الاثنين، 7 مايو 2012

Rumah Tangga Yang Menyesakkan


Selesai satu imtihan, module Gastrointestinal System..Apa yang boleh dikatakan pasal exam tadi, susah bangat! Sambil jawab sambil picit kepala, kok sampai berdenyut..

Berapa kali entah masa jawab tu, rasa putus asa datang, lantas cuba ditepis..Ya Allah bantu aku Allah..dan berapa kali jugaklah ingatan terbang ke Malaysia, teringat kat mak ayah..Rasa bersalah, susah payah dihantar ke sini, tapi aku kurang study..Ingin berpersatuan, masa belum ada jawatan ma ayah dah pesan, jangan tinggal study, ingat tujuan asal datang ke Mesir..

Allah janganlah mereka berkecil hati keranaku..Selesai imtihan, kawan ajak balik rumah dengan motor..Tapi sungguh, otak langsung tak tenang..walau bibir mengukir senyuman, tapi gundah gulana tetap menguasai..

Sampai di rumah terus landing..Tidur dululah, ada setengah jam lagi before zohor.. Dah la semalam kurang tidur sebab study..

Pejam mata, cuba melenakan diri..Tiba2 bayangan kertas exam tadi datang menjengah, soalan2 yang memeritkan..Isk orang nak tidur ni!

Last2 sampai azan tak boleh tidur, dada masih rasa berombak2..

***************

Ramai menyangka tarbiyah hanyalah usrah dan liqa’..tapi berapa ramai yang sedar, pengurusan dalam organisasi juga adalah tarbiyah..Saat jiwa terasa lelah diasak ujian, hampir mengalir air mata kerananya, namun cuba dikuatkan diri sambil memohon bantuan Allah, tidakkah ini juga dinamakan tarbiyah..

Pernah aku bertanyakan seorang sahabat, seorang pemimpin tertinggi..Macam mana enta boleh bertahan lama macam ni..

‘Bukan sengaja nak jawatan ni, kalau diikutkan hati dah lama tolak..Apa yang dapat memanglah penat dan sakit kepala..Tapi ada sesuatu yang ada di dalamnya, yang istimewa..’

Aku tidak puas hati dengan jawapannya, jawapan itu tidak lengkap!

Biarlah, mungkin dia mahu aku sendiri merasakan itu, tarbiyah dalam perjuangan..Dan apa yang aku lihat dari dirinya, mengundang kekaguman tersendiri..Ya, sangat jarang aku melihat dia bermasam muka, kerana senyuman sering menghiasi wajahnya..walau dalam keadaan kritikal sekalipun..

Ada seorang sahabat pimpinan, ketika memperdengarkan luahan hatinya..Dia lelaki, tapi pernah air matanya mengalir kerana berat beban yang menimpa..Dia tak nak menangis, biasalah lelaki kan ego tinggi..tapi sampai satu tahap dia dah tak tahan sangat, lalu tertumpah jua air matanya di kain sejadah..Mengadu kepada Pemilik Segala Kekuatan..Dan, bukankah ini juga dinamakan tarbiyah..



Abang Din (sekarang tahun 6) pernah bagi talk kat kami masa first year dulu..Seorang doctor kena pandai pujuk diri sendiri, kena senyum sokmo..kerana senyuman ikhlas doctor itu sendiri ialah penawar bagi pesakitnya..’

Benar sekali kan kata2 itu..Kita sendiri pun, bila tanya kebanyakan sahabat, semua cakap nak isteri yang macam tu, melihatnya menyejukkan pandangan, sentiasa memaniskan muka di hadapan suami..

************

(sambungan minggu lepas)

Aku sendiri pun masih terlalu kecil ketika itu, masih belum jelas tentang halal haram..Ketika dia menyerahkan wang itu, aku dengan senang hati mengambilnya..Lalu ku kayuh basikal ke kedai runcit, membeli chikedis!

Setiap hari banyak juga yang aku dapat..dua ringgit, lima (dan pernah sepuluh ringgit!) Bermakna makin banyaklah duit mak ayahnya yang diambil..Padahal aku sendiri tak pernah minta..(Menurut seorang teman yang juga masih kecil ketika itu, mungkin jiran itu menyukaiku..) Huhu kelakar pun ada, ABC pun tak kenal lagi dah pandai cintan cintun yerk!

Biarlah, aku tidak peduli itu, yang penting hari2 dapat chikedis! Berbalik kepada kisah sang parent jiran itu..Aku sendiri tidak pasti apa puncanya yang menyebabkan hari2 mereka berperang..Yang aku tak dapat gambarkan, macam mana ‘cara pergaduhan’ itu, sebab aku dengar dengan jelas pinggan dibaling, pastu pecah..(adakah macam dalam filem2)

Jadi aku selalu letak kepala dekat dinding, semangat sungguh sebab nak dengar dengan jelas.. Biasanya selepas ibu bapa mereka bergaduh, dua2 anaknya akan datang kepadaku sambil menangis..



Sekarang ni bila aku teringat balik, rasa simpati kpd dua2 anak itu..Apa salah mereka, sehingga mereka yang merasakan derita..Tak berapa lama lepas tu, jiran itu tidak lagi datang ke rumahku.. Tiada lagi bunyi pinggan pecah, dan tiada juga chikedis free yang ku dapat..

Rupanya aku lewat mendapat berita bahawa keluarga mereka berpindah lagi..Seingatku tak sampai setahun mereka di situ, bahkan tak sampai setengah tahun pun..Menurut ibu bapaku, memang mereka sering berpindah, sejak dulu lagi..

Itulah kisahnya, yang kadang2 membuat diri termenung dan hiba..Rasanya sudah hampir 13 tahun kisah ini berlalu, atau lebih lagi..Aku khuatir, di manakah anak2 itu sekarang, kerana sudah banyak kali ku membaca di artikel2 tentang kesan pergaduhan rumah tangga kepada akhlak anak2..

Ku yakin, anak2 itu tidak berdosa, tapi mereka merasakan penderitaan sejak kecil..Walau hanya seketika aku mengenali mereka, tapi mereka senang dibentuk dan mengikut..Aku ajak mereka mengaji Al-Quran, mereka ikut..mereka cakap tak pandai, aku cuba ajar, juga mereka ikut…

(Kita tak nak anak kita derita kerana kita kan..Apa yang kita impikan dari rumahtangga itu sendiri ialah lahirnya generasi2 soleh, seterusnya membaiki ummah yang ketika ini dilanda kerosakan akhlak yang maha teruk.. Maka untuk itu kita harus mulakan dari sekarang..Jadikanlah diri mu seperti akhlak Saidina Muhammad SAW, dengan itu Allah akan mengirim kepadamu seorang isteri persis Saidatina Khadijah..Wallahua’lam)

هناك 3 تعليقات:

  1. semoga terus thabat!
    jgn putus asa, Allah mungkin tak beri apa yg kita nak, tp Dia akan beri apa yang kita perlu!

    ردحذف
  2. ALLAH tengok usaha kita bukan result. :)

    ردحذف
  3. benar sekali semua kata2 itu..jazakumullah khair

    (menunggu keajaiban dari Allah )

    ردحذف