الأحد، 16 أكتوبر، 2011

Buatmu Ummah

Sedang khusyuk mengulangkaji module Endocrine System, tiba-tiba nyaring loceng rumah ditekan.. 'Ai sape pulak yang datang time dekat asar macam ni,' dengus hati yang sedikit tidak selesa diganggu ketika belajar..Langkah lambat-lambat menuju ke muka pintu, ditambah pula badan yang keletihan kesan tidur yang tidak cukup..

Akhir-akhir ni macam nilah, jarang sangat ada kat rumah..Kalau ada pun waktu malam je, untuk tidur..Selebihnya berada di luar, membantu kerja persatuan dengan program-program yang kian padat menjelang aidil adha..Biarlah, ini semua ujian dariNya untuk menguatkan aku, semoga apa yang dilakukan dipandang Allah sebagai amal soleh..

Sampai dimuka pintu, intai dulu melalui lubang kecil..Erm mana perginya sang pengetuk pintu, tak nampak pun bayangnya..Jangan-jangan..Isk tak mungkinlah, lagipun waktu petang macam ni mana ada pencuri..Pelan-pelan pintu dibuka...


Inilah tetamu istimewa kami, Hisyam (kiri) dan Khalid (4 tahun)..

Bergambar bersama anak murid dan guru kelas Bahasa Inggeris yang tidak bertauliah..

Oh patutlah tak nampak, rupa-rupanyanya tetamu ialah dua orang budak kecil, anak bawab kami...'Mumkin tuallimna inglizi' pinta sang abang yang berumur 8 tahun..Comel sungguh anak-anak arab ni, walaupun comot tapi lesung pipit yang terserlah sudah cukup menyerikan wajah..

Ya tuhan andai inilah pewaris Hasan al-Banna,
Miliki fikrah teragung sepanjang zaman,
Engkau jadikanlah kami juga menyumbang kepada pembentukan akhlaknya..

Andai inilah dia pengganti Khalid Said,
Yang mana kematiannya mampu mengundang seribu mala petaka kepada rejim zalim,
Maka catatkanlah kami antara asbab kpd kesedaran itu..
-Ya tuhan terimalah dari kami amal untuk ummah ini-

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق