الاثنين، 20 مايو 2013

Inilah Bakal Pemimpin Yang Dinantikan

Bismillahirrahmanirrahim...

'Seorang pemimpin itu, ialah seorang yang memiliki peribadi mulia, yang menjaga kerendahan hati, yang tidak memandang amanah sebagai alat untuk bersenang lenang. Dia sedar bahawa di bahunya tertanggung beban yang teramat berat, lalu dia tidak mensia-siakannya..'

Aku mendengar luahan demi luahan yang keluar dari mulut mereka, datang dari hati yang paling jujur. Malam itu tidak sedikit yang menitiskan air mata, sehingga aku sendiri tidak berupaya menahannya. Satu ketika dulu aku pernah berada di tempat mereka berada sekarang ini, mungkin kerana itulah aku mengerti sekali apa yang sedang mereka rasakan.

Sepanjang hari berlangsungnya kursus kepimpinan AJKT Iskandariah di universiti, kemudian beralih tempat pula ke asrama MARA, ini adalah kemuncak yang paling memeritkan hati. Mereka adalah orang2 besar persatuan, terdiri dari pengerusi dan barisan pimpinannya. Yang menjalankan kursus ini ialah barisan penasihat dan bekas ajkt.

Rasanya aku tidak akan menceritakan dengan detail apa yang berlaku, biarlah hanya Allah dan mereka yang berada dalam bilik itu sahaja yang tahu. Cuma yang ingin dizahirkan di sini, hati jadi benar2 terkesan dan benar2 mengakui bahawa kepimpinan merupakan satu tugasan terakhir yang akan dipilih seandainya diletakkan sebaris dengan tugasan2 lain yang terdapat di dunia ini.


Kerana hati seorang pemimpin itu tersangat mudah untuk diuji dengan perasaan takbur, sombong, bangga diri dan riyak. Juga tidak mudah untuk mengelakkan dari tersentuh bisa 'ego seorang pemimpin'. Di saat menerima teguran dari rakyat jelata, rasa terpalit aib di wajah, kerana merasakan dirinya dipilih sekalian rakyat...

Dalam kursus itu, mereka diajar bagaimana untuk menjaga peribadi sebagai seorang pemimpin, setiap yang dilakukan akan dinilai sepanjang masa. Akan ada markah yang ditolak andai terlelap walau sesaat, menjaga akhlak mengikut muwasafat tarbiyah yang digariskan. Juga, mereka diuji dengan makanan tarbiyah yang mungkin pada selera insan biasa, ianya tidak sedap.

Makanan yang hanya berlaukkan gula dan garam, tiada ayam mahupun daging, yang ada hanyalah tomato dan carrot sebagai pembuka selera yang paling mewah. Aku dapat melihat muka masing2 yang sedikit berkerut bila disajikan dengan makanan itu, manakala arahan yang diberikan adalah untuk menghabiskan tanpa meninggalkan sedikit sisa pun.

Ramai pejuang Gaza kini ke Syria bagi membantu mujahideen di sana. Dan ramai pasukan perubatan dari Gaza telah ke Syria. Kerana apa? Kerana mereka tahu, Syria perlukan lebih perhatian di waktu ini. Satu dunia bersimpati dengan Palestin, tetapi tidak semua prihatin dengan isu Syria. Tetapi tidak buat saudara kita di Palestin, sejarah membuktikan bilamana Saidina Umar dan Salahudin al-Ayubi membebaskan Aqsa, mereka terlebih dahulu membebaskan Syria. Doakan mereka!

Seronok juga ya membuli ajkt! Kami ajk pelaksana dengan selamba makan nasi berlaukkan ayam masak merah di hadapan mereka, huhu sengaja.. Namun itulah, walau masa itu kami seolah2 menjadi 'jahat', sejujurnya dalam hati ini hanya Allah yang tahu, kalau boleh aku ingin berkongsi ayam itu dengan mereka, kerana kebanyakan ajkt itu adalah sahabat2 yang rapat denganku..

Namun itu adalah silabus yang disediakan untuk mereka, agar timbul semangat menundukkan nafsu dalam diri masing2, menurunkan ego dan patuh kepada arahan ajk pelaksana walau di luar mereka adalah orang tertinggi dalam persatuan. Dan mereka benar2 menunjukkan akhlak yang mengagumkan, mereka masih tersenyum padaku dan berbual seperti biasa walau makanan masing2 berbeza..

Selesai sesi muhasabah, semua kembali ceria. Bersama-sama membaca dan mengaminkan doa rabitah, seterusnya berpelukan meminta maaf kepada semua orang, demi Allah terasa ketenangan yang amat sangat..seolah2 kekuatan kembali berkumpul, untuk bersatu bekerja demi Islam yang tercinta.

pengerusi kami.. ^_^

Begitulah sunnah perjuangan, kita tidak akan mampu untuk terus menjadi kuat dan thabat tanpa terlebih dahulu melalui jerih perih dan duri dalam perjuangan. Sebab itulah Rasullullah dididik dahulu dengan menjadi pengembala kambing sebelum diangkat secara rasmi menjadi rasul, kerana telah diketahui umum bahawa kambing ialah binatang yang degil dan keras kepala.

Maka kelak apabila baginda berdepan dengan manusia yang berhati batu, ia bukan lagi menjadi masalah besar dan baginda tidak mengeluh lagi.. Itulah yang diharapkan sebenarnya dari medan persatuan ini, di sini masing2 dilatih dan diuji dengan ujian mental serta ketahanan, agar nantinya bila pulang ke Malaysia, kita mampu berjuang menumbangkan jahiliyah moden yang sedang berleluasa..insyaAllah..

(Kadang2 hati terasa, namun apabila kita faham akan situasi sebenar, hati kembali menjadi tenang.. Sesungguhnya Allah sudah ada perancangan untuk kita, maka laluilah perancangan itu dengan penuh redha dan berharap padaNYA.. Mungkin sekarang ia berlaku tidak seperti yang diinginkan, seolah2 banyak masalah berlaku..tapi kita tidak tahu bagaimana masa depan kan..maka jangan risau, Dia tahu..senyum! Wallahua'lam ^_^ )

هناك تعليق واحد: