Bismillahirrahmanirrahim...
(Tulisan ini aku siapkan ketika berada di Malaysia tempoh hari, tapi tidak diupload kerana internet nggak ada..baiklah, selamat membaca ^_^)
Hari ini hari raya kedua, bermakna sudah tiga hari aku
menjejakkan kaki di bumi Malaysia. Alhamdulillah nikmat bertemu dan bersama
keluarga merupakan anugerah dari Allah yang tidak harus disia-siakan. Jika di
Mesir, kita bersama sahabat2 yang sama generasi, atau di level yang sama. Tapi
di sini, kita bergaul dan berborak dengan semua lapisan masyarakat, yang tua
dan yang masih kanak2.. Sungguh semua yang berlaku di hari2 terakhir ini banyak
mengajarku erti kehidupan.
Bergurau dengan orang tua, huhu kadang2 lawak orang tua
lebih menghiburkan hati berbanding lawak zaman sekarang yang ditonton di
televisyen dan internet. Juga
semalam, aku bertemu dengan dua orang sahabat lama yang pernah menjadi rakan
sepermainanku ketika kecil dahulu. Mandi sungai, masuk hutan cari buluh nak
buat tiang gol, memancing dan sebagainya, ya itulah aktiviti2 kami kecil2
dahulu.
Semalam, aku mendapat tahu tentang keadaan dirinya yang agak
memedihkan hati. Lebih kurang sebulan sebelum puasa, dia dan adiknya
ditangkap kerana terlibat dalam aktiviti mencuri dan menjual motosikal curi. Allah, sahabat mana yang tak terasa kesal di hati..terutama kerana
kita tahu dia dahulunya sekolah agama, belajar arab dan selalu solat berjemaah
di masjid. Tapi kini…sungguh, hidayah Allah terlalu mahal harganya..
Ada satu kisah yang ingin aku kongsikan di sini. Sepanjang
perjalananku dari Mesir ke Malaysia tempoh hari, aku sempat mengkhatamkan
sebuah novel yang bertajuk ‘Maria’. Novel ini dihadiahkan oleh Ustaz Malik
a.k.a. Akhukum Abdul Malik ketika aku menziarahi rumahnya di Kaherah setahun
yang lalu. Novel ini merupakan terjemahan dari sebuah novel berbahasa Turki
yang dihasilkan berbelas2 tahun lalu kalau aku tidak salah.
MasyaAllah novel itu sangat membuka mataku tentang apa yang
dinamakan Kristianisasi, Islam dan Atheis. Ia menceritakan agak detail
perancangan2 musuh dalam menelanjangkan negara Islam selepas kejatuhan Khilafah
Uthmaniyah. Tidak hairanlah penulis asal novel ini beberapa kali dipenjarakan
di Turki kerana kelantangannya dalam mengecam barat. Tapi ini kisah berbelas2
tahun yang lalu, sebelum pemerintahan Erdogan.
![]() |
Bersama Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man..senyum! ^^ |
Huhu aku pun tidak tahu apa yang aku ingin tuliskan di sini,
kerana hendak menulis synopsis novel itu pun bisa membuat tanganku mengah. Cuma
yang aku mahu sampaikan, Allah mentaqdirkan aku bertemu dengan orang yang
berfikiran seperti itu ketika dalam perjalanan dari KLIA ke LCCT, ketika sedang
rancak mendengar cerita sang driver teksi.
Ya, dari cerita dan pandangannya tentang barat dan Islamic
culture, ada persamaan dengan novel yang baru sahaja aku khatamkan beberapa jam
sebelum itu. Dia kelihatannya tidak bersetuju dengan perempuan yang terlalu
mengikut adat atau dengan kata lainnya, yang memiliki perasaan malu seperti
kebanyakan wanita melayu. Dia lebih mengagumi wanita barat dalam erti kebebasan
dan keterbukaan.
Allah, aku harap tidak semua pemuda2 islam berfikiran
sepertinya. Bukankah malu itu perhiasan bagi orang beriman terutamanya kaum
hawa. Tidakkah dia perasan disebabkan sifat malu yang semakin terhakis itulah
kita boleh melihat apa yang sedang berlaku di dunia hari ini. Wanita berpakaian
seksi, pertandingan ratu cantik, disko dan kelab malam, juga tidak kurang yang
menganggap bertudung itu hanyalah satu fesyen kecantikan.
Katanya, sekarang dia memiliki dua orang anak perempuan
berumur empat tahun dan setahun, kalau aku tidak salah. Aku harap, nantinya dia
akan mendidik anak2 kecilnya bukan dengan berkiblatkan barat dan membelakangkan
ajaran agama. Atau sekurang-kurangnya, dia tidak berbangga jika nanti anak perempuannya menjadi terlalu bebas dan berpakaian
hebat seperti gadis2 barat.
(Alhamdulillah, ketika selesai mengedit tulisan ini, baru sahaja selesai solat maghrib iaitu solat fardhu pertamaku utk tahun 1435.. Jadi utk tahun ini, kpd sahabat2 yg masih belum mempunyai azam baru, masih belum terlambat utk melakukannya.. Dan kat sini nak bagi sedikit panduan sebelum fikir nak azam apa..... - 'Drpd kita berazam utk tambah amalan, lebih baik berazam meninggalkan maksiat.. Apalah gunanya tambah amalan sunat banyak2 sedang maksiat turut seiring..' Baiklah, jom buka lembaran baru dengan bismillah... Wallahua'lam)
seronok yer belajar kat luar negara
ردحذف