الاثنين، 7 نوفمبر 2011

Seminar Perubatan dan Ibadah Pesakit


Memandang keadaan sekeliling, hanyalah pemandangan yang sama..gelap, suram..Ketika ini dalam perjalanan pulang dari Cairo, selepas menghantar Dr Karim dan isterinya di airport..Alhamdulillah selesai juga seminar ibadah pesakit utk tahun ini, banyak sekali ilmu yang diperoleh..Semoga bermanfaat untuk ummah di kemudian hari..

Dalam tramco yang sama, driver yang sama cuma masanya sahaja yang berbeza..Sekarang masih di awal malam, namun ksejukan yang dirasai masih tak tertahan..

Semalam menyambut Aidil Adha di Iskandariah, bersama kawan-kawan perubatan dan pengajian Islam, sedikit sebanyak mengurangkan kerinduan kepada kampung halaman..Rasa terharu dengan kebaikan jiran arab, menyediakan hidangan kepada kami serumah..

Bersama housemate menjamu daging bakar pemberian
jiran arab yang baik hati..

Awal-awal lagi sudah mengingatkan kami agar terus pulang ke rumah selepas solat sunat hari raya.. Ingatkan untuk apa, nak ajak sembelih unta ke, tolong lapah daging ke..rupa-rupanya ada hidangan special, “Ini sunnah Rasullullah” Kata-kata yang membuat kami tersenyum kagum dengan arab itu..

Seminar Perubatan dan Ibadah Pesakit(SPIP)..Sungguh merasakan diri begitu kerdil, mendengar kalam dari mereka-meraka yang hebat..Banyak sangat ilmu yang baru diperoleh terutama berkaitan masalah hukum-hakam dalam perubatan dan cerita-cerita dari Malaysia..

Tambahan pula sebagai ajk yang menguruskan doctor jemputan, banyaklah masa yang diluangkan bersama mereka..Dr Karim dan Dr Awisool, masing-masing jenis yang sporting dan sanggup berkongsi pengalaman walau ditanya dengan soalan-soalan ‘mengarut’..Contohnya pengalaman jumpa hantu sehinggalah ke bab rumahtangga, bagaimana kisah pertemuan pertama dengan isteri doctor walau dari dua negara berbeza (Singapura)

Suasana di Opera House ketika seminar berlangsung..

Sebelum mengakhiri kalam pd malam ini, ingin memetik kata-kata Dr Nawani yang agak menyentuh perasaan pd malam itu ‘Kalau sy tidak menjadikan kerja ini sebagai ibadah, sikit sangatlah amalan yang akan sy bawa utk Allah di sana nanti..Berapa sangatlah solat, puasa jika dibandingkan dengan umur sy..’ Kata-kata yang benar dan sangat berguna untuk hati ini..

Malam ini pak cik driver baik pulak, tidak merokok seperti sebelum ini..Tapi diganti dengan benda lain.. Kalau sebelum ini, merokok tapi still pasang ayat-ayat Quran,,Malam ini, tidak merokok tapi dipasangnya lagu-lagu yang melalaikan..Hai macam mana ni pak cik..Alangkah bagusnya kalau pak cik tukar lagu2 ni dengan ayat-ayat suci Al-Quran, insyaAllah perjalanan kita malam ini ditemani malaikat-malaikat rahmat sebagai pengiring..

Ketika hati mendahagakan hidayah Yang Esa,
Lantunan ayat-ayatNya terasa begitu mendamaikan,
Namun malu kepadaMu Tuhan,
Diri hanya menjadikan ayat-ayatMu sebagai halwa telinga semata-mata,
Sedang tujuan penurunannya yang murni masih belum tergapai tangan..

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق