الأحد، 31 مارس 2013

Bagaimanakah Diri Ini 10 Tahun Akan Datang

Bismillahirrahmanirrahim...

Terkadang, kehadiran seorang sahabat bisa merubah hati dari kegelisahan kepada sebuah ketenangan, dari membenci kepada sebuah penerimaan dengan hati yg penuh ikhlas. Itulah yang aku rasakan waktu itu, kala diri sedang penat mengangkat barang2 yang banyak, lalu berehat seketika bersama ahli rumah yang lain.

Sambil berbual kosong tentang keadaan rumah yang baru, tanpa sedar kami membanding2kan rumah baru dengan rumah sahabat2 lain yang kelihatannya lebih sempurna. (rumah kami pun baru, cuma mungkin sedikit kecil). Ada juga nada kesal kenapa tidak memilih rumah tingkat atas yang walaupun tingkat 7 tanpa lift, tapi bilik dan ruang tamunya jauh lebih besar.

Kemudian, seorang sahabat bersuara :

'Memang rumah kita kecil, ground floor, bising dengan kenderaan dan suara2 arab, tapi sekurang2nya rumah ni berdepan dengan masjid. Kalau kita di tingkat 7, mungkin hanya sekali atau dua kali kita boleh berjemaah. Nikmat dapat solat berjemaah di masjid sudah cukup untuk membuatkan kita merasa puas dan bersyukur dikurniakan rumah ini, melebihi semua nikmat keselesaan yang lain...'



Sungguh, sebaris kata2 itu sudah cukup menyedarkan hati setiap yang mendengarnya waktu itu. Benar sekali kan, apa lagi yang lebih indah daripada dapat menjaga solat berjemaah di masjid. Walau mungkin kadang2 terlewat, tapi untuk solat di rumah terasa rugi bangat memandangkan hanya perlu berjalan 20/30 meter untuk ke masjid.

Kadang2, iman kita yang turun naik ni, ada kala ia terkesan tatkala melihat kesungguhan sahabat yang lain dalam menjalani ketaatan kepada Allah. Di saat kita rasa dah tak mampu untuk mengangkat kaki ke masjid, namun tiba2 datang sahabat yang sedang sakit kepala perlahan2 menuju ke tandas untuk mengambil wudhuk, dengan sendirinya kita akan cuba menggagahkan diri untuk melangkah juga.

Besar sekali peranan sahabat itu, dan mudah-mudahan tugas mereka akan mampu diambil alih oleh pasangan hidup bila sudah berkahwin nanti..ok tidak mahu berbicara panjang pasal ni, titik.

*****************

Ketika menulis ni, dalam keadaan bergelap lantaran tiada bekalan eletrik. Suasana sepi dan suram menguasai rumah dan juga hati penghuninya. Dan saat ini, aku terfikir akan keadaan masa depan.. Bagaimanakah aku 10 tahun akan datang, berjayakah menjadi seorang doktor yang merawat penyakit fizikal seterusnya penyakit hati insan yang dahagakan hidayah?

Aku tahu hidayah itu milik Allah, namun aku berharap biarlah aku yang menjadi wasilah kepada insan untuk mendapat hidayah itu. Namun dalam keadaan itu, risau juga di hati ini, kalau2 impian itu hanya tinggal impian. Ku khuatir kan termakan dalam godaan dunia, seterusnya menjadi doktor yang sombong dan bongkak dengan kelebihan yang ada pada diri.

Sungguh, hati itu sukar diramal, dan kadang kala sukar pula dikawal. Aku bimbang, aku menjadi doktor yang memandang sinis kepada pesakit miskin yang berpakaian compang camping. Lalu aku merawat mereka sekadarnya sahaja dan mengutamakan pesakit2 lain yang kelihatan lebih educated.

Walau susah, mereka masih lagi seorang insan, masih lagi seorang ayah kepada seorang anak, seorang abang kepada seorang adik, atau seorang suami kepada isteri... Ya Allah aku tidak terbayang bagaimana sekiranya ayahku diperlakukan begitu oleh seorang doktor muda, biadap!


Suasana gelap malam ini ku kira turut mempengaruhi hati ini untuk merasa sayu dan hiba. Entah kenapa tiba2 aku menjadi takut untuk menuju ke masa hadapan. Siapakah yang mampu menjamin kehidupan hari esoknya masih disinari cahaya iman. Aku takut! Bagaimana kiranya setelah bekerja di Malaysia nanti, aku menjadi insan yang lupa diri, suka bermegah2 dengan pakaian dan kereta mewah..

Nasib baik gaji doktor tidaklah terlalu tinggi. Namun saat itu andainya kesenangan dunia makin menguasai, semoga pasangan hidupku ketika itu mampu mengingatkan dan menjentik hati ini agar kembali memiliki hati seorang hamba..

Ingat Hisyam, kamu bukanlah siapa2, ingat asal diri kamu yang datang bukan dari keluarga senang. Ingatlah kepada kemurkaan Allah yang akan turun padamu andai sewenangnya memandang hina kepada insan ciptaanNya..

(Kenapa ya tiba2 aku merasakan masa berlalu sedikit perlahan dari biasa? Entah, memang dalam seminggu dua itu yang aku rasakan.. Atau semua orang juga merasakan perkara yang sama? Erm tak kot, kondisi setiap orang pastinya berbeza.. Sudah, cukup cukup sudah..cukup sampai di sini saja..masa untuk study dah sampai.. walaupun bergelap, lampu hp kan ada.. ^_^ Wallahua'lam)

ليست هناك تعليقات:

إرسال تعليق