الثلاثاء، 7 فبراير 2012

Hati Yang Ikhlas

Minggu lepas pergi kelas fiqh Dr  Fathi di CIMS, Nurul Islam..Sudah masuk bab haid dan istihadhah minggu ini..Beberapa tahun lepas dah belajar bab ni sebelum datang Mesir dulu, so ingat macam biasa2 je lah..yelah dah belajar kan..Tapi kali ni, masyaAllah, masa belajar tu rasa tenang dan happy sangat2, memang ini antara kelas dia yg paling kami fokus..

Bayangkan, belajar bab darah perempuan dari sudut fiqh, dan yg mengajar ialah seorang doktor..maka istilah yg keluar semuanya medical term..Baru tahu oh kenapa darah tu warna ni bukan warna tu, dari sudut medic.. lama mana tempoh, istihadhah dan menorrhagia..dikaitkan dengan hormon yg terlibat, estrogen, progesterone LH surge habis semua keluar...

Rasa nak tersenyum je sepanjang kelas tu, tak tau kenapa rasa puas sangat2..Terima kasih tuan doktor, saya rasa sungguh bersemangat sekarang untuk belajar sampai faham dalam2, taknak faham luar2 je..

************


Semalam lepas maghrib, Mori datang ke bilik..Berbual seketika tentang masalah meniru yg masih berlaku kepada segelintir mahasiswa perubatan di sini..Mungkin sebagai ketua batch, dia rasa bertanggung jawab untuk itu, risau akan ditanya 'di sana' nanti..


Ada satu kisah, yg diceritakan kepada sy second year dulu..Masa tu exam final semester 3..Ceritanya, masa tengah jawab exam, tiba2 terserlah jawapan orang di depan..jawapan dia dengan org depan tu berbeza, dan kebetulan lagi orang depan adalah pelajar cemerlang masa first year..Akhirnya dia ambil keputusan utk yakin dengan jawapan dia, kerana itulah usaha yang dia dah buat selama ni..'Walau mungkin sekali jawapan aku salah, tapi aku masih mengharapkan Allah melihatnya sebagai amal soleh atas mujahadahku itu..'

Tahniah sahabatku..Mendengar jawapanmu sudah cukup utk aku muhasabah diri sendiri, betapa hebat iman yg ada dalam hatimu..Sudah dapat ku gambarkan keadaan dirimu di masa hadapan, ketika bergelar seorang doktor kelak..Bersih hatimu kerana Allah, masyaAllah......

**********


Masih aku ingat peristiwa itu, masih jelas di ingatan..Selesai berbuka puasa dan solat maghrib di Masjidil Haram, aku bergegas pulang ke hostel..Berjalan seorang diri tanpa menunggu Tim, kerana ada sesuatu yang ingin ku lakukan..Selesai makan ringkas dan bersiap, aku turun semula menuju ke deretan kedai..

Langkah terhenti di satu kedai yang memang sudah ku 'cop' dari petang tadi..Alhamdulillah orang tak ramai, cepat sikit siap boleh pergi solat terawih..Lalu ku serahkan kepala dan rambutku kepada tukang gunting india itu..mintak 'dibereskan'..

Dengan selambanya pak cik tu ambil mesin rambut 'grennnnn'....cepat sungguh, tengok2 dah 'licin'..Sebelum bayar, tengok cermin 'Eh kenapa side burn dia tak potong, tinggal sejemput camtu..' Selepas bertanya akhirnya terkeluarlah jawapan yang membuatku terdiam seribu bahasa, dan memikirkan kebenaran kata2nya sehingga ke hari ini..

'Haram potong, tu dah dikira sebahagian janggut..sunnah Rasulullah SAW..'

Allah, sungguh aku terkejut yang amat sangat mendengarkan jawapan itu..Teringat kat Malaysia, dan kat Mesir sendiri pun, siap ada servis utk potong janggut lagi, ada harga khusus utk itu..Tapi pak cik ni..Allah.. Kalau perkara sekecil itu pun kuat dijaganya, perkara besar lagi2lah..Itulah kesannya apabila Allah ada dalam hati, secara tak langsung akan keluarlah akhlak2 yg 'luar biasa', walau mungkin dia sendiri tidak menyedarinya..

هناك تعليقان (2):

  1. masalah meniru memang masalah global.rasanya kena buat sesuatu bagi menyedarkan sahabat2 yang masih x sedar ni.

    ردحذف
  2. alangkah indahnya andai semua org fhm tugas masing2, menyedari bahawa meniru itu sudah menunjukkan betapa lemahnya tahap kebergantungan kita kepada Allah

    ردحذف