Ku pandang dari luar asrama MARA, belum berani melangkah..
Kemudian mereka berdua terus berbual, huhu dan aku tergelak mendengarnya..bahasa yang mereka bualkan sangat mencuit hati..'Peminat P Ramlee rupanya..'
Seketika mata dipejam, niat perlu ditajdid.. Alhamdulillah
kini aku sedang berpijak di bumi itu, bumi yang diturunkan ramai nabi-nabi di
dalamnya..
'Pasti ada sesuatu yang istimewa di sini..'
Perlahan kaki dihayun, berat sekali rasanya..Penat masih bersisa setelah lebih kurang 3 jam di atas bas dari Kaherah ke Iskandariah..Waduh panas bangat sih, dehydrate habis badan ni..
Sungguh berbeza gambaran dan realiti yang sedang ku hadapi kala ini..Baiknya abg2 kat di sini, kitorang sampai terus naik lift je..semua bagasi2 senior yang angkat..
Pertama kali melangkah masuk ke bilik, terpegun seketika..Melihatkan bilik dan perabot yang baru, berkarpet merah membuat hati tersenyum.. Tidak lama kemudian, masuklah 3 lagi roommate ku yang telah ditetapkan sehari sebelum..Seorang darinya, Mohd Naqib Hadzir yang berasal dari Melaka, memang telah ku kenali sebelum ini kerana kami dari tempat persediaan yang sama, Kolej Shahputra..Dua orang lagi langsung tidak pernah ku kenal..
Dan dua orang itu sedang berjalan masuk..Kami bertegur, bersalam..Tiba2 dia memandangku dan bercakap sesuatu, tapi kenapa aku tidak memahaminya..
Menyambut hari raya di Mesir..sehingga ditegur orang arab 'Kenapa memakai skirt di luar???' |
'Ko ni apsal cakap jawa ha...' Rakannya menegur..
Oh jawa rupanya dia ni, patutlah ada rupa sana..
Kemudian mereka berdua terus berbual, huhu dan aku tergelak mendengarnya..bahasa yang mereka bualkan sangat mencuit hati..'Peminat P Ramlee rupanya..'
Lalu kami menjadi mesra, sekejap sahaja sudah bergurau senda..Yang jawa dipanggil Mori, dan seorang lagi dipanggil Kyo..
*********
Malam menjelma..Usai solat isyak, kami berkemas dan menyiapkan apa yang patut..Memasang cadar, melipat baju dan mengira2 wang..Tiba2 ku terpandang di hujung bilik, Mori sedang menghadap laptopnya..
'Dia ni tak packing ke, khusyuk semacam je main laptop..'
Aku merapatinya, terus dia menutup screen..
'Jangan tengok ha..'
'Tengah menulis ni..aku ada cita2 nak terbitkan buku sepanjang belajar kat sini..' katanya dengan wajah serius..
Ajaib sekali bumi Mesir, tengah2 padang pasir pun boleh ada mata air.. subhanallah, tak terlawan kekuasaanMu Allah.. |
Aku tersentap..Terus ingatanku terbang mencari identiti penulis terkenal itu, siapa namanya.. ha Habiburrahman el Shirazy..Ku lihat Mori, mungkinkah dia juga akan menjadi seperti itu..hebat rupanya roommate aku ni..aku terbayang, patutlah kebanyakan yang datang Mesir ni jadi penulis, dan aku dapat bayangkan Mori tersenarai dalam list2 penulis hebat itu..
Memang aku selalu baca novel kat Malaysia, tapi bukan semua jenis novel ku baca, aku memilih..Aku langsung tidak minat novel Alaf 21 kecuali tulisan Ramlee Awang Murshid..Dan yang selalu menjadi santapanku ialah hasil Telaga Biru, PTS Litera Utama kerana cerita2 di dalamnya lebih bersifat tarbiyah dan mendidik hati..
Aku tersenyum, kagum terbit dalam hati..Mohd Fittry Safian, penulis novel dari Timur Tengah, seorang doktor..insyaAllah
Inilah kisah si Mori, dan sengaja ku selit untuk kali ini, bersempena besday beliau beberapa hari lepas..Sudah hampir tiga tahun kami menjadi housemate, alhamdulillah sehingga ke saat ini tidak pernah ku kesali kenyataan itu..Bagiku dia hebat, ada sesuatu di dalam dirinya, yg ku pasti berguna utk Islam..
*********
Tamat Tahun Satu, kami keluar dari asrama MARA, lalu bermulalah kehidupan baru di rumah sewa..Dan ahli bayt kami masih kekal kecuali Fakhrul yg menggantikan Kyo..Alhamdulillah sekali lagi aku ingin rakamkan, betapa ku bersyukur menjadi sebahagian dari rumah ini..
Masih segar di ingatan, saat pertama kali memasak di rumah baru..Susah jugak, dah la kami semuanya lelaki..Pastu macam mana entah boleh pergi ajak senior datang makan..Berlagak kan budak2 ni, baru first time masak dah berani jemput org..Bukan setakat first time masak di rumah baru, tapi first time utk seumur hidup...
Itulah kisahnya..wajah2 senior yg makan ketika itu, masih ada dalam kotak fikiranku..takde la diorang cakap tak sedap..tapi selepas aku sendiri menjadi senior, baru aku tahu begitulah responsnya (kalau makanan tu tak sedap..huhu)

setiap saat bersama mori, terserlah satu persatu sifat mahmudah yang sebati dlm dirinya.. |
Inilah kisah si Mori, dan sengaja ku selit untuk kali ini, bersempena besday beliau beberapa hari lepas..Sudah hampir tiga tahun kami menjadi housemate, alhamdulillah sehingga ke saat ini tidak pernah ku kesali kenyataan itu..Bagiku dia hebat, ada sesuatu di dalam dirinya, yg ku pasti berguna utk Islam..
Sekarang dia ada jawatan, ketua batch tahun 3..Beberapa bulan lalu, betapa berpeluh dia dengan berita pencalonannya, katanya dia takut.. Lalu kami sebagai housemate yg 'baik' mulalah mengusik..huhu kelakar jugak..terukkan kami ni, orang tengah gelabah masa tu la disakatnya si mori tu..
Last2 semua ketawa..alhamdulillah, mori tersenyum kala itu..Dan saat ini juga dia tersenyum...Dahulu pernah dia termenung lama, mengakui tidak selayaknya dia berada di tempat tinggi itu..Pernah juga dia tekad untuk menarik diri..Namun aturan Allah lebih pantas...DIA mendatangkan sahabat2 kepadanya, lalu mengungkapkan kalam2 perjuangan..
'Kadangkala emas itu harus dibakar
Agar diakhirnya terbit sang kilauan
Kerana aku mengenal dirimu
Keyakinan terbit dalam hati
Bahawa engkaulah sang kilauan itu..'
ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق