الخميس، 27 أكتوبر 2011

Jiwa Seorang Pejuang

Malam yang berlalu sepi tanpa sujud merendah diri padaNya..Hebat berjuang di mata manusia, belum pasti indah ia pada pandangan Yang Esa..Kadang-kadang dalam kesibukan perjuangan, hati lupa dijaga, lalu menjadilah ia debu berterbangan..



Terkesan dengan kata-kata Dr Fathi dalam kelas fiqh semalam, betapa kita sering kali terlupa mengingatkan hati sendiri..Saat diuji, kita merasakan kitalah yang paling banyak menerima ujian, konon-kononnya ujian kitalah yang paling berat..

Minggu ini sudah menerima dua berita kematian ayahanda kepada sahabat di sini..Sudah pasti ujian kehilangan merupakan antara ujian terbesar yang harus dialami oleh setiap yang bergelar insan..Rasullullah sendiri menangis ketika menerima berita kematian anak baginda, Ibrahim..Semoga mereka yang diuji dikuatkan hati, kerana inilah antara saat-saat sukar dalam kehidupan..Namun ganjarannya masyaAllah, syurga yang kekal abadi..


Salah seorang sahabat yang baru kehilangan bapanya adalah seorang muallaf, baru memeluk Islam..Dia harus pulang ke Sarawak dalam keadaan familynya 'non muslim'..yang tidak pernah menerimanya memeluk Islam..
Itulah, berat sangat ujian baginya..Ada kemungkinan dia tidak akan dapat menatap wajah ayahnya buat kali terakhir pun..

Sering kali melihat dalam facebook, luahan-luahan hati mereka yang 'penat' berjuang demi ummah..Sehingga kadang-kadang terlupa bahawa kita ada Allah sebagai tempat mengadu..Semua kepenatan sudah diluahkan, semua keluhan telah dinyatakan maka apakah lagi yang tinggal untuk Allah..Tiada lagi kemanisannya dalam munajat di dua pertiga malam, yang ada hanya luahan  di facebook yang seterusnya menerima komen dan like dari orang sekeliling..


Wahai pejuang Islam adakah semurah itu perjuanganmu? Puaskah hatimu sekadar menerima kata-kata semangat dari orang sekeliling dan orang yang engkau harapkan...'Teruskan berjuang..Perjuanganmu diperlukan utk ummah..' Wahai pejuang Allah adakah benar semua komen ini mampu memberi kesan pada perjuanganmu? Lupakah engkau pada sabda baginda Rasullullah tentang bahana riak..


Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul asghar (syirik kecil).
Sahabat bertanya : ‘Apakah dimaksudkan syirik kecil itu?’
Baginda menjawab: Riak
(Hadis riwayat Imam Ahmad dan Baihaqi)

Keikhlasan hati mengukir bahagia..Alangkah tidak tenangnya mereka, alangkah ruginya mereka yang mana amalan mereka kerana manusia..Ya tuhan jadikanlah kami hamba yang ikhlas kepadaMu..


الجمعة، 21 أكتوبر 2011

Tarbiah dariNya

Jam loceng bingit memecah hening subuh..Kedengaran sayup-sayup dari kejauhan iqamah sedang dikumandangkan..Dengan mata yang masih kantuk, berat sekali mahu melangkah rasanya..Suhu sekeliling dirasakan begitu sejuk, ah godaan nikmat tidur datang..Biasalah diambang musim sejuk begini, waktu subuhlah antara saat-saat getir yang harus dilawan, menuntut mujahadah diri seteguh gunung..

Digagahkan jua melangkah ke tandas..Buka paip air, masyaAllah sejuk bangat sih..Tergendala seketika niat mengambil wudhuk..Bunyi bising dari luar yang sedang menuggu giliran..Begitulah, biasanya satu rumah akan bangun waktu yang sama, masing-masing tak nak dulu, nak tunggu saat-saat akhir kononnya.. Kemudian bila iqamah berkumandang, semua berlari berebut tandas..Mentang-mentanglah rumah dekat dengan masjid, takbiratul ula tidak dititik beratkan, hanya kejar berjemaah sahaja..Walau masing-masing menyedari besar ganjarannya takbir pertama itu..

Usai berwudhuk, capai jubah di almari lalu bergegas ke masjid..Angin di waktu subuh begini luar biasa sejuknya, menyengat hingga ke tulang sumsum..Sampai di masjid, imam sudah di rakaat kedua...'Ai masbuk lagi aku hari ni,' bisik hati..


Bertakbir dan menyambung rakaat imam..Ketika sedang dibuai bacaan merdu sang imam, tiba-tiba terasa belakang badan disentuh..Lama juga terasa sentuhan itu, terfikir apakah kesalahan yang mungkin ada terbuat..Sebab orang arab biasanya memang tegur direct kalau dia rasa kita salah sesuatu ketika solat, contohnya silap masuk saf ke..Dia akan tarik kita walaupun sedang solat..Tapi tangan ketika itu tidak menarik, dia hanya memegang..

Kemudian arab tersebut datang solat bersebelahan..Musykil jugak, kenapa perlu pegang kita dulu, masuk jelah saf dan solatlah terus..Erm..Solat diteruskan..Selesai memberi salam, tengok makmum di sebelah, 'Kenapa macam susah sangat dia nak bangun..'  seperti ada yang menghalang pergerakannya..Padahal kalau dilihat dari segi penampilan dan badan, dia masih lagi seorang syabab..


Barulah tersedar satu kelainan, matanya tidak pernah memandang ke bawah, hanya memandang ke hadapan tanpa berkelip..Rupa-rupanya makmum itu seorang yang buta..Para makmum saling memandang demi menyaksikan sang buta itu berjalan menggunakan tongkat..Mungkin terbit perasaan takjub dalam hati masing-masing, mungkin juga ada yang muhasabah iman dalam diri masing-masing..

Takjub dengan peristiwa itu, ada sesuatu yang Allah ingin tunjukkan kepada diri..Tatkala iman menguasai hati, tiada apa yang mustahil..Pagi itu Allah hantarkan seorang buta untuk menunjukkan kepada kami, bahawa kadang kala ibadah itu menuntut kesusahan, barulah terasa kemanisannya..Malu dengan Allah, sebagai syabab yang tentunya lebih kuat fizikal namun itu tidak menjamin dalam hal ibadah sebegini..Sang buta boleh meredah kegelapan di waktu subuh pada musim sejuk, tidakkah ini satu sindiran Allah kepada syabab harapan agama sekalian..Wallahualam

الأحد، 16 أكتوبر 2011

Buatmu Ummah

Sedang khusyuk mengulangkaji module Endocrine System, tiba-tiba nyaring loceng rumah ditekan.. 'Ai sape pulak yang datang time dekat asar macam ni,' dengus hati yang sedikit tidak selesa diganggu ketika belajar..Langkah lambat-lambat menuju ke muka pintu, ditambah pula badan yang keletihan kesan tidur yang tidak cukup..

Akhir-akhir ni macam nilah, jarang sangat ada kat rumah..Kalau ada pun waktu malam je, untuk tidur..Selebihnya berada di luar, membantu kerja persatuan dengan program-program yang kian padat menjelang aidil adha..Biarlah, ini semua ujian dariNya untuk menguatkan aku, semoga apa yang dilakukan dipandang Allah sebagai amal soleh..

Sampai dimuka pintu, intai dulu melalui lubang kecil..Erm mana perginya sang pengetuk pintu, tak nampak pun bayangnya..Jangan-jangan..Isk tak mungkinlah, lagipun waktu petang macam ni mana ada pencuri..Pelan-pelan pintu dibuka...


Inilah tetamu istimewa kami, Hisyam (kiri) dan Khalid (4 tahun)..

Bergambar bersama anak murid dan guru kelas Bahasa Inggeris yang tidak bertauliah..

Oh patutlah tak nampak, rupa-rupanyanya tetamu ialah dua orang budak kecil, anak bawab kami...'Mumkin tuallimna inglizi' pinta sang abang yang berumur 8 tahun..Comel sungguh anak-anak arab ni, walaupun comot tapi lesung pipit yang terserlah sudah cukup menyerikan wajah..

Ya tuhan andai inilah pewaris Hasan al-Banna,
Miliki fikrah teragung sepanjang zaman,
Engkau jadikanlah kami juga menyumbang kepada pembentukan akhlaknya..

Andai inilah dia pengganti Khalid Said,
Yang mana kematiannya mampu mengundang seribu mala petaka kepada rejim zalim,
Maka catatkanlah kami antara asbab kpd kesedaran itu..
-Ya tuhan terimalah dari kami amal untuk ummah ini-

الثلاثاء، 11 أكتوبر 2011

Menghayati Keindahan AgamaMu Tuhan


Inilah pertama kali sejak bergelar student medic, rasa betul2 seronok belajar histology..Sebelum ni memang rasa susah sikit nak minat histo, sehinggakan ada seorang senior cakap, ‘Memang org kelate ni jenis yg tak minat histo kot, semua yg aku kenal macam tu..’ Tergelak juga bila dengar ayat dia tu (huhu biarlah mungkin ada benarnya)

Terima kasih Prof Huda Khalifa, pandai sungguh doctor tarik perhatian kami, tak rasa mengantuk pun..Dipaparkan kepada kami image pesakit2yg menghadapi masalah tentang pituitary gland..Siapa sangka benda sekecil itu boleh menjadi penyebab kepada penyakit yg begitu kronik, habis seluruh badan merasai kesannya..

Lihatlah bagaimana pituitary gland dibalut sebegitu rupa ditempatnya, begitu tertutup..’ Kata2 beliau yg mengingatkan aku tentang satu kata2 hikmah ‘Yang tertutup itu indah’..Kemudian diceritakan satu lagi bukti kebesaran Allah dalam badan manusia..Betapa penciptaan manusia merupakan selengkap2 kejadian..
Erdheim cell yang terdapat dalam pregnancy or lactating woman..Sebaik proses menyusu tamat, cell ni tak diperlukan lagi, dan tak mainkan peranan dah.. Kalau ikut logic akal kita baik dibuang saja cell ni..Sebab kalau dibiarkan akan memberi mudharat yg lain pulak, tak pasal2 susu akan keluar seumur hidup..

Tapi itulah keajaiban ciptaan manusia, apa yang berlaku adalah cell itu langsung tidak dihapuskan, dan memang tak perlu dihapuskan kerana kita hanya tak nak cell tu bekerja sekarang, sedangkan khidmatnya masih diperlukan utk pregnancy yg seterusnya..

Allah hanya hantar lysosome utk hancurkan secretory granule, iaitu satu part kecil utk menyalurkan hormone keluar..Ya itu sudah cukup utk menghentikan kegiatan Erdheim cell dari terus berleluasa..Satu kerja yg simple, lalu selamatlah organelle2 lain yang baik seperti mitochondria dan golgi..Namun bila tiba saatnya nanti, part yg hilang akan diganti balik, tanpa memakan kos yg tinggi..


Orang-orang yang me­ngingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Mahasuci Engkau, maka pe­liharalah kami dari siksa neraka. ‘” (Ali Imran: 191)

Kat situ pun Allah dah mengajar kita, belajar menghargai dan jangan membazir..Walau benda tu tak berguna sekarang, jangan buang dulu..Kalau ikut ayat Prof Huda semalam, ‘Cell ni tak salah pun, dia dah buat kerja sebaik mungkin, kenapa perlu buang dia..’ Banyak lagi pengajaran drpd lecture semalam, tapi cukuplah berkongsi satu di sini.. Lecture yg bukan sahaja belajar medic, tapi juga mengajar erti kehidupan..

(Pagi tadi tersedar pukul 3 pagi, tengok kat luar rupa2nya hujan renyai2..Alhamdulillah dah lama rasanya tak tengok hujan, dah hampir setahun..Menandakan musim sejuk akan datang tidak lama lagi..Musim yg bakal menguji tahap keimanan masing2..Musim yg akan menunjukkan siapa kita sebenarnya, masih istiqamahkah berjemaah di masjid, atau sekadar membungkus diri dalam Saratoga..Wallahualam, semoga Allah kuatkan kita dalam menghadapi hari mendatang) 

الأحد، 9 أكتوبر 2011

Perjuangan semanis madu

Menjejak langkah ke Tahun Tiga..Seolah2 baru tersedar dari lena yg panjang, rupa2nya kini sudah lebih dua tahun berkeliaran di bumi Mesir..Tahun ini tahun akhir untuk pre-clinical, selepas ini akan masuk clinical year pula, masuk hospital jumpa patient..

Hari ini dapat berita dari seorang kawan, juga berada di perantauan tapi bukan Mesir..Seseorang yg aku kagumi semangat juangnya, hidup matinya hanya utk Islam..Tiada upah yg diterima, tiada nama yg dimahsyurkan, kerana tugasnya hanyalah secara sukarela dan ‘di belakang tabir’..


Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Namun begitulah, setiap yg beriman pasti diuji olehNya..Setelah lebih kurang 3 bulan berkenalan, hari ini aku dapat tahu dia diuji Allah dengan penyakit yg agak kronik..Aku sedikit terkejut dengan kenyataan itu..Tidak terbayang bagaimana andai benar dia pergi dulu..

Bagiku pejuang berjiwa jihad sepertinya sukar dicari..Ya kehadirannya masih diperlukan utk ummah ini, menyedarkan masyarakat yg sedang ‘tidur’..

Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yg ditagih…
-Sunnah org berjuang-

Semalam ada pemilihan SR (Student Representative). Mungkin Allah sudah merencanakan segala-galanya,berat juga utk menerima amanah ini, apatah lagi setahun merupakan tempoh yg lama..Biarlah, pasti ada hikmahnya..Mungkinkah selama ini aku terlalu lemah, lalu Dia sengaja kuatkan aku dengan ujian tanggungjawab ini..Melatih diri, inilah jalan seorang pejuang, tidak terlalu leka dengan kesenangan sementara..Wallahualam

الاثنين، 3 أكتوبر 2011

Mesir bumi pilihan

Seminggu sudah berlalu..Hari-hari yang diisi penuh dengan aktiviti-aktiviti 'riadah percuma'. Ke sana ke mari mencurah tenaga membantu adik-adik yang baru sampai ke Iskandariah.. Tak apalah, kita senasib di sini, bergelar mahasiswa perubatan di perantauan..Semoga tidak sia-sia perjuangan ke arah menjadi Muslim Doctor, insyaAllah ikhlaskan hati hanya keranaNya..

Boleh tahan juga ramainya yg baru mendaftarkan sebagai ahli baru Perubatan Cawangan Iskandariah..nampaknya makin meriahlah Alex selepas ini..Teringat masa pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Mesir dulu..Masa tu kami transit dulu kat Dewan Malaysia Abbasiah, Kaherah (Arma), seminggu orientasi di situ bagi mengenal Mesir sebelum menjadi ahlinya, kata seorang senior, sekurang-kurangnya untuk tempoh 6 tahun..

Seminggu berada di Cairo, berkesempatan menziarahi makam Imam as-Syafie..Makam beliau yg diluarnya dipenuhi dengan peminta-peminta sedekah yg agak 'memaksa' membuatkan kami agak tidak selesa..Tapi bila memandang keadaan sekeliling, tersentuh jugak hati ini..tambah2 bila ustaz pengiring kami mengkhabarkan bahawa peminta sedekah ini rata2nya tidak mempunyai rumah dan hanya hidup atas ehsan pengunjung2 makam Imam Syafie..

Anak-anak kecil ini hanya bermain bola di celah-celah bengunan..Sebaik melihat
pengunjung datang, mereka akan berlari berebut meminta simpati..
Ya Allah 1 genih yg kadang2 bagi kita apalah sangat, rupa2nya begitu bernilai di mata mereka, mungkin mampu memberi harapan utk menghadapi hari esok..Kadang-kadang terlintas jugak, rasa bersyukur sangat Allah hantar belajar ke Mesir, banyak suasana persekitaran mendidik hati2 secara tak langsung, yang mana mungkin semua ini tidak dapat dilihat di Malaysia..Sungguh dunia telah menipu hati2 yg lalai..

Selain makam, sempat juga kami melawat piramid di Giza yg menjadi kebanggaan penduduk Mesir..Biarlah piramid ini menjadi lambang kebesaran Yang Esa, sebagai bukti kepada mereka2 yg angkuh dengan Allah. Sehingga kini piramid masih kekal sebagai salah satu 7 benda ajaib dunia, dan nampaknya memang agak sukar ditandingi..

Nah, bagi mereka yg berasa diri hebat, cubalah cipta satu lagi piramid di Malaysia, atau yang separuh piramid pun cukuplah..Kalau rasa tak mampu, cukuplah tu..Tengoklah Firaun, besar sungguh kerajaannya, luas sekali jajahannya, namun tetap juga dibinasakan oleh Allah..Dan satu lagi sy nak kongsikan, sebelum ini ada terbaca satu post, tentang Firaun.. Siapa sangka, mumia Firaun telah menjad asbab utk seorang saintis Perancis memeluk Islam.. Subhanallah, hidayah Allah datang melalui berbagai-bagai cara, hayatilah sendiri betapa pemurahnya Allah klik sini
Kepada mana2 yg belum sampai ke piramid, memang kita akan rasa kagum pertama kali melihatnya..
Rasa macam tinggi sangat piramid ni, mencecah awan..
Itu pengalaman lalu, kira2 dua tahun yang sudah..Minggu depan insyaAllah akan melangkah utk menghadapi tahun 3 pula..Cepat sungguh masa berlalu, umur pun sudah tua, sudah masuk 20 pun..Rasa seperi baru je keluar MRSM Pengkalan Chepa..Walau apa berlaku, usaha harus diteruskan, amanah wajib diselesaikan..Semoga tidak tersangkut di pertengahan jalan, dan semoga perjuangan ini akan berakhir dengan air mata kegembiraan di akhirnya, seterusnya merebut syurga Yang Esa..Wallahualam..

Masa mula2 datang dulu, dah janji dengan diri sendiri, 'Aku datang jauh2 camni, tinggal keluarga, tinggal bola, tinggal segala kemewahan,kesenangan, datang ke tempat yg takde apa2 ,bahkan tak memberi keselasaan pun jika dibandingkan dgn Malaysia..Satu je niat aku, nak jadi doktor..' Dan kata2 inilah biasanya akan menaikkan balik semangat yg luntur seketika..Ya, memang senang sangat diri digoda, kemudian jadi malas belajar..Sedangkan kejayaan itu menuntut pengorbanan yg tidak sedikit..4 tahun itu sangat lama Ya Allah..