الاثنين، 28 نوفمبر 2011

Syaitan Menjadikannya Terasa Indah

Sejuknya hari ni, ditambah dengan hujan renyai-renyai diluar sana..seolah-olah memberitahu semua rakyat betapa barakahnya hari ini, 28 November 2011..Balik saja dari kelas, ambil buku modul dan revise..Tak sempat bertahan lama, cuaca sejuk memaksa diri utk mengambil perlindungan, mengambil sesuatu utk membungkus badan..

Hari ini adalah hari ketiga bulan Muharam tahun 1433..Sudah tiga hari rupanya menjejakkan kaki ke tahun baru..Patutlah tengok status facebook masing-masing penuh dengan kata2 hikmah dan nasihat..Alhamdulillah sekurang-kurangnya kalendar hijrah masih belum pupus sepenuhnya dari ingatan anak-anak muda Islam..

Teringat tahun lepas, seorang sahabat memberi tazkirah dalam dewan kuliyah sebelum lecture bermula..'Daripada kita berazam untuk tambah amalan, lebih baik berazam meninggalkan keburukan..' Benar sekali kata-katanya, apalah gunanya kita tambah amalan sunat banyak2, sedang maksiat turut seiring..


Sedih juga tengok kawan2 yang diuji, terutama ujian cinta..Macam-macam jenis cinta, dari yang benar2 lagha sehinggalah kapel islamik..Dan pasangan islamik ni biasanya terdiri dari mereka2 yang faham agama..Pada luarannya nampak bagus, pasangan tolong ingatkan setiap kali masuk waktu solat, kejut tahajjud, ingatkan jangan lupa solat dhuha..masyaAllah nampak bahagia sangat..

Tapi kita jangan lupa, syaitan sangat pandai meniupkan angin2 kebinasaan kepada manusia..(Dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan buruk mereka, sehingga menghalangi mereka dari jalan Allah, maka mereka tidak mendapat petunjuk) (An-Naml, 24)


Semoga Allah beri hidayah kepada kita semua dari tipu daya syaitan yang maha menyesatkan..Bagi mereka yang belum diuji, berdoalah kepada Allah, mohon bantuanNya bagi berdepan dengan fitnah cinta ini..Dan bagi mereka yang sedang diuji, kuatkanlah diri untuk mujahadah melawan nafsu..Jadikanlah tahun baru ini sebagai pemangkin kepada kehidupan yang lebih baik..



 Pesan syeikh usamah,
DAHULUKANLAH menyucikan hatimu dari kotoran-kotoran hati SEBELUM mengisi hatimu dengan cahaya-cahaya mahabbah dan seumpamanya, kerana kotoran-kotoran hati itu akan menolak cahaya amalan tersebut. Apabila hatimu mulai jernih, cahaya Allah akan meresap ke dalam hatimu, terus kepada aqalmu, lantas terjemalah akhlaq-akhlaq mahmudah yang menjadi punca hidayah Allah kepada manusia yang memandangmu. Inilah cara membina manusia yang rabbani, yang menjadi sebab diutuskan Rasul dan diturunkan Al-Quran kepadamu.



الخميس، 24 نوفمبر 2011

'Kamu salafi'

Alhamdulillah, selesai sudah exam endocrine system..Susah jugak soalan tadi, betul2 menguji..Berdenyut kepala selepas keluar dewan, rasa macam nak cari katil cepat2, nak baring, tidur!

Dalam perjalanan pulang ke rumah, tengok sana sini..Fuh penuh dengan poster2, tulisan2, manifesto.. Makin dekat 28 November, makin meriah rasanya..Biarlah apa berita2 buruk yang sampai ke Malaysia, sedangkan kami kat sini biasa saja, badan makin naik adalah..

Cukuplah, kami tak nak evakuasi lagi..kami nak berada kat sini, sambung pengajian..Sememangnya takde apa yg perlu dirisaukan..Benar ada rusuhan berlaku tapi jauh dari tempat kami..dan kalau berlaku depan rumah pun, hanya perhimpunan aman, tiada pemedih mata, tiada senjata..yang ada hanyalah sepanduk dan gendang..Macam manalah boleh sampai berita ke Malaysia keadaan Mesir yang tak terkawal..oh media..

HizbunNur..parti salafi yang berpengaruh di Iskandariah..

Kebetulan rumah sy dekat dgn Masjid Bakri, masjid salafi..Boleh tengoklah diorg tampal poster, sana sini..Pernah sekali ditanya org arab, 'nta salafi wala eh?' sebab kami biasanya solat kat situ je..Dalam hati nak cakap, ana sunni..haha tapi tak berani, semua orang dia kat sini, kang tak pasal2 cari nahas..

Semua ini adalah pengalaman..Ada kawan2 yang persoalkan, 'Kenapalah time kita datang Mesir barulah semua ni nak berlaku..tak boleh ke tunggu 3 tahun lagi, biarlah kami habis belajar dulu' Ada juga yang risau akan sambung pengajian kat Malaysia, tak sempat habis kat sini..Macam2..

Dari kita habiskan masa fikir benda2 tu, baiklah kita duduk, hayati dan alami betul2 apa yang sedang berlaku sekarang..Nikmati betul2, ambil pengajaran dari setiap yang berlaku..Sungguh, semua ini tidak sia2!

Teringat kata2 Dr Fathi dua hari lepas, ketika menceritakan kelebihan2 wudhuk..betapa indah bahasa yang digunakan, menunjukkan keindahan Islam itu sendiri..Di saat kita bangun pagi2, dalam kesejukan winter, ditambah dengan pemanas yang rosak, kita masih sanggup menyentuh air yang bagaikan nak beku itu, semata-mata kerana Allah..sejuk macam mana pun, kita masih membasuhnya tiga kali..kita tidak menghiraukan badan yang menggigil, kerana kita tahu azab di 'sana' lebih perit..


Nabi s.a.w. bersabda; “Sesiapa mengambil wudhuk, lalu ia memperelokkan wudhuknya (yakni mengambil wudhuk dengan sempurna), akan gugurlah dosa-dosa dari tubuhnya termasuklah dosa dari celah-celah kukunya” (Riwayat Imam Muslim dari Usman bin ‘Affan r.a.).

الخميس، 17 نوفمبر 2011

Perginya Tiada Berganti

Satu hari, pelajar-pelajar sedang berkumpul di bilik anatomy, untuk sesi praktikal..Ketika itu sedang menunggu profesor, masing-masing berborak sesama sendiri..Tiba-tiba masuk seorang profesor bersama Pak Cik Fauzi (pekerja bilik anatomy, berbangsa arab)

Mataku melirik kepada kedua-dua lelaki itu, ada sesuatu yang menarik perhatianku..Entah kenapa aku merasakan ketenangan melihat mereka..Teringat pernah terbaca dalam sebuah novel, kisah seorang profesor bukan Islam yang begitu memandang rendah kepada seorang tukang kebun, lantaran kemiskinan dan darjat yang berbeza..

Dan petang itu, hatiku tersenyum bangga, betapa hebat Islam mengajar penganutnya..Tiada beza pada pakaian dan kemewahan..sedang Allah hanya melihat pada ketakwaan dan hati seseorang..Apalah guna pakaian yang berjenama andai hati sebusuk bangkai..Hanya tahu menghina, memandang serong pada yang lain, seolah-olah hanya dialah yg sempurna..

Petang itu aku melihat dengan mata kepalaku sendiri, betapa mesranya hubungan yang terjalin antara mereka..bergurau senda..Sang profesor mengambil kopiah yang dipakai Pak Cik Fauzi lalu memakaikannya kembali dalam rupa yang senget, haha sungguh lucu rupa Pak Cik Fauzi ketika itu..Lalu keduanya berjalan bersama sambil sang profesor memegang bahu Pak Cik Fauzi, memeluknya bagaikan pasangan sahabat yang sangat rapat...

Allahyarham Dr Haitham..ulama medik yang dirindui..

Itu peristiwa setahun yang lalu..Semalam, dapat berita melalui facebook, Profesor Haitham meninggal dunia..Ya, dialah profesor itu..yang mana tidak memandang kepada darjat seseorang untuk dijadikan rakan..yang tidak malu untuk bergurau mesra dengan hanya seorang pengangkat mayat, walhal dia ialah seorang profesor dan doktor yang hebat..dan juga seorang profesor yang sering saja membuat para pelajar tidak kering gusi dengan istilah-istilah melayu yang dipelajarinya, 'bodoh..malas..babun'

Ah terlalu banyak kenangan manis pelajar melayu di sini bersamanya..Boleh dikatakan semua yang pernah belajar dengannya, walau sekali, pasti mempunyai sesuatu untuk dikenang..Terlalu hebat, terlalu susah, sangat aku kagumi..Entah bila pula akan bertemu penggantinya..atau diri sendiri yang harus belajar menjadi sepertinya..Wallahualam

الجمعة، 11 نوفمبر 2011

Aidil Adha di Bumi Iskandariah

Seawal 6.15 pagi, sudah bersiap-siap untuk ke Sesostess Street, asrama MARA..Berkumpul dulu ramai-ramai seterusnya bergerak ke Karamellah, satu tempat terpencil yang belum pernah menjejakkan kaki di situ..Bersama housemate yang riang, makin menambahkan semangat untuk sembelih dan melapah daging kambing, lembu dan khoruf..

Awal-awal lagi sudah mengasah pisau masing-masing, ada yang sanggup beli pisau baru semata-mata utk aidil adha ini..Seronok, teruja dan sungguh semangat.. Pukul 7.15 pagi, tiga buah bas beriringan bertolak ke Karamellah, melintasi Mandharoh dan Bait Mona..

Sepanjang perjalanan, masing-masing diam menyaksikan pemandangan sepi di hari kedua aidil adha..Sebaik melepasi Mandharoh, perjalanan bas dirasakan 'kurang enak' sedikit, mungkin disebabkan jalan yang tidak rata dan lubang-lubang yang mencacatkan keselesaan ketika itu..

Suasana jalan di Karamellah..Tenang dan damai namun itulah,
seperti kekurangan sesuatu.. 

Sampai di destinasi penyembelihan, mnenyaksikan satu pandangan baru..Kami seolah-olah sedang berada di tempat asing, memandang keadaan sekeliling yang janggal..seakan-akan berada di zaman pemerintahan Jepun..Jalan yang tidak berturap,rumah yang berbatu-bata..Ya memang benar rumah batu bata merupakan trademark di Mesir tapi keadaan situ lain, berbeza sangat...

Tiada pembangunan, tiada perubahan, mungkin inilah pemandangan yang sama 30 tahun yang lalu..dan mungkin juga ini antara penyebab kebangkitan rakyat menentang rejim Hosny Mubarak..Masing-masing muhasabah diri, betapa beruntung diri dilahirkan di Malaysia, syukur kepadaMu Tuhan..


Sebelum start sembelih, setiap dari kami dapat sarapan free dulu, disediakan oleh Unit Mutazawwijin Iskandariah(UMI) rasanya..Lalu makanlah kami beramai-ramai, walau ada kawan-kawan yg geli geleman makan nasi lemak sambil dikelilingi cebisan-cebisan najis (maaf tak tau nk guna ayat apa)

Kata Dr Karim, 'Sy hairanlah kenapa kambing kat sini baik,
tak melawan pun..tak macam kambing kat Malaysia..'

Tapi sayang, hanya sempat menumbangkan tiga ekor kambing sahaja, lepas tu kena balik untuk hantar Dr Karim ke Cairo airport. Pengalaman ringkas di bumi Iskandariah..Sudah tiga tahun tidak beraya korban di kampung, rindu pulak rasanya..Menyesal pun ada tak beraya sungguh-sungguh masa kecik dulu, baru sekarang merasakan betapa nikmatnya aidil adha..Huhu nampaknya kena tunggu beberapa tahun lagilah baru boleh beraya kat kampung..

الاثنين، 7 نوفمبر 2011

Seminar Perubatan dan Ibadah Pesakit


Memandang keadaan sekeliling, hanyalah pemandangan yang sama..gelap, suram..Ketika ini dalam perjalanan pulang dari Cairo, selepas menghantar Dr Karim dan isterinya di airport..Alhamdulillah selesai juga seminar ibadah pesakit utk tahun ini, banyak sekali ilmu yang diperoleh..Semoga bermanfaat untuk ummah di kemudian hari..

Dalam tramco yang sama, driver yang sama cuma masanya sahaja yang berbeza..Sekarang masih di awal malam, namun ksejukan yang dirasai masih tak tertahan..

Semalam menyambut Aidil Adha di Iskandariah, bersama kawan-kawan perubatan dan pengajian Islam, sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan kepada kampung halaman..Rasa terharu dengan kebaikan jiran arab, menyediakan hidangan kepada kami serumah..

Bersama housemate menjamu daging bakar pemberian
jiran arab yang baik hati..

Awal-awal lagi sudah mengingatkan kami agar terus pulang ke rumah selepas solat sunat hari raya.. Ingatkan untuk apa, nak ajak sembelih unta ke, tolong lapah daging ke..rupa-rupanya ada hidangan special, “Ini sunnah Rasullullah” Kata-kata yang membuat kami tersenyum kagum dengan arab itu..

Seminar Perubatan dan Ibadah Pesakit(SPIP)..Sungguh merasakan diri begitu kerdil, mendengar kalam dari mereka-meraka yang hebat..Banyak sangat ilmu yang baru diperoleh terutama berkaitan masalah hukum-hakam dalam perubatan dan cerita-cerita dari Malaysia..

Tambahan pula sebagai ajk yang menguruskan doctor jemputan, banyaklah masa yang diluangkan bersama mereka..Dr Karim dan Dr Awisool, masing-masing jenis yang sporting dan sanggup berkongsi pengalaman walau ditanya dengan soalan-soalan ‘mengarut’..Contohnya pengalaman jumpa hantu sehinggalah ke bab rumahtangga, bagaimana kisah pertemuan pertama dengan isteri doctor walau dari dua negara berbeza (Singapura)

Suasana di Opera House ketika seminar berlangsung..

Sebelum mengakhiri kalam pd malam ini, ingin memetik kata-kata Dr Nawani yang agak menyentuh perasaan pd malam itu ‘Kalau sy tidak menjadikan kerja ini sebagai ibadah, sikit sangatlah amalan yang akan sy bawa utk Allah di sana nanti..Berapa sangatlah solat, puasa jika dibandingkan dengan umur sy..’ Kata-kata yang benar dan sangat berguna untuk hati ini..

Malam ini pak cik driver baik pulak, tidak merokok seperti sebelum ini..Tapi diganti dengan benda lain.. Kalau sebelum ini, merokok tapi still pasang ayat-ayat Quran,,Malam ini, tidak merokok tapi dipasangnya lagu-lagu yang melalaikan..Hai macam mana ni pak cik..Alangkah bagusnya kalau pak cik tukar lagu2 ni dengan ayat-ayat suci Al-Quran, insyaAllah perjalanan kita malam ini ditemani malaikat-malaikat rahmat sebagai pengiring..

Ketika hati mendahagakan hidayah Yang Esa,
Lantunan ayat-ayatNya terasa begitu mendamaikan,
Namun malu kepadaMu Tuhan,
Diri hanya menjadikan ayat-ayatMu sebagai halwa telinga semata-mata,
Sedang tujuan penurunannya yang murni masih belum tergapai tangan..

الخميس، 3 نوفمبر 2011

Di Keheningan Malam


Ketika menulis ini, dalam perjalanan ke Cairo airport pada pukul 2 pagi..Atas urusan persatuan dan seminar ibadah pesakit, ditaklifkan untuk menjadi ajk dalam menguruskan doctor-doktor yang dijemput dari Malaysia dan dari Mesir sendiri sebagai pengisi slot seminar..

Dalam hati sedikit resah kerana terpaksa ponteng kelas untuk satu hari, sesuatu yang belum pernah dilakukan sepanjang pengajian di Mesir..Tidak sanggup rasanya melakukan demikian mengenangkan nasihat bonda tercinta dari jauh..

Mujurlah ada seorang sahabat,Kudin menawarkan diri bagi menemani perjalanan di awal pagi ini, sedikit sebanyak memberi kekuatan pada diri..Sejuk..Melihat kegelapan malam, mencari bintang-bintang di dada langit..Fikiran jauh melayang, mengingatkan diri betapa bersyukurnya Allah hantar ke sini, bumi yang penuh barakah..

Waktu kecik dulu mungkin tak pernah terlintas di fikiran sejauh ini aku kan melangkah..Bahkan dulu mungkin tak perasan pun nama Mesir disebut berulang kali dalam Al-Quran..Namun itulah susunan perancangan Allah, sungguh semua ini tidak sia-sia..


Dua minggu akhir-akhir ni, terasa kesibukan mengejar diri, semuanya datang bergolek..Biarlah, mungkin aku tidak pernah minta semua ini, tapi Allah yang Maha Mengetahui mengaturkannya, kerana Dia tahu aku perlukannya suatu hari nanti, insyaAllah..

Dalam kesibukan itu, sering kali tertunduk lesu, merasakan semua ini terlalu berat untuk dipegang..Namun setiap kali itulah Allah menghantar seseorang untuk menguatkan kembali langkah yang kian longlai..

Pernah satu ketika mendapat panggilan telefon menyatakan ada tambahan tugas yang perlu disiapkan, sedangkan ketika itu tugas tersedia masih banyak yang perlu diselesaikan segera, ditambah pula dengan buku-buku medic yang minta dikhatamkan..Ketika itulah Allah datangkan seorang sahabat ‘Jangan mengeluh, tak dapat pahala nanti..

Astaghfirullah..Seolah-olah diketuk hati ini, menyedarkan jiwa yang mula rasa down seterusnya menghilangkan keikhlasan..Besar sungguh perananmu wahai sahabat..Siapa sangka sebaris ayat ikhlas darimu mampu menenangkan hati yang sedang gundah..

*****

Kenapa sejuk sangat dalam tramco ni..Ya Allah pak cik driver ni tak reti nak tutup tingkap ke, kaki sy dah nak beku ni pak cik..Pak cik takpe lah hisap rokok..Memandang rakan di sebelah yang tertidur lena, menarik-narik diri untuk turut sama melelapkan mata..Sedikit kalam untukmu sahabat..

Dalam kedinginan malam yang membeku,
Hatiku bermunajat pada Yang Esa,
Andai telah Engkau redha akan persahabatan ini,
Temukanlah kami di mahsyar nanti dalam penuh kebahagiaan,
Bersama-sama bersujud memuji kebesaranMu yang menciptakan