الخميس، 30 مايو 2013

Ideologi Yang Datang Dari Berhala

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai meeting petang itu, menunaikan solat maghrib berjemaah di tingkat 4, seterusnya bergegas menuju ke sutuh untuk menghadiri satu program tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Syafiq Sahimi, susuk yang ku kagumi kepetahannya menyentuh hati insan menerusi lisan pemberian Allah.

'Negara mana di dunia hari ini yang mengamalkan cara pemerintahan Islam seluruhnya?' Soal Ustaz Syafiq kepada semua yang hadir.

'Arab Saudi!' Jawab seorang hadirin.

'Betul jawapan tu, tapi Saudi hanya mengambil sejuzuk dari undang2 Islam yang sebenar. Di sana hudud dan qisas hanya dikenakan kepada rakyat biasa yang tidak mempunyai jawatan penting dalam negara.. Dan jika kesalahan dilakukan oleh para pembesar dan menteri, mereka akan dikenakan hukuman lain yang lebih ringan..'

Oh macam tu ke, aku tidak tahu fakta itu sebelum ni..

'Sebenarnya perkara ini telah pun berlaku di zaman Rasullullah SAW. Seorang perempuan bangsawan telah menghantar wakil kepada nabi meminta supaya hukum hudud tidak dikenakan pada golongan atasan.. Lalu merah padam muka baginda, lantas berdiri dan bersabda 'Demi Allah, seandainya Fatimah puteri Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya.'

Inilah usrah kami.. Berbagai2 topik kami bincangkan bersama, seolah2 hati kami sudah menjadi satu.. Bila berkumpul, tiada yg akan pulang dengan bermasam muka, huhu mungkin disebabkan perangai masing2 yang suka mengusik.. ^_^

'Itulah salah satu keadilan Islam yang tidak akan mampu ditandingi oleh mana2 ideologi untuk sepanjang zaman. Kalau dulu manusia menyembah berhala, maka zaman sekarang manusia menyembah ideologi2 yang datang dari berhala pula. Sekularisme, liberalisme, pluralisme dan berbagai2 lagi ideologi yang sangat menyesatkan insan jauh dari kehidupan mengesakan Allah.'

Bahkan kalau dinilai secara terperinci, ideologi ini sudah menyerap hampir ke dalam setiap sendi umat Islam. Sebab itulah ketika zaman permulaan Ikhwan Muslimin, as-Syahid Imam Hassan al Banna terpaksa membawa dan memperkenalkan Islam sebagai sebuah ideologi akibat hebatnya serangan sesat yang telah berakar umbi itu.

Sedangkan kita tahu, Islam bukanlah satu ideologi sebaliknya merupakan cara hidup terbaik bagi memandu insan menuju ke negeri yang kekal abadi.

Kemudian, aku jadi tersentap apabila Ustaz Syafiq menceritakan pula perihal kematian, antara perbandingan nilai dunia dan akhirat. Ustaz menyebutkan seharusnya setiap mahasiswa perubatan itu menjadi sangat takut kepada Allah lantaran peringatan2Nya yang sentiasa terzahir di hadapan mata. Apabila masuk ke lab anatomy, memegang mayat2 insan yang sudah kaku, tidak pernah terlintaskah di hati bagaimana sekiranya diri sendiri yang berada di tempat itu suatu masa nanti..


Mayat itu mungkin pada waktu hidupnya tidak pernah terfikir untuk menjadi cadaver, dipotong kepada bahagian2 kecil,  lalu setiap hari sendinya ditarik oleh pelajar2 perubatan yang kadang2 menyebabkan ia terputus dua. Seandainya mayat itu ditanya ketika dia masih hidup, mungkin dia tidak sekali2 akan bersetuju untuk menjadi cadaver seperti itu. Namun bila dia meninggal, waris atau kerabatnya bisa melakukan apa saja.

Allah, tertunduk seketika.. Benar, tiada peringatan yang lebih baik dari kematian itu sendiri. Kadang2 hidup ini terasa begitu asyik dan menyeronokkan. Apabila bergembira bersama teman2 sekepala, menuju ke Green Plaza, bermain kad dan bergurau mesra, kadang2 kita lupa untuk mengingatkan hati bahawa sememangnya kematian itu sangat dekat..

Tak terbayang kan, andai Allah menarik nyawa kita ketika baru sahaja pulang dari menonton wayang. Ya mungkin pada ilmu kita, kita tidak melakukan apa2 dosa, pergi pula bersama rakan sejantina, tidak berhimpit2 dengan wanita, namun di situ pasti hati tidak seronok untuk bertemu Allah dalam keadaan diri langsung tidak mengingatiNya.


Sekurang2nya, kita sangat berharap agar Allah mencabut nyawa kita dalam keadaan kita benar2 bersedia, kita meninggal dalam keadaan berwudhuk serta bibir sedang beristighfar memohon keampunan..insyaAllah, jangan berhenti berdoa untuk husnul khatimah..

Di akhir tazkirah, ustaz membuat satu lagi persoalan ; 'Andai kata kita berada di tengah2 masyarakat yang telah rosak dan tidak mengamalkan gaya hidup Islam, maka saat itu adakah kita akan berpaling dan meninggalkan mereka seterusnya menuju ke tempat lain yang lebih islamik?'

Erm ok juga macam tu, baik aku tinggal di tempat yang aman dan jauh dari gangguan mat2 rempit..  Pasti lebih tenang kan, nak buat usrah pun pasti lebih mudah bila bersama dengan orang2 yang sudah faham..


'Tidak sahabat2, jangan begitu..sifat mukmin yang berjuang ialah mereka mengasingkan diri secara perasaan dan bukannya tubuh badan. Biarlah tubuh badan kita bersama mereka, hidup dengan mereka, bekerja bersama namun dalam masa yang sama kita tidak pernah berhenti berusaha mengajak hati mereka pada Allah.'

Mungkin kadang2, kita jadi tidak selesa apabila bersama dengan orang2 yang melakukan maksiat kerana lumrah orang beriman hatinya tidak pernah redha dengan perbuatan dosa. Tuhan tahu betapa kita tidak mahu berada di tempat itu, perasaan kita sedang berperang, namun atas alasan dakwah, kita teruskan juga dan tidak pernah berganjak.. InsyaAllah, saat itu redha Allah sedang mengiringi..

'Rasullullah SAW tidak pernah didustai disebabkan akhlak baginda...sebaliknya yang mereka dustakan ialah seruan nabi dan ayat2 Allah Taala..'

(Sedang cuba mengatur langkah sebaiknya, merancang masa depan selagi terdaya.. Kelihatannya ramadhan semakin hampir, bermakna tarikh untuk pulang ke Malaysia juga semakin hampir. Alhamdulillah tahun ini Allah izin utk menjalani ramadhan lebih lama di sini, disebabkan imtihan yg habis lambat. Sehari sebelum raya barulah sampai ke kelantan.. Selepas raya pula banyak program yang sedang dirancang, jadi kpd sahabat2 yang ingin menjemput, ha silalah maklum awal2 naa.. ^_^ Wallahua'lam)

الاثنين، 20 مايو 2013

Inilah Bakal Pemimpin Yang Dinantikan

Bismillahirrahmanirrahim...

'Seorang pemimpin itu, ialah seorang yang memiliki peribadi mulia, yang menjaga kerendahan hati, yang tidak memandang amanah sebagai alat untuk bersenang lenang. Dia sedar bahawa di bahunya tertanggung beban yang teramat berat, lalu dia tidak mensia-siakannya..'

Aku mendengar luahan demi luahan yang keluar dari mulut mereka, datang dari hati yang paling jujur. Malam itu tidak sedikit yang menitiskan air mata, sehingga aku sendiri tidak berupaya menahannya. Satu ketika dulu aku pernah berada di tempat mereka berada sekarang ini, mungkin kerana itulah aku mengerti sekali apa yang sedang mereka rasakan.

Sepanjang hari berlangsungnya kursus kepimpinan AJKT Iskandariah di universiti, kemudian beralih tempat pula ke asrama MARA, ini adalah kemuncak yang paling memeritkan hati. Mereka adalah orang2 besar persatuan, terdiri dari pengerusi dan barisan pimpinannya. Yang menjalankan kursus ini ialah barisan penasihat dan bekas ajkt.

Rasanya aku tidak akan menceritakan dengan detail apa yang berlaku, biarlah hanya Allah dan mereka yang berada dalam bilik itu sahaja yang tahu. Cuma yang ingin dizahirkan di sini, hati jadi benar2 terkesan dan benar2 mengakui bahawa kepimpinan merupakan satu tugasan terakhir yang akan dipilih seandainya diletakkan sebaris dengan tugasan2 lain yang terdapat di dunia ini.


Kerana hati seorang pemimpin itu tersangat mudah untuk diuji dengan perasaan takbur, sombong, bangga diri dan riyak. Juga tidak mudah untuk mengelakkan dari tersentuh bisa 'ego seorang pemimpin'. Di saat menerima teguran dari rakyat jelata, rasa terpalit aib di wajah, kerana merasakan dirinya dipilih sekalian rakyat...

Dalam kursus itu, mereka diajar bagaimana untuk menjaga peribadi sebagai seorang pemimpin, setiap yang dilakukan akan dinilai sepanjang masa. Akan ada markah yang ditolak andai terlelap walau sesaat, menjaga akhlak mengikut muwasafat tarbiyah yang digariskan. Juga, mereka diuji dengan makanan tarbiyah yang mungkin pada selera insan biasa, ianya tidak sedap.

Makanan yang hanya berlaukkan gula dan garam, tiada ayam mahupun daging, yang ada hanyalah tomato dan carrot sebagai pembuka selera yang paling mewah. Aku dapat melihat muka masing2 yang sedikit berkerut bila disajikan dengan makanan itu, manakala arahan yang diberikan adalah untuk menghabiskan tanpa meninggalkan sedikit sisa pun.

Ramai pejuang Gaza kini ke Syria bagi membantu mujahideen di sana. Dan ramai pasukan perubatan dari Gaza telah ke Syria. Kerana apa? Kerana mereka tahu, Syria perlukan lebih perhatian di waktu ini. Satu dunia bersimpati dengan Palestin, tetapi tidak semua prihatin dengan isu Syria. Tetapi tidak buat saudara kita di Palestin, sejarah membuktikan bilamana Saidina Umar dan Salahudin al-Ayubi membebaskan Aqsa, mereka terlebih dahulu membebaskan Syria. Doakan mereka!

Seronok juga ya membuli ajkt! Kami ajk pelaksana dengan selamba makan nasi berlaukkan ayam masak merah di hadapan mereka, huhu sengaja.. Namun itulah, walau masa itu kami seolah2 menjadi 'jahat', sejujurnya dalam hati ini hanya Allah yang tahu, kalau boleh aku ingin berkongsi ayam itu dengan mereka, kerana kebanyakan ajkt itu adalah sahabat2 yang rapat denganku..

Namun itu adalah silabus yang disediakan untuk mereka, agar timbul semangat menundukkan nafsu dalam diri masing2, menurunkan ego dan patuh kepada arahan ajk pelaksana walau di luar mereka adalah orang tertinggi dalam persatuan. Dan mereka benar2 menunjukkan akhlak yang mengagumkan, mereka masih tersenyum padaku dan berbual seperti biasa walau makanan masing2 berbeza..

Selesai sesi muhasabah, semua kembali ceria. Bersama-sama membaca dan mengaminkan doa rabitah, seterusnya berpelukan meminta maaf kepada semua orang, demi Allah terasa ketenangan yang amat sangat..seolah2 kekuatan kembali berkumpul, untuk bersatu bekerja demi Islam yang tercinta.

pengerusi kami.. ^_^

Begitulah sunnah perjuangan, kita tidak akan mampu untuk terus menjadi kuat dan thabat tanpa terlebih dahulu melalui jerih perih dan duri dalam perjuangan. Sebab itulah Rasullullah dididik dahulu dengan menjadi pengembala kambing sebelum diangkat secara rasmi menjadi rasul, kerana telah diketahui umum bahawa kambing ialah binatang yang degil dan keras kepala.

Maka kelak apabila baginda berdepan dengan manusia yang berhati batu, ia bukan lagi menjadi masalah besar dan baginda tidak mengeluh lagi.. Itulah yang diharapkan sebenarnya dari medan persatuan ini, di sini masing2 dilatih dan diuji dengan ujian mental serta ketahanan, agar nantinya bila pulang ke Malaysia, kita mampu berjuang menumbangkan jahiliyah moden yang sedang berleluasa..insyaAllah..

(Kadang2 hati terasa, namun apabila kita faham akan situasi sebenar, hati kembali menjadi tenang.. Sesungguhnya Allah sudah ada perancangan untuk kita, maka laluilah perancangan itu dengan penuh redha dan berharap padaNYA.. Mungkin sekarang ia berlaku tidak seperti yang diinginkan, seolah2 banyak masalah berlaku..tapi kita tidak tahu bagaimana masa depan kan..maka jangan risau, Dia tahu..senyum! Wallahua'lam ^_^ )

الاثنين، 13 مايو 2013

Generasi Ini Dahagakan Sesuatu

Bismillahirrahmanirrahim...

Selesai solat jumaat, berjalan kaki pulang ke rumah. Hari ini sengaja memilih masjid yang agak jauh dari rumah. Bukanlah ada apa-apa yang istimewa melainkan sekadar ingin melihat suasana baru di masjid lain. Tiba-tiba mataku terpandang beberapa pelajar lelaki melayu berlari-lari anak menuju ke masjid di hujung sana yang masih belum selesai solat.

Hati jadi tertarik dengan apa yang dilihat, mungkin kerana sememangnya aku kenal mereka walaupun tidak terlalu rapat. Dengan pantas mereka mengangkat takbiratul ihram dan terus duduk mengikut imam yang sedang tahiyat akhir. Demi Allah hati jadi tidak gembira dengan apa yang berlaku. Kalau sebelum ini aku selalu dengar kisah mereka dari orang lain namun kini hati mula mempercayai apa yang diperkatakan.

Rumah mereka hanya bersebelahan dengan masjid. Aku pernah diberitahu oleh seorang teman mereka bahawa ada kalangan mereka yang tidak menunaikan solat fardhu dan ada yang hanya solat ketika imtihan mendekat. Bila pulang ke rumah, sahabatku mengkhabarkan dia sendiri sudah banyak kali melihat peristiwa itu, iaitu mereka hanya akan bergegas turun ke masjid apabila sudah mendengar iqamah. Allah syeikh, itu solat jumaat, bukan solat fardhu lima waktu!

Yg batil tetap batil walaupun ramai yg melakukannya, dan yg haq itu tetap haq walaupun sedikit yg melakukannya... beranilah memilih kebenaran walau bersendirian..

Terus aku jadi terfikir akan hukum bersolat seperti itu, kerana solat jumaat berbeza dengan solat2 lain. Boleh ke kalau sambung rakaat imam yang sedang tahiyat akhir, kita bangun dan tambah dua rakaat sahaja? Kalau tak salah, kita wajib selesaikan ia menjadi empat rakaat.

Tiba2 rasa Allah sedang menegur diri sendiri. Kadang2 kita sibuk dengan urusan luar yang kelihatannya lebih besar sehingga terlupa bahawa ada insan yang sedang 'perlukan perhatian' kita. Kita selalu pergi ke kelas tafaqquh dengan housemate tapi terlupa mengajak jiran bersama. Keindahan Islam adalah untuk dikecapi bersama, kenapa begitu kedekut untuk dikongsikan.

Di luar berbicara hebat tentang perjuangan Islam, pembinaan khalifah seterusnya menuju ke ustaziyatul alam, namun sahabat tidak solat pun malu untuk menegur. Bahkan kadang kala orang yang berbicara hebat seperti inilah yang memandang rendah kepada mereka yang pengamalan Islamnya tidak berapa bagus. Dianggapnya mereka umpama orang tidak mendapat hidayah yang selama2nya akan kekal begitu.


Allahu Allah..semoga Dia memelihara hati ini daripada hati yang berpenyakit seperti itu. Kadang2 bila muhasabah sendirian, banyak kali keluar keluhan kecil. Sering terbayang di mataku keadaan masyarakat di Malaysia yang akan aku depani apabila bekerja di hospital kelak. Bila membaca di internet peratusan tinggi pelajar sekolah menengah yang tidak solat fardhu, yang pernah terlibat dengan seks bebas dan pelajar yang mempunyai kegiatan liar, terdetik di hati kecil :

'Mampukah aku menjadi asbab untuk mereka mendapat hidayah Allah?'

Satu ketika dulu, aku menyangka seteruk-seteruk mahasiswa itu ialah sekurang2nya mereka pasti mengerjakan solat lima waktu. Kerana mereka ialah insan mendapat pendidikan yang bisa berfikir baik buruk sesuatu perkara. Apatah lagi nikmat dapat menyambung pelajaran di universiti merupakan nikmat yang wajib disyukuri lantaran bukan semua yang mengimpikannya akan mendapat nikmat itu. Namun kini aku menyedari bahawa semuanya tetap bergantung kepada  hati yang disuluh iman pemberian Allah.


Aku pernah terkesima dan seolah2 tidak percaya apabila seorang sahabat menceritakan tentang beberapa mahasiswa sebuah universiti di Mesir yang ketagih arak dan ganja. Allah syeikh, sangat susah bagi hati untuk menerima kenyataan itu.. (bilangan universiti di Mesir yang menyediakan jurusan perubatan ialah 7, maka jangan cuba meneka universiti mana yg sedang aku ceritakan..)

Bagaimana ya dengan mahasiswa seperti ini apabila pulang ke Malaysia kelak, sangat menjatuhkan imej sebagai mahasiswa lepasan timur tengah. Bagaimanakah penerimaan pesakit2 apabila mengetahui doktor yang sedang merawatnya saat ini ialah seorang penggemar minuman keras dan seorang yang selalu ponteng kuliyah..saat itu yakinkah dia dengan rawatan yang sedang diterima?

Maka atas sebab itulah aku zahirkan rasa hati menerusi tulisan ini, mengharap agar diri sendiri akan membacanya di saat iman terasa lemah dan mengingatkan kembali cita2 lalu untuk melihat Islam tersebar luas di setiap rumah di Malaysia khususnya.

(Sedang membina perancangan sendiri, memohon padaNya agar Dia tidak meninggalkan diri ini keseorangan. Walau mungkin ada kesukaran namun jika di situ ada redhaNya, itu lebih aku harapkan melebihi segalanya. Kerana aku tahu, jika Dia telah membantu, tiada lagi apa yg dinamakan kesusahan..pasti sekelip mata bisa ditukar semuanya menjadi keindahan.. Wallahua'lam)

الأربعاء، 8 مايو 2013

Di Kala Perjuangan Diuji Dengan Air Mata


Bismillahirrahmanirrahim...

Waktu maghrib itu, ada air mata yang mengalir. Kala bersujud pada Yang Esa, terasa redup seketika perasaan gundah di hati. Waktu di Mesir lewat 6 jam berbanding Malaysia, dan result PRU 13 baru sahaja diumumkan. Ya Allah kenapa keputusan ini begitu memeritkan hati. Mungkin tidak keterlaluan aku katakan, inilah kali pertama air mata menitis pabila menerima keputusan pilihanraya.

‘Sori ya, kita kena habiskan meeting ni secepat mungkin, ada 2 jam lebih sahaja lagi sebelum result PRU..3 kali yassin tak habis baca lagi hari ni.. kita doakan semoga parti yang memperjuangkan Islam diberi kemenangan.. (Kalau UMNO yang perjuangkan Islam, maka kita doakan kemenangan untuknya..dan begitulah sebaliknya..)Aku faham politik persatuan di sini, tidak boleh mengisytiharkan secara terang apatah lagi di dalam meeting program persatuan seperti ini, takut2 akan menjadi fitnah kepada persatuan..harap2 mereka faham..

Selepas masuk waktu zohor, meeting ditamatkan dan aku bersama seorang lagi sahabat terus bergegas menuju ke rumah Naza selepas mendapat perkhabaran di rumah itu dipasang screen besar bagi menayangkan keputusan PRU secara live. Bila sampai, tengok2 orang dah ramai, ruang tamu dah penuh.


Semua menunggu dengan sabar, ya Allah kenapa slow sangat ni...hati terus merintih sambil tidak berhenti doa dipanjatkan. Tambahan pula apabila melihat post2 di facebook yang menunjukkan banyak kerusi yang dimenangi PR. Namun ia tidak kekal lama, apabila membuka link tv3, demi Allah kepala ini mula menjadi sesak..

Akhirnya menjelang waktu maghrib, hampir semua tempat telah diumumkan. Lalu bermulalah bibit-bibit kesedihan..Suasana dalam rumah berubah serta merta, bertukar menjadi tidak semeriah tadi, mungkin masing-masing tenggelam dalam perasaan sendiri.

‘Kalaulah kita yang langsung tidak menyumbang apa2 kepada PAS ini pun rasa tak tahan dah, bagaimana agaknya perasaan tuan guru kala ini..bagaimana dengan mereka yang berhari2 tidak cukup tidur bagi menyebarkan risalah kebenaran..juga bagaimana perasaan mereka yang melihat dengan mata kepala sendiri penipuan yang dilakukan oleh SPR..’

Biarlah aku semadikan sahaja gambar ini di sini..kerana di gambar ini terzahir semangat yg ingin ku sebarkan kpd semua pemuda Islam.. 

Biarlah, memang benar hati sakit, pedih menghadapi kekalahan, namun usah berlebihan kecewa kerana harus ditanam dalam setiap diri pejuang bahawa Putrajaya bukanlah ghayah(matlamat) kita sebaliknya ia hanyalah wasilah kita untuk meninggikan syiar Islam. Aku percaya, seandainya tujuan utama kita menyertai pilihanraya adalah untuk memerintah Malaysia, maka jemaah ini pasti sudah lama terkubur pada tahun 80an tatkala Kelantan dirampas oleh UMNO hasil campur tangan Berjasa.

Waktu itu, jemaah ini dipandang sinis di seluruh negara, ceramah PAS diharamkan di mana2. Pernah satu ketika Tuan Guru Fadzil Nor dan beberapa lagi orang besar mengadakan ceramah, yang hadir hanya 3 orang. Namun ceramah tetap diteruskan. Boleh bayang tak penceramah 5 orang, pendengar adalah 3 orang? Allah..seandainya tiada keikhlasan dalam hati ulama2 ini, ku kira PAS tidak akan bertahan sehingga ke hari ini..

Sudah menjadi sunnatullah orang berjuang, kesusahan pasti akan bergerak seiring. Sudah berapa banyak nyawa yang terkorban pabila berjuang dalam jemaah ini, ada yang dibunuh seperti yang berlaku di Kelantan tahun 50an (aku lupa nama ustaz itu), yang ditangkap ISA tak terkira bilangannya, peristiwa Mamali di Kedah, ah tak larat rasanya mengorek satu persatu sejarah lampau yang bisa mengalirkan air mata bagi yang menghayati..

Aku berjanji dengan diri sendiri akan menziarahi ke rumah Tok Guru di Pulau Melaka apabila pulang ke Malaysia nanti insyaAllah..antara kami tiada pertalian darah daging, namun kerana Allah aku mengasihinya..mudah-mudahan..

Susahkan apabila politik tidak disertakan di dalamnya perihal dosa dan pahala. Bukan apa, kita bukan nak jatuhkan UMNO kerana bencikan dia, tidak sama sekali tidak. Tapi kerana kita kasihankan mereka. Ya Allah seandainya mereka tahu seperti apa neraka itu; orang yang sedang diseksa di dalam neraka apabila dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam api dunia, nescaya mereka akan tertidur KERANA KESEJUKAN..ya Allah adakah mereka diperingatkan dengan azabMu yang teramat pedih ini...

Pabila melihat video2 tentang penipuan pilihanraya kali ini, hati berulang kali beristighfar, ya Allah tidakkah terlintas di hati mereka akan pengadilan di mahsyar yang maha dahsyat. Apa-apa pun, jauh di sudut hati kita masih bersyukur dengan kekalahan ini yang pasti mempunyai hikmah besar di sebaliknya. 

Mungkin Allah lebih tahu seandainya kali ini kita diberi kemenangan akan menyebabkan terjadinya fitnah2 hebat kepada perjuangan Islam, maka kekalahan ini adalah satu rahmat Allah yang wajib disyukuri. Lihatlah apa yang berlaku di Mesir selepas Dr Mursi memenangi pilihanraya presiden, ternyata ujian kemenangan itu lebih berat daripada sebelumnya.

Seolah2 Ikhwah Muslimin hanya berseorangan menghadapi semua helah dan tipu daya yang dimainkan musuh2 Islam. Di mana perginya Abul Futuh dan partinya, di mana jemaah Islam yang kini dilihat tidak lagi bersama Ikhwan Muslimin di saat Dr Mursi diserang hebat oleh musuh politik yang sekular seperti Hamdin Sobahi, Amru Musa, El Baradei dan sebagainya.

****************



Semalam berziarah ke makam2 wali dan sahabat Rasullullah SAW yang mulia di Kaherah. Alhamdulillah bersyukur Allah izinkan juga ia berlaku walau sebenarnya sudah lama berada di Mesir. Melegakan seketika kepedihan hati akibat kekalahan PRU 13 yg berlaku sehari sebelum itu. Juga mengajar diri sendiri dengan melihat orang2 dahulu yg hebat berjuang sehingga makam mereka sendiri ternyata jauh dari bumi kelahiran masing2 lantaran menyedari perjuangan sememangnya menuntut kepada pengorbanan..

(Hati yg penuh sesak apabila dihadirkan kepada Allah dlm keadaan penuh berserah, ya Allah tidak mampu digambarkan betapa nikmatnya erti ujian hidup.. Di saat diri merasakan tidak mampu lagi menyusun langkah untuk meneruskan perjalanan, saat itulah kita akan melihat betapa ajaibnya sujud kepada Allah bisa melahirkan kekuatan dalaman yg luar biasa.. Wallahua'lam)