الجمعة، 30 ديسمبر 2011

'Demi Allah, Kami Menyaksikan Pengislamannya'

Ketika itu selepas solat isyak, aku berjalan seorang diri ke Conveying Islamic Massage Society(CIMS), Camp Shezar..Sampai di situ, rupanya masih awal lagi, masih tiada orang..Aku terpandang ke satu sudut dalam bilik di situ, terlihat Dr Fathi sedang berbicara dengan beberapa lelaki dan seorang perempuan yang tidak bertudung..Aku menjadi hairan seketika, seingat aku tidak pernah aku melihat perempuan yang tidak bertudung di tempat dakwah itu..

'Ah biarlah, mungkin ada urusan penting yang sedang dibincangkan..' Aku mengambil tempat di kerusi yang disediakan, menunggu kelas bermula..Kemudian Dr Fathi dan tetamu2nya keluar dari bilik itu, duduk di meja dan kerusi, betul2 di hadapanku..Aku mendengar perbicaraan mereka..

Aku bertambah hairan apabila mereka berbicara dalam bahasa inggeris, kerana pada pengamatanku, mereka berbangsa arab..'Pelik, kerana harus cakap dlm english, takkan nak suruh aku dengar kot..'


Dr Fathi..ketenangan wajahnya mentemteramkan hati sesiapa yang melihat..
Sudah beratus-ratus non-moslem yang beliau Islamkan..

Kelihatannya seperti Dr Fathi sedang memberi tazkirah, mereka yang ada di situ tunduk khusyuk mendengar tanpa menyampuk sepatahpun..

Hampir keseluruhan kalam Dr Fathi, menyentuh tentang kehidupan Muslim, syurga, neraka dan kehidupan selepas mati..Terlintas di hatiku, mungkinkah Dr Fathi sedang menerangkan Islam kepada perempuan dan lelaki2 ini, mungkinkah mereka adalah non-moslem? Isk tak bagus aku fikir camtu, camne kalau dia muslim, berdosa free aku..

Lima belas minit berlalu, semakin ramai pelajar2 melayu yang memenuhi pusat Islam itu..dan kesemuanya diam ikut mendengar setiap kalam Dr Fathi..

Di akhirnya, perempuan itu bersetuju menerima Islam..Allahuakbar! Bermulalah detik2 manis dan mendebarkan..Sungguh, tak terbayang perasaan ketika itu..Rata2 pelajar melayu yang ada di situ mengalirkan air mata, demi menyaksikan detik bersejarah itu..

'Now, your book is free from sins, like a baby when he just born in the world' Kalam Dr Fathi yang membuatkan air mata kami tak tertahan lagi..Ya Allah besar sungguh kerajaanMu..'Do you know why they are crying while seeing your syahadah? They praised to Allah, as today, they see a woman is freeing from hellfire, and together we'll go to paradise inshaAllah'


Syeikh Ibrahim..ulama tafsir yang penuh ilmu di dada..Setiap persoalan insyaAllah
akan dijawabnya beserta dalil..

Subhanallah, besar sungguh jasa Dr Fathi, seorang pakar kidney yang begitu tinggi ilmu agamanya..Bila renungkan balik, apa sebenarnya sumbangan kita utk Islam..Kita merasakan sudah penat bekerja utk Islam, namun hakikatnya takde effect sangatpun..Rasa betul2 terpukul dengan akhlak Dr Fathi, banyak sumbangannya utk masyarakat dan Islam..Dah la ada klinik sendiri, namun masanya utk Islam tidak pernah diketepikan..

Hari itu beliau ke Libya semasa perang saudara tengah memuncak, menghulur bantuan perubatan..Sedangkan kita, hanya berpeluk tubuh dari jauh..Kita berkata sayangkan Islam, sedangkan tanpa sedar kita sendiri yang merosakkan imej Islam..Pakaian kita, akhlak dan pandangan mata kita ke mana, adakah mengikut aturan Islam..Islam tidak memerlukan kita, tapi kitalah yang perlukan Islam..Jika kita tinggalkan Islam, Allah akan mencari seribu lagi pengganti yang jauh lagi hebat..sedangkan kitalah yang sangat rugi sebenarnya.. Wallahualam

الأحد، 25 ديسمبر 2011

Penantian Seorang Pemuda

'Hatiku milik siapa' Persoalan tegar yang pastinya memenuhi benak setiap insan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup..Cinta, hebatkah cinta, benarkah ia begitu agung seperti yang diceritakan dalam hikayat-hikayat dan syair-syair indah..Atau ia sekadar rekaan manusia semata-mata, demi menjadikan kehidupan ini lebih bermakna..
Cinta itu cahaya sanubari
Kurniaan tuhan fitrah insani
Dan di mana terciptanya cinta
Di situ rindu bermula..

Yang pastinya, setiap mereka yang waras pasti mempunyai keinginan ke arah itu..Fitrah insani, ingin mencintai dan dicintai..Namun apalah daya, belum tiba masanya..Ya, masanya masih belum tiba untuk kami memetik bunga yang sedang mekar di taman..Bersabarlah wahai bidadari-bidadari syurga, betapa kami ingin memilikimu, namun kami lebih takut akan Allah..


Kami tidak ingin menyentuhmu, bahkan kami takut untuk menyatakan cinta kepadamu, kerana kami tidak ingin berdusta padamu..Sesungguhnya setiap lelaki itu, dalam hatinya pasti terselit niat ingin mencari wanita yang baik untuk dijadikan ibu kepada anaknya..Sebab itulah kami tidak ingin menjadikanmu sebagai kekasih sekarang, kerana mungkin kami akan meninggalkanmu apabila kami bertemu yang lebih baik..

Wahai sekalian bidadari dunia, teruskanlah menundukkan pandangan matamu, kerana malu itu perhiasan bagi wanita..Namun ramai wanita tidak menyedari, betapa kami sering tertewas dengan sifat malu itu, oleh itu jangan sekali-kali engkau membuangnya daripada dirimu..Janganlah engkau memandang tersenyum kepada kami, kerna ia mungkin memberi penyakit pada hati kami, lalu bagaimana kami akan menjadi pemimpin yang baik kepada kamu..

Benar, engkau ingin kelihatan cantik di mata kami, lalu engkau lengkapkan dirimu dengan perhiasan dan keindahan..Tapi tahukah engkau apa erti kecantikan sebenar wanita di mata kami..Tahukah engkau bila saatnya kami benar-benar terpesona kagum denganmu..Itulah apabila engkau menutup rapi dirimu dengan pakaian longgar..Kerana bukanlah pakaian ketatmu yang mencantikkan engkau, bukan juga tubuh badan yang   indah dipandang..Ia hanyalah cantik pada pandangan nafsu, namun pada pandangan hati kami, saat itu engkau tertewas.. 


Wahai kaum hawa penyejuk mata, cukuplah engkau mendedahkan auratmu..Turunkanlah, dan labuhkanlah pakaianmu..Bukan kami benci melihatmu, bukan kami meluat melihatmu dalam pakaian ketat, bahkan nafsu kami menginginkannya! Namun kami sedar ada yang lebih berhak ke atasmu, suamimu..Kami tidak ingin mengkhianati suamimu dengan memandangmu dgn penuh bernafsu..Boleh jadi suamimu nanti adalah sahabat kami sendiri, pasti kami akan berasa lebih berdosa..

Di saat ini kami sedang mujahadah, melawan godaan-godaan yang datang..Sesungguhnya pada usia beginilah  perasaan itu kuat mendera..Bukanlah kami ingin menafikan sunnatullah, namun amanahnya terlalu berat..Kami sedar kami tidak akan mampu melawannya sendirian, oleh itu kami memerlukanmu, bantulah kami dalam memelihara diri..InsyaAllah bila tiba saatnya, kami akan datang kepadamu, mengambil dirimu dari orang tuamu sendiri..Di saat itu kami tidak berdusta lagi, kami benar-benar ikhlas mencintaimu..Saat itu kita sama-sama tersenyum bahagia, mengucapkan ayat-ayat cinta yang sekian lama terpendam..

السبت، 17 ديسمبر 2011

Pergaduhan

Semalam, selepas futsal international tournament di Istad Gamaah, jalan kaki balik rumah..Sedikit perasaan tidak tenang..bukan kerana team Malaysia kalah, bukan juga kerana pasukan sendiri tersingkir awal..tapi kerana ada sesuatu yg tidak enak berlaku di game final tadi..

Pasukan Kuda fc, wakil Malaysia  menentang team arab yang kuliah France..Panas, sungguh panas..beberapa kali permainan terhenti akibat berlaku insiden pergaduhan..sampaikan ada yang dah nak naik tangan..Sabar sheikh sabar, sayyidul ayyam ni..Sehingga ke wisel penamat, berkesudahan team Malaysia kalah dengan penentuan sepakan penalti..

Pengadillah yang menjadi mangsa kutukan paling teruk..Pelbagai perkataan mencarut dalam bahasa arab dan bahasa melayu dapat dengar..Kebetulan tadi memang ramai penyokong melayu, makin gamatlah jadinya..'Pengadil gila', 'Babi la arab botak ni', 'Jom pukul pengadil ramai2!'

Mori, ketika menghadiri dinner di Zagaziq sempena
Kempen Prihatin Palestin minggu lepas

Masing-masing dibakar dengan suasana panas ketika itu..Yang baik2 pun turut naik angin melihatkan cara pengadil mengendalikan perlawanan..Pendek kata hilang habislah yg warak-warak..Sungguh, permainan yang sungguh tegang..Jika arab sama ramai dengan penyokong melayu, rasanya boleh jadi pergaduhan besar-besaran..

Dan perkara itulah yang bermain di fikiran sekarang..Bila muhasabah balik, fikir dengan tenang.. Dimana puncanya, bagaimana boleh tercetusnya insiden2 pergaduhan itu..Semua yang hadir adalah beragama Islam, bahkan 98 peratus menutup aurat dengan sempurna..

Teringat peristiwa Nabi Musa menumbuk seorang dari kaum Firaun ketika membela saudaranya dari Bani Isra'il..Namun setelah itu betapa baginda merasa berdosa kerana dengan perbuatannya yang tidak sengaja itu, telah melayang seorang nyawa dari hambaNya..

Bila emosi menguasai hati dan perasaan, tenggelamlah iman seketika..Alangkah rugi rasanya,tournament yang sepatutnya menjadi medan utk kita berkenalan dengan bangsa lain, telah menjadi medan 'pertempuran' di akhirnya..Alangkah indahnya andai masing2 mampu bertenang, pastilah mereka akan lebih menghormati kita..Saya yang berada di sana, bukanlah ingin memihak kepada arab, memang sy pun panas tengok diorang main..tapi perlawanan itu akan menjadi lebih manis sekiranya kita bersabar..

Turut mengiringi Mori

Sebab kita hanya nampak kesalahan diorang, sedang kita sendiri tak sedar kita punya..Kita tak sedar masa kita menjerit melolong masa diorang nak ambil penanti, betapa terganggunya dia..Sehingga salah seorang dari mereka telah datang kepada kita meminta para penyokong 'Please, we want fair play'.. Dan kita balas balik, 'We also want fair play!' Amboi dia pula yang kita marah..

Nampak sangat kan siapa yang tidak berakhlak di situ..Memang di sesetengah waktu, mereka salah..Dan apabila mereka datang meminta baik2, kita taknak..mentang2lah kita ramai..Dalam keadaan macam ni, habis keluar semua perangai buruk kita..Yang tak sepatutnya tidak berlaku, telah berlaku..dan yang sepatutnya berlaku, tidak berlaku..

Pemuda oh pemuda
Darah mudamu senjata ampuh
Salurkanlah ia pada tempat yang betul
Boleh jadi ia menguntungkanmu dan Islam keseluruhannya
Namun andai tersalah langkah, binasa menanti..

الأحد، 11 ديسمبر 2011

Di Ambang Kebangkitan Islam

'Ingat tak tahun bila Kerajaan Turki Uthmaniyah jatuh, 1924..Bermakna lebih kurang sepuluh tahun lagi genaplah 100 tahun peristiwa itu berlaku(2024)..Satu fakta yang harus kamu ingat ialah, Islam akan kembali gemilang setiap seratus tahun..' Inilah petikan kata2 seorang pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin yang dirakamkan oleh Ustaz Mujahid ketika membedah novel Embun Padang Pasir..

Kalau anda masih tidak percaya, lihatlah dunia ketika ini, di mana-mana orang membincangkan tentang Islam, revolusi Islam..Tumbangnya kerajaan taghut di Mesir, Tunisia dan Libya bukanlah kebetulan semata-mata bahkan inilah perancangan Allah yang dijalankan oleh hamba-hambaNya yang terpilih..

Ya benar, seolah-olah semua yg sedang berlaku ketika ini sudah dirancang oleh pemimpin2 IM, tapi sebenarnya 'tangan' Allahlah yang menggerakkannya..Baru-baru ini ada terbaca artikel tentang Muammar Gaddafi, yang mengatakan konon-kononnya pembunuhan Gaddafi oleh rakyatnya merupakan agenda yahudi yang terancang!

Gaddafi digambarkan dalam artikel itu merupakan seorang pendokong Islam yang digeruni barat..maka barat telah merancang supaya Gaddafi dapat dihapuskan tanpa dunia mengesyaki bahawa merekalah pembunuh yang sebenar..Sengaja ditimbulkan revolusi di negara2 Islam keliling Libya terlebih dahulu supaya menampakkan 'kebenaran' rancangan mereka..kemudian revolusi itu merebak ke negara Libya..bukti rancangan itu ialah barat sendiri yang membekalkan senjata kepada rakyat bagi menentang kerajaan Gaddafi..


Wah hebat sekali perancangan mereka, namun mereka lupa, umat Islam ada Allah..‎"Mereka merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allahlah sebaik-baik perancang" Ali Imran : 54

Mereka lupa peristiwa 11 September 2000..yang mereka sangkakan Islam akan hancur selepas itu bersama2 hancurnya WTC..Namun yang berlaku adalah sebaliknya..Lihatlah fakta2 yang tertulis..Surat khabar The Guardian pada hari Isnin 2-9-2002 mengatakan bahawa :"Kebanyakan kedai menjual buku Islam dan kursus perbandingan agama di universiti-universiti menjadi kerumuni oleh orang baru dari bukan Islam yg ingin menjelajah ke dalam prinsip-prinsip Islam dan Sirah Nabi. Kadar penjualan Al-Quran terjemahan bahasa Inggeris dalam masa tiga bulan setelah kebangkitan 11 September 2001 meningkat naik."


Fakta kedua..

Menurut Dilowar Khan, Pengurus Masjid di Timur London :
"Masjid telah membuka pintu kepada pelawat dari kalangan bukan Islam, dan kadar penggemar ini meningkat berterusan semenjak peristiwa tahun lepas, dan sekurang-kurangnya 2 orang masuk Islam setiap bulan."


Kalaupun benar ada perancangan musuh2 Allah dalam merencanakan gerakan2 ini, pastilah mereka akan rebah tersungkur di akhirnya..Sudah terlalu banyak sejarah Islam merakamkan kisah senjata makan tuan seperti ini..Ingatlah, setiap sesuatu yang dibantu Allah pasti tidak akan tewas..

(Ketika ini, Islam sedang membina tapak, marilah bersama menggabungkan diri di dalamnya, jika tidak, nescaya kamu akan tertinggal jauh di belakang..Ayuh cepat sebelum terlambat! Tinggalkan maksiat dan tinggalkan segala perbuatan lagha yang melambatkan langkahmu menuju kepada Yang Esa..Ayuh, sesungguhnya Islam tidak perlukanmu, namun tanpa Islam engkau pasti tewas!)

الأحد، 4 ديسمبر 2011

Kita Sebenarnya Terlalu Lemah

Sudah seminggu module Genitourinary berlangsung, seronok tapi penat..banyak page yg belajar setiap hari, dah la buku setebal module CNS..Seolah-olah merasakan exam begitu hampir, sungguh mendebarkan..Biarlah, teringat kata2 cikgu masa menengah rendah dulu di MRSM Kota Putra, 'Pelajar yang cermerlang ialah mereka yang boleh belajar dalam tekanan'

Nak tak nak, memang sentiasa kena belajar..ya sentiasa belajar! Benar kita sibuk dengan urusan persatuan, tolong kawan2, masalah rumah sewa, tapi itu semua bukan alasan..Setiap orang Allah bagi 24 jam, sama utk setiap insan..Rasullullah dulu lagi sibuk, bahkan sangat333..namun lihatlah bagaimana Kekasih Allah menguruskan masanya, langsung tidak tercicir..

Bagindalah contoh ketua negara terbaik, panglima perang terbaik, sahabat dan suami malah ayah yang terbaik..Tidak cukup setakat itu, baginda tidak pernah meninggalkan 7 sunnah yang dibuat setiap hari, tidak pernah ditinggal walau sehari..Subhanallah terlalu hebat baginda, terlalu sempurna akhlaknya..membaca kisah sirah baginda sahaja sudah cukup menggetarkan hati, mengalirkan air mata bagi yang menghayati..

Itulah Rasullullah SAW, kekasih yang dirindui..Namun kita hari ini, hidup yang terlalu senang kadang2 memakan diri, sehingga melemahkan diri..Diuji sedikit sudah mengeluh, segores terluka sudah meraung, bahkan tersinggung sedikit dengan kata2 kawan sudah memasamkan muka..Ya Rasullullah sungguh kami jauh dari akhlakmu..

Kita terlalu manja, laksana budak kecil, dijentik sedikit sudah menangis..langsung tidak lasak!

Ketika Sport's Day Carnival terpaksa ditunda, ketika elective course ditangguh sehingga tahun hadapan, tanpa disedari terkeluar keluhan, Allah..Bahkan ketika melihat jadual lecture class pun masih mengeluh, lantaran class yang diadakan sebelah petang..Ya Allah sedarkah betapa lemahnya kita kala ini..betapa memalukan akhlak kita hari ini..

Di mana kata-katamu sebagai pejuang Islam..kononnya kitalah benih yang sedang disemai, suatu masa nanti akan dibawa ke Malaysia utk berjuang..kononnya kitalah generasi harapan yang akan berdepan dengan cabaran2 masa kini, berdakwah kpd mat rempit, bersaing dengan non muslim doctor yang hebat2..Namun kata-kata itu hanya kekal sebagai kata-kata..Jika inilah dia benihnya, percayalah, kita tidak akan mampu berdepan dengan tiupan angin pantai sekalipun..  

Apa salahnya lecture belah petang, gunalah waktu pagi sebaik2nya, malam tidur awal dan study pagi..Kita tidak sedar Allah dah bagi kita peluang ini..Kita cakap lecture berat, modul ni susah, tapi sekarang Allah dah bagi masa kat kita utk study, kita tak berterima kasih pun kepada Allah.. Wallahualam