Ketika menulis ni, aku keseorangan di Doha, transit selama 8 jam. Oh aku bosan, mengantuk, tapi mata tidak mampu dilelapkan. Lapar pun ada, nak beli makanan, rasa sayang pulak dolar ni. Ada sahabat lelaki yg sama flight, Afiq Fahimy tapi sekarang dah tak boleh kacau dia dah, sudah ada 'teman istimewa' pula. Nak duduk dekat pun tak berani, huhu tak nak kacau orang tengah seronok menikmati kemanisan bulan madu.
Tadi, baru selesai membaca karya Ustazah Fatimah Syarha dalam flight, boleh tahan mengetuk jiwa tulisannya. Biasalah, kisah percintaan remaja sentiasa menjadi topik hangat yang dibangkitkan, mendidik hati2 insan agar kembali kepada cinta Yang Esa. Namun, ada juga ya yang tidak bersetuju dengan pendekatan cinta seperti ini, kata mereka ia terlalu syadid.
Masakan tiada cinta sebelum kahwin? Entahlah, aku tidak akan menjawabnya, kerana aku bukanlah orang yang tepat untuk soalan itu. Bukan apa, pernah sahabatku sendiri yang membangkitkan isu itu, dia salah seorang yang tidak bersetuju dengan cara Ustazah Fatimah Syarha, tapi bagiku alasannya tidak kukuh.
Mungkin kerana dia sendiri sudah berpunya, dan sering juga contact secara langsung, maka dia memilih pendapat lain, konon2nya menghalalkan segala muamalat mereka. Biarlah, kerana aku tahu engkau juga terasa dan hatimu mengakui caramu itu salah, semoga engkau diberi kekuatan oleh Allah untuk meluruskan semua yang meragukan jiwamu.
Indah sekali kan saat itu, apabila hatimu nekad untuk meninggalkan semua perkara lagha bersama si dia, ya tinggalkan semuanya hanya kerana Allah. Duhai sahabat, saat itu aku akan datang menyalami mu, betapa hebat penangan cintamu pada Tuhan kita sehingga sanggup melepaskan kenikmatan cinta palsu.
Oh kini otakku sudah berpusing, mungkin kerana kurang tidur dan kebosanan yang terasa makin melebar. Aku lihat kiri kanan, semuanya orang asing dan dalam group masing2, susahlah aku nak tegur dan berborak. Kesepian terus menggigit.
Ku lihat di hujung sana, dua pemuda kulit hitam sedang bersantai, kedua2nya memakai short. 'Bukan Islam barangkali..' Hati ingin bersangka baik. Kejap, sejujurnya aku sering bingung, betulkah caraku? Bolehkah aku menganggap seseorang itu bukan Islam sesuka hatiku, seolah2 membela perbuatanku yang ingin bersangka baik.
Tapi, menuduh orang itu tidak beriman dengan Allah, bukankah juga satu jenayah, satu dosa? Aku tinggalkan persoalan ini, akan ku rujuk dengan ahli agama apabila berada di bumi Iskandariah nanti. Lagi, aku lihat beberapa pemudi pemudi kulit putih sedang bergurau senda, oh pakaian mereka, pergaulan mereka, masyaAllah tidak menyenangkan hati yang melihat.
Bagaimana ya suami itu, tidak cemburukah sang isteri berborak mesra dengan lelaki lain, siap bertepuk tampar lagi. Atau, pemikiran seperti ini kolot, cemburu sudah tidak relevan untuk zaman ini? Tapi, bukankah isteri itu amanah suami, atau bahasa lainnya, hak suami. Isk tak sanggup rasanya berkongsikan hak yang satu ini dengan orang lain.
Saat ini, di sini, bagaimana ya harus ku nyatakan, aku tidak bisa mengenali yang mana Islam, yang mana non moslem. Orang2 muda diamuk jahiliyah, lantaran serangan barat yang mengelirukan. InsyaAllah tiga tahun itu tidak lama, kami akan datang satu hati nanti bersama muslim doktor dan ulama2 untuk meruntuhkan jahiliyah itu, dan kini doktor2 itu sedang dibentuk, doakan mereka ya.
Hari ini, rasanya aku tidak mahu tidur, bila sampai di Alex mesti penat. Kemudian tahan sikit, jumpa kawan2 dulu, ha nanti malamnya mesti aku dapat tidur puas2. Bukan apa, sekadar ingin membetulkan 'body clock' yang sudah terbiasa dengan waktu Malaysia, nanti tak usahlah asyik tidur siang, huhu sifir yang ku reka sendiri, entah betul entah tidak.
Penerbangan bermula, aku tinggalkan pula bumi Doha, sekali lagi dalam flight aku duduk keseorangan. Tiba di rumah, tak sampai berapa jam sudah menerima panggilan, mendapat tugasan baru. Ah kasihan juga hatiku melihat mereka yang berpenat lelah di sini, menguruskan pelajar2 baru, sedang aku baru sahaja menampilkan diri menghulur bantuan.
Malamnya, aku keluar 'dating' dengan seorang sahabat pimpinan, Akram. Dia menceritakan padaku semua yang berlaku sepanjang ketiadaanku di Mesir, tentang kekalutan dan masalah berat lantaran ketiadaan tenaga yang cukup. Aku cuba memahami setiap inci percakapannya ketika menceritakan kisah seorang sahabat yang ternyata cukup terbeban kala ini.
Masakan tidak, dia masih lagi seorang mahasiswa, sepertiku, namun kerjanya mungkin mengalahkan seorang pekerja syarikat. Pelajar-pelajar baru yang datang, yang namanya tiada pada pihak pengurusan universiti, maka dia mengambil tanggung jawab itu untuk membantu, seramai 8 orang kalau aku tidak salah, oh tidak kini ia meningkat seramai dua puluh lebih. Ibu bapa kepada pelajar2 terbabit pula selalu menghubunginya bagi menanyakan tentang anak mereka.
Aku tahu berurusan dengan arab sering kali mengecewakan, maka kami akan turut membantu, kami janji padanya. Tiada wang diterima walau satu sen seperti yang diterima ajen2, semoga hatinya tidak merungut dengan kelelahan itu yang pastinya akan mengurangkan pahala di sisi Allah.
Aku terfikir sendiri, bagaimana ya agaknya jika tiada persatuan pelajar yang membantu menguruskan pelajar2 begini, mereka datang dengan flight terkontang kanting bersama teman2 senasib sedang nama mereka tiada dalam list yang akan memulakan sesi pembelajaran beberapa hari sahaja lagi. Senior2 mungkin dapat membantu soal penginapan, namun ku kira tidak semua sanggup ulang alik ke universiti setiap hari bagi menguruskan soal fail dan nama. Kerana ia perkara yang sukar, amat..
(Ingin menutup tulisan ini, ketika ini aku dalam perjalanan ke Kaherah bagi mengambil pelajar2 MARA. Oh hati sudah merindui Malaysia, dan sering pula ia melencong ke arah lain. Itulah penangannya berada di bumi Mesir, memandang padang pasir yang gersang di luar bas sana sangat mengasyikkan hati dengan keindahan alam ciptaan Yang Esa, seterusnya mengingatkan pula kepada keindahan makhlukNya yang lain..Wallahua'lam)

sangat faham dengan perasaan dan condition bila nama tiada di pihak universiti. terima kasih PCI .
ردحذفoh pernah hadapi situasi sama ya..
ردحذفdoakan semua orang, juga doakan mereka yg telah membantu..insyaAllah redha Allah menanti
Assalam akhi, tentang persoalan menganggap seseorang itu bukan Islam dengan tujuan mahu bersangka baik seperti yg ditulis dalam post, nanti post ya jawapan bila dah tahu. mahu tahu juga
ردحذف