الجمعة، 24 فبراير 2012

Kisah Satu Ketika Dahulu

Ketika menulis ini, berada di Cairo..Dijemput untuk melengkapkan satu pasukan dalam pertandingan bola sepak di sini..Harap-harap tidak menghampakan sesiapa pun, maklumlah sudah lama tidak lama bermain bola sepak..Selama ni asyik main futsal je, semoga skil masih tak hilang memandangkan konsep kedua2nya lebih kurang sahaja..

Kali terakhir main bola sepak ialah masa di MRSM Pengkalan Chepa dahulu..Masih ingat kenangan2 pahit manis sepanjang berada di atas padang..Antara kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah ketika mewakili daerah Kota Bharu pada tahun 2008..Masa tu aku seorang sahaja dari MRSM PC, yang lain pelajar2 dari seluruh pelosok Kota Bharu..

Sebelum mewakili Kota Bharu, terlebih dahulu mewakili cawangan Kota Bharu IV..Masa ni ada lagi teman dari MRSM, Asyran yang berasal dari Kedah..Takdir Allah, kemudiannya Asyran tidak terpilih untuk ke peringkat seterusnya, tinggallah aku wakil tunggal..Bermulalah detik2 sukar sepanjang berada dalam pasukan ini..

Masih segar di ingatan ketika kami tinggal bersama-sama di sebuah asrama selama hampir seminggu yang dinamakan ‘latihan pusat’..Kami makan bersama, tidur dan tidak dibenarkan keluar ke mana-mana sepanjang tempoh itu..Pagi dan petang berlatih, malam ada perbincangan strategi oleh coach..


Apa yang ku lihat sepanjang tempoh itu  majoriti pemain2 tidak menunaikan solat lima waktu..Setiap hari hanya dua orang sahaja yang bangun solat subuh..Begitu juga dalam bab menjaga aurat, hanya beberapa orang sahaja yang menutup aurat dengan sempurna..Hampir keseluruhannya hanya membiarkan kepala lutut  terdedah begitu sahaja..

Masihku ingat suatu malam, selesai solat isya’ aku pulang ke asrama..Ku lihat mereka terbahagi kepada dua group, satu di sini dan satu di hujung sana.. ‘Apa yang diorang buat ni, diam je..biasanya memang tak pernah sunyi dari suara riuh rendah..’

Ku hampiri salah satu group itu, nak tengok apa mereka buat..Pelan-pelan...’Allah!! Malunya aku..’ Terkejut besar aku melihat mereka kala itu..Rupa-rupanya mereka menonton video lucah beramai-ramai! Ku pandang kepada group di hujung sana, situasi dan keadaan yang sama, lampu ditutup kemudian sekali sekala gelak ramai2..’Semoga laknat Allah tidak menimpa kami semua..’ Bisik hati sambil melangkah pergi ke katil..Ku tarik selimut, hati yang tidak tenang…


********


Kini banyak yang sudah berubah..Kalau dulu main bola sebab nak seronok, main sungguh2, rasa puas bila dapat score goal..Tapi sekarang takde dah, bila dah masuk universiti, dah bergelar mahasiswa, tak macam budak2 dah..Bila main rasa seronok tu bukan lagi priority, tapi lebih memikirkan ukhwah sesama kawan..Sebab tu bila tersepak kaki, terus peluk mintak maaf kat situ jugak..bila terjatuh tolong angkat balik..Lepas wisel penamat ditiup, salam dengan semua player, sambil senyuman terukir di wajah masing2..Itu yang kami rasakan sekarang..


(Bila balik ke Alex semula, takde dendam yang tersimpan, melainkan kekuatan ukhwah yang dirasakan..Bahkan banyak kenalan ustaz2 bertambah, bertukar2 nombor hp..'Nanti bila datang Alex bagitau la, kita sediakan rumah 5 bintang utk ustaz hehe..' Itulah ayat yang diutarakan kepada hampir semua pemain setiap kali bersalaman..Kejohanan yg disertai 224 mahasiswa, pergabungan antara mahasiswa perubatan dan pengajian Islam dari seluruh Mesir..'Allah tautkan hati kami keranaMu..')

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق