Selesai solat jumaat di sebuah masjid di Mansoura, aku didatangi seorang
pemuda melayu menghulurkan sehelai artikel. Aku tersenyum menerima, syukran!
Apabila mata memandang tajuk artikel tersebut, 100 HARI PEMERINTAHAN MURSI DAN
IKHWAN MUSLIMIN, LANGSUNG TIADA TANDA PENERAPAN ISLAM!
Di tempatku, Alexandria atau nama bahasa arabnya Iskandariah, nama Hizbut Tahrir masih tidak kedengaran. Oh jika beginilah kefahaman orang2 agama, lambat lagilah Islam akan mencapai kemenangan. Cuba ambil masa sejenak, lihat sejarah bagaimana Abdullah Azzam mengumpul kumpulan2 Islam yang berpecah untuk bersatu menentang Russia.
(Kelelahan itu sering mengejar, memaksa diri cuba berlari jauh. Namun andai segala2nya tidak berlaku seperti yang dirancang dan diusahakan, tahulah aku bahawa Allah sedang memberi yang terbaik. Terasa sejuk setiap kali diingatkan dengan ayat-ayat cinta dari Tuhan kita, seolah2 sedang disiram air sejuk yang menyamankan..Cukuplah Allah bagiku, diri tidak memerlukan apa2 lagi, kerana Dia pasti mencukupkan semuanya..wallahua'lam)
Aduh tajuknya! Kenapa begitu membakar hati title artikel ni? Aku memanggil pemuda tadi semula, perasaan ingin tahu membuak-buak ;
‘Dari mana enta dapat
artikel ni?’
‘Enta tahu
www.mykhilafah.com ?
‘Tak, saya tak pernah
dengar..Cuma kalau enta tak kisah, boleh saya tahu siapa yang terbitkan artikel
ni?’
‘Hizbut
Tahrir…datanglah ceramah dia, kat Ardhul Mustanir malam jumaat nanti..’
Belum sempat ku membalas, datang seorang teman lamaku yang
tinggal di Mansoura, dia mendekatiku sambil tersenyum.’Assalamualaikum orang besar Alex, bila sampai sini? Mesti ada meeting
kan?’
Pemuda tadi terpinga-pinga melihat temanku datang menyalami, mungkin terkejut dengan sapaan itu. Dia memegang tanganku; ‘Oh enta bukan pelajar tahun satu?’
Sekali lagi, belum sempat aku menjawab, temanku memotong; ‘Kalau kau nak tahu, dia ni orang besar Perubatan di Alex, dah tahun 4
pun..’
Temanku sengaja berkata begitu, dan aku dapat mengagak apa alasan dia melakukannya. Huhu lucu juga melihat reaksi pemuda itu, riak
wajahnya saat itu agak menggelikan hati.. ‘Ok ana pergi dulu ya, jumpa
lagi..assalamualaikum’ Lantas melangkah laju pergi meninggalkan kami berdua.
Temanku mengenali pemuda itu, dan itulah sebabnya terus mendatangiku apabila melihat pemuda itu menyapaku. Temanku menerangkan itulah ‘golongan khilafah', yang bagiku sendiri tidak berapa setuju dengan cara mereka.

Masakan tidak, mereka ingin terus menuju pada khilafah Islam
dan ustaziyatul alam, tanpa terlebih dahulu bermula dari bawah, tanpa melihat
maratib amal, dan tanpa memenangi politik. Semua yang orang lain lakukan, kamu cakap salah, ia bid'ah, tiada demokrasi, dan siapa yang menyertai politik yang mengamalkan demokrasi, kamu membid'ahkan mereka.. Aduh kasihan sekali, betapa ramai ulama2 yang telah engkau sesatkan dengan pemikiran sebegitu..
Aku menghormati pemikiran mereka, kerana pastinya mereka
mempunyai hujah sendiri atas segala yang dilakukan. Cuma yang aku sedikit
sangsi ialah tentang cara pendekatan mereka. Jika mereka yakin dengan
pembawakan itu, kenapa harus takut sehingga nampak sangat air muka terus
berubah apabila tersalah memberi risalah kepada orang dia rasakan sudah ada
fikrah.
Memang aku sudah ada fikrah sendiri, tapi aku tetap
berpegang bahawa perbezaan fikrah langsung tidak boleh menjejaskan ukhwah
Islamiyah. Maafkan aku sekiranya aku berbeza dengan kamu, tapi ketahuilah bicaraku tidak terbatas hanya kepada
orang yang sama jemaah, rumahku sering saja dikunjungi orang2 berlainan fikrah dan aku bisa bermain futsal, bergelak tawa dengan
mereka yang berbeza itu.
Tapi, pemuda tadi agak mencelarukan fikiranku. Setelah ku
teliti artikel itu, huh hampir semua ayatnya menghentam Dr Mursi dan Ikhwan
Muslimin. Sahabatku, sedarkah kamu bahawa IM diakui oleh yahudi menjadi
kumpulan Islam yang paling terancang dan paling digeruni. Lalu,
pantaskah engkau menyatakan permusuhan dengan gerakan Islam seperti itu? Atau
kamu mampu menghasilkan gerakan yang lebih hebat?
Di tempatku, Alexandria atau nama bahasa arabnya Iskandariah, nama Hizbut Tahrir masih tidak kedengaran. Oh jika beginilah kefahaman orang2 agama, lambat lagilah Islam akan mencapai kemenangan. Cuba ambil masa sejenak, lihat sejarah bagaimana Abdullah Azzam mengumpul kumpulan2 Islam yang berpecah untuk bersatu menentang Russia.
Ya, sebelum itu bilangan mereka ramai, bahkan yang memimpin
setiap gerakan adalah ulama2 namun apabila masing2 ada perancangan sendiri,
yang menang ialah musuh. Boleh juga kamu kaji seketika, apa factor2 terbesar
kejatuhan empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1924. Mungkin ia isu sensitive,
namun kenyataan yang harus diterima antara faktornya ialah sikap sayangkan
bangsa yang berlebihan dan umat Islam yang berpecah.
(Kelelahan itu sering mengejar, memaksa diri cuba berlari jauh. Namun andai segala2nya tidak berlaku seperti yang dirancang dan diusahakan, tahulah aku bahawa Allah sedang memberi yang terbaik. Terasa sejuk setiap kali diingatkan dengan ayat-ayat cinta dari Tuhan kita, seolah2 sedang disiram air sejuk yang menyamankan..Cukuplah Allah bagiku, diri tidak memerlukan apa2 lagi, kerana Dia pasti mencukupkan semuanya..wallahua'lam)
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق