الاثنين، 11 نوفمبر 2013

Belajar Ikhlas Dalam Memaafkan

Bismillahirrahmanirrahim...

Seronok mendengar kisah seorang pimpinan di sini ketika meluahkan perasaan, huhu bila bercerita seperti ini kadang2 kisah serius pun boleh menimbulkan tawa. Itulah namanya ukhwah, sungguh menenangkan hati2 yang sedang gundah.

'Kita berurusan dengan manusia, maka perlu bersedia untuk berhadapan dengan masalah, kerana masalah itu sinonim dgn manusia..Jika tidak, pergilah ke hutan sana dan hiduplah dengan binatang2 dan tumbuhan, kamu tidak akan menghadapi masalah seperti ini lagi..'

Dia bercerita, seringkali dia terkilan dengan ahli2 persatuan yang seolah2 menganggap dirinya pekerja atau hamba abdi dalam persatuan. Jika meminta sesuatu, tiada ucapan terima kasih..jika meminta tolong, tiada didahulukan dengan perkataan 'Tolong/Boleh tak...' Allah, sayu hatiku mendengarnya, aku merasakan begitu dekat dengan perasaannya kala itu. Tahun lalu ketika berada di tempat sama yang dia berada sekarang, aku pernah merasakannya..


'Korang buat kerja elok2 sikit la! Menyusahkan orang betul la korang ni!' Sungguh, aku pasti tidak akan lupa ayat ini. Seolah2 baru semalam aku mendengarnya. Ia dituturkan oleh seorang kakak senior yang akan pulang ke Malaysia, yang meminta aku menempah transport untuk ke airport. Tiba masa yang ditetapkan, kenderaan yang ditempah iaitu tramco sampai ke tempat kejadian. Rupa2nya tramco itu terlalu kecil untuk barang2nya yang menimbun. Lalu, dia menyalahkanku..

Ketika dimarah itu, aku diam sahaja walau terang2 itu salahnya, kerana aku begitu terkejut sebenarnya. Belum pernah aku ditengking sebegitu, apatah lagi oleh seorang perempuan yang sedang meminta tolong. Aku cuba mendiamkan diri dan selesai solat, aku memberitahu Zairy apa yang berlaku. Lalu Zairy pula yang naik marah mendengarnya, huhu..

Zairy meminta nombor telefon senior itu dan tidak lama kemudian, aku menerima satu mesej panjang, permohonan maaf dari sang senior. Rupa-rupanya Zairy membelaku, dan meminta senior untuk meminta maaf dariku. Huhu hati rasa sejuk seketika, biarlah mungkin akak itu sedang menghadapi masalah emosi yang melampau, atau sedang putus cinta atau sebagainya...haha sedang mencuba bersangka baik...dan sekarang peristiwa itu seringkali membuat aku tersenyum sendirian..pengalaman yang menarik bukan? :)

nama sy syamil muhaimin..gigi sy ada 2 batang je kat depan, keh3 tapi sy suka senyum!

Begitulah dugaan berpersatuan, mereka tidak memperoleh satu sen pun dari semua khidmat itu, walau penat berkomunikasi dengan arab tapi mereka lakukannya juga atas nama amanah. Dalam pada itu, mungkin ada yang tidak faham dengan amanah ini, lalu menyangka mereka mendapat gaji dari persatuan, huhu mereka masih seorang mahasiswa sebenarnya..

Tapi kan, saat-saat beginilah yang mengajar kita erti kesabaran dan mendidik hati tentang apa yang dinamakan keikhlasan untuk memaafkan. Saat itu, berkali-kali kita berkata dalam hati 'Ya Allah, aku bersabar keranaMu ya Allah..Ya Allah..aku bersabar keranaMu..' 

Kadang2 aku simpati bila mengenangkan beberapa pimpinan yang sampaikan menghidap migrain kerana terlalu busy menguruskan persatuan. Yang ku tahu, ada 3 orang. Namun bila ditanya, masing2 tidak mahu mengalah dan masih meneruskan perjuangan sehingga ke minit yang terakhir. 'Allah ghayah (matlamat) kita, ini (persatuan) hanyalah wasilah..' Allah, terharu..

**************


Terkesan dengan nasihat seorang sahabat ; 'Dakwah kita bergantung kepada iman dalam diri. Jika iman kita bernilai 50 sen, maka dakwah yang akan kita buat pun 50 sen jugalah..' Sungguh, kata2 ini sangat benar dan memang ini yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kadang2 kita rasa berat untuk menghadiri kelas agama, rasa malas untuk menziarahi sahabat2 di rumahnya, dan nak study pun tak mau..

Kita rasa selesa dengan kehidupan kita yang lalai itu. Bermain game, tengok movie ramai2, makan2 di Coffee Rostery, tiada lagi istilah usrah dan sebagainya.. Sebenarnya bila kita 'berehat' terlalu lama itulah yang akan menyebabkan kita mudah futur (putus asa) dalam perjuangan seterusnya menyebabkan iman dalam jiwa semakin lemah..

- Isk sudah panjang rupanya tulisan kali ini, ada lagi sebenarnya yang aku ingin tulis perihal ini, takpela bersambung minggu depan je la..nanti ingatkan aku ya.. :)

(Begitulah, selalu jugak jadi macam ni, bila dah mula menulis tangan laju je menaip, tapi bila baca semula rupa2nya point yang nak masukkan awal2 dah tak boleh masuk dah, dah panjang..Huhu apa2 pun, aku sangat berharap agar setiap tulisan yang di post itu mendatangkan manfaat walau sedikit, kerana sahabat yg mula2 mengajarku membuat blog pernah berpesan demikian.. Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق