الخميس، 17 أكتوبر 2013

Hati Ini Cenderung Untuk Berada Di Sana

Bismillahirrahmanirrahim…


Lebih dua bulan tidak menulis, jari jemari terasa sedikit janggal, tidak selancar biasa. Ketika menulis ni sedang dalam perjalanan ke mesir, berada di Doha kerana transit selama 14 jam. Kadang kala bila ku buka blog sendiri, rasa ingin menulis itu ada, namun tidak bisa. Bukan kerana tidak punya masa, bukan juga kerana malas, bukan kerana sebab2 sewaktu dengannya, bukan bukan.. Melainkan kerana satu perkara, rumahku tidak ada internet huhu..

Nasib baik handphone ini masih boleh langgan internet, alhamdulillah bisa juga membuat kerja-kerja persatuan sikit walau tidak sepenuhnya. Sungguh, terlalu banyak yang ingin ku kongsikan tapi bila menulis ni, rasa tidak tahu dari mana dan apa yang harus diceritakan. Baiklah, biar sahaja aku mulakan dengan perkara yang baru aku selesaikan iaitu perihal mesir dan UIAM.

Disebabkan pergolakan yang berlaku di Mesir tempoh hari, aku mengisi borang kpt untuk menyambung pelajaran di malaysia dan alhamdulillah ditawarkan untuk ke UIA Kuantan, masuk ke tahun 4. Penat juga berhari-hari lamanya memikirkan tentang ini, istikharah dan juga istisyarah bersama teman2 seangkatan. Kedua-duanya ada kebaikan dan kekurangan sendiri, itu yang menyukarkan sebenarnya.


Pandangan manusia itu terhad kan, tidak mampu melihat jauh ke masa hadapan. Aku memilih Mesir.. Semoga istikharah ini benar dari Tuhanku... Seandainya selepas ini berlaku apa2 yang tidak diingini, cukuplah aku serahkan diri pada Allah, bagi mengajar bahawa diri ini hanyalah seorang hamba yang terbatas segala ilmu, kerana masa depan juga adalah termasuk pengetahuan ghaib.

Aku sedar aku salah, yang tidak berfikir panjang sebelum mengisi borang itu. Aku mungkin tanpa sedar telah mengambil tempat yang orang lain lebih berhajat padanya. Ya tuhan demi Allah aku sangat merasa bersalah kerana itu. Wahai sahabat2 yang membaca ini, yang menyedari akan hal ini dan yang aku telah mengambil hak dirinya, aku mohon maaf, sesungguhnya aku benar2 tersalah langkah.

Aku mungkin bisa menjawab aku tidak sengaja atau apa2 sahaja untuk membela diri ini, namun itu hanya alasan.. Tolong, maafkan aku, aku bersalah.. Risau juga sebenarnya kalau2 dengan itu menjadi asbab keberkatan mencari ilmu di bumi mesir akan ditarik perlahan2, ya Allah aku berdoa janganlah itu berlaku kerana sememangnya antara sebab aku ingin kekal di sana adalah mutiara agama yang melimpah ruah di bumi anbiya'.

*******************

Cuti yang telah berlalu ini, menemukan aku dengan erti dunia sebenar di luar sana. Ya, realiti yang berlaku yang tidak terdapat dalam modul2 usrah. Maafkan aku, tapi budak2 usrah tidak akan mengerti hakikat ini tanpa kalian sendiri terjun ke dalamnya, merasa sendiri apa dunia jahiliyah itu. Aku pernah mengikut orang tabligh berdakwah, join orang usrah ke tempat2 tertentu untuk melihat dunia muda zaman kini, namun perasaannya tidak sama bila pergi ke tempat tersebut bersama dengan orang yang telah keluar dari dunia gelap itu sendiri.

Pergi bertemu dengan kawan2 lamanya yang masih bermain judi di tempat paling tersorok, bagiku dia telah mempamerkan akhlak terpuji. Siapa sangka, kawan2 lamanya yang walaupun masih tidak mendapat hidayah, yang sedang berjudi, meminta dia mendoakan agar suatu hari nanti mereka juga bisa menjadi 'bersih' seperti dirinya. Dia tidak pergi untuk menghalang mereka dari berjudi, sekadar pergi bertanya khabar dan tersenyum..namun kesannya kalian lihatlah, mereka juga tersenyum menyambutnya, dan ku lihat ada sinar2 bahawa hidayah Allah kan sampai jua akhirnya.

Barangkali kerana dia sendiri pernah berada di tempat itu, jadi dia tahu bagaimana perasaan setiap dari mereka. Segala2nya memerlukan kesabaran, dan dia sedang bersabar untuk membawa sahabat2 lamanya keluar dari lembah hitam itu. Suatu hari nanti, insyaAllah..


Maafkan aku ya, bukan semua budak usrah begitu, malah ku kenal ramai yang mempunyai hati bersih. Maafi aku naa.. :) Aku hanya tegur segelintir yang merasakan dirinya kuat iman, hatinya bersih dan tidak melakukan dosa besar, bahawa memandang hina kepada pelaku maksiat itu tidak tepat. Bencilah perbuatannya, bukan si pelaku.. Cuma kadang2, awasi lisanmu yang terlalu enak melabel mereka orang jahat..takut2, suatu hari nanti darjatnya di syurga tinggi mengatasi dirimu..

(Waduh sudah sejam menulis, tengkuk sudah lenguh mata pula meminta untuk beradu. Mesir aku datang! Betul kata sahabatku, untuk merasa sesuatu kemanisan kita harus menghirup dahulu seteguk kepahitan, kerana dengan itulah akan menjadikan kita seorang yang lebih menghargai..alhamdulillah... Wallahua'lam ^_^ )

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق