السبت، 18 فبراير 2012

'Bila Tuhan Menegur'

Semalam mendapat satu pengajaran yg sangat berguna, betapa penting utk menjaga hati dalam setiap keadaan..Alhamdulillah, Allah bagi teguran direct tanpa bertangguh..

***

Aku berjalan pulang seorang diri selepas menghantar satu trip utk berangkat ke Borg el Arab Airport..Seronok jugak kan, tengok orang angkat beg besar2, bawak barang banyak2 bawa balik jumpa family..Takpe sedapkan hati sendiri, nanti cuti summer ni lagi lama boleh balik Malaysia..

Sedang berjalan, singgah di gerai buah tepi jalan Camp Shezar bersebelahan tram..Kebetulan oren memang menjadi buah favourite..Masa minggu exam hari tu tak terkira berapa kilo oren habis..First time sebenarnya singgah kat gerai ni, sebab agak jauh dari rumah..Tengok pak cik penjual tu, berjubah..Alhamdulillah, senang nak jumpa orang berpakaian sunnah ini dekat sini, tak seperti di Malaysia..

'Aiz kam kilo?' Dia menegurku..Setelah menjawab pertanyaan itu, tiba2 dia pergi belakang dan ambil buah kat belakang..Aku jadi was2..'Isk elok2 dia ambik buah kat depan, pastu pergi belakang buat apa..buah kat depan ni pun banyak lagi..' Aku mula berfikiran negatif..Banyak kali mendengar kisah2 macam ni, nampak baik, dahi hitam sebab sujud pun tak boleh percaya jugak..memang menipu ni hobi diorang..Masa ni terbayanglah kata2 demikian..


Aku jadi kurang senang dengan perbuatannya itu..Ah biarlah, kalau dia nak menipu kat akhirat nanti jumpa jugak..ku pujuk hati yang kian tak selesa..

Selesai bayar, aku melangkah pergi..Dalam fikiran terfikir banyak perkara..Ya, masih banyak yang perlu aku siapkan..Dalam keadaan timbalan dan ajk takde, semua pergi bercuti, semua kena buat seorang diri..'Lusa kena pergi Rumah Kelantan dekat Cairo, pastu pergi Tanta pulak, ada mesyuarat AJKT intermuhafazah..pastu kena balik Cairo sambung urusan...' 

Lupa seketika tentang pak cik arab tadi..Semakin jauh berjalan, fikiran makin melayang...

Tiba2 ada arab kat depan menjerit, dia menunjuk-nunjuk dengan jarinya ke arah belakangku..Sekilas ku toleh, 'Eh kenapa pak cik penjual tadi kejar aku..rasanya aku dah bayar oren tu..' Dia menghampiriku 'Laa patutlah aku rasa ringan je jalan, oren tertinggal rupanya..isk3' 

Aku patah balik ke gerai tadi, sudah agak jauh  ditinggalkan..Aku mengekor pak cik..Rasa sebak tiba2..Dia tempang rupanya, berjalan pun pelan2 tapi tak pakai tongkat..Ah jahatnya aku, dah la aku memang jenis yang berjalan laju kalau sorang2..Nak menangis pun ada bila teringat pak cik ni kejar aku tadi dalam keadaan dia tempang begitu..Allah jahatnya rasa...


Sampai di gerai itu semula, dia menghulurkan buahan itu..'Kamu fikir apa masa jalan tadi, kuat aku panggil pun tak dengar..' Aku hanya tersenyum menjawab pertanyaan itu..Allah dalam hati perasaan bersalah menyerang bertubi2..

Dah la sebelum tu aku bersangka buruk dekat dia, barulah aku tahu yang dia ambil kat belakang tu sebab buah kat depan dah lama.. macam mana la aku boleh tak perasan tadi.. Adoi jahat berganda2 aku ni..Akhirnya Allah tunjuk dia sendiri yang bersungguh-sungguh kejar aku, padahal boleh je dia buat tak tau, dan tunggu aku sendiri datang ambil..Kalau benar pun dia nak tipu aku, bermacam2 helah lagi dia boleh guna bila aku dah tinggal buah kat situ..


(Dah, dah serik dah..Sejak dulu lagi dengar ceramah jangan, jangan, jangan buruk sangka, kena husnu dzon sokmo..Kali ni Allah tegur direct, tepat2 time tu jugak..Sekarang pun masih terbayang lagi macam mana pak cik tu jalan, susah bangat..dan masih jelas di ingatan, hati ini telah menuduhnya penipu...Kesal, mungkin darjatnya tinggi di sisi Allah, bahkan melihat gayanya tak mustahil dia seorang penghafaz Al-Quran...Astaghfirullah, aku telah menuduh hambaMu yang beriman..ampuni hambaMu ini ya tuhan..)

هناك 4 تعليقات:

  1. Baiknya Allah terhadap hambanya
    Terus menegur agar mampu dan sentiasa boleh mengislahkan diri

    Itulah tanda sayang Allah pada hambanya

    ردحذف
  2. Itulah..cuma kadang2 diri sendiri yang lalai terhadapNya..hati gersang tanpa namaNya..astaghfirullah

    ردحذف