الاثنين، 30 أبريل 2012

Kasih Yang Esa

Sekarang ini berada di klinik..Pagi tadi mendapat panggilan dari seorang sahabat, menceritakan keadaan diri yang kurang sihat.. ‘Sebelum ni demam, pagi tadi batuk, pastu kuar darah..’
Allah bahaya tu kalau dah sampai batuk berdarah..

Lama jugak menunggu giliran, dalam keadaan tidak pasti bila doctor akan sampai..Lalu dia bercerita tentang sesuatu..

‘Cinta sang purdah..’

Katanya dia berkenalan dengan seseorang yang berada di Malaysia..Unik kisah ini, kerana si perempuan sejak dari kecil belajar di Jordan, dan selepas remaja baru pulang ke Malaysia.. Bersekolah rendah dan menengah di negara orang, mesti tinggi ilmu bahasa arabnya..

Sekarang menuntut di university di Malaysia..Semua adik beradiknya berpurdah..Mendengar bicara sahabat ini, ku dapat merasakan getaran keikhlasannya..Hati lelaki mana yang tidak bergetar tatkala disentuh wanita solehah..


***************

kenapa ye, hati sungguh sejuk dan tenteram
bila bersama orang2 hebat ini...

Semalam selesai exam practical, boleh tahan berpeluh time jawab..Mungkin usaha ini terlalu sedikit dibandingkan beban module yang setebal itu..Minggu lepas pergi Zaqazig, ada sesuatu yang perlu diuruskan..

Terdiam seketika tatkala menerima berita itu..Dalam keadaan diri yang masih belum menyediakan apa2 utk imtihan yang semakin dekat, berita ini merupakan perkhabaran yang kurang baik..

Biarlah, yg penting kita jangan lupa istighfar banyak2, sujud lama2..InsyaAllah, ketenangan yang dicari ada di situ..

Tapi dalam kekalutan exam semalam, sempat melihat beberapa adegan meniru yang berlaku dlm lab..

Macam mana kan, kita nak berdoa pada Allah..sedang dalam exam kita mengendap2..

Malu2..malu pada Allah..kalau ada kawan macam tu, dah lama dah tak cakap..depan2 baik, belakang terus bertukar perangai..

Tapi Allah baik..DIA sentiasa bukak pintu taubat utk kita kembali..

Terpandang wajah sucinya, teringat ciri2 fizikal Rasullullah dlm kitab Syamail..subhanallah..
rindu ingin bertemu lagi Sayyid Ahmad Alawi..

Jika Allah tidak mencintaimu,
Dia tidak akan letakkan rasa kepedihan dalam hati kamu..

Kita dah lama jahat dengan Allah..Bukan setakat meniru dalam exam, kat dunia luar pun..berapa kali Dia panggil kita buat2 tak dengar, dah banyak kali Dia kejut kita utk ingat padaNya tapi makin kuat kita tarik selimut..kita hamba yang teruk kan.......

Macam manalah nak berdepan denganNya nanti, pada hari yang Dia berkuasa sepenuhnya, sedang kita hanya tertunduk di bawah...Terfikir, tingkah laku kita ni menunjukkan kita ni hamba ke.....


*****************

Musim imtihan begini, memang selalu teringat Malaysia..Sudah setahun setengah rasanya tak balik, dah rasa rindu sangat2..Tapi..bila teringat rumah di kampung, di Pengkalan Chepa..hati jadi hiba..kerana ada sesuatu yang pernah berlaku satu ketika dahulu, zaman dahulu, zaman kanak2..

Kisah yang berlaku tentang seorang jiran, seorang kanak2 kecil..Hampir setiap hari ku melihat pergaduhan ibu bapanya..Walaupun aku masih budak2, tapi aku sudah mengerti apa itu erti pergaduhan, kerana ku mendengar bunyi pinggan dibaling..dan semua itu bisa ditonton di televisyen..

berbuka puasa di Masjid Nabawi..hanya kurma, cheese dan air sejuk..
tapi kenapa dalam hati kami tersangat ingin merasakannya lagi..

Kanak2 itulah yang menjadi mangsa..Dia anak sulong, dan selalu membawa adiknya ke rumahku..Setiap hari bergaduh, dan setiap petang jugalah dia akan melarikan diri ke rumahku.. Lama kelamaan, dia tidak lagi datang berdua dengan adiknya, tapi bersama not ringgit..Dia sudah pandai mencuri!

Wang kertas berwarna hijau, merah selalu diserahkan padaku..Utk apa aku tidak mengerti..Yang ku tahu itu duit, dan jumlahnya besar....

(sudah penat menulis..insyaAllah akan disambung akan datang..)


هناك تعليق واحد:

  1. subhanALLAH..pembukaan cerita yg mnarik..truskan brtinta..msh mnanti n teruja nak bca cerita tntng gadis brpurdah 2.. :) may ALLAH bless

    ردحذف