الاثنين، 14 مايو 2012

Usahlah Usaha Sesuci Itu Dihalang

Kala ini, hati ingin berbicara tentang akhlak lantaran tersentuh melihat peribadi mulia seorang sahabat secara tidak sengaja..Sebelum itu, bagaimana kita menilai seseorang itu baik atau kurang baik? Adakah dengan melihat si dia selalu menghadiri kelas agama, lalu dia dikira baik? Atau selalu terserempak dengannya dengan berjubah dan berserban, baikkah dia?

Lalu bagaimana halnya dengan seseorang yang kita tidak pernah lihatnya di kelas2 agama, adakah dia dikira kurang baik? Dia selalu memakai jeans dan baju yang macho2, adakah dia kurang baik? Sebetulnya itulah yang aku anggap sebelum ini..Namun minggu lepas ku kira pandangan itu sedang cuba bertukar..

Azan zohor sedang berkumandang.. Aku sedang study ketika itu di universiti, sorang2.. Dan tiba2 datang seorang sahabat, 'Jom la pergi solat, dah azan tu..'

'Jap ek, aku nak habiskan page ni dulu..'

Dia memandangku 'Aku rasa mustahil kau tak pernah dengar kisah tukang rumah menyusun bata..?'

Gulp! Datang rasa bersalah dalam diri.. 'Aku pernah dengar...'


********


Bagaimana sebenarnya lelaki baik itu diiktiraf? Pernah aku bersama seorang sahabat yang soleh..Namun bila masuk waktu solat, pergerakannya masih malas2, langsung tidak menunjukkan kesungguhan utk ke masjid..Walhal orangnya warak, selalu berjubah dan kemunculannya di majlis2 ilmu memang selalu dinantikan..

Setelah ditegur minggu lepas, aku langsung terfikir akan persoalan itu..Sahabat yang pertama, penampilannya biasa, pakaiannya biasa..Tapi disebabkan satu ilmu yang dia tahu, terus dipegang dan diamalkan bersungguh2..Berbeza dengan orang kedua, mungkin ilmu2 agama selalu melalui corong telinganya, tapi disebabkan itu juga dia jadi tidak endah dan kurang beramal dengan ilmu2 yang banyak..

Dan di sini, sekali lagi, manakah yang lebih baik..Ada lagi dalam perkara mencegah kemungkaran..Pernah beberapa peristiwa yang ku saksikan depan mata, orang2 yang dianggap biasa inilah yang lebih kuat nahi mungkarnya, kerana walaupun sikit, dia ada ilmu tentang itu, kerana dia tahu itu salah dan terus diperbetulkan yang salah itu..


*********
Kisah tukang rumah dan bata..

'Ada seorang tukang rumah yang soleh..Kerjanya ialah membuat rumah..Satu hari ketika sedang bekerja, azan berkumandang..Masa tu dia sedang memegang bata terakhir untuk menyiapkan rumah itu..Dan sebaik mendengar laungan 'Allahuakbar Allahuakbar!' terus dia turun utk ke masjid..Ada orang bertanya kenapa tidak dia habiskan, lagipun tinggal satu bata je lagi..

'Aku khuatir akan hilangnya keberkatan rezekiku, dan juga keberkatan rumah itu..'


********



Tinggal sehari lagi menjelangnya Hari Nakba, hari malapetaka..Dan kini, semakin mendekatnya hari pengundian pemilihan Presiden Mesir, makin bersemangat rasanya..Demi Allah, sungguh aku ingin pemimpin Islam memenangi jawatan itu, Abul Futuh atau yang lebih utama (bagiku) Muhammad Mursi..

Ku lihat ada status di Fb, mengatakan bahawa Ikhwan Muslimin sengaja memainkan isu Palestin, dan lebih buruk kononnya ingin meraih undi rakyat..Astaghfirullah aku berharap agar dia tidak sengaja menulis ayat demikian..

Andainya dia tahu betapa gawatnya suasana di Palestin ketika ini..Andainya dia tahu Masjidil Aqsa dalam keadaan yang cukup kririkal..Ku ingin Allah khabarkan padanya keadaan sebenar Palestin, walau dalam bentuk mimpi sekalipun..Ilmu ku tidak banyak, lalu ku cuba mencarinya, cuba menghadiri kelas2 yang membicarakan tentang isu2 Palestin dan Syria..

Cukuplah membicarakan perkara2 khilafiah, isu tahlil, doa qunut, maulidur rasul, cukuplah! Bukalah mata mu, pandanglah dunia yang semakin ditindas..Aku hairan melihat orang2 yang 'kuat' memainkan isu khilaf sebegini..Apa, Israel sudah dihapuskan dari Palestinkah? Sudah tiadakah umat Islam yang dibunuh di mana2, di Pattani, Nigeria? Tidak tahu, atau sengaja tidak ambil tahu?




Rasa bersalah pada saudara seakidah kita di sana..Kita mengaku sayangkan Islam, tapi sabda Saidina Muhammad kita pandang sebelah mata sahaja..Lebih besarkan isu khilaf dan bangsa yang sememangnya sudah lama diselesaikan beratus tahun dahulu..

'Eh mana boleh, kita wajib tahu, ni hadis dhaif, tu hadis hasan, tu nabi tak pernah buat..' Allah, saudara kita sedang disembelih di sana, awak sedar tak? Ulama sediakan fiqh aulawiyat, mana yang lebih perlu diutamakan, pandai kita jawab, 'Eh zaman nabi takde mende2 ni...'

Saudara seakidahku, cubalah belajar sejarah..Cuba kaji balik bagaimana kerajaan besar Turki Uthmaniyah boleh jatuh..Cuba lihat balik apa faktornya Tanah Melayu lambat merdeka..Dan cuba baca peristiwa yang menyebabkan Indonesia yang hampir bersatu, namun akhirnya berpecah, seterusnya membantutkan tujuan asal iaitu menuntut kemerdekaan..

Benar, kita bukan bersumberkan sejarah sebagai sumber hukum, tapi tak salahkan mengambil setiap pengajaran yang terselit..Bukankah mereka yang tak mengenal masa lalunya, akan mengulangi kisah itu kembali?

Sibuk menghentam ulama itu ulama ini, taksub dengan pimpinanlah, sibuk beramal dengan perkara2 bid'ah lah..Itu yang kita nampak..Sedangkan isu2 Palestin dan Syria yang sentiasa dipapar di Fb, kita tak pernah tekan pun link itu..Kononnya itu berita yang sama setiap hari..




Kalau musuh Islam boleh bersatu untuk hancurkan Islam, kenapa orang Islam sendiri tidak melakukannya..Kalau orang buat maksiat, mereka bergabung..tapi orang2 yang kuat Islamnya sendiri tidak mahu bertegur sapa..Masih sibuk membid'ahkan setiap amalan yang orang lain buat..

Yang sebenarnya siapa musuh kita, maksiat yang terang terangan berlaku, atau orang Islam itu sendiri.. Kadang2 hairan, kenapa boleh jadi macam tu, kenapa makin banyak yang dipelajari makin banyak pula kesalahan2 ulama kita telanjangkan..Kita cari ilmu sebab nak bongkarkan kesalahan ulama kah?

Dan yang masih menambah kesangsian ialah yang diserang ialah ulama2 muktabar, yang telah diyakini ilmu mereka, yg akhlak mereka masyaAllah seratus peratus pure mengikut Rasullullah SAW..Ulama2 sebegini yang kita serang, dan katakan mereka bid'ah..Allah, tak terbayang bagaimana di akhirat betapa tingginya darjat mereka di sisi Allah..sedang kita seenaknya mengatakan mereka ahli neraka dengan membid'ahkan mereka..

(Hati sedikit membahang dengan pilihanraya Mesir ketika ini..Risau kalau2 calon yang menang nanti ialah Amru Musa atau Muhammad Shafiq, alamatnya berlaku revolusi kedualah..Tolonglah sahabat sekalian, doakan kemenangan Islam! Mohonlah pada Allah..Kita semua ingin bersolat di Masjidil Aqsa kan? Kita semua rindukan qiblat pertama umat Islam itu kan? Tapi sayangnya kini ia sedang dirampas oleh Israel laknatullah..Kalaupun kita tak nak al-Aqsa dibebaskan, sekurang2nya usahlah memepengaruhi orang lain untuk turut membenci usaha itu.. Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق