Alhamdulillah kini Ahlan 2012 telah selesai, satu program sambutan mahasiswa baru di seluruh Mesir. Baru kini diberi kesempatan untuk menulis, oh sungguh hati sudah terlalu rindu untuk menulis. Sejujurnya aku bahagia dengan perasaan ini, apabila dapat berbual mesra dengan adik-adik tahun satu, menjawab persoalan mereka yang kadang kala kedengarannya lucu, seolah-olah segala kelelahan telah terbayar tunai.
Barangkali kerana aku juga pernah berada di tempat mereka, melalui saat-saat awal menjejakkan kaki di bumi kinanah, seterusnya membina kenangan sendiri yang bakal menjadi igauan indah bagi menghadapi sisa pengajian selama 6 tahun.
Namun di sebalik semua itu, ternyata hatiku sedikit terkilan dengan perbuatan diri sendiri, aku merasa bersalah kepada Allah. Baru sahaja diuji dengan sedikit kesibukan, aku lalu meninggalkan Al-Quran seorang diri. 3 hari meniti kehidupan tanpa membaca Al-Quran, perasaan berat sentiasa mengiringi ke mana jua kaki melangkah walau bibir sentiasa mengukir senyuman.
Aku membawa Al-Quran dalam beg, konon2nya ingin membaca ketika ada masa terluang di tempat program, namun sekali lagi, aku tewas kepada bisikan syaitan. Apabila memegang Al-Quran, tiba-tiba datang perasaan, eh orang tengah ramai ni, kan riyak pulak kalau baca sekarang. Walhal aku tahu meninggalkan ibadah kerana takutkan riyak, itulah riyak sebenarnya. Ya tuhan, aku sedar perkara itu dan aku masih mengikut bisikan itu, aduhai lemah sekali iman di dada ini.
Dua hari lepas, aku ditegur oleh seorang pemuda arab, pemuda soleh yang berjubah. Ketenangan wajah itu, kekusyukannya dalam solat ternyata menyedarkan aku akan hakikat diri seorang hamba. Tahukah kalian, aku melihat air matanya mengalir laju tatkala sedang melakukan solat sunat. Oh pemuda, terketuk hati ini seketika menyaksikan aksi manismu dengan tuhan kita. Kalau sudi, tolong khabarkan pada kami bagaimana untuk memiliki hati sebersih itu.
Kelihatannya, engkau masih muda, berjanggut kemas seperti seorang ulama. Memakai kopiah putih dan merah, menunjukkan ketinggian ilmu yang engkau miliki. (Di Mesir, orang biasa tidak memakai kopiah begitu melainkan syeikh2 besar, kalau berani cubalah pakai, tengoklah nanti kalau di tengah jalan orang sekat kita dan tanya hukum itu hukum ini - sumber Ustaz Akli)
Sedangkan kita, solat fardhu entah khusyuk entah tidak. Senang sekali fikiran terbang melayan ke luar walau jasad sedang bersolat di dalam masjid! Langsung tidak terasa kemanisan dalam bersolat, tahu2 sahaja imam sudah rukuk, oh aku sedang solat rupanya. Macam mana ya pemuda sebegini diharap untuk membela ummah, terasa kan...
Teringat malam kelmarin tika sedang berjalan bersendirian, terserempak dengan dua pasangan muda berjalan beriringan, lelaki dan perempuan. Mungkin mereka mengenaliku sebagai seorang senior yang kebetulan ada sedikit jawatan dalam persatuan, mereka kelihatannya tersipu-sipu dan cuba berenggang dengan pasangan masing2, tahu malu ya.
Katanya mereka sedang menjadi musyrif, ok memang waktu sudah lewat untuk perempuan keluar berseorangan, tetapi alasan itu langsung tidak boleh menutup keaiban yang kamu sedang lakukan. Aku hanya tersenyum diam, berdoa dalam hati semoga mereka sedar akan kesalahan itu. Sekurang-kurangnya mereka masih mempunyai perasaan malu, fikirku.
Dahulu ketika di MRSM, mungkin suasana persekitaran yang berbeza, sering saja maksiat itu dianggap ringan. Tapi alhamdulillah, kini banyak sekali yang turut berubah seiring dengan pertambahan umur. Bertambahnya kawan2 yang soleh, walau diri sendiri tidak soleh, perlahan-lahan akhlak kita akan turut dipengaruhi.
Kadang-kadang kita sendiri tidak perasan semua itu, namun apabila bertafakur sendiri, duduk diam2 dalam bilik, cuba ingat balik akhlak kita dulu2. MasyaAllah indah sekali kan perancangan Allah. Rasa macam nak sujud lama-lama, tak puas mengucap hamdalah padaNya.
'Andai sejarah lalu kita jadikan ukuran. apalah gunanya Allah ajarkan istilah taubat..'
Allah tak pernah tinggalkan kita begitu sahaja, bahkan mungkin diri kita sendiri tak pernah berdoa untuk berubah menjadi baik. Tapi hari demi hari, tahun berganti tahun, nah inilah kita yang baru, cukup berbeza dengan akhlak beberapa tahun yang lepas. Dan sebagai hamba yang bersyukur, hati kena jaga, jangan riyak dengan segala kebaikan diri.
Selalulah basahkan bibir dengan istighfar, kerana ia lebih menjaga hati. Sebab itulah setiap selesai solat kita cakap astaghfirullah, antara sebabnya untuk membersihkan hati yang mungkin diganggu syaitan selepas berbuat kebaikan.
Sahabat2, aku tidak baik, dan selalu sahaja keburukanku Allah sembunyikan. Mungkin aku bijak mengatur kata2 bagi menutup kelemahan diri walhal hakikatnya hanya Allah yang tahu aku seorang pemuda yang sangat tidak baik. Tolong ya, sama2 doakan untuk semua orang agar hati dapat menjadi sebersih hati baginda Rasullullah SAW.
(Adakah bertegas itu akan sentiasa betul? Atau, ada waktunya kita harus berlembut demi memberi keadaan untuk menjelaskan segalanya. Bagaimana ya saat itu, andai ketegasan itu menghasilkan keperitan di akhirnya, pasti penyesalan menguasai diri. Takpe, hati kena yakin, pilihan yang memenangkan Allah tidak akan pernah salah..
Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:
إرسال تعليق