الثلاثاء، 27 مارس 2012

Tempias Cinta

Kala ini, terasa indahnya ukhwah yang hadir..Dalam kekalutan mengurus masalah mendatang, banyak kali terlepas pandang perkara2 penting..Tiba-tiba dapat call dari satu muhafazah, minta penginapan dan tambahan makanan, yg sebelum ini berbeza dari yg telah dijanjikan..

Allah bukan tak nak bagi syeikh, tapi sekarang ni masalah masa..Empat hari utk mencari rumah sewa bagi seratus peserta merupakan kesulitan besar di Alex ni..Sebab sekarang hampir semua ajk tengah sibuk menguruskan teknikal2 penting untuk hari pertandingan nanti..Tapi takpelah, kerana Allah, kami akan usahakan...

Juga ada masalah dengan padang yg telah ditempah, terpaksa dicancelkan tiga hari sahaja lagi menjelangnya Hari Sukan Perubatan..Allah kaget seketika mendengarkan berita itu..

Berurusan dengan arab sering kali mengecewakan..Dan ketika inilah didatangkan sahabat2 ini, yg ku kasihi kerana Allah..

Mungkin kata2nya tidaklah seromantis mana, ayat yang  biasa, namun begitu berbekas di hati ini..Saat jiwa terasa lemas lantaran banyak beban difikirkan, kata2 itu umpama penawar yang maha menyembuhkan..Masuk bilik, terduduk seketika..


 ‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya,kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

************

Berbual panjang dengan seorang sahabat yg sedang bertunang, mendengar luahan hatinya..

'Berat rasanya sekarang..Baru tahu susah sungguh nak menjaga hati saat ini..Nak jaga perasaan si dia lagi, yang kadang2 tak terlintas pun camne dia boleh fikir camtu..'

Oh bila dengar satu2, terfikir betul jugak kata2 Dr Fadzilah Khamsah, 'Perempuan ni ciptaan yang unik, kompleks..'

Sahabat oh sahabat, sungguh engkau adalah sahabat terdekat yang ku kagumi agamamu..Maka di sini aku melihat engkau diuji tempias cinta, dan aku juga sedang melihat bagaimana peritnya mujahadah itu..Aku hanya mampu hadir ke rumahmu, mendengar bicara, dan berkongsi sedikit kata2 ikhlas.. Aku tidak mampu menyelami perasaanmu sedalam yang engkau rasakan, kerana hanya Allah berkuasa atas hatimu..

Benar kadang2 aku akui sedikit cemburu denganmu, apabila mujahadahmu ikhlas kerana Allah, maka  betapa banyak ganjaran Allah padamu, betapa dekatnya Dia denganmu lantaran sering masalah cinta kau adukan padaNya..

Juga mendengarkan setiap inci kalammu, membuatkan diri kaget, mampukah utk menghadapi apabila ujian itu datang..Takut sebenarnya, kalau2 amalan yang dilakukan bukan lagi kerana Allah tapi hanya sekadar mengharap amalan itu indah di mata si dia..


Apabila log in facebook, selalu melihat status2 indah di sana sini..Saban hari ada sahaja kata2 baru yg merungkai tentang cinta..Kadang2 terfikir, 'Memang kata2 cinta takkan pernah habis ek sampai kiamat..' Dan suatu hari, aku terbaca satu artikel, menarik!

"Anakku, cinta itu sangat biasa, kerana semua orang akan melalui perasaan cinta,
tetapi tidak semua orang akan menikmati perasaan cinta, 
dan pada ketika cinta mampu dinikmati, barulah ia menjadi istimewa."
-quoted-

Wahai sahabat yg ku kasihi kerana Allah, cinta yg sedang engkau lalui ini langsung tidak istimewa, andai tuntutan Pemilik Cinta kau abaikan..Ia hanyalah satu ilusi dalam fikiranmu, lalu diindahkan lagi oleh sang syaitan kononnya tiada maknalah hidup andai cinta padanya kau sia-siakan..Dan aku bersabar setiap hari, menunggu cerita darimu, mengharap kau tidak tergelincir dari landasan cinta sebenar..Wallahua'lam

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق