الخميس، 3 نوفمبر، 2011

Di Keheningan Malam


Ketika menulis ini, dalam perjalanan ke Cairo airport pada pukul 2 pagi..Atas urusan persatuan dan seminar ibadah pesakit, ditaklifkan untuk menjadi ajk dalam menguruskan doctor-doktor yang dijemput dari Malaysia dan dari Mesir sendiri sebagai pengisi slot seminar..

Dalam hati sedikit resah kerana terpaksa ponteng kelas untuk satu hari, sesuatu yang belum pernah dilakukan sepanjang pengajian di Mesir..Tidak sanggup rasanya melakukan demikian mengenangkan nasihat bonda tercinta dari jauh..

Mujurlah ada seorang sahabat,Kudin menawarkan diri bagi menemani perjalanan di awal pagi ini, sedikit sebanyak memberi kekuatan pada diri..Sejuk..Melihat kegelapan malam, mencari bintang-bintang di dada langit..Fikiran jauh melayang, mengingatkan diri betapa bersyukurnya Allah hantar ke sini, bumi yang penuh barakah..

Waktu kecik dulu mungkin tak pernah terlintas di fikiran sejauh ini aku kan melangkah..Bahkan dulu mungkin tak perasan pun nama Mesir disebut berulang kali dalam Al-Quran..Namun itulah susunan perancangan Allah, sungguh semua ini tidak sia-sia..


Dua minggu akhir-akhir ni, terasa kesibukan mengejar diri, semuanya datang bergolek..Biarlah, mungkin aku tidak pernah minta semua ini, tapi Allah yang Maha Mengetahui mengaturkannya, kerana Dia tahu aku perlukannya suatu hari nanti, insyaAllah..

Dalam kesibukan itu, sering kali tertunduk lesu, merasakan semua ini terlalu berat untuk dipegang..Namun setiap kali itulah Allah menghantar seseorang untuk menguatkan kembali langkah yang kian longlai..

Pernah satu ketika mendapat panggilan telefon menyatakan ada tambahan tugas yang perlu disiapkan, sedangkan ketika itu tugas tersedia masih banyak yang perlu diselesaikan segera, ditambah pula dengan buku-buku medic yang minta dikhatamkan..Ketika itulah Allah datangkan seorang sahabat ‘Jangan mengeluh, tak dapat pahala nanti..

Astaghfirullah..Seolah-olah diketuk hati ini, menyedarkan jiwa yang mula rasa down seterusnya menghilangkan keikhlasan..Besar sungguh perananmu wahai sahabat..Siapa sangka sebaris ayat ikhlas darimu mampu menenangkan hati yang sedang gundah..

*****

Kenapa sejuk sangat dalam tramco ni..Ya Allah pak cik driver ni tak reti nak tutup tingkap ke, kaki sy dah nak beku ni pak cik..Pak cik takpe lah hisap rokok..Memandang rakan di sebelah yang tertidur lena, menarik-narik diri untuk turut sama melelapkan mata..Sedikit kalam untukmu sahabat..

Dalam kedinginan malam yang membeku,
Hatiku bermunajat pada Yang Esa,
Andai telah Engkau redha akan persahabatan ini,
Temukanlah kami di mahsyar nanti dalam penuh kebahagiaan,
Bersama-sama bersujud memuji kebesaranMu yang menciptakan

هناك 3 تعليقات:

  1. kalo dia hisap rokok dalam aircond lagi laaa bahaya hisyam oi. =.= semoga berjaya

    ردحذف
  2. terima kasih.. pengalaman yang menarik :)

    ردحذف
  3. moga terus bertabah hati berada di bumi anbiya

    ردحذف