehe bagi arab je la sembelih semua..' Tak sanggup rasanya selepas melihat adegan itu, langsung tak macam melayu buat, banyak kali tarik pisau. Ini sekali je, aduhai nampaknya kena tunggu 10 tahun lagi nak tumbangkan unta.


Melapah daging yang tersangat banyak iaitu bilangan lebih 70 ekor campur kambing, khoruf, lembu dan unta, sungguh ia berhajat kepada stamina yang mantap dan kekuatan dalaman yang jitu. Upacara melapah selesai sebelum asar dan ketika ku melangkah ke masjid berdekatan, sengaja melihat2 suasana sekeliling yang tersangat asing.

Binaan rumah yang lama, tiada teknologi kelihatan, jalan tidak berturap dan segalanya mengusik jiwa halus. Dari jauh terlihat ramai kanak2 bermain kejar2 ; 'Walad..!' Aku menjerit memanggil mereka, berhajat ingin memberikan sesuatu. Aku mengeluarkan semua syiling dan memberi kepada mereka.

Apa yang ku sangka dan harapkan ialah mereka pastinya bergembira dengan syiling2 itu namun yang berlaku ialah sebaliknya, mereka bahkan bersungguh-sungguh menolak. 'Jap kamu dengar ya..sy hisyam dan sy muslim..kamu ahmad dan kamu juga muslim..ana uhibbukum fillah, nah ambillah sedikit ni, kalau tak sy pasti sedih..' Sehabis lembut ku cuba memujuk.


Aduhai mereka masih menolak, kanak2 apakah ini yang begitu pandai berkata2. Aku cukup tersentuh tika itu, dah la sorang-sorang, hati pun jadi sayu. Walau hidup susah namun tarbiyah mengajar mereka untuk tidak menerima pemberian orang sewenangnya. Mereka menyalamiku dan melambai pergi.

'Oh tuhan, andainya ada kalangan anak2 ini yang bakal menggegarkan ummah persis Hassan Al-Banna, izinkan aku memegang tangannya dan berilah aku tahu bahawa itulah bakal penyinar ummah.'


(Semalam berlangsung majlis sambutan aidil adha dan majlis keraian pengantin peringkat Iskandariah. Alhamdulillah dapat melihat pasangan2 bergandingan mesra, tersenyum ikhlas mempamerkan kebahagiaan. Terdengar bisikan2 sahabat sekeliling- Seronoknya kahwin awal, Macam mana ya diorang pujuk mak bapak masing2, Tahun depan aku pulak ada kat depan tu dll... Niat tu bagus, namun jangan hanya melihat bahagia yang sedang mekar, kerana di sebaliknya tanggungjawab berat sedang menanti. Takut2 terlalu mengharap bahagia, sehingga apabila datangnya badai menyinggah kamu lalu terpana dan jatuh mencium bumi..sekadar peringatan bersama ya ^_^, Wallahua'lam)

الأحد، 21 أكتوبر 2012

Ada Juga Melayu Memusuhi Dr Mursi

Selesai solat jumaat di sebuah masjid di Mansoura, aku didatangi seorang pemuda melayu menghulurkan sehelai artikel. Aku tersenyum menerima, syukran! Apabila mata memandang tajuk artikel tersebut, 100 HARI PEMERINTAHAN MURSI DAN IKHWAN MUSLIMIN, LANGSUNG TIADA TANDA PENERAPAN ISLAM!

Aduh tajuknya! Kenapa begitu membakar hati title artikel ni? Aku memanggil pemuda tadi semula, perasaan ingin tahu membuak-buak ;

Dari mana enta dapat artikel ni?’
‘Enta tahu www.mykhilafah.com ?
‘Tak, saya tak pernah dengar..Cuma kalau enta tak kisah, boleh saya tahu siapa yang terbitkan artikel ni?’
‘Hizbut Tahrir…datanglah ceramah dia, kat Ardhul Mustanir malam jumaat nanti..’

Belum sempat ku membalas, datang seorang teman lamaku yang tinggal di Mansoura, dia mendekatiku sambil tersenyum.’Assalamualaikum orang besar Alex, bila sampai sini? Mesti ada meeting kan?’
Pemuda tadi terpinga-pinga melihat temanku datang menyalami, mungkin terkejut dengan sapaan itu. Dia memegang tanganku; ‘Oh enta bukan pelajar tahun satu?’ Sekali lagi, belum sempat aku menjawab, temanku memotong; ‘Kalau kau nak tahu, dia ni orang besar Perubatan di Alex, dah tahun 4 pun..’

Temanku sengaja berkata begitu, dan aku dapat mengagak apa alasan dia melakukannya. Huhu lucu juga melihat reaksi pemuda itu, riak wajahnya saat itu agak menggelikan hati.. ‘Ok ana pergi dulu ya, jumpa lagi..assalamualaikum’ Lantas melangkah laju pergi meninggalkan kami berdua.

Temanku mengenali pemuda itu, dan itulah sebabnya terus mendatangiku apabila melihat pemuda itu menyapaku. Temanku menerangkan itulah ‘golongan khilafah', yang bagiku sendiri tidak berapa setuju dengan cara mereka.


Masakan tidak, mereka ingin terus menuju pada khilafah Islam dan ustaziyatul alam, tanpa terlebih dahulu bermula dari bawah, tanpa melihat maratib amal, dan tanpa memenangi politik. Semua yang orang lain lakukan, kamu cakap salah, ia bid'ah, tiada demokrasi, dan siapa yang menyertai politik yang mengamalkan demokrasi, kamu membid'ahkan mereka.. Aduh kasihan sekali, betapa ramai ulama2 yang telah engkau sesatkan dengan pemikiran sebegitu..

Aku menghormati pemikiran mereka, kerana pastinya mereka mempunyai hujah sendiri atas segala yang dilakukan. Cuma yang aku sedikit sangsi ialah tentang cara pendekatan mereka. Jika mereka yakin dengan pembawakan itu, kenapa harus takut sehingga nampak sangat air muka terus berubah apabila tersalah memberi risalah kepada orang dia rasakan sudah ada fikrah.

Memang aku sudah ada fikrah sendiri, tapi aku tetap berpegang bahawa perbezaan fikrah langsung tidak boleh menjejaskan ukhwah Islamiyah. Maafkan aku sekiranya aku berbeza dengan kamu, tapi ketahuilah bicaraku tidak terbatas hanya kepada orang yang sama jemaah, rumahku sering saja dikunjungi orang2 berlainan fikrah dan aku bisa bermain futsal, bergelak tawa dengan mereka yang berbeza itu.

Aku ingin melihat pemimpin sepertinya memerintah Malaysia..maafkan aku andai berbeza..

Tapi, pemuda tadi agak mencelarukan fikiranku. Setelah ku teliti artikel itu, huh hampir semua ayatnya menghentam Dr Mursi dan Ikhwan Muslimin. Sahabatku, sedarkah kamu bahawa IM diakui oleh yahudi menjadi kumpulan Islam yang paling terancang dan paling digeruni. Lalu, pantaskah engkau menyatakan permusuhan dengan gerakan Islam seperti itu? Atau kamu mampu menghasilkan gerakan yang lebih hebat?

Di tempatku, Alexandria atau nama bahasa arabnya Iskandariah, nama Hizbut Tahrir masih tidak kedengaran. Oh jika beginilah kefahaman orang2 agama, lambat lagilah Islam akan mencapai kemenangan. Cuba ambil masa sejenak, lihat sejarah bagaimana Abdullah Azzam mengumpul kumpulan2 Islam yang berpecah untuk bersatu menentang Russia.

Ya, sebelum itu bilangan mereka ramai, bahkan yang memimpin setiap gerakan adalah ulama2 namun apabila masing2 ada perancangan sendiri, yang menang ialah musuh. Boleh juga kamu kaji seketika, apa factor2 terbesar kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. Mungkin ia isu sensitive, namun kenyataan yang harus diterima antara faktornya ialah sikap sayangkan bangsa yang berlebihan dan umat Islam yang berpecah.

(Kelelahan itu sering mengejar, memaksa diri cuba berlari jauh. Namun andai segala2nya tidak berlaku seperti yang dirancang dan diusahakan, tahulah aku bahawa Allah sedang memberi yang terbaik. Terasa sejuk setiap kali diingatkan dengan ayat-ayat cinta dari Tuhan kita, seolah2 sedang disiram air sejuk yang menyamankan..Cukuplah Allah bagiku, diri tidak memerlukan apa2 lagi, kerana Dia pasti mencukupkan semuanya..wallahua'lam)

الأحد، 14 أكتوبر 2012

Oh Tuhan Sahabatku Diuji

'Hasyim!' Aku memangggil anak arab itu. Dia memandang tajam, amboi tak puas hati nampak, kecik2 dah pandai buat muka berkerut ya. 'Saya Hisham, tak suka panggil nama lain..' Terang si kecil. Aku tersenyum memandangnya lantaran eksperimenku berhasil. Si kecil itu, yang namanya sama dengan namaku, adalah anak kepada bawab yang menjaga bangunan rumah sewa kami.

Aku ingin menguji, melihat bagaimana reaksinya apabila namanya dipanggil dengan nama lain yang hampir serupa. Kelihatannya dia tidak gemar dipanggil begitu. Walau selama ini sering saja aku mengusik, dan sebelum ini dia pasti tersenyum dan ketawa. Namun kini, dia tidak tersenyum pun. Mengapa ya, aku tahu dia menyedari bahawa aku hanya ingin bergurau dengannya, tapi kali ini dia tidak membalas gurauan itu. Adakah gurauanku keterlaluan? 

Aku datang dekat padanya, tersenyum 'Saya hanya bergurau Hisyam, baiklah lepas ni saya tak panggil macam tu lagi ya..' Aku menyeluk saku, ingin memberikan sesuatu sebagai hadiah, oh aku tertinggal barangkali, tiada dalam poket seluar. Maafkan saya Hisyam ya..

Itulah budaya arab, yang ku kira sudah tiga tahun aku mengaguminya. Mereka tidak sewenangnya meringkas dan memanggil nama orang lain sesuka hati. Tidak pernah terdengar Muhammad menjadi Mamat, Imran menjadi Mere, Aisyah menjadi Cah di negeri arab ini melainkan melayulah yang menjadi pelopor kepada budaya ini.

******************


Oh aku sungguh terkesan, melihat majlis Graduation Day bagi senior2 yang akan pulang ke Malaysia. Menghadiri upacara bersejarah itu, aku melihat ramainya parent dari Malaysia yang datang melihat kejayaan anak2, sanggup mereka merentas lautan dan benua ke bumi Mesir. Bagaimana hati ini tidak tersentuh, gema suara mereka tatkala melaungkan Ikrar Pengamal Perubatan sungguh syahdu kedengaran di telingaku, setiap bait2 yang diucapkan ternyata menggetarkan hati ini.

Setiap langkah mereka menuju ke pentas ketika menerima watikah itu seolah-olah melarikan imaginasiku, membayangkan diri sendiri berada di situ. Oh aku jadi teringat kepada orang tuaku di Malaysia, aku harap mereka akan hadir bersama untuk meraikan majlis ku 3 tahun lagi, insyaAllah. Aku tahu kondisi keluargaku bukanlah dari orang berada, melancong ke luar negara itu bukan sesuatu yang biasa bagi kami.

Namun dalam kegembiraan hari ini, ia bercampur baur dengan kesedihan yang luar biasa. Sungguh, dalam dewan tadi aku dapat merasakan pandanganku kabur apabila menerima nama2 sahabatku yang tidak dapat melangkah ke tahun 4 kerana ada paper yang tersangkut. Bagaimana ya perasaan mereka kala ini? Seandainya aku berada di tempat mereka, mampukah aku menjadi setabah itu...


Aku jadi kaget, ku genggam erat novel di tangan kanan, ya Allah kuatkan hati mereka... Aku pandang ke belakang, ku lihat seseorang..namanya termasuk dalam list yang gagal. Dia tertunduk sayu, kemudian meminta diri. Baru tadi kami bergurau senda, kini aku pasti kesedihan sedang meraja di hatinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Suasana dewan yang meriah tidak meraikan hatiku daripada terus terkenang detik2 ketika kami berusaha keras selama tiga tahun sebelum ini. Ah, kenangan itu selalu menyakitkan. Aku teringat kawan baik itu, ketika kami berlari2 anak meredah hujan menuju ke dewan kuliyah. Gelak ketawa kami terletus apabila sampai sahaja di dewan kuliyah, seluar masing-masing sudah menjadi coklat terkena lumpur2 jalanan. Dah la masih pagi, aduhai malangnya nasib hari itu...Allah, mungkinkah kami mampu untuk berlari bersama lagi selepas ini....

Kalau sebelum ini aku sering bertukar fikiran dengannya, tentang berbagai-bagai masalah kehidupan. Ya, seolah2 jiwa kami serasi, rahsia masing2 terkunci rapat di hati. Apabila kesempitan, aku sering menghantar mesej padanya, meluahkan perasaan yang terbuku. Lalu sebagai sahabat yang memahami, dia tidak pernah memberatkan ku dengan persoalan2 melainkan akan dikuatkan aku dengan kata2 agama, agar mengharap hanya kepada Allah.


Oh Allah, adakah selepas ini aku masih mampu berjalan beriringan dengannya sambil menceritakan perihal kehidupan..kerana aku tahu, tempat belajar kita selepas ini tidak akan sama lagi. Dia seorang sahabat, yang banyak mengajarku bagaimana mengasihi seseorang kerana Allah, juga bagaimana untuk membawa seseorang kepada cinta Allah.

Di saat orang lain menghantar mesej mengejutkan pasangan kekasih masing2 untuk bangun mengerjakan tahajjud, dia pula mengejutkan ku untuk sama2 menyembah Allah di pertiga malam. Di saat aku ketandusan tenaga kerana lelah menguruskan program, dia mengirim pesanan bahawa aku tidak keseorangan, khabarkan apa sahaja insyaAllah dia pasti membantu.

Oh tuhan bagaimana aku bisa melupakan sahabat sebaik itu..Dia rajin belajar, dan suka main soal jawab tentang pelajaran. Cuma mungkin kelemahannya dia senang tergoda dengan suasana sekeliling, senang meninggalkan buku apabila datang sesuatu memanggil, itu pengakuannya padaku.

Ya Allah, aku tidak mungkin menggantikan tempatnya kala ini, namun aku mohon padamu tuhan tenangkanlah hatinya, jadikanlah dia laki2 yang redha dengan ujian berat ini.

(Hari pertama menjejakkan kaki ke clinical year, masuk hospital jumpa pesakit arab, haih benar2 menguji izzah diri sebagai seorang bakal doktor. Takpe aku ada Allah, tak mungkin aku berpaling lagi, langkah kaki pasti dihayunkan. Kata2 yang datang dari hati, ke hati jua ia menyinggah. Terima kasih teman yang banyak menghiburkan hati ini dengan susunan aksara yang indah, kerana sejujurnya aku gemar menikmati dan merenung kata2 yang datang dari hati..bukankah ia memantulkan kata hati itu sendiri.. Wallahua'lam)

الاثنين، 8 أكتوبر 2012

Usah Jadikan Sejarah Lalu Sebagai Ukuran

Alhamdulillah kini Ahlan 2012 telah selesai, satu program sambutan mahasiswa baru di seluruh Mesir. Baru kini diberi kesempatan untuk menulis, oh sungguh hati sudah terlalu rindu untuk menulis. Sejujurnya aku bahagia dengan perasaan ini, apabila dapat berbual mesra dengan adik-adik tahun satu, menjawab persoalan mereka yang kadang kala kedengarannya lucu, seolah-olah segala kelelahan telah terbayar tunai.

Barangkali kerana aku juga pernah berada di tempat mereka, melalui saat-saat awal menjejakkan kaki di bumi kinanah, seterusnya membina kenangan sendiri yang bakal menjadi igauan indah bagi menghadapi sisa pengajian selama 6 tahun.

Namun di sebalik semua itu, ternyata hatiku sedikit terkilan dengan perbuatan diri sendiri, aku merasa bersalah kepada Allah. Baru sahaja diuji dengan sedikit kesibukan, aku lalu meninggalkan Al-Quran seorang diri. 3 hari meniti kehidupan tanpa membaca Al-Quran, perasaan berat sentiasa mengiringi ke mana jua kaki melangkah walau bibir sentiasa mengukir senyuman.

Aku membawa Al-Quran dalam beg, konon2nya ingin membaca ketika ada masa terluang di tempat program, namun sekali lagi, aku tewas kepada bisikan syaitan. Apabila memegang Al-Quran, tiba-tiba datang perasaan, eh orang tengah ramai ni, kan riyak pulak kalau baca sekarang. Walhal aku tahu meninggalkan ibadah kerana takutkan riyak, itulah riyak sebenarnya. Ya tuhan, aku sedar perkara itu dan aku masih mengikut bisikan itu, aduhai lemah sekali iman di dada ini.


Dua hari lepas, aku ditegur oleh seorang pemuda arab, pemuda soleh yang berjubah. Ketenangan wajah itu, kekusyukannya dalam solat ternyata menyedarkan aku akan hakikat diri seorang hamba. Tahukah kalian, aku melihat air matanya mengalir laju tatkala sedang melakukan solat sunat. Oh pemuda, terketuk hati ini seketika menyaksikan aksi manismu dengan tuhan kita. Kalau sudi, tolong khabarkan pada kami bagaimana untuk memiliki hati sebersih itu.

Kelihatannya, engkau masih muda, berjanggut kemas seperti seorang ulama. Memakai kopiah putih dan merah, menunjukkan ketinggian ilmu yang engkau miliki. (Di Mesir, orang biasa tidak memakai kopiah begitu melainkan syeikh2 besar, kalau berani cubalah pakai, tengoklah nanti kalau di tengah jalan orang sekat kita dan tanya hukum itu hukum ini - sumber Ustaz Akli)

Sedangkan kita, solat fardhu entah khusyuk entah tidak. Senang sekali fikiran terbang melayan ke luar walau jasad sedang bersolat di dalam masjid! Langsung tidak terasa kemanisan dalam bersolat, tahu2 sahaja imam sudah rukuk, oh aku sedang solat rupanya. Macam mana ya pemuda sebegini diharap untuk membela ummah, terasa kan...


Teringat malam kelmarin tika sedang berjalan bersendirian, terserempak dengan dua pasangan muda berjalan beriringan, lelaki dan perempuan. Mungkin mereka mengenaliku sebagai seorang senior yang kebetulan ada sedikit jawatan dalam persatuan, mereka kelihatannya tersipu-sipu dan cuba berenggang dengan pasangan masing2, tahu malu ya.

Katanya mereka sedang menjadi musyrif, ok memang waktu sudah lewat untuk perempuan keluar berseorangan, tetapi alasan itu langsung tidak boleh menutup keaiban yang kamu sedang lakukan. Aku hanya tersenyum diam, berdoa dalam hati semoga mereka sedar akan kesalahan itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai perasaan malu, fikirku.


Dahulu ketika di MRSM, mungkin suasana persekitaran yang berbeza, sering saja maksiat itu dianggap ringan. Tapi alhamdulillah, kini banyak sekali yang turut berubah seiring dengan pertambahan umur. Bertambahnya kawan2 yang soleh, walau diri sendiri tidak soleh, perlahan-lahan akhlak kita akan turut dipengaruhi.

Kadang-kadang kita sendiri tidak perasan semua itu, namun apabila bertafakur sendiri, duduk diam2 dalam bilik, cuba ingat balik akhlak kita dulu2. MasyaAllah indah sekali kan perancangan Allah. Rasa macam nak sujud lama-lama, tak puas mengucap hamdalah padaNya.

'Andai sejarah lalu kita jadikan ukuran. apalah gunanya Allah ajarkan istilah taubat..'

Allah tak pernah tinggalkan kita begitu sahaja, bahkan mungkin diri kita sendiri tak pernah berdoa untuk berubah menjadi baik. Tapi hari demi hari, tahun berganti tahun, nah inilah kita yang baru, cukup berbeza dengan akhlak beberapa tahun yang lepas. Dan sebagai hamba yang bersyukur, hati kena jaga, jangan riyak dengan segala kebaikan diri.


Selalulah basahkan bibir dengan istighfar, kerana ia lebih menjaga hati. Sebab itulah setiap selesai solat kita cakap astaghfirullah, antara sebabnya untuk membersihkan hati yang mungkin diganggu syaitan selepas berbuat kebaikan.

Sahabat2, aku tidak baik, dan selalu sahaja keburukanku Allah sembunyikan. Mungkin aku bijak mengatur kata2 bagi menutup kelemahan diri walhal hakikatnya hanya Allah yang tahu aku seorang pemuda yang sangat tidak baik. Tolong ya, sama2 doakan untuk semua orang agar hati dapat menjadi sebersih hati baginda Rasullullah SAW.

(Adakah bertegas itu akan sentiasa betul? Atau, ada waktunya kita harus berlembut demi memberi keadaan untuk menjelaskan segalanya. Bagaimana ya saat itu, andai ketegasan itu menghasilkan keperitan di akhirnya, pasti penyesalan menguasai diri. Takpe, hati kena yakin, pilihan yang memenangkan Allah tidak akan pernah salah..
Wallahua'lam)

الثلاثاء، 2 أكتوبر 2012

Perjalananku Di Bumi Allah

Ketika menulis ni, aku keseorangan di Doha, transit selama 8 jam. Oh aku bosan, mengantuk, tapi mata tidak mampu dilelapkan. Lapar pun ada, nak beli makanan, rasa sayang pulak dolar ni. Ada sahabat lelaki yg sama flight, Afiq Fahimy tapi sekarang dah tak boleh kacau dia dah, sudah ada 'teman istimewa' pula. Nak duduk dekat pun tak berani, huhu tak nak kacau orang tengah seronok menikmati kemanisan bulan madu.

Tadi, baru selesai membaca karya Ustazah Fatimah Syarha dalam flight, boleh tahan mengetuk jiwa tulisannya. Biasalah, kisah percintaan remaja sentiasa menjadi topik hangat yang dibangkitkan, mendidik hati2 insan agar kembali kepada cinta Yang Esa. Namun, ada juga ya yang tidak bersetuju dengan pendekatan cinta seperti ini, kata mereka ia terlalu syadid.

Masakan tiada cinta sebelum kahwin? Entahlah, aku tidak akan menjawabnya, kerana aku bukanlah orang yang tepat untuk soalan itu. Bukan apa, pernah sahabatku sendiri yang membangkitkan isu itu, dia salah seorang yang tidak bersetuju dengan cara Ustazah Fatimah Syarha, tapi bagiku alasannya tidak kukuh.

Mungkin kerana dia sendiri sudah berpunya, dan sering juga contact secara langsung, maka dia memilih pendapat lain, konon2nya menghalalkan segala muamalat mereka. Biarlah, kerana aku tahu engkau juga terasa dan hatimu mengakui caramu itu salah, semoga engkau diberi kekuatan oleh Allah untuk meluruskan semua yang meragukan jiwamu.


Indah sekali kan saat itu, apabila hatimu nekad untuk meninggalkan semua perkara lagha bersama si dia, ya tinggalkan semuanya hanya kerana Allah. Duhai sahabat, saat itu aku akan datang menyalami mu, betapa hebat penangan cintamu pada Tuhan kita sehingga sanggup melepaskan kenikmatan cinta palsu.

Oh kini otakku sudah berpusing, mungkin kerana kurang tidur dan kebosanan yang terasa makin melebar. Aku lihat kiri kanan, semuanya orang asing dan dalam group masing2, susahlah aku nak tegur dan berborak. Kesepian terus menggigit.

Ku lihat di hujung sana, dua pemuda kulit hitam sedang bersantai, kedua2nya memakai short. 'Bukan Islam barangkali..' Hati ingin bersangka baik. Kejap, sejujurnya aku sering bingung, betulkah caraku? Bolehkah aku menganggap seseorang itu bukan Islam sesuka hatiku, seolah2 membela perbuatanku yang ingin bersangka baik.


Tapi, menuduh orang itu tidak beriman dengan Allah, bukankah juga satu jenayah, satu dosa? Aku tinggalkan persoalan ini, akan ku rujuk dengan ahli agama apabila berada di bumi Iskandariah nanti. Lagi, aku lihat beberapa pemudi pemudi kulit putih sedang bergurau senda, oh pakaian mereka, pergaulan mereka, masyaAllah tidak menyenangkan hati yang melihat.

Bagaimana ya suami itu, tidak cemburukah sang isteri berborak mesra dengan lelaki lain, siap bertepuk tampar lagi. Atau, pemikiran seperti ini kolot, cemburu sudah tidak relevan untuk zaman ini? Tapi, bukankah isteri itu amanah suami, atau bahasa lainnya, hak suami. Isk tak sanggup rasanya berkongsikan hak yang satu ini dengan orang lain.

Saat ini, di sini, bagaimana ya harus ku nyatakan, aku tidak bisa mengenali yang mana Islam, yang mana non moslem. Orang2 muda diamuk jahiliyah, lantaran serangan barat yang mengelirukan. InsyaAllah tiga tahun itu tidak lama, kami akan datang satu hati nanti bersama muslim doktor dan ulama2 untuk meruntuhkan jahiliyah itu, dan kini doktor2 itu sedang dibentuk, doakan mereka ya.


Hari ini, rasanya aku tidak mahu tidur, bila sampai di Alex mesti penat. Kemudian tahan sikit, jumpa kawan2 dulu, ha nanti malamnya mesti aku dapat tidur puas2. Bukan apa, sekadar ingin membetulkan 'body clock' yang sudah terbiasa dengan waktu Malaysia, nanti tak usahlah asyik tidur siang, huhu sifir yang ku reka sendiri, entah betul entah tidak.

Penerbangan bermula, aku tinggalkan pula bumi Doha, sekali lagi dalam flight aku duduk keseorangan. Tiba di rumah, tak sampai berapa jam sudah menerima panggilan, mendapat tugasan baru. Ah kasihan juga hatiku melihat mereka yang berpenat lelah di sini, menguruskan pelajar2 baru, sedang aku baru sahaja menampilkan diri menghulur bantuan.

Malamnya, aku keluar 'dating' dengan seorang sahabat pimpinan, Akram. Dia menceritakan padaku semua yang berlaku sepanjang ketiadaanku di Mesir, tentang kekalutan dan masalah berat lantaran ketiadaan tenaga yang cukup. Aku cuba memahami setiap inci percakapannya ketika menceritakan kisah seorang sahabat yang ternyata cukup terbeban kala ini.


Masakan tidak, dia masih lagi seorang mahasiswa, sepertiku, namun kerjanya mungkin mengalahkan seorang pekerja syarikat. Pelajar-pelajar baru yang datang, yang namanya tiada pada pihak pengurusan universiti, maka dia mengambil tanggung jawab itu untuk membantu, seramai 8 orang kalau aku tidak salah, oh tidak kini ia meningkat seramai dua puluh lebih. Ibu bapa kepada pelajar2 terbabit pula selalu menghubunginya bagi menanyakan tentang anak mereka.

Aku tahu berurusan dengan arab sering kali mengecewakan, maka kami akan turut membantu, kami janji padanya. Tiada wang diterima walau satu sen seperti yang diterima ajen2, semoga hatinya tidak merungut dengan kelelahan itu yang pastinya akan mengurangkan pahala di sisi Allah.

Aku terfikir sendiri, bagaimana ya agaknya jika tiada persatuan pelajar yang membantu menguruskan pelajar2 begini, mereka datang dengan flight terkontang kanting bersama teman2 senasib sedang nama mereka tiada dalam list yang akan memulakan sesi pembelajaran beberapa hari sahaja lagi. Senior2 mungkin dapat membantu soal penginapan, namun ku kira tidak semua sanggup ulang alik ke universiti setiap hari bagi menguruskan soal fail dan nama. Kerana ia perkara yang sukar, amat..

(Ingin menutup tulisan ini, ketika ini aku dalam perjalanan ke Kaherah bagi mengambil pelajar2 MARA. Oh hati sudah merindui Malaysia, dan sering pula ia melencong ke arah lain. Itulah penangannya berada di bumi Mesir, memandang padang pasir yang gersang di luar bas sana sangat mengasyikkan hati dengan keindahan alam ciptaan Yang Esa, seterusnya mengingatkan pula kepada keindahan makhlukNya yang lain..Wallahua'lam)