الاثنين، 19 سبتمبر، 2011

Persinggahan di Cairo


Sekarang berada di Cairo, tolong2 sikit Muktamar Kelantan..hampir seminggu rasanya berkampung di sini, alhamdulillah dapat tengok tempat orang, boleh tambah kenalan yg majoritinya ustaz..Sambil-sambil tolong kawan jadi ajk buletin TASMIM, sy dapat tugas utk typing dan edit. First time sebenarnya terlibat dalam kerja-kerja menulis camni, biarlah boleh isi masa cuti..

Malam taaruf calon pada 18.9.2011..Sy dah banyak kali join majlis manifesto, sejak sekolah dulu lagi, kat alex pun dah pernah tengok..Tapi sungguh, majlis taaruf calon/manifesto kat sini sangat lain,sgt berbeza!

Semua calon yang bertanding, ikhwah dan akhawat menunjukkan sifat dan akhlak yang indah dan memukau setiap yg hadir..Kesemua mereka begitu merendah diri, bahkan dlm setiap ucapan mengandungi nasihat dan hadis2 yg mendidik jiwa..Sehinggakan kami yang berada kat bawah ni, merasa seolah2 berada dalam satu majlis ilmu yg membicarakan tentang kepimpinan, bukan lagi majlis manifesto..


Bila berkata tentang jawatan,
Bukanlah ia satu kebanggaan,
Bagi mereka yang punya fahaman,
Ianya satu bebanan..

Bukanlah ia satu permintaan,
Kerana ia satu penderitaan,
Namun ia satu perjuangan,
Pabila ia satu kurniaan..


Namun di saat-saat akhir majlis, tiba-tiba suasana berubah menjadi sayu..Bakal YDP baru, Ustaz Jamal Najmudin mengalirkan air mata keinsafan, membuat para hadirin turut tersentak. ‘Kita sebenarnya kuli Allah jah..’ Cukup! Ya kenyataan itu sudah cukup menjelaskan penyebab air matanya malam itu..

Ya Allah teringin rasanya melihat semua pemimpin dunia Islam berperibadi sedemikian, persis akhlak baginda Rasullullah S.A.W. Alangkah indah dunia Islam, andai roh perjuangan baginda diterjemah dalam diri setiap syabab..

هناك تعليقان (2):

  1. salam hise. em bila awak post pasal manifesto ni,, tergerak nk btau awak. sy jadi s/u agong pulak utk persatuan pelajar medik tahun satu dan dua. :( dorang yg undi. not by manifesto. .manifesto utk pres ngn vice je..tade pilihan. busy nyee :((( serabut sy rase

    ردحذف
  2. lamo doh ambo tok jaley umoh kelate kito tu .. insyaAllah raya haji nanti macam biasa kito jupo pulok :D

    ردحذف