الاثنين، 28 أكتوبر 2013

Pelajar Baru Dan Kisah Ummah Yang Kritikal

Bismillahirrahmanirrahim...

Sudah lebih seminggu menjalani kehidupan di bumi Mesir setelah pulang dari Malaysia. Alhamdulillah tidak banyak yang berubah setelah pergolakan yang berlaku walaupun memang ada beberapa perkara yang membuatkan diri terasa seperti berada di tempat asing terutama apabila ramai junior2 rapat yang tukar universiti ke Malaysia dan India.

Biarlah, mungkin jodoh mereka dengan bumi Alex hanya setakat ini, mudah-mudahan di tempat baru mereka cepat menyesuaikan diri dan bisa mempamerkan keindahan Islam melalui akhlak mulia seorang bekas pelajar mesir, hehe ayat poyo. Tahun ini aku tidak terlibat secara rasmi dalam sambutan mahasiswa baru (tahun 1) kerana pulang agak lambat ke sini, sekadar menjadi musyrif kepada rumah mahasiswa kelantan, itu sahaja.

Lagi pula tahun ini pelajar baru yang berdaftar di Alex sebagai tahun 1 hanyalah sebilangan kecil memandangkan MARA yang tidak lagi menghantar pelajar tajaannya. Dalam hati, aku kagum kepada semangat mereka. Di saat orang lain sedang berkira-kira untuk menyambung pelajaran di tempat lain, mereka nekad masuk ke sini.


Aku tidak tahu apa alasan mereka masih memilih Mesir dalam keadaan politik Mesir yang masih tidak stabil seperti ini, namun aku yakin seandainya niat mereka ikhlas untuk mencari permata berharga yang terdapat di setiap pelosok bumi anbiya', aku yakin mereka tidak akan pulang dengan penyesalan. 

Mesir bumi tarbiyah. Ya, tarbiyah di tempat ini berbeza dari tempat lain. Mujahadahnya berbeza. Bukan bermakna tarbiyah di sini lebih bagus, tidak bukan itu maksudku. Berbeza bukan bererti yang satu lebih bagus dari yang lain, tapi perbezaan itu adalah dari sudut aspek dan realiti. Air milo dan nescafe, dua2 manis dan sedap namun intinya berbeza bukan?

Minggu lepas ketika ada pertemuan dengan pelajar2 baru, aku tersenyum menyambut mereka, wajah2 bersih yang datang dari jauh semata-mata untuk berjihad menuntut ilmu. Majoritinya berpakaian kemas serta  memiliki gaya rambut seorang doktor, huhu biasalah tahun pertama kan..aku harap ini akan berkekalan sampai ke tahun akhir. 

Namun dalam ramai2 itu, ku dapati ada satu kejanggalan pada seorang pelajar lelaki, maaf aku tidak akan sebut di sini. Cuma aku dapat merasakan sesuatu, iaitu sedikit masa lagi tarbiyah mesir akan mengubah dirinya menjadi seorang muslim yang cemerlang.. ^_^

***************

Sebulan lalu di Malaysia, ketika sedang berbual dengan bonda dan ayahanda tercinta sementara menunggu waktu isyak, rumah kami telah diziarahi oleh sebuah keluarga, orang kampung di situ juga. Mereka datang berhajat, tampak tergesa2.

Rupa2nya anak dara mereka telah lari meninggalkan rumah kerana mengikut mat motor yang merupakan teman lelakinya, astaghfirullah berkali2 beristighfar mendengar berita itu. Mereka datang untuk minta tolong ayahandaku yang bekerja di pejabat polis negeri. Gimana ya, umur anaknya masih sangat muda, mungkin dalam 20an, sudah terpengaruh dengan cinta nafsu yang membinasakan.

Aku kasihan melihat adik beradiknya yang datang ke rumah, di mata mereka penuh pengharapan untuk melihat kakak mereka pulang semula ke rumah. Sudah lebih seminggu katanya, entah apa yang sudah dilakukan oleh mat2 motor kepada perempuan itu, semoga Allah melindunginya.. Oh anak muda begitu indahkah cinta yang dia tawarkan sehingga maruahmu diperjudikan seolah2 tiada berharga.


Cerita lain pula, ketika menghadiri kursus nikah dengan abangku, terzahir lagi peristiwa yang menyayat hati. Ketika penceramah berpusing satu dewan sambil brtanya apakah maksud 'Asyhadu alla ilaha illallah...' Bayangkan ya, dalam puluhan peserta yang ditanya, yang dapat jawab hanyalah empat lima orang..sedih2..

Sebelum ini peristiwa sebegini hanya mampu aku baca di internet dan buku, namun cuti tempoh hari Dia zahirkan secara live. Ada hikmahnya di situ. Mungkin aku terlalu leka sebelum ini, lalu dihadirkan peristiwa2 itu untuk menyedarkan diri bahawa keadaan ummah sedang dalam kritikal.

(Kali ni menulis dalam tergesa2, huhu mungkin sudah lama tidak menulis sehingga terlupa amanah yg ini. Jadual harian dan mingguan harus ditulis semula. Baiklah, kepala mula terasa berdenyut sejak dari lepas kelas tadi. Lepas asar kena p asrama MARA utk berjumpa adik2 lelaki kelantan yg baru sampai..nak tidur la sat, k bai.. Wallahua'lam ^_^ )

هناك تعليق واحد: