الاثنين، 25 نوفمبر، 2013

Saat Hati Merindukan Nabi

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lama tidak menulis dalam keadaan bergelap, kalau beberapa bulan lalu mungkin tuduhan ini sudah dilemparkan kepada Dr Mursi yang tidak pandai mentadbir negara sehingga sering kali blackout, namun kini yang hairannya tidak pula rakyat Mesir menyalahkan As-Sisi. Huhu biarlah mereka, kerana aku yakin suatu hari nanti nama Dr Mursi akan diangkat oleh sejarah sebagai orang benar yang teraniaya.

Semalam dapat tahu yang exam final semester untuk pediatric akan ditunda ke bulan 3. Ku lihat komen2 di facebook, ramai juga yang tidak bersetuju kerana agak susah sebenarnya terutama bagi group yang sudah lama menghabiskan round pediatric lebih kurang 3 bulan sebelum itu, untuk mengulang kaji dan mengambil exam..dan aku termasuk dalam group itu.

Ketika mendengar berita itu di madrasah nabawiyah, aku terdiam seketika, sedikit terkesima memandangkan aku sudah meletakkan timeline2 study yang wajib ‘dipulun’ sebelum final exam pada awal bulan januari. Itu setelah mengambil kira program persatuan dan mesyuarat yang penting, tapi kini nampaknya timeline itu harus dirombak semula.


Kemudiannya beberapa minit selepas itu bila difikir semula, mungkin ketentuan tuhan yang baru ini lebih baik untuk kami. Buku setebal tiga ratus setengah itu memerlukan masa yang panjang terutama untuk menghadapi final exam yang mengandungi esei dan mcq (exam osce yang ada clinical case dan oral question dihabiskan di end of round)

Dan ini pastinya akan menguji setiap dari kami untuk berterusan mengulang kaji pediatric walaupun sedang berada di round lain seperti cardiac dan chest. Lagi pula sudah sejak dari tahun 1 lagi kami memang sudah terbiasa dengan sistem sebegini, terpisah dua tiga bulan kemudian barulah final exam. Huhu walaupun ini lebih kepada untuk memujuk hati sendiri, tapi aku benar2 yakin ketentuan Allah kali ini adalah yang terbaik untuk semua orang.

“Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah lah yang menurunkan bala itu.. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.” - Ibnu Atoillah

Jika menerima bala pun kita tetap kena tenangkan hati dan sentiasa bersangka baik dengan Allah, apatah lagi situasi sekarang yang jauh dari apa yang dipanggil 'bala' kerana terdapat banyak kebaikan zahir di dalamnya, lagi2 lah kita harus redha dan bersyukur.. :)

**************


'Ada satu kisah yang diceritakan oleh Syeikh Muhammad dalam rancangan tv arab, kisah yang sangat meruntun hati bagi insan yang mengaku cintakan nabi. Ataghfirullah, rasa macam nak ketuk2 kepala bila mendengarkan kisah itu lantaran menyedari kepalsuan pengakuan yang sekadar dilafazkan di bibir..'

Suatu hari Syeikh Muhammad dipanggil oleh seorang pemuda untuk ke rumahnya di sebuah kampung kerana ibunya ingin bertemu dengan tuan syeikh. Bila sampai di rumah itu, dilihatnya sang ibu seorang tua yang sedang tenat. Dan dengarkanlah kata2 sang ibu kepada syeikh yang membuatkan tuan syeikh sendiri terkejut..

'Apakah dosa yang telah aku lakukan, kerana sehingga kini Rasulullah sudah tiga hari tidak menziarahiku..' 

'Sudah tiga hari tidak menziarahimu? Adakah bermakna sebelum ini setiap hari baginda datang bertemu dirimu??'

'Ya, setiap hari baginda akan menziarahiku dalam mimpi. Jika sehari baginda tidak datang bertemuku, aku akan jatuh sakit..'


Allah...seorang ibu tua yang ikhlas dalam cintanya telah mempamerkan manifestasi iman dan cinta yang luar biasa. Sahabat2 semua, dalam dunia ini tidak semua orang diberi keizinan untuk menziarahi baginda di Madinah al-Munawwarah, kerana tidak semua orang diberi kemampuan untuk menunaikan umrah/haji.

Namun yang lebih sedikit ialah orang yang didatangi sendiri oleh Rasullullah SAW ke rumahnya! Demi Allah, beruntung sekali orang2 itu, berbahagialah mereka yang pernah didatangi oleh susuk agung yang paling sempurna ciptaannya di muka bumi. Namun sahabat sekalian, tidak mudah untuk menerima anugerah itu...

Agak2 kan, Rasulullah nak datang tak ke rumah yang dipenuhi hiburan melalaikan serta penghuninya jauh dari ingat Allah? Baginda akan ziarah ke orang yang matanya melihat perkara yang haram, mulutnya makan makanan haram, bercakap pula hanya perkara sia2 dan tidak pernah mengingatkan orang yang mendengarnya kepada Allah..

Persoalan2 itu tidak memerlukan jawapan, sebaliknya ia lebih memerlukan muhasabah dari hati yang benar2 mengharapkan pertemuan dengan nabi. 

(Ya Allah tiba2 hati rasa teringin utk ke sana lagi, nak solat di Raudhah, biarlah penuh sesak pun tapi mungkin itulah solat yg paling khusyuk dlm hidup ni. Bak kata Syeikh Zainul Asri, memang Rasullullah cakap Raudhah itu taman syurga, bermakna kalau Allah buka hijab, pasti kita akan lihat dan hidup dlm syurga yg sebenar2nya.. InsyaAllah satu hari nanti, mudah-mudahan.. Wallahua'lam)

الاثنين، 18 نوفمبر، 2013

Kematian Yang Menginsafkan Aku

Bismillahirrahmanirrahim...

Subuh tadi, Allah izinkan telinga ini mendengar tazkirah dari sang imam. Hadis dan kalam yang digunakan adalah kalam yang biasa namun seolah-olah hati begitu dekat mendengar bicaranya. Mungkin waktu subuh yang sunyi dan sejuk menambahkan lagi aura kesayuan itu. 'Iman itu bertambah dengan ketaatan, dan berkurang dengan maksiat..'

Ya Allah, rupa2nya kita berhak untuk memilih tahap 'halawatul iman' di dalam dada masing2. Kita sering berkata 'Ah biasalah, iman tengah berkurang..' seolah2 untuk menghalalkan perbuatan lagha kita, untuk membenarkan kita berlama-lama dengan movie dan game sedangkan diri sendiri tidak pernah berusaha untuk menambah ketaatan.

Dua hari lepas, Allah menghadirkan satu peristiwa menginsafkan berlaku di hadapan mata. Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri dua kematian berlaku serentak kerana lemas di pantai Iskandariah, Apa yang lebih membuatkan aku terdiam adalah cara kematian keduanya, iaitu mereka sendiri yang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri selepas mencuri handphone dan satu perkara lagi (sy enggak faham apa arab tu cakap, asif)


Kita tidak tahu kan bagaimana pengakhiran hidup kita, dalam keadaan baikkah (husnul khatimah) atau su'ul khatimah. Aku jadi takut melihat froth yang keluar dari mulut si mati, air laut yang bercampur dengan lung surfactant menghasilkan buih2 putih dan kelabu. Ya Allah sungguh mati lemas itu adalah antara kematian yang sangat menyakitkan.

Dan satu lagi mayat pencuri tidak ditemui, mungkin tenggelam ke dasar lautan atau dibawa air ke tempat lain. Atau mungkin juga telah ditemui kerana sebaik azan maghrib berkumandang aku terus pulang ke rumah. Apa2 pun, kita mendoakan  dosa keduanya diampunkan tuhan. Seperti petang itu, orang ramai membacakan alfatihah selepas disahkan kematian walaupun keadaan kematiannya begitu.

Terasa seperti tuhan sedang berbicara denganku. Beberapa minit sebelum itu, aku masih melihat keduanya berenang2 mengapungkan diri di permukaan air. Dan dalam beberapa detik sahaja, Izrael datang menjalankan tugasnya. Ya Allah sekiranya imanku masih tidak bertambah selepas melihat peristiwa itu, sign apa lagi yang aku tunggu, astaghfirullah...

*****************


Kini sudah beberapa hari bumi Iskandariah dibasahi hujan, menandakan musim sejuk sedang berada di muka pintu untuk melangkah masuk. Walau bagaimanapun waktu subuh terutamanya aura sejuk itu sudah mencengkam hingga ke sumsum tulang. Itu yang susah sebenarnya, untuk melawan nikmat berada dalam selimut tebal memerlukan semangat juang yang tinggi.

Mungkin benar kalam seorang sahabat, kalau Allah menjadikan bumi Malaysia itu mempunyai empat musim, nescaya akan sunyilah masjidnya dari solat subuh berjemaah. Sahabat itu menyambung lagi, tidak mustahil orang yang selalu bangun qiamullail di Malaysia tidak mampu istiqamah melakukannya di sini. Jauh di sudut hati membenarkan kata2 itu.

Jika di musim panas waktu malam yang terlalu singkat, bayangkan azan subuh berkumandang pukul 330 pagi, balik solat terawih pun sudah hampir jam 11 malam. Walau bagaimanapun semuanya masih bergantung kepada iman seseorang. Aku pernah berjumpa seorang sahabat yang sangat berdisiplin dalam menjaga solat malam. Tidak kira jam berapa dia tidur, dia akan memaksa dirinya bangun untuk solat dua rakaat kemudian tidur semula sehingga azan subuh.. 

ramai sekali yang berkunjung ke rumah tok guru setiap pagi jumaat untuk mentahniq anak masing2..alhamdulillah sempat juga jumpa tok guru cuti tempoh hari walau sekejap..

Tapi begitulah insan, kita tidak rasa apa yang dinamakan 'kemanisan berqiamullail'. Yang kita rasa hanyalah perasaan mengantuk dan penat keesokan harinya. Sedangkan jika ditanya pada orang yang membiasakan dirinya berqiamullail, pasti mereka merasakan sesuatu yang sangat istimewa. Jika tidak masakan Tuan Guru Nik Aziz yang hanya meninggalkan qiamullail selama tiga hari sepanjang hidupnya pun sudah teresak-esak menangis bila mengenangkan itu.

Sekiranya kita juga diberikan 'kemanisan' itu, pasti seronokkan.. Seperti seorang sahabatku yang diberi 'kemanisan gym'. Setiap hari dia tidak akan lupa untuk pergi gym walaupun dirinya tidak sihat. Pernah satu hari, dia tidak ke kelas kerana demam tapi waktu petangnya, dia berjalan kaki ke gym untuk meneruskan rutin harian.. Haha aku pasti akan tersenyum setiap kali bertemu dengannya kerana teringat peristiwa 'comel' itu.. :)

Yang terakhir, aku ingin kongsikan kalam seorang sahabat ; 'Kita selalu sangat minta dengan Allah nak jadi pelajar cemerlang, dipermudahkan urusan untuk itu dan ini, nak jadi anak soleh dan banyak lagi. Tapi kita sering lupa meminta kepada Allah untuk membantu kita meninggalkan maksiat, meminta kekuatan bagi menundukkan pandangan di jalan2 serta di alam maya.. Sebab Habib Ali Jifri pernah sebut, mungkin yang menghalang kita dari tahajjud adalah kerana pada siang harinya kita lupa untuk beristighfar setelah memandang benda haram..'

(Tidak mampu rasanya menjadi sehebat Yusuf yang mampu menunggangi nafsunya, menjadi Sulaiman yang memerintah dunia, lantaran diri hanyalah pemuda akhir zaman yg ingin menjadi soleh.. Dan semoga Allah memudahkan perjalanan semua pemuda Islam dlm menjadi seperti Sang Bahagia, Rasullullah SAW.. Wallahua'lam)

الاثنين، 11 نوفمبر، 2013

Belajar Ikhlas Dalam Memaafkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Seronok mendengar kisah seorang pimpinan di sini ketika meluahkan perasaan, huhu bila bercerita seperti ini kadang2 kisah serius pun boleh menimbulkan tawa. Itulah namanya ukhwah, sungguh menenangkan hati2 yang sedang gundah.

'Kita berurusan dengan manusia, maka perlu bersedia untuk berhadapan dengan masalah, kerana masalah itu sinonim dgn manusia..Jika tidak, pergilah ke hutan sana dan hiduplah dengan binatang2 dan tumbuhan, kamu tidak akan menghadapi masalah seperti ini lagi..'

Dia bercerita, seringkali dia terkilan dengan ahli2 persatuan yang seolah2 menganggap dirinya pekerja atau hamba abdi dalam persatuan. Jika meminta sesuatu, tiada ucapan terima kasih..jika meminta tolong, tiada didahulukan dengan perkataan 'Tolong/Boleh tak...' Allah, sayu hatiku mendengarnya, aku merasakan begitu dekat dengan perasaannya kala itu. Tahun lalu ketika berada di tempat sama yang dia berada sekarang, aku pernah merasakannya..


'Korang buat kerja elok2 sikit la! Menyusahkan orang betul la korang ni!' Sungguh, aku pasti tidak akan lupa ayat ini. Seolah2 baru semalam aku mendengarnya. Ia dituturkan oleh seorang kakak senior yang akan pulang ke Malaysia, yang meminta aku menempah transport untuk ke airport. Tiba masa yang ditetapkan, kenderaan yang ditempah iaitu tramco sampai ke tempat kejadian. Rupa2nya tramco itu terlalu kecil untuk barang2nya yang menimbun. Lalu, dia menyalahkanku..

Ketika dimarah itu, aku diam sahaja walau terang2 itu salahnya, kerana aku begitu terkejut sebenarnya. Belum pernah aku ditengking sebegitu, apatah lagi oleh seorang perempuan yang sedang meminta tolong. Aku cuba mendiamkan diri dan selesai solat, aku memberitahu Zairy apa yang berlaku. Lalu Zairy pula yang naik marah mendengarnya, huhu..

Zairy meminta nombor telefon senior itu dan tidak lama kemudian, aku menerima satu mesej panjang, permohonan maaf dari sang senior. Rupa-rupanya Zairy membelaku, dan meminta senior untuk meminta maaf dariku. Huhu hati rasa sejuk seketika, biarlah mungkin akak itu sedang menghadapi masalah emosi yang melampau, atau sedang putus cinta atau sebagainya...haha sedang mencuba bersangka baik...dan sekarang peristiwa itu seringkali membuat aku tersenyum sendirian..pengalaman yang menarik bukan? :)

nama sy syamil muhaimin..gigi sy ada 2 batang je kat depan, keh3 tapi sy suka senyum!

Begitulah dugaan berpersatuan, mereka tidak memperoleh satu sen pun dari semua khidmat itu, walau penat berkomunikasi dengan arab tapi mereka lakukannya juga atas nama amanah. Dalam pada itu, mungkin ada yang tidak faham dengan amanah ini, lalu menyangka mereka mendapat gaji dari persatuan, huhu mereka masih seorang mahasiswa sebenarnya..

Tapi kan, saat-saat beginilah yang mengajar kita erti kesabaran dan mendidik hati tentang apa yang dinamakan keikhlasan untuk memaafkan. Saat itu, berkali-kali kita berkata dalam hati 'Ya Allah, aku bersabar keranaMu ya Allah..Ya Allah..aku bersabar keranaMu..' 

Kadang2 aku simpati bila mengenangkan beberapa pimpinan yang sampaikan menghidap migrain kerana terlalu busy menguruskan persatuan. Yang ku tahu, ada 3 orang. Namun bila ditanya, masing2 tidak mahu mengalah dan masih meneruskan perjuangan sehingga ke minit yang terakhir. 'Allah ghayah (matlamat) kita, ini (persatuan) hanyalah wasilah..' Allah, terharu..

**************


Terkesan dengan nasihat seorang sahabat ; 'Dakwah kita bergantung kepada iman dalam diri. Jika iman kita bernilai 50 sen, maka dakwah yang akan kita buat pun 50 sen jugalah..' Sungguh, kata2 ini sangat benar dan memang ini yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kadang2 kita rasa berat untuk menghadiri kelas agama, rasa malas untuk menziarahi sahabat2 di rumahnya, dan nak study pun tak mau..

Kita rasa selesa dengan kehidupan kita yang lalai itu. Bermain game, tengok movie ramai2, makan2 di Coffee Rostery, tiada lagi istilah usrah dan sebagainya.. Sebenarnya bila kita 'berehat' terlalu lama itulah yang akan menyebabkan kita mudah futur (putus asa) dalam perjuangan seterusnya menyebabkan iman dalam jiwa semakin lemah..

- Isk sudah panjang rupanya tulisan kali ini, ada lagi sebenarnya yang aku ingin tulis perihal ini, takpela bersambung minggu depan je la..nanti ingatkan aku ya.. :)

(Begitulah, selalu jugak jadi macam ni, bila dah mula menulis tangan laju je menaip, tapi bila baca semula rupa2nya point yang nak masukkan awal2 dah tak boleh masuk dah, dah panjang..Huhu apa2 pun, aku sangat berharap agar setiap tulisan yang di post itu mendatangkan manfaat walau sedikit, kerana sahabat yg mula2 mengajarku membuat blog pernah berpesan demikian.. Wallahua'lam)

الاثنين، 4 نوفمبر، 2013

Maria - Serangan Pemikiran Kepada Umat Islam

Bismillahirrahmanirrahim...

(Tulisan ini aku siapkan ketika berada di Malaysia tempoh hari, tapi tidak diupload kerana internet nggak ada..baiklah, selamat membaca ^_^)

Hari ini hari raya kedua, bermakna sudah tiga hari aku menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Alhamdulillah nikmat bertemu dan bersama keluarga merupakan anugerah dari Allah yang tidak harus disia-siakan. Jika di Mesir, kita bersama sahabat2 yang sama generasi, atau di level yang sama. Tapi di sini, kita bergaul dan berborak dengan semua lapisan masyarakat, yang tua dan yang masih kanak2.. Sungguh semua yang berlaku di hari2 terakhir ini banyak mengajarku erti kehidupan.

Bergurau dengan orang tua, huhu kadang2 lawak orang tua lebih menghiburkan hati berbanding lawak zaman sekarang yang ditonton di televisyen dan internet. Juga semalam, aku bertemu dengan dua orang sahabat lama yang pernah menjadi rakan sepermainanku ketika kecil dahulu. Mandi sungai, masuk hutan cari buluh nak buat tiang gol, memancing dan sebagainya, ya itulah aktiviti2 kami kecil2 dahulu.


Semalam, aku mendapat tahu tentang keadaan dirinya yang agak memedihkan hati. Lebih kurang sebulan sebelum puasa, dia dan adiknya ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti mencuri dan menjual motosikal curi. Allah, sahabat mana yang tak terasa kesal di hati..terutama kerana kita tahu dia dahulunya sekolah agama, belajar arab dan selalu solat berjemaah di masjid. Tapi kini…sungguh, hidayah Allah terlalu mahal harganya..

Ada satu kisah yang ingin aku kongsikan di sini. Sepanjang perjalananku dari Mesir ke Malaysia tempoh hari, aku sempat mengkhatamkan sebuah novel yang bertajuk ‘Maria’. Novel ini dihadiahkan oleh Ustaz Malik a.k.a. Akhukum Abdul Malik ketika aku menziarahi rumahnya di Kaherah setahun yang lalu. Novel ini merupakan terjemahan dari sebuah novel berbahasa Turki yang dihasilkan berbelas2 tahun lalu kalau aku tidak salah.

MasyaAllah novel itu sangat membuka mataku tentang apa yang dinamakan Kristianisasi, Islam dan Atheis. Ia menceritakan agak detail perancangan2 musuh dalam menelanjangkan negara Islam selepas kejatuhan Khilafah Uthmaniyah. Tidak hairanlah penulis asal novel ini beberapa kali dipenjarakan di Turki kerana kelantangannya dalam mengecam barat. Tapi ini kisah berbelas2 tahun yang lalu, sebelum pemerintahan Erdogan.

Bersama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man..senyum! ^^

Huhu aku pun tidak tahu apa yang aku ingin tuliskan di sini, kerana hendak menulis synopsis novel itu pun bisa membuat tanganku mengah. Cuma yang aku mahu sampaikan, Allah mentaqdirkan aku bertemu dengan orang yang berfikiran seperti itu ketika dalam perjalanan dari KLIA ke LCCT, ketika sedang rancak mendengar cerita sang driver teksi.

Ya, dari cerita dan pandangannya tentang barat dan Islamic culture, ada persamaan dengan novel yang baru sahaja aku khatamkan beberapa jam sebelum itu. Dia kelihatannya tidak bersetuju dengan perempuan yang terlalu mengikut adat atau dengan kata lainnya, yang memiliki perasaan malu seperti kebanyakan wanita melayu. Dia lebih mengagumi wanita barat dalam erti kebebasan dan keterbukaan.

Allah, aku harap tidak semua pemuda2 islam berfikiran sepertinya. Bukankah malu itu perhiasan bagi orang beriman terutamanya kaum hawa. Tidakkah dia perasan disebabkan sifat malu yang semakin terhakis itulah kita boleh melihat apa yang sedang berlaku di dunia hari ini. Wanita berpakaian seksi, pertandingan ratu cantik, disko dan kelab malam, juga tidak kurang yang menganggap bertudung itu hanyalah satu fesyen kecantikan.

Ini pemandangan sewaktu aku berhenti solat subuh di sebuah masjid besar di Muar, terkejut dgn bilangan jemaah yg 'tersangat ramai'..hehe masjid ni luar dalam sama je warna dia..saje nak cakap, takde apa2 pun.. ^_^

Katanya, sekarang dia memiliki dua orang anak perempuan berumur empat tahun dan setahun, kalau aku tidak salah. Aku harap, nantinya dia akan mendidik anak2 kecilnya bukan dengan berkiblatkan barat dan membelakangkan ajaran agama. Atau sekurang-kurangnya, dia tidak berbangga jika nanti anak perempuannya menjadi terlalu bebas dan berpakaian hebat seperti gadis2 barat.

(Alhamdulillah, ketika selesai mengedit tulisan ini, baru sahaja selesai solat maghrib iaitu solat fardhu pertamaku utk tahun 1435.. Jadi utk tahun ini, kpd sahabat2 yg masih belum mempunyai azam baru, masih belum terlambat utk melakukannya.. Dan kat sini nak bagi sedikit panduan sebelum fikir nak azam apa..... - 'Drpd kita berazam utk tambah amalan, lebih baik berazam meninggalkan maksiat.. Apalah gunanya tambah amalan sunat banyak2 sedang maksiat turut seiring..' Baiklah, jom buka lembaran baru dengan bismillah... Wallahua'lam)