الأحد، 14 أكتوبر 2012

Oh Tuhan Sahabatku Diuji

'Hasyim!' Aku memangggil anak arab itu. Dia memandang tajam, amboi tak puas hati nampak, kecik2 dah pandai buat muka berkerut ya. 'Saya Hisham, tak suka panggil nama lain..' Terang si kecil. Aku tersenyum memandangnya lantaran eksperimenku berhasil. Si kecil itu, yang namanya sama dengan namaku, adalah anak kepada bawab yang menjaga bangunan rumah sewa kami.

Aku ingin menguji, melihat bagaimana reaksinya apabila namanya dipanggil dengan nama lain yang hampir serupa. Kelihatannya dia tidak gemar dipanggil begitu. Walau selama ini sering saja aku mengusik, dan sebelum ini dia pasti tersenyum dan ketawa. Namun kini, dia tidak tersenyum pun. Mengapa ya, aku tahu dia menyedari bahawa aku hanya ingin bergurau dengannya, tapi kali ini dia tidak membalas gurauan itu. Adakah gurauanku keterlaluan? 

Aku datang dekat padanya, tersenyum 'Saya hanya bergurau Hisyam, baiklah lepas ni saya tak panggil macam tu lagi ya..' Aku menyeluk saku, ingin memberikan sesuatu sebagai hadiah, oh aku tertinggal barangkali, tiada dalam poket seluar. Maafkan saya Hisyam ya..

Itulah budaya arab, yang ku kira sudah tiga tahun aku mengaguminya. Mereka tidak sewenangnya meringkas dan memanggil nama orang lain sesuka hati. Tidak pernah terdengar Muhammad menjadi Mamat, Imran menjadi Mere, Aisyah menjadi Cah di negeri arab ini melainkan melayulah yang menjadi pelopor kepada budaya ini.

******************


Oh aku sungguh terkesan, melihat majlis Graduation Day bagi senior2 yang akan pulang ke Malaysia. Menghadiri upacara bersejarah itu, aku melihat ramainya parent dari Malaysia yang datang melihat kejayaan anak2, sanggup mereka merentas lautan dan benua ke bumi Mesir. Bagaimana hati ini tidak tersentuh, gema suara mereka tatkala melaungkan Ikrar Pengamal Perubatan sungguh syahdu kedengaran di telingaku, setiap bait2 yang diucapkan ternyata menggetarkan hati ini.

Setiap langkah mereka menuju ke pentas ketika menerima watikah itu seolah-olah melarikan imaginasiku, membayangkan diri sendiri berada di situ. Oh aku jadi teringat kepada orang tuaku di Malaysia, aku harap mereka akan hadir bersama untuk meraikan majlis ku 3 tahun lagi, insyaAllah. Aku tahu kondisi keluargaku bukanlah dari orang berada, melancong ke luar negara itu bukan sesuatu yang biasa bagi kami.

Namun dalam kegembiraan hari ini, ia bercampur baur dengan kesedihan yang luar biasa. Sungguh, dalam dewan tadi aku dapat merasakan pandanganku kabur apabila menerima nama2 sahabatku yang tidak dapat melangkah ke tahun 4 kerana ada paper yang tersangkut. Bagaimana ya perasaan mereka kala ini? Seandainya aku berada di tempat mereka, mampukah aku menjadi setabah itu...


Aku jadi kaget, ku genggam erat novel di tangan kanan, ya Allah kuatkan hati mereka... Aku pandang ke belakang, ku lihat seseorang..namanya termasuk dalam list yang gagal. Dia tertunduk sayu, kemudian meminta diri. Baru tadi kami bergurau senda, kini aku pasti kesedihan sedang meraja di hatinya.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Suasana dewan yang meriah tidak meraikan hatiku daripada terus terkenang detik2 ketika kami berusaha keras selama tiga tahun sebelum ini. Ah, kenangan itu selalu menyakitkan. Aku teringat kawan baik itu, ketika kami berlari2 anak meredah hujan menuju ke dewan kuliyah. Gelak ketawa kami terletus apabila sampai sahaja di dewan kuliyah, seluar masing-masing sudah menjadi coklat terkena lumpur2 jalanan. Dah la masih pagi, aduhai malangnya nasib hari itu...Allah, mungkinkah kami mampu untuk berlari bersama lagi selepas ini....

Kalau sebelum ini aku sering bertukar fikiran dengannya, tentang berbagai-bagai masalah kehidupan. Ya, seolah2 jiwa kami serasi, rahsia masing2 terkunci rapat di hati. Apabila kesempitan, aku sering menghantar mesej padanya, meluahkan perasaan yang terbuku. Lalu sebagai sahabat yang memahami, dia tidak pernah memberatkan ku dengan persoalan2 melainkan akan dikuatkan aku dengan kata2 agama, agar mengharap hanya kepada Allah.


Oh Allah, adakah selepas ini aku masih mampu berjalan beriringan dengannya sambil menceritakan perihal kehidupan..kerana aku tahu, tempat belajar kita selepas ini tidak akan sama lagi. Dia seorang sahabat, yang banyak mengajarku bagaimana mengasihi seseorang kerana Allah, juga bagaimana untuk membawa seseorang kepada cinta Allah.

Di saat orang lain menghantar mesej mengejutkan pasangan kekasih masing2 untuk bangun mengerjakan tahajjud, dia pula mengejutkan ku untuk sama2 menyembah Allah di pertiga malam. Di saat aku ketandusan tenaga kerana lelah menguruskan program, dia mengirim pesanan bahawa aku tidak keseorangan, khabarkan apa sahaja insyaAllah dia pasti membantu.

Oh tuhan bagaimana aku bisa melupakan sahabat sebaik itu..Dia rajin belajar, dan suka main soal jawab tentang pelajaran. Cuma mungkin kelemahannya dia senang tergoda dengan suasana sekeliling, senang meninggalkan buku apabila datang sesuatu memanggil, itu pengakuannya padaku.

Ya Allah, aku tidak mungkin menggantikan tempatnya kala ini, namun aku mohon padamu tuhan tenangkanlah hatinya, jadikanlah dia laki2 yang redha dengan ujian berat ini.

(Hari pertama menjejakkan kaki ke clinical year, masuk hospital jumpa pesakit arab, haih benar2 menguji izzah diri sebagai seorang bakal doktor. Takpe aku ada Allah, tak mungkin aku berpaling lagi, langkah kaki pasti dihayunkan. Kata2 yang datang dari hati, ke hati jua ia menyinggah. Terima kasih teman yang banyak menghiburkan hati ini dengan susunan aksara yang indah, kerana sejujurnya aku gemar menikmati dan merenung kata2 yang datang dari hati..bukankah ia memantulkan kata hati itu sendiri.. Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق