الاثنين، 30 أبريل 2012

Kasih Yang Esa

Sekarang ini berada di klinik..Pagi tadi mendapat panggilan dari seorang sahabat, menceritakan keadaan diri yang kurang sihat.. ‘Sebelum ni demam, pagi tadi batuk, pastu kuar darah..’
Allah bahaya tu kalau dah sampai batuk berdarah..

Lama jugak menunggu giliran, dalam keadaan tidak pasti bila doctor akan sampai..Lalu dia bercerita tentang sesuatu..

‘Cinta sang purdah..’

Katanya dia berkenalan dengan seseorang yang berada di Malaysia..Unik kisah ini, kerana si perempuan sejak dari kecil belajar di Jordan, dan selepas remaja baru pulang ke Malaysia.. Bersekolah rendah dan menengah di negara orang, mesti tinggi ilmu bahasa arabnya..

Sekarang menuntut di university di Malaysia..Semua adik beradiknya berpurdah..Mendengar bicara sahabat ini, ku dapat merasakan getaran keikhlasannya..Hati lelaki mana yang tidak bergetar tatkala disentuh wanita solehah..


***************

kenapa ye, hati sungguh sejuk dan tenteram
bila bersama orang2 hebat ini...

Semalam selesai exam practical, boleh tahan berpeluh time jawab..Mungkin usaha ini terlalu sedikit dibandingkan beban module yang setebal itu..Minggu lepas pergi Zaqazig, ada sesuatu yang perlu diuruskan..

Terdiam seketika tatkala menerima berita itu..Dalam keadaan diri yang masih belum menyediakan apa2 utk imtihan yang semakin dekat, berita ini merupakan perkhabaran yang kurang baik..

Biarlah, yg penting kita jangan lupa istighfar banyak2, sujud lama2..InsyaAllah, ketenangan yang dicari ada di situ..

Tapi dalam kekalutan exam semalam, sempat melihat beberapa adegan meniru yang berlaku dlm lab..

Macam mana kan, kita nak berdoa pada Allah..sedang dalam exam kita mengendap2..

Malu2..malu pada Allah..kalau ada kawan macam tu, dah lama dah tak cakap..depan2 baik, belakang terus bertukar perangai..

Tapi Allah baik..DIA sentiasa bukak pintu taubat utk kita kembali..

Terpandang wajah sucinya, teringat ciri2 fizikal Rasullullah dlm kitab Syamail..subhanallah..
rindu ingin bertemu lagi Sayyid Ahmad Alawi..

Jika Allah tidak mencintaimu,
Dia tidak akan letakkan rasa kepedihan dalam hati kamu..

Kita dah lama jahat dengan Allah..Bukan setakat meniru dalam exam, kat dunia luar pun..berapa kali Dia panggil kita buat2 tak dengar, dah banyak kali Dia kejut kita utk ingat padaNya tapi makin kuat kita tarik selimut..kita hamba yang teruk kan.......

Macam manalah nak berdepan denganNya nanti, pada hari yang Dia berkuasa sepenuhnya, sedang kita hanya tertunduk di bawah...Terfikir, tingkah laku kita ni menunjukkan kita ni hamba ke.....


*****************

Musim imtihan begini, memang selalu teringat Malaysia..Sudah setahun setengah rasanya tak balik, dah rasa rindu sangat2..Tapi..bila teringat rumah di kampung, di Pengkalan Chepa..hati jadi hiba..kerana ada sesuatu yang pernah berlaku satu ketika dahulu, zaman dahulu, zaman kanak2..

Kisah yang berlaku tentang seorang jiran, seorang kanak2 kecil..Hampir setiap hari ku melihat pergaduhan ibu bapanya..Walaupun aku masih budak2, tapi aku sudah mengerti apa itu erti pergaduhan, kerana ku mendengar bunyi pinggan dibaling..dan semua itu bisa ditonton di televisyen..

berbuka puasa di Masjid Nabawi..hanya kurma, cheese dan air sejuk..
tapi kenapa dalam hati kami tersangat ingin merasakannya lagi..

Kanak2 itulah yang menjadi mangsa..Dia anak sulong, dan selalu membawa adiknya ke rumahku..Setiap hari bergaduh, dan setiap petang jugalah dia akan melarikan diri ke rumahku.. Lama kelamaan, dia tidak lagi datang berdua dengan adiknya, tapi bersama not ringgit..Dia sudah pandai mencuri!

Wang kertas berwarna hijau, merah selalu diserahkan padaku..Utk apa aku tidak mengerti..Yang ku tahu itu duit, dan jumlahnya besar....

(sudah penat menulis..insyaAllah akan disambung akan datang..)


الجمعة، 20 أبريل 2012

Kisah Perjuangan Seorang Sahabat

Ku pandang dari luar asrama MARA, belum berani melangkah..

Seketika mata dipejam, niat perlu ditajdid.. Alhamdulillah kini aku sedang berpijak di bumi itu, bumi yang diturunkan ramai nabi-nabi di dalamnya..

'Pasti ada sesuatu yang istimewa di sini..' 

Perlahan kaki dihayun, berat sekali rasanya..Penat masih bersisa setelah lebih kurang 3 jam di atas bas dari Kaherah ke Iskandariah..Waduh panas bangat sih, dehydrate habis badan ni..

Sungguh berbeza gambaran dan realiti yang sedang ku hadapi kala ini..Baiknya abg2 kat di sini, kitorang sampai terus naik lift je..semua bagasi2 senior yang angkat..

Pertama kali melangkah masuk ke bilik, terpegun seketika..Melihatkan bilik dan perabot yang baru, berkarpet merah membuat hati tersenyum.. Tidak lama kemudian, masuklah 3 lagi roommate ku yang telah ditetapkan sehari sebelum..Seorang darinya, Mohd Naqib Hadzir yang berasal dari Melaka, memang telah ku kenali sebelum ini kerana kami dari tempat persediaan yang sama, Kolej Shahputra..Dua orang lagi langsung tidak pernah ku kenal..

Menyambut hari raya di Mesir..sehingga ditegur orang arab
'Kenapa memakai skirt di luar???'
Dan dua orang itu sedang berjalan masuk..Kami bertegur, bersalam..Tiba2 dia memandangku dan bercakap sesuatu, tapi kenapa aku tidak memahaminya..

'Ko ni apsal cakap jawa ha...' Rakannya menegur..

Oh jawa rupanya dia ni, patutlah ada rupa sana..

Kemudian mereka berdua terus berbual, huhu dan aku tergelak mendengarnya..bahasa yang mereka bualkan sangat mencuit hati..'Peminat P Ramlee rupanya..'

Lalu kami menjadi mesra, sekejap sahaja sudah bergurau senda..Yang jawa dipanggil Mori, dan seorang lagi dipanggil Kyo..

*********

Malam menjelma..Usai solat isyak, kami berkemas dan menyiapkan apa yang patut..Memasang cadar, melipat baju dan mengira2 wang..Tiba2 ku terpandang di hujung bilik, Mori sedang menghadap laptopnya..

'Dia ni tak packing ke, khusyuk semacam je main laptop..'

Aku merapatinya, terus dia menutup screen..

'Jangan tengok ha..'

'Tengah menulis ni..aku ada cita2 nak terbitkan buku sepanjang belajar kat sini..' katanya dengan wajah serius..

Ajaib sekali bumi Mesir, tengah2 padang pasir pun boleh ada mata air..
subhanallah, tak terlawan kekuasaanMu Allah..

Aku tersentap..Terus ingatanku terbang mencari identiti penulis terkenal itu, siapa namanya.. ha Habiburrahman el Shirazy..Ku lihat Mori, mungkinkah dia juga akan menjadi seperti itu..hebat rupanya roommate aku ni..aku terbayang, patutlah kebanyakan yang datang Mesir ni jadi penulis, dan aku dapat bayangkan Mori tersenarai dalam list2 penulis hebat itu..

Memang aku selalu baca novel kat Malaysia, tapi bukan semua jenis novel ku baca, aku memilih..Aku langsung tidak minat novel Alaf 21 kecuali tulisan Ramlee Awang Murshid..Dan yang selalu menjadi santapanku ialah hasil Telaga Biru, PTS Litera Utama kerana cerita2 di dalamnya lebih bersifat tarbiyah dan mendidik hati..

Aku tersenyum, kagum terbit dalam hati..Mohd Fittry Safian, penulis novel dari Timur Tengah, seorang doktor..insyaAllah

*********

Tamat Tahun Satu, kami keluar dari asrama MARA, lalu bermulalah kehidupan baru di rumah sewa..Dan ahli bayt kami masih kekal kecuali Fakhrul yg menggantikan Kyo..Alhamdulillah sekali lagi aku ingin rakamkan, betapa ku bersyukur menjadi sebahagian dari rumah ini..

Masih segar di ingatan, saat pertama kali memasak di rumah baru..Susah jugak, dah la kami semuanya lelaki..Pastu macam mana entah boleh pergi ajak senior datang makan..Berlagak kan budak2 ni, baru first time masak dah berani jemput org..Bukan setakat first time masak di rumah baru, tapi first time utk seumur hidup...

Itulah kisahnya..wajah2 senior yg makan ketika itu, masih ada dalam kotak fikiranku..takde la diorang cakap tak sedap..tapi selepas aku sendiri menjadi senior, baru aku tahu begitulah responsnya (kalau makanan tu tak sedap..huhu)


*********

setiap saat bersama mori, terserlah satu persatu
sifat mahmudah yang sebati dlm dirinya..

Inilah kisah si Mori, dan sengaja ku selit untuk kali ini, bersempena besday beliau beberapa hari lepas..Sudah hampir tiga tahun kami menjadi housemate, alhamdulillah sehingga ke saat ini tidak pernah ku kesali kenyataan itu..Bagiku dia hebat, ada sesuatu di dalam dirinya, yg ku pasti berguna utk Islam..

Sekarang dia ada jawatan, ketua batch tahun 3..Beberapa bulan lalu, betapa berpeluh dia dengan berita pencalonannya, katanya dia takut.. Lalu kami sebagai housemate yg 'baik' mulalah mengusik..huhu kelakar jugak..terukkan kami ni, orang tengah gelabah masa tu la disakatnya si mori tu..

Last2 semua ketawa..alhamdulillah, mori tersenyum kala itu..Dan saat ini juga dia tersenyum...Dahulu pernah dia termenung lama, mengakui tidak selayaknya dia berada di tempat tinggi itu..Pernah juga dia tekad untuk menarik diri..Namun aturan Allah lebih pantas...DIA mendatangkan sahabat2 kepadanya, lalu mengungkapkan kalam2 perjuangan..

'Kadangkala emas itu harus dibakar
Agar diakhirnya terbit sang kilauan
Kerana aku mengenal dirimu
Keyakinan terbit dalam hati
Bahawa engkaulah sang kilauan itu..'


الجمعة، 13 أبريل 2012

'Sahabat, Ku Menantimu'

Berjalan kaki balik dari kuliyah, bersama dua sahabat..Seronok bercerita, banyak sekali kisah2 dikongsikan..Alhamdulillah ukhwah itu menenangkan..

Sedang berjalan, tiba2 datang seorang kanak2 perempuan minta sedekah..Mula2 dia datang kepada sahabatku, tapi sahabat itu tidak membawa duit kecil..Lalu ku buka wallet dan menyerahkan sedikit yang mampu..Selepas itu kanak2 itu merapati, meminta lagi..

Aku tersenyum 'Kifayah baah-cukuplah tu'.. Kami meneruskan perjalanan, tapi kanak2 itu masih mengikut..

'Saya perlukan 5 geneh lagi..sy miskin'

Dia masih mengikut..Kemudian sampai di satu persimpangan, aku dan sahabat2 mengambil jalan masing2..Bersalaman.. 'Jumpa lagi esok!'



Aku seorang diri..Rupa2nya kanak2 itu mengikutiku.. 'Bagus budak ni, tak putus asa..kalau semua orang kuat semangat macam ni kan best, mesti hebat Islam..'

Ku meneruskan berjalan..Tiba2 dia memegang tanganku..Isk main pegang2 pulak..Aku menarik tangan..'Nak kata kecik lagi, dah masuk sekolah rendah ni..dah batal wudhuk kalau sentuh..'

Membelok ke satu lorong, yang memang biasanya jarang dilalui orang..Kanak2 itu memegang tanganku untuk kali kedua, tapi kali ini lebih kejap..Belum sempat ku tarik, dia mencium tanganku, bersungguh2..

Allah apa dia buat ni, dah lebih ni.. 'Kholasss!!!' Aku menjengilkan mata..

Mungkin dia terkejut, lalu melarikan diri..Aku menarik nafas berulang kali, 'Ingat Allah, ingat Allah..' Ku tak boleh terima perbuatannya kali ini.........semoga Allah ampunkan....



***************

Malam ini aku tidur di rumah sahabat..Mendapat call, meminta untuk menemaninya di rumah baru..Takpelah, kita mudahkan urusan orang lain, insyaAllah Allah mudahkan urusan kita..Kalaupun kita tak mampu membantunya, sekurang2nya janganlah kita menjadi orang yang membebankan..

Melihatkan suasana di rumah ini, entah kenapa membangkitkan naluri mengimbas kembali peristiwa lalu..Teringatkan seorang sahabat yang sangat karib satu ketika dulu..Kami berkenalan di sekolah rendah..Ya, persahabatan yang sangat rapat, sehingga jiwa kami menjadi satu, sehinggakan ibu bapa kami terlalu percayakan satu sama lain..

Tiada yang dibuat melainkan kami pasti bersama..Tiada rahsia antara kami melainkan akan dikongsi jua..Namun Allah mentakdirkan kami berpisah di sekolah menengah, menuju tempat berbeza..Setelah itu kami tidak bertemu lagi, walau dalam hati ini sering saja teringatkannya..


Selepas PMR, aku bertukar sekolah, dan aku mendapat tahu dia juga bertukar sekolah..Namun ada yang tidak enak, semua yang ku dengar kini berkenaan dirinya pasti negatif..Itulah, inilah.. Dalam hati ku gusar, mengharapkan sahabat yang pernah ku kasihi seluruh jiwa ragaku itu tidak demikian..

Masuk Tingkatan Lima, ku dengar cerita2 yang tidak indah, bahkan tidak keterlaluan ku katakan sempat membuatkan diri beristighfar beberapa kali..Allah, berilah hidayah kepada sahabatku ini..Lalu suatu hari ku terserempak dengannya, melihatkan penampilannya mungkin ada benar cerita2 yang ku dengar sebelum ini..hatiku kecewa..

Aku kasihkan dia, bahkan jika dia meminta dariku, sanggup ku berkorban demi memenuhinya..Tapi kini kenapa begitu jauh akhlaknya..Tidak sanggup ku sebutkan perbuatannya di sini, kerana hati ini masih mengasihinya.. 

Cukuplah ku katakan, betapa hatiku remuk tatkala melihat gambarmu berpelukan dengan perempuan yang tidak halal itu..Betapa hatiku meraung kesedihan menyaksikan siapa rakan2mu ketika ini..


Masih ku ingat, betapa beruntung dirimu, dilahirkan dalam keluarga yang cukup hebat agamanya..Ayahmu, seorang yang kuat semangat dakwah, merata-rata tempat di kunjunginya demi menyebarkan syiar Islam..bahkan aku pernah mengikutinya, betapa ku kagum dan cemburu padamu dibesarkan dalam jagaan ayah mu itu..

Namun sahabat, benarlah kata2 Raihan..
Iman tak dapat di warisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Iman tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai...

Allah, cukuplah..tidak sanggup utk ku teruskan tulisan ini..kerana hati ini masih mengasihimu, kerana ku masih mengharapkan engkau kembali ke pangkal jalan..Lalu menjadi pemuda sehebat Salman al-Farisi, kerana pernah ku ternampak potensi itu dalam dirimu..Wahai sahabat, berubahlah...

السبت، 7 أبريل 2012

'Pertarungan Yang Maha Memeritkan'

Malam itu kami berempat, berangkat menuju ke Hospital Syatbi.. Perjalanan yang hanya dirancang bersahaja itu akhirnya bakal berlaku.. 'Ingat bawak semua barang2 wajib, kad dan lab coat..'

Menaiki tram ke Syatbi, dalam hati masing2 berdoa agar dipermudahkan segala urusan.. Sudah banyak kisah pengalaman2 menarik singgah di telinga, dan malam ini kami ingin merasakan sendiri..Melihat ibu2 bersalin secara live merupakan pengalaman pertama yang berharga..

Sampai di Syatbi, kaki dihayun laju ke hospital yang terletak bertentangan jalan..Seperti yang diberitahu senior, insyaAllah pak guard dan nurse akan membiarkan sahaja jika melihat malizi berkeliaran di situ..Masuk ke wad bersalin, kami mati langkah, tak tau hendak menuju arah mana..Last2 jalan ikut gerak hati sendiri, tengok2 sekeliling..

Hanan-si cilik yg menyebabkan hati sudah terlalu
rindu dengan Malaysia..

Kami masuk ke dalam sebuah bilik, dalamnya terdapat tiga baby yang baru lahir, dalam incubator..'Wah berbezanya saiz diorang, nampak ketara sangat..'Ingatkan sebelum ni sama je semua saiz baby yang baru lahir..Ni bila tengok baby2 ni tidur sebelah2, baru nampak..

Kami berjalan lagi, terdengar suara jeritan perempuan..Ada seorang perempuan sedang meraung, dikelilingi beberapa nurse dan doktor lelaki..Kami hanya memandang dari jauh, takut untuk mendekat..segan, malu semua bercampur baur..Tadinya berani sangat, bila dah sampai kaki tak terlangkah pulak..

Tiba2 datang seorang doktor lelaki muda, menarik tangan kami.. 'You cannot see anything from here, come with me..'

Bila mendekat, kami jadi loya, bau yang tidak menyenangkan..'Bau amniotic fluid kot..(air ketuban bahasa melayunya)'

Banyaknya darah, nasib baik kami semua tidak allergy dengan darah, cuma perasaan berdebar menguasai..Lama kami di situ, doktor muda tadi memberitahu mungkin ada masalah dengan baby ni, tapi dia sendiri tidak pasti apa masalahnya..

Doakan kami, kami ingin menyumbang kepada ummah..

Tiba2 doktor itu berbisik 'This woman has twin babies!'

Seorang doktor di situ mengambil gunting, lalu digunting..Arghhh!!! Perempuan itu menjerit dengan raungan yang maha kuat! Demi Allah kala itu aku tak tertahan lagi, ku berundur beberapa langkah..Tanpa disedari aku mengambil handphone, dail nombor bonda di Malaysia..

'Ma.....'

Mungkin di Malaysia waktu itu pukul 3 pagi, dan bonda sudah tidur..Tapi aku tak dapat menunggu lagi, seolah2 ku bayangkan ketika itu aku yang dilahirkan, Allah sakitnya..........

Aku minta maaf pada bonda, mungkin tanpa sedar pernah air matanya mengalir kerana kekhilafanku..

Aku melangkah ke hadapan semula, 'pertarungan' itu belum berakhir, ya kami mengingatkan masing2 agar terus berdoa semoga kegembiraan menanti di akhir pertarungan ini..

Tiba2, telefonku berdering.. BONDA! 'Eh Kenapa call balik, baru je habis cakap..'

Menurut doktor di situ, ada masalah dengan baby ni..
ummi dia ada hypoglycemia rasanya..

Rupa2nya bonda bimbang..Haah kan apalah aku ni, call pukul 3 pagi, kemudian tiba2 minta maaf, memang la bonda risau ada apa2 berlaku ke..tapi takpela, rasa macam romantik pulak dengan mak...

Aku sendiri tidak pasti berapa lama kami di situ, yang pasti kami bersama sehingga ke akhirnya, sehingga kedua2 baby selamat dikeluarkan..Mungkin Allah dah rencanakan, kami dapat melihat twin malam itu, yang mana menurut doktor muda, sangat jarang sebenarnya di hospital itu.. 'You know, this is first time i see twin babies since 6 months ago..You all are very lucky!'

Alhamdulillah terasa lapang dada seketika..Walau sebelum itu, hanya Allah yang tahu betapa sesaknya nafas kami menyaksikan kesakitan sang ibu berjuang mempertaruhkan nyawa..kami yang tengok ni pun dah berpeluh habis, tak tau la kalau diri yang merasakan..

*********

Itu masa kami awal tahun second year..Sekarang lepas dah dengar penjelasan ustaz2, tak bagus utk lelaki melihat proses kelahiran sebenarnya..Walaupun doktor, tapi lebih aula doktor wanita yang menyambutnya..Sebab dulu senior2 bagi galakan suruh pergi tengok, tapi sekarang kami bagitau adik2 tak perlulah pergi, banyak lagi kerja boleh buat..

Nasib baik di Malaysia sekarang para suami dibenarkan utk menemani isteri dalam bilik bersalin (kat Mesir belum lagi..) Selepas menyaksikannya, aku benar2 percaya wajiblah mana2 suami utk berada di sebelah si isteri ketika melahirkan zuriatnya - (fatwa seorang bakal doktor, insyaAllah..doa2kan..)

الاثنين، 2 أبريل 2012

'Tidak Hanya Berakhir Di Sini'

Selesai kelas tafaqquh, seorang sahabat menghampiri, juga seorang AJKT Perubatan Iskandariah..Melihatnya sudah cukup membuat diri tersenyum, lantaran terlalu banyak rahsia yang dikongsi bersama..Namun kami sudah lama tidak berbual mesra, masing2 busy dengan tugas..

Singgah di restoran, makan bersama..Itulah, masa lapang sangat sedikit utk keluar seperti ini, lalu kesempatan yang ada tidak dilepaskan..Dan keluarlah cerita masing2, meluah itu ini..Dia simpati padaku, dalam masa yang sama aku juga kasihan melihat dirinya..

'Tiap2 hari takde kat rumah..semua meeting aku kena masuk..'


kenangan tahun lalu-meraikan Qarafi yang
sudah berkahwin..

Aku memandang terus ke wajahnya, meminta dia meneruskan kata2..Aku tahu dalam hatinya saat ini sarat dengan segala beban yang memberatkan..

Dua hari lepas, bersama dua AJKT lain, juga bersembang tentang masalah yang dihadapi masing2..Oh bila dah dengar cerita dari semua orang, baru terasa ringan masalah kita ini 'Rupa2nya masalah aku ni takdelah berat sangat pun..' 


Sebelum tu, rasa kitalah yang paling tension, paling serabut memikirkan masalah persatuan, rupa2nya tak pun..Rasa tenang tiap kali meluahkan segala yang terbuku kepada kawan2, alhamdulillah.. Terfikir, kalau dengan kawan pun sudah setenang ini, apalagi dengan isteri yang sudah halal kan?


**************

Menghadiri satu kursus di Kaherah selama sehari..Di saat-saat akhir, dalam keadaan diri yang mengantuk dan penat, terdengar satu kata2 'Erti hidup pada memberi'

'Kalaulah memberi itu satu derita, maka Rasullullah adalah orang yang paling derita, kerana baginda adalah insan yang paling banyak memberi..Namun sirah menunjukkan sebaliknya, bahawa bagindalah insan yang paling bahagia..'


Allah..sekali lagi hati terasa dibaja dengan rahmat Yang Esa..Kala ini, di tempat ini, Allah memberi ruang kepada diri..Kenapa harus cepat merasa letih dengan tugas yang sedikit, sedang pintu untuk membuat kebajikan sedang terbuka seluas-luasnya..Katamu, kau ingin mencontohi setiap dari baginda..Nah, medan untuk itu berada di hadapanmu!

bersama ahli usrah yang dikasihi..


Ada orang pernah bertanya 'Untuk apa kuat berpersatuan, lagipun PERUBATAN bukan ada dekat Malaysia..'

Duhai sahabat yang ku cintai kerana Allah, benar katamu aku tidak nafikan..Marilah duduk bersama mendengar bicaraku ini..

_________________________________________________________________


Aku bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang hebat, ilmu kepimpinan yang cetek..Namun di hati ini terselit satu niat ingin menyumbang kepada Islam..Juga benar katamu, persatuan ini tiada di Malaysia, maka adakah bermakna segala2nya akan berakhir di sini..

Sahabat yg ku kagumi ilmunya, biarlah aku khabarkan, di sana sudah terlalu banyak jemaah dan persatuan, maka untuk apakah lagi ditubuhkan persatuan yang baru..Biarlah aku berusaha di sini, belajar apa yang ada, dan mengutip segala ilmu..Aku pasti saatnya akan tiba untuk aku pulang ke Malaysia, dan pada saat itu aku tidak keseorangan..



Sahabat, aku bukanlah permata berkilau, namun aku ingin menjadi seperti benih itu..Aku ingin pulang  ke Malaysia, seterusnya bersama menyebarkan gelombang kebangkitan pemuda Islam..Di mana pun tempatnya, akan ku gunakan setiap posisi itu untuk berjuang..Jika di kampung, pemuda Islam sehebat Al Fateh akan lahir dari situ..

Turki dalam kenangan..

Andai di hospital aku ditempatkan, akan ku hiasinya dengan akhlak Islamiah yang kian merudum.. Kerana ku tahu, aku tidak bisa menunggu non moslem doktor untuk membuat perubahan itu, kerana ku pasti orang Islam sendirilah yang harus memulakannya..


'Percayalah akan satu perkara bahawa bicara yang keluar daripada mulut seorang doktor 
adalah kalam yang sangat mudah untuk memecahkan ego pesakit-pesakitnya. 
Asalkan doktor tersebut percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik penyembuh..'


Bukanlah nama yang dikejar, kerana itu akan hilang bersama perginya aku dari dunia ini..Bukan juga keseronokan yang diraih, kerana memegang jawatan ini bermakna tidurku tidak akan lena saban malam..

Aku masih bertahan kerana Allah..Aku pasti akan kegemilangan Islam, maka izinkan aku meletakkan diriku ke dalam barisan pejuang itu..Sudah aku katakan tadi, ilmu kepimpinanku setitis air cuma, oleh itu bantulah aku untuk menyinarkannya lagi..Wallahua'lam