Selesai kelas tafaqquh, seorang sahabat menghampiri, juga seorang AJKT Perubatan Iskandariah..Melihatnya sudah cukup membuat diri tersenyum, lantaran terlalu banyak rahsia yang dikongsi bersama..Namun kami sudah lama tidak berbual mesra, masing2 busy dengan tugas..
Singgah di restoran, makan bersama..Itulah, masa lapang sangat sedikit utk keluar seperti ini, lalu kesempatan yang ada tidak dilepaskan..Dan keluarlah cerita masing2, meluah itu ini..Dia simpati padaku, dalam masa yang sama aku juga kasihan melihat dirinya..
'Tiap2 hari takde kat rumah..semua meeting aku kena masuk..'
Aku memandang terus ke wajahnya, meminta dia meneruskan kata2..Aku tahu dalam hatinya saat ini sarat dengan segala beban yang memberatkan..
Dua hari lepas, bersama dua AJKT lain, juga bersembang tentang masalah yang dihadapi masing2..Oh bila dah dengar cerita dari semua orang, baru terasa ringan masalah kita ini 'Rupa2nya masalah aku ni takdelah berat sangat pun..'
Sebelum tu, rasa kitalah yang paling tension, paling serabut memikirkan masalah persatuan, rupa2nya tak pun..Rasa tenang tiap kali meluahkan segala yang terbuku kepada kawan2, alhamdulillah.. Terfikir, kalau dengan kawan pun sudah setenang ini, apalagi dengan isteri yang sudah halal kan?
Andai di hospital aku ditempatkan, akan ku hiasinya dengan akhlak Islamiah yang kian merudum.. Kerana ku tahu, aku tidak bisa menunggu non moslem doktor untuk membuat perubahan itu, kerana ku pasti orang Islam sendirilah yang harus memulakannya..
'Percayalah akan satu perkara bahawa bicara yang keluar daripada mulut seorang doktor
Bukanlah nama yang dikejar, kerana itu akan hilang bersama perginya aku dari dunia ini..Bukan juga keseronokan yang diraih, kerana memegang jawatan ini bermakna tidurku tidak akan lena saban malam..
Aku masih bertahan kerana Allah..Aku pasti akan kegemilangan Islam, maka izinkan aku meletakkan diriku ke dalam barisan pejuang itu..Sudah aku katakan tadi, ilmu kepimpinanku setitis air cuma, oleh itu bantulah aku untuk menyinarkannya lagi..Wallahua'lam
Singgah di restoran, makan bersama..Itulah, masa lapang sangat sedikit utk keluar seperti ini, lalu kesempatan yang ada tidak dilepaskan..Dan keluarlah cerita masing2, meluah itu ini..Dia simpati padaku, dalam masa yang sama aku juga kasihan melihat dirinya..
'Tiap2 hari takde kat rumah..semua meeting aku kena masuk..'
kenangan tahun lalu-meraikan Qarafi yang sudah berkahwin.. |
Aku memandang terus ke wajahnya, meminta dia meneruskan kata2..Aku tahu dalam hatinya saat ini sarat dengan segala beban yang memberatkan..
Dua hari lepas, bersama dua AJKT lain, juga bersembang tentang masalah yang dihadapi masing2..Oh bila dah dengar cerita dari semua orang, baru terasa ringan masalah kita ini 'Rupa2nya masalah aku ni takdelah berat sangat pun..'
Sebelum tu, rasa kitalah yang paling tension, paling serabut memikirkan masalah persatuan, rupa2nya tak pun..Rasa tenang tiap kali meluahkan segala yang terbuku kepada kawan2, alhamdulillah.. Terfikir, kalau dengan kawan pun sudah setenang ini, apalagi dengan isteri yang sudah halal kan?
**************
Menghadiri satu kursus di Kaherah selama sehari..Di saat-saat akhir, dalam keadaan diri yang mengantuk dan penat, terdengar satu kata2 'Erti hidup pada memberi''Kalaulah memberi itu satu derita, maka Rasullullah adalah orang yang paling derita, kerana baginda adalah insan yang paling banyak memberi..Namun sirah menunjukkan sebaliknya, bahawa bagindalah insan yang paling bahagia..'
Allah..sekali lagi hati terasa dibaja dengan rahmat Yang Esa..Kala ini, di tempat ini, Allah memberi ruang kepada diri..Kenapa harus cepat merasa letih dengan tugas yang sedikit, sedang pintu untuk membuat kebajikan sedang terbuka seluas-luasnya..Katamu, kau ingin mencontohi setiap dari baginda..Nah, medan untuk itu berada di hadapanmu!
bersama ahli usrah yang dikasihi.. |
Ada orang pernah bertanya 'Untuk apa kuat berpersatuan, lagipun PERUBATAN bukan ada dekat Malaysia..'
Duhai sahabat yang ku cintai kerana Allah, benar katamu aku tidak nafikan..Marilah duduk bersama mendengar bicaraku ini..
_________________________________________________________________
Aku bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang hebat, ilmu kepimpinan yang cetek..Namun di hati ini terselit satu niat ingin menyumbang kepada Islam..Juga benar katamu, persatuan ini tiada di Malaysia, maka adakah bermakna segala2nya akan berakhir di sini..
Sahabat yg ku kagumi ilmunya, biarlah aku khabarkan, di sana sudah terlalu banyak jemaah dan persatuan, maka untuk apakah lagi ditubuhkan persatuan yang baru..Biarlah aku berusaha di sini, belajar apa yang ada, dan mengutip segala ilmu..Aku pasti saatnya akan tiba untuk aku pulang ke Malaysia, dan pada saat itu aku tidak keseorangan..
Sahabat, aku bukanlah permata berkilau, namun aku ingin menjadi seperti benih itu..Aku ingin pulang ke Malaysia, seterusnya bersama menyebarkan gelombang kebangkitan pemuda Islam..Di mana pun tempatnya, akan ku gunakan setiap posisi itu untuk berjuang..Jika di kampung, pemuda Islam sehebat Al Fateh akan lahir dari situ..
Turki dalam kenangan.. |
Andai di hospital aku ditempatkan, akan ku hiasinya dengan akhlak Islamiah yang kian merudum.. Kerana ku tahu, aku tidak bisa menunggu non moslem doktor untuk membuat perubahan itu, kerana ku pasti orang Islam sendirilah yang harus memulakannya..
adalah kalam yang sangat mudah untuk memecahkan ego pesakit-pesakitnya.
Asalkan doktor tersebut percaya bahawa Allah adalah sebaik-baik penyembuh..'
Bukanlah nama yang dikejar, kerana itu akan hilang bersama perginya aku dari dunia ini..Bukan juga keseronokan yang diraih, kerana memegang jawatan ini bermakna tidurku tidak akan lena saban malam..
Aku masih bertahan kerana Allah..Aku pasti akan kegemilangan Islam, maka izinkan aku meletakkan diriku ke dalam barisan pejuang itu..Sudah aku katakan tadi, ilmu kepimpinanku setitis air cuma, oleh itu bantulah aku untuk menyinarkannya lagi..Wallahua'lam
saya tak pandai Bahasa Arab. boleh tlg ajarkan....
ردحذفsuka wording pada header itu.
assalamualaikum...
ردحذفmoga terus istiqomah saudara ^^,
p/s: terima kasih atas teguran saudara pada entry ana.
>tips kurus...
ردحذفsy bukan pandai sgt arab, cuma niat nak belaja tu ada jugak..bahasa Quran kan..
>titisan hujan..
doakan yg terbaik utk semua, semoga ada manfaatnya