الاثنين، 11 مارس 2013

Jaga Akhlak Akhi Walau Sedang Bergurau

Bismillahirrahmanirrahim...

Aku berada di sebelahnya, dapat merasakan ketegangan suasana yang cuba dipanaskan oleh seorang sahabat di hujung sana. Dia tunduk sahaja demi mendengarkan kata-kata pedas yang dilemparkan padanya. Bagi sahabat di hujung sana, itu mungkin satu lawak politik yang sedang hangat diperkatakan kala ini, sehingga ramailah yang pecah perut ketawa mendengarnya.

Tapi sungguh, walaupun aku bersetuju dengan fakta di sebalik lawak itu, aku tidak mampu ketawa bahkan untuk senyum pun tidak sanggup..kerana aku sedang menyaksikan di sebelah ini ada seseorang yang sedang mujahadah melawan amarah.. Ingin sahaja aku memotong gelak ketawa mereka dan mengatakan ini bukan akhlak seorang pejuang agama Allah..

Aku tidak mahu perjuangan ini dirosakkan oleh akhlak ahlinya yang mengaku mendokong perjuangan Islam namun langsung tidak mempraktikkan sunnah NabiNya dalam bergurau sehingga orang yang tidak sependapat rasa direndah2 dan dihina. Aku memegang bahu sahabat di sebelah  ini 'Sabar ya..' Dia mengangguk dan meneruskan makan.

'Insan berakhlak bukanlah dia yang menjadi punca kepada kegelisahan orang sekeliling, tetapi dialah yang membuatkan orang merasa tenang dengan kehadirannya..bahkan makhluk2 Allah yang lain juga dapat merasakan tuah kehadirannya..'

Aktiviti derma darah..sakit naa, jarum dia besar bangat..langsung tak macam kat Malaysia.. 

Cuba lihat teladan nabi dengan seekor unta, masyaAllah siapa sangka ia bisa menarik hati seorang kafir untuk memeluk Islam. Alangkah indahnya dunia andai setiap insan memiliki perwatakan seperti itu, ku kira pasti tidak putus-putus orang2 kafir memeluk Islam.

Tertulis di dalam kitab Syumul al Islam karangan Syeikh Yusuf Al Qardhawi yang diceritakan oleh Ustaz Syafiq Sahimi, tentang tiga orang buta yang memegang gajah. Seorang memegang badan gajah lalu mengatakan gajah itu seperti bangunan. Seorang lagi memegang kaki gajah dan mengatakan gajah itu seperti pohon kelapa manakala seorang memegang belalai lalu mengatakan gajah itu lembut seperti..(aku lupa, asif!)

Tapi, adakah gajah memang begitu? Pastilah tidak. Begitu juga dengan Islam, jika dilihat akhlak umat Islam di seluruh dunia, adakah Islam memang mengajar umatnya begitu? Pemimpin yang rakus, zalim, orang tua yang suka bergaduh, jika di Mesir kita lihat orang arab selalu kencing di tepi jalan, adakah ini ada dalam ajaran Islam?

Itulah sahabat2, sebenarnya kita berperanan besar dalam menjadi agen penyebar keindahan Islam kepada seluruh dunia, agar dunia ini diserikan dengan keadilan syariat Islam..Ingat, Islam itu syumul, bukan sekerat-sekerat. Ayuh pemuda Islam, tugas kita masih jauh, jangan berehat terlalu lama..(tapi kalau rasa penat berhentilah seketika.. ^_^ )


***********


Beberapa tahun lalu, ada sesuatu berlaku di kampungku, perihal seseorang yang berubah tingkah lakunya terhadap kucing selepas berlaku satu peristiwa. Selesai solat isyak, aku bersama seorang sahabat rapat berjalan kaki pulang ke rumah. Di tepi jalan terdapat seekor kucing jalanan yang cantik, lalu sahabat itu menghampiri sang kucing yang sedang berehat.. Kucing yang terkejut dengan kehadiran sahabatku itu tiba2 membuka langkah seribu berlari melintas jalan raya tanpa menoleh kiri dan kanan..

Kebetulan pada masa yang sama sebuah kereta sedang meluncur laju ke arah kami.. Ia berlaku terlalu pantas, tidak sempat untuk kami lakukan apa2.. Apa yang mampu ku katakan, jelas terdengar di telinga kami ketika itu bunyi seolah2 ranting2 kayu dipatahkan.. Allah.. Benarkah itu tulang sang kucing.......sakitnya ya Allah....

Semenjak itu, sahabat itu langsung menjadi trauma, dia tidak lagi mengganggu kucing yang sedang berehat di tepi jalan. Cukuplah bunyi ranting kayu itu menghantui sepanjang hidupnya, dan hidupku secara tidak langsung.. (teringat kembali kisah di atas bila ada seorang sahabat memberitahu betapa dia sayu melihat seekor kucing menghembuskan nafas terakhir di hadapan matanya)

*********

Abg macho belah kiri atas tu ialah abg MTP (Majlis Tertinggi PERUBATAN).. bawah dia tu abg raja shahrizad, nak jadi pendekar katanya.. semoga Allah tetapkan hati kami di atas jalan perjuangan Islam..ameen ^_^

Dua minggu blog tidak terupdate, mungkin sedikit sibuk dengan peperiksaan dan persatuan. Perasaan risau menguasai diri bila hadir ke Kaherah untuk Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN di Kaherah, dua hari sebelum exam final ENT. Bertolak seawal 2.30 pagi, pulang semula ke Iskandariah pada pukul 12 tengah malam, sungguh membuatkan perwakilan2 tahun 4 menjadi serba gelisah walau jasad sedang khusuk berada dalam dewan yang serba indah.

Pun begitu, rasa bersyukur sangat dapat bersama2 dalam MAT 9 tahun ini, bila melihat perbahasan panjang tentang satu usul panas yang membuat semua orang tidak senang duduk.

'Walaupun saya sebagai AJKT dahulu, kita tahu kita telah menangis dan kita pernah melakukan banyak benda yang kita nampak macam kita tidak dapat pulangan pada mata kita. Tetapi jika itu bebanan yang kita terima, tapi itulah yang menjadi hasil wasilah kita kepada Allah. Maka saya sanggup dibebankan dan saya tidak mahu kebajikan ini dilucutkan.' - Kak Raden


(Apa2 pun yang sedang berlaku ke atas diri ini, semoga petunjuk Allah sentiasa mengiringi.. Kadang2 kita terbabas juga kan, namun yang lebih penting kita tak pernah putus asa utk kembali pada Dia..Sekarang apa yg perlu buat ialah jaga betul2 hubungan dengan Yang Esa..yang selebihnya, serah pada Dia je lah.. Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق