الجمعة، 24 فبراير 2012

Kisah Satu Ketika Dahulu

Ketika menulis ini, berada di Cairo..Dijemput untuk melengkapkan satu pasukan dalam pertandingan bola sepak di sini..Harap-harap tidak menghampakan sesiapa pun, maklumlah sudah lama tidak lama bermain bola sepak..Selama ni asyik main futsal je, semoga skil masih tak hilang memandangkan konsep kedua2nya lebih kurang sahaja..

Kali terakhir main bola sepak ialah masa di MRSM Pengkalan Chepa dahulu..Masih ingat kenangan2 pahit manis sepanjang berada di atas padang..Antara kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah ketika mewakili daerah Kota Bharu pada tahun 2008..Masa tu aku seorang sahaja dari MRSM PC, yang lain pelajar2 dari seluruh pelosok Kota Bharu..

Sebelum mewakili Kota Bharu, terlebih dahulu mewakili cawangan Kota Bharu IV..Masa ni ada lagi teman dari MRSM, Asyran yang berasal dari Kedah..Takdir Allah, kemudiannya Asyran tidak terpilih untuk ke peringkat seterusnya, tinggallah aku wakil tunggal..Bermulalah detik2 sukar sepanjang berada dalam pasukan ini..

Masih segar di ingatan ketika kami tinggal bersama-sama di sebuah asrama selama hampir seminggu yang dinamakan ‘latihan pusat’..Kami makan bersama, tidur dan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sepanjang tempoh itu..Pagi dan petang berlatih, malam ada perbincangan strategi oleh coach..


Apa yang ku lihat sepanjang tempoh itu  majoriti pemain2 tidak menunaikan solat lima waktu..Setiap hari hanya dua orang sahaja yang bangun solat subuh..Begitu juga dalam bab menjaga aurat, hanya beberapa orang sahaja yang menutup aurat dengan sempurna..Hampir keseluruhannya hanya membiarkan kepala lutut  terdedah begitu sahaja..

Masihku ingat suatu malam, selesai solat isya’ aku pulang ke asrama..Ku lihat mereka terbahagi kepada dua group, satu di sini dan satu di hujung sana.. ‘Apa yang diorang buat ni, diam je..biasanya memang tak pernah sunyi dari suara riuh rendah..’

Ku hampiri salah satu group itu, nak tengok apa mereka buat..Pelan-pelan...’Allah!! Malunya aku..’ Terkejut besar aku melihat mereka kala itu..Rupa-rupanya mereka menonton video lucah beramai-ramai! Ku pandang kepada group di hujung sana, situasi dan keadaan yang sama, lampu ditutup kemudian sekali sekala gelak ramai2..’Semoga laknat Allah tidak menimpa kami semua..’ Bisik hati sambil melangkah pergi ke katil..Ku tarik selimut, hati yang tidak tenang…


********


Kini banyak yang sudah berubah..Kalau dulu main bola sebab nak seronok, main sungguh2, rasa puas bila dapat score goal..Tapi sekarang takde dah, bila dah masuk universiti, dah bergelar mahasiswa, tak macam budak2 dah..Bila main rasa seronok tu bukan lagi priority, tapi lebih memikirkan ukhwah sesama kawan..Sebab tu bila tersepak kaki, terus peluk mintak maaf kat situ jugak..bila terjatuh tolong angkat balik..Lepas wisel penamat ditiup, salam dengan semua player, sambil senyuman terukir di wajah masing2..Itu yang kami rasakan sekarang..


(Bila balik ke Alex semula, takde dendam yang tersimpan, melainkan kekuatan ukhwah yang dirasakan..Bahkan banyak kenalan ustaz2 bertambah, bertukar2 nombor hp..'Nanti bila datang Alex bagitau la, kita sediakan rumah 5 bintang utk ustaz hehe..' Itulah ayat yang diutarakan kepada hampir semua pemain setiap kali bersalaman..Kejohanan yg disertai 224 mahasiswa, pergabungan antara mahasiswa perubatan dan pengajian Islam dari seluruh Mesir..'Allah tautkan hati kami keranaMu..')

السبت، 18 فبراير 2012

'Bila Tuhan Menegur'

Semalam mendapat satu pengajaran yg sangat berguna, betapa penting utk menjaga hati dalam setiap keadaan..Alhamdulillah, Allah bagi teguran direct tanpa bertangguh..

***

Aku berjalan pulang seorang diri selepas menghantar satu trip utk berangkat ke Borg el Arab Airport..Seronok jugak kan, tengok orang angkat beg besar2, bawak barang banyak2 bawa balik jumpa family..Takpe sedapkan hati sendiri, nanti cuti summer ni lagi lama boleh balik Malaysia..

Sedang berjalan, singgah di gerai buah tepi jalan Camp Shezar bersebelahan tram..Kebetulan oren memang menjadi buah favourite..Masa minggu exam hari tu tak terkira berapa kilo oren habis..First time sebenarnya singgah kat gerai ni, sebab agak jauh dari rumah..Tengok pak cik penjual tu, berjubah..Alhamdulillah, senang nak jumpa orang berpakaian sunnah ini dekat sini, tak seperti di Malaysia..

'Aiz kam kilo?' Dia menegurku..Setelah menjawab pertanyaan itu, tiba2 dia pergi belakang dan ambil buah kat belakang..Aku jadi was2..'Isk elok2 dia ambik buah kat depan, pastu pergi belakang buat apa..buah kat depan ni pun banyak lagi..' Aku mula berfikiran negatif..Banyak kali mendengar kisah2 macam ni, nampak baik, dahi hitam sebab sujud pun tak boleh percaya jugak..memang menipu ni hobi diorang..Masa ni terbayanglah kata2 demikian..


Aku jadi kurang senang dengan perbuatannya itu..Ah biarlah, kalau dia nak menipu kat akhirat nanti jumpa jugak..ku pujuk hati yang kian tak selesa..

Selesai bayar, aku melangkah pergi..Dalam fikiran terfikir banyak perkara..Ya, masih banyak yang perlu aku siapkan..Dalam keadaan timbalan dan ajk takde, semua pergi bercuti, semua kena buat seorang diri..'Lusa kena pergi Rumah Kelantan dekat Cairo, pastu pergi Tanta pulak, ada mesyuarat AJKT intermuhafazah..pastu kena balik Cairo sambung urusan...' 

Lupa seketika tentang pak cik arab tadi..Semakin jauh berjalan, fikiran makin melayang...

Tiba2 ada arab kat depan menjerit, dia menunjuk-nunjuk dengan jarinya ke arah belakangku..Sekilas ku toleh, 'Eh kenapa pak cik penjual tadi kejar aku..rasanya aku dah bayar oren tu..' Dia menghampiriku 'Laa patutlah aku rasa ringan je jalan, oren tertinggal rupanya..isk3' 

Aku patah balik ke gerai tadi, sudah agak jauh  ditinggalkan..Aku mengekor pak cik..Rasa sebak tiba2..Dia tempang rupanya, berjalan pun pelan2 tapi tak pakai tongkat..Ah jahatnya aku, dah la aku memang jenis yang berjalan laju kalau sorang2..Nak menangis pun ada bila teringat pak cik ni kejar aku tadi dalam keadaan dia tempang begitu..Allah jahatnya rasa...


Sampai di gerai itu semula, dia menghulurkan buahan itu..'Kamu fikir apa masa jalan tadi, kuat aku panggil pun tak dengar..' Aku hanya tersenyum menjawab pertanyaan itu..Allah dalam hati perasaan bersalah menyerang bertubi2..

Dah la sebelum tu aku bersangka buruk dekat dia, barulah aku tahu yang dia ambil kat belakang tu sebab buah kat depan dah lama.. macam mana la aku boleh tak perasan tadi.. Adoi jahat berganda2 aku ni..Akhirnya Allah tunjuk dia sendiri yang bersungguh-sungguh kejar aku, padahal boleh je dia buat tak tau, dan tunggu aku sendiri datang ambil..Kalau benar pun dia nak tipu aku, bermacam2 helah lagi dia boleh guna bila aku dah tinggal buah kat situ..


(Dah, dah serik dah..Sejak dulu lagi dengar ceramah jangan, jangan, jangan buruk sangka, kena husnu dzon sokmo..Kali ni Allah tegur direct, tepat2 time tu jugak..Sekarang pun masih terbayang lagi macam mana pak cik tu jalan, susah bangat..dan masih jelas di ingatan, hati ini telah menuduhnya penipu...Kesal, mungkin darjatnya tinggi di sisi Allah, bahkan melihat gayanya tak mustahil dia seorang penghafaz Al-Quran...Astaghfirullah, aku telah menuduh hambaMu yang beriman..ampuni hambaMu ini ya tuhan..)

الأحد، 12 فبراير 2012

Pengembaraan di Bumi Anbiya

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah....hari ni rasmilah kebebasan sementara, dah habis exam, cuti 2 minggu pula menanti.. Tinggal satu sem lagi lepas ni, lepas tu insyaAllah masuk klinikal year, alhamdulillah alhamdulillah tak sabar rasanya nak balik berkhidmat di Malaysia sebagai doktor..

Masa jawab exam tadi, Allah..dapat merasakan 'tangan-tangan ghaib' yg membantu..Bila dah siap esei tadi, dah semak dua kali dah..rasa dah puas hati dah..tp tiba2 terasa nak belek kat satu page, padahal dah yakin dengan jawapan tu..tenung lama2 jawapan tu.......hah! Apa aku tulis ni..Allah bukan tu yg dia nak...

Alhamdulillah rasa nak sujud syukur kat situ jugak..Habis exam terus pergi pejabat MARA, jumpa Ustaz Ishak..banyak perkara perlu disetelkan, jaulah Baharia dan Sinai..Yelah nak bercuti dalam suasana Mesir yg kritikal macam ni kan..Call Ustaz Hafizul, bertanya perkembangan semasa..Alhamdulillah, jaulah akan diteruskan..

Adakah aku sekuat ini, mampukah aku mendidik anakku
menjadi sehebat si anak kecil ini..

Terpaksa contact dan tanya perkhabaran dari seluruh Mesir, dari muhafazah2 luar, Mansoura, Zagaziq dan Cairo..Kena minta maklumat dari kedutaan, yg paling penting berkaitan keselamatan..

Alhamdulillah, banyak yg Allah ajar hari ni..bercakap dengan pihak atasan dan melihat cara mereka berfikir, sedikit mendewasakan pemikiran.. Juga mengajar bagaimana bercakap dengan orang yang lebih tua, semua ini aku perlukan utk masa hadapan nanti..

Tentang Mesir kini, selepas berlaku penculikan warga Amerika oleh arab badwi (juga warga Korea kalau tak salah sy, atau Cina) adalah sesuatu yg perlu diambil kira..Dan Ustaz Ishak sebagai orang lama di Mesir berkata 'Orang Arab memang sejak zaman berzaman memusuhi Amerika..so terjawablah kisah penculikan itu..'
******

Hari tu terdengar dalam satu ceramah agama tentang krisis Mesir dan Israel..Dikaitkan dengan Perang Armageddon yang akan berlaku di akhir zaman..Bertanya kepada beberapa sahabat yang sensitif dengan isu begini, atau yg pernah mendengar dari mana2 sumber..Mungkin benar, semua yg berlaku kini merupakan 'jalan' ke arah itu..Lihat sahajalah ahli parlimen Mesir yang majoritinya hafiz Quran, tidak mustahil boleh berlaku perang dengan Israel laknatullah..

Pernah satu hari bercakap dengan seorang pemuda Arab..Dia ajak sy jogging..Eh kenapa pulak ni, tak pernah lagi ada arab tanya macam tu..Belum sempat bertanya, dia berbisik, 'Tak lama lagi akan berlaku perang dengan Israel, utk itu kita kena kuat!' 


Masa tu dah rasa lain dah, dengar perkataan 'harb' cukup buat rasa gerun dalam hati..Sebelum tu tak pernah fikir seserius itu..Tengok muka pemuda arab tu, wajahnya yang bersih dan sentiasa tertunduk itu mengingatkan aku kepada kepada peribadi Saidina Muhammad SAW..

Bertuah sungguh dipilih Allah untuk berada di tempat ini, waktu ini..Aura kebangkitan Islam terasa meremang di dalam jiwa..Walau mungkin waktu itu aku sudah tamat belajar di sini, itu tidak bermakna segala2nya akan ditinggalkan di sini..wallahua'lam

الثلاثاء، 7 فبراير 2012

Hati Yang Ikhlas

Minggu lepas pergi kelas fiqh Dr  Fathi di CIMS, Nurul Islam..Sudah masuk bab haid dan istihadhah minggu ini..Beberapa tahun lepas dah belajar bab ni sebelum datang Mesir dulu, so ingat macam biasa2 je lah..yelah dah belajar kan..Tapi kali ni, masyaAllah, masa belajar tu rasa tenang dan happy sangat2, memang ini antara kelas dia yg paling kami fokus..

Bayangkan, belajar bab darah perempuan dari sudut fiqh, dan yg mengajar ialah seorang doktor..maka istilah yg keluar semuanya medical term..Baru tahu oh kenapa darah tu warna ni bukan warna tu, dari sudut medic.. lama mana tempoh, istihadhah dan menorrhagia..dikaitkan dengan hormon yg terlibat, estrogen, progesterone LH surge habis semua keluar...

Rasa nak tersenyum je sepanjang kelas tu, tak tau kenapa rasa puas sangat2..Terima kasih tuan doktor, saya rasa sungguh bersemangat sekarang untuk belajar sampai faham dalam2, taknak faham luar2 je..

************


Semalam lepas maghrib, Mori datang ke bilik..Berbual seketika tentang masalah meniru yg masih berlaku kepada segelintir mahasiswa perubatan di sini..Mungkin sebagai ketua batch, dia rasa bertanggung jawab untuk itu, risau akan ditanya 'di sana' nanti..


Ada satu kisah, yg diceritakan kepada sy second year dulu..Masa tu exam final semester 3..Ceritanya, masa tengah jawab exam, tiba2 terserlah jawapan orang di depan..jawapan dia dengan org depan tu berbeza, dan kebetulan lagi orang depan adalah pelajar cemerlang masa first year..Akhirnya dia ambil keputusan utk yakin dengan jawapan dia, kerana itulah usaha yang dia dah buat selama ni..'Walau mungkin sekali jawapan aku salah, tapi aku masih mengharapkan Allah melihatnya sebagai amal soleh atas mujahadahku itu..'

Tahniah sahabatku..Mendengar jawapanmu sudah cukup utk aku muhasabah diri sendiri, betapa hebat iman yg ada dalam hatimu..Sudah dapat ku gambarkan keadaan dirimu di masa hadapan, ketika bergelar seorang doktor kelak..Bersih hatimu kerana Allah, masyaAllah......

**********


Masih aku ingat peristiwa itu, masih jelas di ingatan..Selesai berbuka puasa dan solat maghrib di Masjidil Haram, aku bergegas pulang ke hostel..Berjalan seorang diri tanpa menunggu Tim, kerana ada sesuatu yang ingin ku lakukan..Selesai makan ringkas dan bersiap, aku turun semula menuju ke deretan kedai..

Langkah terhenti di satu kedai yang memang sudah ku 'cop' dari petang tadi..Alhamdulillah orang tak ramai, cepat sikit siap boleh pergi solat terawih..Lalu ku serahkan kepala dan rambutku kepada tukang gunting india itu..mintak 'dibereskan'..

Dengan selambanya pak cik tu ambil mesin rambut 'grennnnn'....cepat sungguh, tengok2 dah 'licin'..Sebelum bayar, tengok cermin 'Eh kenapa side burn dia tak potong, tinggal sejemput camtu..' Selepas bertanya akhirnya terkeluarlah jawapan yang membuatku terdiam seribu bahasa, dan memikirkan kebenaran kata2nya sehingga ke hari ini..

'Haram potong, tu dah dikira sebahagian janggut..sunnah Rasulullah SAW..'

Allah, sungguh aku terkejut yang amat sangat mendengarkan jawapan itu..Teringat kat Malaysia, dan kat Mesir sendiri pun, siap ada servis utk potong janggut lagi, ada harga khusus utk itu..Tapi pak cik ni..Allah.. Kalau perkara sekecil itu pun kuat dijaganya, perkara besar lagi2lah..Itulah kesannya apabila Allah ada dalam hati, secara tak langsung akan keluarlah akhlak2 yg 'luar biasa', walau mungkin dia sendiri tidak menyedarinya..