Sedang berjalan, mata terpandang dua manusia yang berpegangan tangan, si anak kecil dan ayah.. Sesekali si kecil sengaja menarik ayahnya ke arah bertentangan, dan si ayah membuat muka kononnya merajuk..huhu sweet sekali!
Aku masih mengekor dengan pandangan, memperlahankan langkah..Dan sekali lagi, tiba2 si kecil mencium tangan ayah..Si ayah memandang, lalu dipeluknya sang kecil, dan mengucup manja pipi haha dua2 tergelak bahagia..
Jarang sekali kan melihat pandangan demikian di Malaysia atau lebih tepatnya dalam kalangan melayu..Tapi di sini, entah apa yang diajarkan sang bapa, tapi anak2 kecil mereka sangat manja dengan orang tua..Selalu melihat di masjid2, ketika bapa sedang bersolat, si anak kecil menunggu dengan sabar..Sebaik sahaja imam memberi salam, terus si anak melompat ke atas ayahnya..
Dan si ayah tidak langsung marah! Malah di kucupnya pipi si anak..Kalau di Malaysia, agak2 pernah tengok tak situasi macam ni? Makin di marah adalah, kononnya mengganggu orang solat lah! Budak kecil tak boleh bermain dalam masjid, belum berkhatan katanya..
Sy sendiri pernah dirotan di surau sebab solat gurau2 dengan abang..Huhu masa tu darjah dua, memang nak main2 je la kan sepanjang masa..Tapi bila dah besar ni, belajar tentang sirah Saidina Muhammad, kadang2 merasakan didikan melayu terlalu 'keras'..
Dalam hadis sahih riwayat Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan al-Nasai, Rasulullah s.a.w pernah sujud begitu panjang dalam satu solat disebabkan cucu baginda al-Hasan atau al-Husain (rawi hadis tidak pasti) menaiki tengkuk baginda ketika sedang sujud. Sahabat kehairan dan bertanya sebab. Baginda menjawab:
Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya DIA maha gagah lagi maha bijaksana. (al-Anfal, 63)
Aku masih mengekor dengan pandangan, memperlahankan langkah..Dan sekali lagi, tiba2 si kecil mencium tangan ayah..Si ayah memandang, lalu dipeluknya sang kecil, dan mengucup manja pipi haha dua2 tergelak bahagia..
Jarang sekali kan melihat pandangan demikian di Malaysia atau lebih tepatnya dalam kalangan melayu..Tapi di sini, entah apa yang diajarkan sang bapa, tapi anak2 kecil mereka sangat manja dengan orang tua..Selalu melihat di masjid2, ketika bapa sedang bersolat, si anak kecil menunggu dengan sabar..Sebaik sahaja imam memberi salam, terus si anak melompat ke atas ayahnya..
Dan si ayah tidak langsung marah! Malah di kucupnya pipi si anak..Kalau di Malaysia, agak2 pernah tengok tak situasi macam ni? Makin di marah adalah, kononnya mengganggu orang solat lah! Budak kecil tak boleh bermain dalam masjid, belum berkhatan katanya..
Sy sendiri pernah dirotan di surau sebab solat gurau2 dengan abang..Huhu masa tu darjah dua, memang nak main2 je la kan sepanjang masa..Tapi bila dah besar ni, belajar tentang sirah Saidina Muhammad, kadang2 merasakan didikan melayu terlalu 'keras'..
Dalam hadis sahih riwayat Abu Ya’la, Ibn Abi Syaibah, Ahmad dan al-Nasai, Rasulullah s.a.w pernah sujud begitu panjang dalam satu solat disebabkan cucu baginda al-Hasan atau al-Husain (rawi hadis tidak pasti) menaiki tengkuk baginda ketika sedang sujud. Sahabat kehairan dan bertanya sebab. Baginda menjawab:
Mungkin ini salah satu sebabnya generasi muda masa kini kurang mendekati masjid..Dalam hati tiada rasa cinta kepada rumah Allah yang sepatutnya diterapkan sejak kecil..“Sesungguhnya anakku (cucuku) telah menjadikan aku tunggangannya. Aku tidak suka mengganggunya sehingga dia tunai hajatnya”.
*********
Ketika ayat ini dibacakan Abang Rahim, tertunduk memikirkan..Demi Allah, maha mendalam maksud di sebaliknya..
Penat masih bersisa selepas bermain galah panjang, baling selipar dan aktiviti kebudak-budakan! Ada lagi kena kejar anjing..Huh yang ni paling mendebarkan..Ada ke arab penjaga pantai ni sengaja lepaskan anjing dia, kejar kami yang tengah seronok2 main..Apa lagi macam kena serbu dengan tsunami la, habis semua bertepiaran lari..
Nasib baik dalam kalangan kami ketika itu ada hero malaya, Usaid! Beliau langsung tidak gentar, bahkan berani berdepan satu lawan satu dengan anjing itu..Dalam kekalutan melarikan diri, aku sempat berpaling melihat si Usaid sedang membaling dan menyepak pasir kepada sang anjing..Aku meneruskan larian bertenaga, huhu takut bah..
Bila berpaling lagi, ku melihat Usaid sedang mengejar anjing itu dengan sebatang kayu! Haha suasana yang gamat menjadi lucu..Tengok2, semua orang yang tadinya dekat2 pantai (lebih 50 org), ada sebahagian dah ada dekat atas, huhu laju sungguh naa depa lari..
( Bukan kami takut anjing, malas nak sertu saja bah ^_^ )
yang dah kawen pn kena baling dlm laut.. huhu teruk sungguh budak2 ni |
Berbalik kepada tazkirah Abang Rahim...
'Kadang2 kita sibuk memikirkan, apa lagi yang boleh kita lakukan utk mengeratkan ukhwah sesama kita, sesama ahli usrah dan dalam ahli batch..Tapi dalam kesibukan itu, kita terlupa satu perkara, bagaimana dengan sahabat2 kita yang memang kita sudah erat dengannya....sudah terjaminkah ukhwah itu akan berkekalan?'
Kadang2 dalam tak sedar, perbuatan kita telah mengguris hati sahabat..Dia call kita, ingin meluahkan masalah hatinya tapi senang2 kita cakap call 15 minit lagi boleh tak, ada kerja la sekarang..Kita kurang mengambil berat tentangnya, walhal dia tidak meminta apa pun dari kita..Yang perlu kita lakukan hanyalah sekadar mendengar, tapi bagi dirinya sendiri akan merasakan bagai terlepas dari beban yang maha berat selepas meluahkan itu..
Kita bukan sahabat yang baik kan..
Kita selalu mengatakan 'Patutnya dia melayan aku macam ni, bukan macam tu..' 'Aku tak sangka dia buat tak tau je bila aku pergi rumah dia..'
(Itulah yang berlaku apabila kita 'terlalu mengharap' dalam persahabatan.. Benar ia tidak berdosa tapi alangkah indahnya andai kita mengamalkan 'Erti hidup pada memberi' terutama dalam hal ini.. Kita yang memulakannya, dan tidak mengharapkan orang lain melakukannya utk kita .. Akhirnya, hati sendiri akan merasakan kebahagiaan..dan dari situlah lahirnya senyuman yg ikhlas.. Wallahua'lam)
assalamualaikum..cukup bersetuju " didikan melayu terlalu keras..ada sehingga anak2 tidak mendapat hak mereka..padahal sewaktu kanak2 la waktu mereka bebas meneroka dan belajar,wallahualam..setiap ibu bapa pastinya inginkan yang terbaik buat anak2 mereka.
ردحذف